Thursday, February 23, 2012

Cookie Monster...

Sayalah peminat nombor satu cookies. Butter cookies, choc chip cookies, macam2 jenis cookies erm apa lagi eh, malas nak tulis. Tapi takdelah sampai makan pelahap macam cookie monster sesame street tu. Uwaaa cinta hati tak tau pun wujudnya cookie monster. Sadis i ok (heh over).

C is for cookie! Owh CM yang comel... tapi kamu ni pelahap sangat tau! hehe... owh terliur pulak dengan cookie monster cupcake tu... tak ada jual ke kat sini? nak buat sendiri confirm la tak reti wuwuwu...  (pictures from google)

sewaktu kunjugan ke Universal Studio Japan (USJ) suatu masa dahulu. Nak baca boleh ke SINI. Tak tahan tengok topi cookie monster tu. Gatal tangan nak beli. Mama simpan elok2 untuk akachan nanti. Harap2 dia suka dengan cookie monster ni (ayat tak menahan!)

Pernah dulu obses sangat dengan cookies sampai buat setiap hari dan bawa bekal ke lab. Kemudian bila en suami buat kira2, beli cokies di kedai lebih jimat dari buat sendiri. Sebab banyak je cookies yang best boleh dibeli dengan harga 100 yen ke bawah. Tak perlu penat buat dan beli bahan2. Sejak hari tu dah lama tak buat cookies.

Tiba-tiba minggu ni rindu nak buat cookies... Waktu tengah hari di lab dua hari lepas sempat jenguk-jenguk resipi cookies. Salin mana yang nampak senang dan berkenan di hati. Bila balik dari lab, owh terasa kepenatan yang amat. Sewaktu memandu ke katahira untuk meeting tiba2 teringat kedai hand made cookies. Tapi hati masih rasa nak buat cookies. Ingatkan lepas meeting nak singgah beli bahan2. Bila fikir-fikir, erm takpelah nanti penat dan sejuk pulak buat cookies kat dapur tu, akhirnya ambil keputusan singgah kedai cookies tu seblum ke Katahira. Boleh beli kasi co-sv. Dia pun suka cookies jugak. Nama kedai pun tak tahu hehe. Kedai klasik, nak masuk pun style tolak pintu macam zaman dulu kala (teringat cerita Oshin).

IMG_0388
The packaging. Kononnya malam tu nak buat cookies bertukar menjadi aktiviti melahap cookies ajelah, sadis betul... 

IMG_0390
jenis cookies yang dibeli. Dua dah habis, tinggal Mugi Choc... sayangnya nak makan nanti habis wuwuwu, eh ke situ pulak, takkan nak simpan buat khazanah? Asalnya tak terfikir pun nak beli butter cookies tu tapi bila tengok ada corak teddy terus ambil haha... teruk tak? Teddy pun saya suka jugak. Kalau ada corak cookie monster kompem beli hik2...

p/s: rindunya pada my love. Dia ada annual meeting di Tokyo. Dah 3 hari 3 malam patik bersama akachan tanpa suami di sisi (ayat drama). Hari ni dia balik weeee... tak sabar nak jumpa (gediks!). Have a safe journey my love... mi amor! Hopefully he reads this before coming back to Sendai... nak macaron boleh tak love?



44 comments:

amirah said...

hehehe..puji lebih2 kat ayat last supaya love bulih belikan macaron ek..hehe

fiza said...

Hehehehe...syg nak makan erk, mesti sedap kan ☺☺

Kazman & Sue said...

bila tengok cookies tu teringat zaman dulu biskut yang atasnya ada cream keras macam aiskirm... best wooo...

Kakzakie said...

Kadang hormon tu yg membuat perubahan nak makan lain-lain Hanis. Tak apa makan yg berzat cuma elakkan yg terlalu manis tau...

p/s: Topi yg digayakan di USJ memang cute. Simpan buat baby....

ijayuji said...

Salam hanis! alahaiiii cinta hati dia tak de ya, nasib baik mlm ni dah balik ya :D kalau tgk sesame street paling suke tgk cookie monster ni kalau makan habis kecah2! ahahaha.... suke kukisssss rupanyerrrr.. ni tak leh nmpk kukis lerr niii mesti nak jadi mcm MC versi sopan ehehe... take care! tak lama lagi jer tu nk malam :D

whitecappuccino said...

私はバタークッキーのような hehe

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai suker cookie gak...let`s high five....ngeee alololo cian dok berdua ngan akachan ekkk...x per lepas ni blh peluk ketat2 dah mie dah nak pulang tue

Soo Hae Daa said...

Kaknis..!!! Kte pun sgt suke CM..tgk cc ats tu br nk tya..de jual x..tingin jugak..hehehhe

yatie chomeyl said...

ngide macaroon ko pulok? hihihi

Sekadar Coretan said...

Beli barangan yang unik2 sementara dirantauan ni ye.Wahh dah siap barangan utk Akachan lagi. Akak memang suka dengan barangan yang unik2 dan menarik ni. Nanti hanis buat N3 tentang barangan sebegini nanti.

Asmara said...

haha.. lawaks pulak. nak macaroon, harap2 ada la bwk balik nnti. ;D

Kamalia said...

Ai pun sama suka cookies jugak even anak2 pun sama 2x5 jugak dengan ai..
Betul la hanis,dulu ai pun rajin tapi bila beli harganya lagi murah dari kos buat sendirikan..

wida said...

maskot tu macam maskot mammee monster pon ade..hehe

Anum said...

bestnya anum pun suka cookies..
sedap kan

kayrul-shah said...

dulu kecik2 suka tengok sesame street tue..kekadang boleh terliur tengok monster tue makan cookies...hehhee

Anisa Hang Tuah said...

comel sangat

nak makan pun sayang

hehee

: )

e.l.i.s.s.m.i.e said...

suka makan biskut cicah air teh o panas2 :) esp biskut marie atau biskut jagung.hehehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

cookie monster tu menakutkan pada zuan.. stiap kali dia kluar di kaca tv, trus nk tuka rancangan lain.. tgk mata.. menyeramkan.. hehe

Cho Zila said...

sedap yerk... tapi tuler comel sesangat nak makanpun sayang... ooo dah buat kira2 yerk beli lagi murah..

*∽ IZAN ∽* said...

simpan simpan kalau expired buat fridge magnet je lah eheheheh

c'axoera ヅ said...

heheeh suka suka suka sgt >_<

umie naziera said...

tringin tngok cup cake tu aih...xmanis ke cookies nie,sy jnis xboleh mkn manis2 sgt..

Hanis MY said...

@amirah eh tu tak puji tapi meluahkan rasa windu eceh dan dan je.hik2

puteri nur aqiliah said...

hai sis.. lama x datang tgk ur blog:) mcm mna dgn baby dlm perut?? heheheheh everything ok x?

Hanis MY said...

@Soo Hae Daa wee high five

Hanis MY said...

@Muhammad Saiazuan Norhalik
tang mata tu yg lawak pasal cookie monster

Hanis MY said...

@umie naziera yg ni versi tk manis best best

Hanis MY said...

@*∽ IZAN ∽* lawak la akak ni.dah selamat msk perut da hee

Papa Mifz said...

fanatik cookies la ni yer....hehe

Umi Anaan said...

wahhh... kawaiinyerrr! teringin nak makan cookie pulak ni.

Woofer Storm said...

rsa lapar je,nak mkan juga.pos ngan sy la sis..hehhee


#takpe,sabar ye.jap lagi asben tersyg tu akan balik sis..sabar spruh dari iman..

Miss Butterfly said...

nak nak nak! kaler biru kan comel . huhuhu tapi comel kott CM uh. huhuhu




dulu tak suke mkn cookie, tapi lately salu sgt beli cookies. hahah :)

Gen2Merah said...

bestnya makan cookies berterabur d mulut mcm sesame street tu.. he

Bila Hati Azwani Berbicara said...

baca entry ni membuatkan mulut saya kecur...pastu saya teringin nak buat choc chip cookies malam ni...tq bagi idea...hehe

Lieya said...

Wahhhh mesti sedap... terliurrrr

Anonymous said...

cik ha....

Ros said...

Salam Hanis,

Nampak pun memang sedap la biskut nih.....kak Ros pun tak besa makan lagi ni....

Noraim said...

aloh sie nyo kak nge akachan keno tinggal . huhu.

kalu ore doh pndai buat cookies ore wi ko kak deh. hihi.

CikUna said...

wuwuwu,,lagi satu nak mintak pos kat m'sia sini.. tak kira 2x..hentak kaki dah nie..hehe

\\( ^_^ )//

Cik TeN10 said...

Ahahh topi tu fatin pakai jap amik gmbar lepas tu letak balik.. Kih3..

Syira Qahira said...

salam...



suka jugak layan cookies ni....

Hanamiko Sakura said...

seronok makan kukis depan tv... tengok cerita oshin... hehe... tetibe pulak... ^^

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...

nampak sedap n comel cookies tu! nampak cookie monster tetiba vi teringat with elmo =0).

jgn mamam byk sgt macaroon...manis tuu..terkejut akachan nanti ;0)

Amirah Adnan said...

balik kelate nati wak kelik ko mirah deh? ekekeke ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails