Tuesday, September 13, 2011

Dan sebenarnya...

Bila melihat sijil kematian arwah ayah (my FIL) di ruangan 'sebab kematian', tertera di situ "extensive myocardial infaction with cardiogenis shock" atau yang lebih saya faham kematian disebabkan serangan jantung. Mengikut abang ipar dan mak mertua, ayah memang tak ada penyakit jantung, tahun lepas dia gastrik yang agak teruk hingga terpaksa tinggal puasa beberapa hari makan pun tak lalu. Dan bila dah tua ni, harus akur dengan penyakit tua atau uzur. Namun tak kronik pun, masih boleh buat kerja, cuma ayah tak boleh jalan jauh (contohnya naik kereta dari KB-KL mahupun naik flight pun tak boleh juga, nanti dia penat/demam). Itu ajelah.

Namun ramadhan tahun ini alhamdulillah, berjalan lancar tak sakit apa pun. Siang hari berkebun, bersihkan halaman rumah etc. Waktu berbuka sangat berselera, kemudian pergi terawih. Tengah malam pula dia selalu bangun solat sunat tahajjud. Lega tengok ayah sihat tambah2 di bulan ramadhan. Bila tiba syawal anak2 balik dan berhari raya bersama memohon maaf, kami hanya mampu dari kejauhan melalui telefon. Juga 2 orang kakak cinta hati yang berkahwin dengan orang luar, berhari raya melalui telefon juga kerana giliran raya bersama keluarga pihak suami. Kami memang bercadang nak telefon lagi selepas pagi 1 syawal tu, tapi tak sangka lebih dulu dpt panggilan daripada keluarga di kg. Pagi 6 Syawal ayah mengadu sesak nafas... bila dah urut dan letak minyak dia lega. Tapi lepas tu kembali sesak nafas. Risau sesuatu serius maka cepat2 telefon ambulan. Ayah berkeras tak nak pergi. Menurut kakak ipar, ayah cuba menepis tangan staff tu untuk menghalang dari diletakkan atas katil (tak tahu nama katil apa yang sorong ke dalam ambulan tu). Namun apalah daya dia...

Sesampai di hospital, abang cinta hati mula menelefon adik beradik yang lain. Tak lama lepas tu ayah dah menghembuskan nafasnya yang terakhir, doc dah cuba (alamak patik tak tahu istilah apa) electric shock yang ada dua alat letak kat dada tu... tak berhasil jugak... sedih la pulak tulis pasal ni... tapi rasa nak tulis sebagai memori saya dan FIL. Walaupun tak kenal lama, namun bila dah bergelar isteri ni secara semulajadinya keluarga suami pun keluarga kita kan... saya mengambil berat MIL dan FIL macam saya ambil berat mama dan abah saya juga. Semoga ayah tenang di sana. Kita tak tahu bila ajal akan mendatangi kita. Semoga semua amalan dan ibadah kita diterima oleh-Nya dan dipermudahkan segala-galanya insyaAllah...

p/s: back to work... oh abam mah"MOOD" di manakah dikauuu.... sedang belek2 data tiba2 blur rasa macam dah catat kat logbook... cari2 tak jumpa, baru tinggal seminggu dah haru ish2. Fokus fokus. Nasib baik meeting pagi tadi dimaafkan sebab tak ada "progress report" kerana minggu lepas saya tak buat eksperimen. Yosh ganbarimasu. Kepada pelajar tahun 6 yang menduduki UPSR ganbatte juga buat anda ya!

32 comments:

ct kektus said...

Mudah mudahan r0hnya dicucuri rahmat.

Sbar ye kak. ;)

Anum said...

tabahkan hati ya
banyak sedekahkan al-fatihah buat arwah

Ijah EmoTemo said...

sayu baca entry ni sis. huhu. semoga arwah FIL akak tenang di sana dan di tempatkan di kalangan org2 beriman. al-fatihah.amin.

hehe encik mah'mood' ek hihi.

yatie chomeyl said...

gambatte hanis *tuju ucape o diri sendiri jugop * yang makin pemalas lo ni huhuhu

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

itew pentingnyer kiter jaga kesihatan babe...sebab serangan jantung ni x terduga tertiba jer boley dpt....sebab saluran darah boley tersumbat... cholesterol dlm bdn kena jaga sebab itew darl ai dah risau dah nak makan benda berminyak etc sbb dia selalu fail part cholesterol dlm badan tue...siap sensei kasi F lagik taw biler result medical checkup kuar....bykkan mkn natto boley buat saluran darah terbuka sket...adeh explain dah mcm sensei ni...gomen ne buat blog u dh mcm blog ai daaa....berjela type...

Anisa Hang Tuah said...

dah lama tak dgr cite akak.

akak,takziah ya.

semoga seluruh ahli keluarga tabah.

Unknown said...

minta dimatikan dalam keadaan baik2 kan

Diana @ BKKC said...

~ kita yg hidup...walaupon masih muda remaja ni pon..tak tahu bila masanya DIA akan menjemput kita kesisiNya..


Gambatte ikimasho....

nur easy said...

bahawa hakikat ajal maut itu tidak diduga..mudah2an diberi kemudahan

p/s: ngapa cari abah mahmood? hehe

Fizah Ibrahim said...

Kak hanis, ganbatte ! chaiyok2 ! fight-0-0h ! =)

PinKy MoMMa said...

Allah lebih sayangkan dia nis..sabar ya..
sama sama doakan kesejahteraan rohnya..

me suya said...

xpe la kak.. itu mungkin penyebab. dah memang tertulis begitu.. Menghadapi semua tu mmg sedih kan, tp kita jgn letakkan arwah pergi tu seperginya.. kita tetapkan dia dekat di hati.. InsyaALLAH, kita akan selalu mendoakan dia.. :) I used to face with this matter since I was 12.. :'( Memang mematangkan Suya sebelum usia dari segi menerima qadak qadar Allah...

Afikah Aziz said...

sabar kak deh,kito sumo ni akan g gk suatu hari nati..bykkn berdoa utk arwah spy rohnye tenang dale kalangan org2 yg beriman insyaAllah

Unknown said...

kadang-kadang susah nak faham faktor kematian yang ditulis kat sijil mati ni..bukan saja susah nak faham..rasa macam susah nak percaya pun ada..

cuma kadang2 kita kena akur yang semua yg tertulis tu cuma sebab.. apa yg pasti..ajal memang tak akan menunggu walau sesaat pun..

al fatihah utk arwah..semoga dia tenang di sana..

Ct Arina said...

semoga rohnya dcucuri rahmat. alfatihah utk arwah ayah mertua kak hanis.
hepi2 k.. miss u muaxxx! ;D

wida said...

kisahnya sama cam arwah mak wida jugak..tak pernah sakit jntung, tp kena serangan jantung.

moga2 cinta hati kamu tabah. hanis kena byk bg nasihat & semangat kat dia k..

take care

lady-D said...

sakit tu hanya penyebab..sebenarnya mmg ajal ur FIL dah sampai..semoga arwah tenang di sana..seram sejuk kalo cakap pasal mati ni kan..K.Hanis take care deh..

ZuRin said...

Takziah buat Hanis & hubby...Al-fatihah buat arwah...semoga beliau dikalangan orang-orang yg beriman.

Take care dear...

Syazwan Che Deraman said...

heart attack ni tak kenal orang.
even orang muda pun kena heart attack.

jaga pemakanan, and senam sekerap mungkin.

alfatihah untuk arwah.

*∽ IZAN ∽* said...

Al fatihah dan salam Takziah. Arwah MIL dulu pun tak de sakit teruk.. umur masih muda, baru 54 tahun. meninggal pada hari raya Aidiladha selepas sesak nafas dan muntahh.. semua adik beradik terkejut..

tapi redha dengan ketentuan Ilahi..
semoga arwah tenang di sana.

Fatin Syahira Ramli said...

salam takziah akak T__T sorry tak alert dgn musibah akak. busy nak masuk study sampai tak sempat nak blogwalking. tabahkan hati ya akak. insyaAllah kita doakan arwah ditempatkan dlm kalangan org beriman dan beramal soleh amin =')

aamalinaazman said...

semoga dicucuri rahmatnya
dan ditempatkan di taman syurga
insyaAllah...

moga akak dan asben akak..mnjalani khdpan dgn tabah ye =]

Anonymous said...

sabar ye dear, semoga roh nye di cucuri rahmat ...

mungkin dia di kalangan org2 terpilih (kite mana tau kan)

Nieda said...

SAlam takziah buat HAnis sekeluarga.
Fatihah utk aruah ayah mertua Hanis.

Nuwairani said...

kematian yang mengejut ni memang lagi menyedihkan daripada yang kita sedia tahu dia sakit. tapi yela, dh ajal dia dulu. kita ni tak tahu bila lagi...semoga roh arwah ditempatkan bersama orang yang beriman...

Unknown said...

be tough. mmg sedih bila kenangkan org yg kita syg:(
I miss my grandma:((

Cik Sara said...

owh.. rasanya yang akak maksudkan itu adalah defibrillator yang doc guna untuk "aktif"kan node dalam jantung tu semula.. From low electric shock until high electric shock..=D

Semoga FIL akak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah...

L said...

al fatihah...

jom baca sat..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/beribadah-tp-xberakhlak.html

Amie said...

redhailah pemergiannya, mudah-mudahan rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman....Amin.

MiYOKO SuKi said...

salam takziah...

semoga ur FIL ditempatkan org2 yg beriman...

Azmie & Vivie said...

sori vee lambat dtg utk komen..
takziah dari vee..moga tabah mengharungi ujian dari ALLAH.
dari ALLAH kita dtg, dan kepada ALLAH jua kita akan kembali.
saya doakan moga roh nya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan beriman.Ameen.

aliza said...

takziah.. abis x dapat balik ke balik gak lawat jenazahnya,... moga dicucuri rahmat...insy

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails