Thursday, October 27, 2011

Attitudes...

Kadang2 terfikir kenapa disiplin sangat mereka ni, adakah sebab genetik atau terdidik sejak kecil mahupun faktor lain yang tak tercapai di akal (eh macam lagu elyana, comel kan baby gegirl dia). Nak berkongsi tentang attitude yang saya observe di persekitaran... ok here goes...

Lori sampah
Buang sampah ada hari2 tertentu dan sampah perlu diasingkan. Kertas, botol/tin dan sampah lain. Ketiga2 jenis sampah ni diambil pada hari berbeza. Bagi sampah2 lain dipanggil "gomi" setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Sampah ni perlu diletakkan di tempat khas yang disediakan berhampiran dengan kediaman. Sehari ada beberapa kali trip pekerja tersebut ambil sampah berkenaan. Kebetulan suatu hari tu cinta hati dah letak sampah di luar rumah dan masuk ke dalam rumah sekejap. Tak lama lepas tu dengar lagu menandakan lori sampah dan sampai... (kellas ada lagu u! comel aje bunyinya macam loceng ye jugak, macam lullaby pun ada sikit2 hehe). Cepat2lah cinta hati patik tu keluar... baru je dia nak menuruni anak tangga, tiba2 berlari-lari pekerja tu menuju ke arah encik suami dan mengambil sampah tersebut dari tangan cinta hati siap cakap "arigatou gozaimasu". Eh eh pekerja tu pulak cakap terima kasih huhu... cinta hati pun turut mengucapkan terima kasih.. sambil bekerja sambil bersenam gitu lari sana sini...

Cleaner
Saya selalu nampak makcik ni bersihkan kawasan dalam bangunan. Pantang terserempak, pasti diucap "ohayou gozaimasu" sambil tunduk dan tersenyum... yang bestnya bila tengok dia bersihkan tangga, mula2 sapu anak tangga, lepas tu pada tangga tu ada palang pemegang kan? bangunan tu ada 6 tingkat... Saya selalu perhati dari tingkat 3 je sebab lab patik pada aras tersebut... makcik tu akan lap palang pemegang menuruni tangga sambil berlari2 anak... tiap2 hari pasti dilap walaupun tak kotor, wahh patutlah selim melim... yang ni pun fashin sama iaitu sambil bekerja sambil bersenam jugak. Dulu, saya rajin jugak turun naik tangga dari aras 3 ni, sekarang dah makin sejuk makin malas pulak, asyik naik lif aje haha... tambah2 kalau banyak barang, ish2 teruk betul la...

Kawaii kodomo
Kodomo=kanak2/kids kawaii=cute/comel macam i ada nak kena lemps ni heh... Masa tu sedang jalan kaki pergi mana entah lupa pulak... nampak dia bersama ayahnya keluar dari satu kedai. Budak tu comel sangat, lingkungan 3-4 tahun, geram sangat tengok. Sewaktu dia dan ayahnya hendak kelaur dari kedai tersebut, dia telah tersepak floor mat di depan kedai. Maka tergululunglah floor mat tu... Kemudian saya tengok ekspresi muka dia ternganga seolah terkejut, geleng2 kepala...  cepat2 dia betulkan balik pelapik tersebut siap baiki kedudukannya yang senget. Aduii kecik2 pun dah pandai... bila besar tak tahu la macam mana...

Kadang2 budak2 ni tengok/perhati sekeliling dan yang utama ibu bapa... kalau dia tengok mak ayah suka buang sampah merata2 dari tingkap kereta, itulah yang dia ikut kan... (tiba2 plak haha... sebab patik menyampah betul kalau bawa kereta tiba2 ada orang balik kulit rambutan la, langsat la, nasib baik bukan kulit durian, lepas tu ada jugak fashion letak sampah atas bonet atau bumbung kereta, kemudian terlupa, maka terjatuh dan bertaburanlah di atas jalan raya...)

Tak pasal2 melalut plak, owh patik penat dengan eksperimen. Esok ada lagi dan lagi dan lagi... semoga dapat result cun cepat2 wuwuwu...

p/s: ala manusia ni tak lari dari kesilapan, setiap kaum/umat pasti ada yang elok dan tak elok... kita ambil yang mana baik.. betul tak? ada jugak yang meluat hehe... nanti akan diceritakan di entri seterusnya...

36 comments:

Tea said...

Org jepun sgt bertamadun kan...

yatie chomeyl said...

meme la ore dio ajar jak kecik kot, sbb tu bilo besar pun juruh jah kebanyake ore dio

Anisa Hang Tuah said...

kalaulah rakyat kat negara kita macam mereka...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Agree berbudi bahasa sgt theyols ni
Hormat kiter even bukan nihonjin
X rasa terpingir langsung d bumi sakura ni
Hope mesia blh tiru bab ni
Sbb Tgk makin terkikis budaya berbudi bhsa etc ni

P/s:: yg pahit Sukar di terima tp Ituew la hakikatnyer

So Shy Lady said...

mcm happy go lucky je dorang tu buat kj kan. nk buat kj smbil exercise gak lah ;)

PinKy MoMMa said...

displin org sana memang kena puji..bila tengok gambar gambar blogger yang duduk kat jepun, kawasan sangat bersih..mcm susah je nak jumpa sampah..ke dah sampah di sana dah pupus huhu..

perangai tu kita kena ikut ;)
kebersihan kan penting..

Hanamiko Sakura said...

ui..bagus betul orang jepun ni kan..
p/s: kak hanis.. gud luck.. moga2 result kak hanis gempaq.. =)

Eera Shera said...

bagusnya dorang..rajin ek..

semuanya bemula dr rumah. kalau baik asuhannya, baik la hasilnya..

Daddylicious said...

ada lebih dan kurangnya...

nuwairani ismail said...

kite pernah tengok orang (wanita tua) jalan2 bawa anjingnya...comel betol anjingnya tu...tetibe boleh pulak anjing berak tepi jalan...dengan selambanya, dia keluarkan plastik, kutip najis anjingnya tu masukkan semula dalam plastik. ala2 cerita katun shin chan la..kalau bawak shiro keluar jalan mesti standby bekas dengan penyodok. hihih...tengok live tu! kagum!

JIJI YU said...

haha..hebakk sungguh mokcik cleaner

umie naziera said...

budax kecik pown dah ada disiplin,kan bagus semua budax2 mcm tuh

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...

setuju dgn hanis =0)
kadang2, v pun terfikir jugak...mcm mana la dia org ni sungguh sgt berdisiplin..bukan minoriti yg begitu..tapi majoriti..v sungguh kagum dgn attitude pembersih sedemikian..

v ingat lagi masa ikut hubby ke ofis hubby.. masa masuk ofis tu, v terpaku seketika...comey nya ofis mrk..hiasan cantik n kemas..bigboss jepun dia org, mmg betul2 asuh pekerja berdisiplin tinggi..pergi kat pantry...oh!mak ai..bersih nya sinki,kitchen cabinet n meja mereka..kalu nak compare ngn ofis v punya pantry bagai langit n bumi..(T___T).

Lieya said...

Orang jepun memang begitukan!!!!

kyo_9 said...

huhu..
with this kind of environment, how can you dislike living in Japan especially foreigners?? ;p

msredcheesecake said...

Disiplin diarg mmg mengagumkan kan? Gaknye apa kelemahan diaorg yea?

Nieda said...

elyana dah dpt baby? AKak tau lagi. Nanti nak terjah tengok baby comel dia.

ch000tz axoera said...

teringat masa tinggal kat Norway dulu, kalau lintas kete akan stop then kasi laluan penjalan kali...tapi kat sini hrrmmmmmm dream on....sampai lengguh kaki tak tentu dapat lintas lagi kannn

siti kektus said...

kalau kat malysia budaya mcm tu, kan lebih elok rasanya kan. :)

Imran@Copenhagen said...

kat sini pun sama. Kertas dan botol diasingkan dan dibuang ditempat yg disediakan. Tong recycle ada je di mana2. Atuk-nenek tua walau susah nak jalan pun sanggup pergi ke tempat recycle..tabik sungguh kat diaorang nih..

Maruko said...

cecitr bhagian yg meluat 2 plk....hi3

Maruko said...
This comment has been removed by the author.
Anum said...

betul2
x de manusia yang sempurna

Amie said...

Selamat pagi Hanis,
memang disiplin mereka sangat tinggi, budayanya pun ada nilai... tu sebab selepas kejatuhannya pada Perang Dunia 2, secara drastik negera mereka dapat bangun semula ...

mommyNadia said...

wah kagum nye!!
tapi betul hanis,dah ade anak ni sgt lah kena tertib2 lagi perlakuan..
semua dia ikut. one more bila kita ajar dr kecik, buang smp tmpt betul, baju kotor tempat betul, u wont be suprised at 2 years old dia dah practic well..

neway, anak Hanis nanti mesti sgt displin...specially kalau produk Japan ek ;)

amirah said...

betul tu...yg baik jadikan teladan..

cik pulau said...

imagine mace cleaner...
"ohayou gozaimasu".

hehehhe

Amni said...

akak, kena lahirkan anak kat sana.. stay sana kejap.. nanti anak biasa ngan budaya macam tu.. hihi.. kat sini? hem. tak tau mana silapnya..

kayrul-shah said...

kan best kalau rakyat malaysia pun macam tue..mesti sentiasa bersih dan aman jer

dwaty said...

sebab tu lah... wujud 'dasar pandang ke timur'...

Papa Mifz said...

dulu papa mifz ado gak buang sampah kecik2 thru tgkp keto..tapi bilo dah kono marah ngan mama mifz..taubat x buang lg..hehe

Run Away said...

memang kekadang tak leh lari dari kesilapan kan....and good luck...;d

Juwita Jamaludin said...

betul2.. memang suka attitute diorg.. rasa amat malu kalau kita langgap kebiasaan diorg

Ann Huda (Ate) said...

Bekerja sebagai cleaner kat Malaysia ni tak leh rajin cam tu. Cuaca negara kita panas. Nanti berpeluh, cair make up :).

Di station LRT Kl, selalu jumpa org Jepun. Kita ni ramai2 berdiri naik escalator. Depa eppi2 jer berlari2 anak naik tangga di sebelah. Pernah adik Ate gurau, "cuba Ate naik tangga cam tu, baru bole kurus." Jwban Ate, "Ate ni tk tahan panas dan peluh. Kalo Ate duduk kat Jepun atau negara sejuk lama dah Ate buat. Malah gi kerja pun Ate jalan kaki jer :). Alasan yg bole di terima pakai kan, kan, kan.

Tang buang sampah dari tingkap keta...ihh mmg Ate geram. Selalunya org Melayu kita yg buat...mana adab2 menjaga kebersihan yg diterapkan dlm Islam?

whitecappuccino said...

memang sakit hati sangat bila tengok orang buang sampah atau kulit buah-buahan dari kereta..apa salahnya simpan dulu baru buang bila berhenti..

happyichigo♥ said...

bagus mereka ni ye hanis...memang betul yang baik jadikan teladan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails