Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Today is my...

Today is my convocation day (25 September 2013)... berkonvo dari jauh jela nampaknya...versi alam maya dan versi di awang-awangan haha... Memang tak dapat nak pergi kerana urusan kerja... takpelah tunggu sijil ajelah.. tak merasa pakai hakama wuwuwu...

Beberapa bulan sebelum balik ada event kat international centre... boleh pakai kimono bayar 200 yen eh.. ke 300 yen... lupa pula patik. Ala 200-300 yen tu macam 2-3 hengget jela nilai dia kat sana. Tak mampu nak sewa kimono atau hakama yang kat butik tu, yang versi murahan ni pun jadilah... saje je ambil gambar sebagai kenangan sebab macam dah jangka tak dapat pergi konvo wuwuwu... scroll pun pinjam junior punya haha... sebab masa tu cinta hati pun belum convo...

 anakanda kenhamza... i love this shot... thanks to hasben kak ani, omar... atau pit panggil omaq (versi kedah hikhik)

 di perkarangan international centre...

my forever love... till jannah... aminn... i love u love! 

 Hamza comot hehe... geram betul kat dia masa ni... asyik nak turun merangkak je... masa ni suka sangat cubit pipi dia yang tembam... even until now, walau dah kurang sikit tembam tu hehe...

 dapat pinjam satu je scroll terpaksa la bergilir pegang... bila dah sampai my scroll nanti kenkonon nak ajak cinta hati bergambar lagi, tapi paham2 ajelah my love tu mesti dia tak nak wuwuwu... sadis i... takpe akan diusahakan versi pakai baju melayu and baju kurung plak hik2... (berangan tak hengat).

 mama papa je tengok kamera hikhik...

oh bambam... thank u to you too darling!

waktu tu yuki (snow) turun rintik-rintik, haha istilah sendiri... it was such a memorable day... i miss sendai so much!!! i miss my sv, my lab... semua2 la huhu... kalau ada rezeki nak run sample kat sana, boleh la berkunjung ke sana lagi.. one fine day... insyaAllah...

Happy graduation to all Tohoku University students!


Tuesday, July 9, 2013

Owari dan IAD...

Pheww... sapu dahi... alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah... akhirnya tamat jua walaupun second viva aka final viva tak selancar seperti yang patik rancangkan. Namun alhamudulillah syukur sangat2 dah lulus pengajian! Tunggu surat, sijil etc in 1-2 months time. Tak dapat nak gambar perasaan patik ni. Terima kasih tak terhingga buat sensei patik, sensei2 lain, juga insan tersayang dan kawan blog, eceh tetiba buat ucapan pulak kat sini haha... Patik tiba di jepun to be exact haneda airport 11 pm plus pada 25 Jun 2013. Keesokan pagi terus bertolak ke Sendai dengan shinkansen (bullet train).

Sampai je sendai terus check in hotel Toyoko inn. Pergi sewa kereta dan patik terus bergegas ke lab. Jumpa sensei dan geng lab, malam balik hotel, makan dan buat persediaan apa yang patut. Dengan badan tak sihat, batuk2 yang dah lama berlarutan (dah berjenis ubat makan, sampaikan antibiotik paling kuat pun dah telan namun keadaan masih sama), dugaan sungguh tapi semuanya harus diteruskan.

 Mujur anakanda lena awal, behave la jugak haha... sebab asyik cakap kat dia, be a good boy mama ada exam, i dunno whether he understands it or not haha... of course mata tak boleh nak lelap, praktis pun macam banyak benda tak puas hati rasa blur pun ada... mixed feeling yang tak dapat patik lakarkan di sini... dush!

 Lepas dah selsesai semua urusan anakanda, jam 9 am bertolak ke lab, tak boleh nak senyum pun. Itu yang cover dgn hp hikhik... berdebar tak hengat, viva jam 11 am.
Sampai je lab, baru baca email sensei yang patik kena print tesis untuk panel yang hadir. Ingatkan print power point je... adoii gelabah betambah berganda gitu kan... namun ada yang membantu. Sensei pun tegur, dia tahu patik tak sihat. Masa defend pulak time qna ada satu soalan ni prof tny lain patik jawab lain sampai kena tegur dengan sensei haha sabar jelah... paniks panikss aduiiyaaii, tapi apapun kelegaan yang teramat selepas tamat viva tu... nak pitam pun hado ha... stay di lab selesaikan urusan etc...

 balik je hotel terus cari anakanda yang sedang khusyuk main berus gigi... apakah? haha... sekarang dah tak nak pandang kamera, susah betul nak tarik perhatian anakanda... waktu tu lantas berbisik "yeayy, yatta... owari dayo" (owari=tamat, finish dan yang sewaktu dengannya).
Keesokannya pergi lab selesaikan urusan, isi borang etc... hanya ada sehari je di sendai untuk berjumpa rakan2 dan cari barang yang dikirim... memang packed sangat jadual (walaupun dalam hati verangan nak pergi sana sinun semuanya terkubur begitu sahaja uwaaa pasrah ajolah).

 sempat jumpa princess Khayra yang super duper comel! Tq Ami sekeluarga sudi datang sendai... 

 hari terakhir di sendai.. gambar masa nak pergi breakfast, anakanda belum mandi lagi haha...

 sampai di tokyo station, ambil cab ke hamamatsuchuo station sebab tak larat nak heret bag yang agak banyak (bawa balik barang saki baki di sendai, buku etc)...

 gambar Ken Hamza di Haneda Airport waktu balik hari tu 29 Jun 2013... kut2la ada yang rindu (eceh tak menahan!)... suka sngat cakap sambil muncung2.. entah apa yang ingin diberitahu... mama tak faham la Hamza... oh tak lupa buat ayu ladychenta yang sudi hadir jumpa i, ahauww... i loikee tengk ayu yang berseri preggy 2nd baby... semoga semua berjalan lancar beb... gambar takde plak nak upload, maybe in my next entry...

 my shayang2 (cakap pelat la pulak haha...) suka cakap tatata sambil tangan lambai ala princess diaries, ish penangan mama Hamza yang suka tgk citer pwincess ke ni? pengsan!


Owhh bercerita pasal IAD, yess... IAD u knoww hehe... Istanbul Aku Datang... Patik ketinggalan jaman okeh, baru je ada peluang tengok. And of course tengok seorang diri. Jiwang2 seorang diri uhuk2. My love mungkin tertidur 5 minit sejurus filem ditayangkan huhu... kalau bab filem romantika, fefeeling sorang2 ni bagi kat i la... not his kind of movie... Nasib baik ada my niece (along) who gave me this movie. Love it to the fullest! Ingatkan dah takde movie yang setanding BMBP (bawang merah bawang putih latifah omar) dan juga puteri impian where i can watch all over again tanpa jemu, hafal dialong remember most of the scenes and so on. Tak jemu tengok lagi setakat ni. Bagi patik cerita ni best sangat!

 Kecomelan Lisa surihani tu ya ampunnn tak menahan! Memek muka masa tulis blog, seriously comel! yang gambar atas ni pun super duper comel, bila kena paksa cari rumah haha kesian, baru je sampai istanbul. I am never a fan of tomok dan juga kumpulan apa tu new boyz eh? masa tu tak faham kenapa ramai sangat minat tomok. Naik pengsan dibuatnya, tapi itula taste masing2 kan. Tak sangka lakonan tomok not bad, showing off his romantic side (amboii ni ruangan ulasan pelem kew?)

 Siap goyang kepala tangan bagai! suka nya watak lisa dalam ni haha... sebab kadang2 patik ada jugak bermemek2 muka macam ni esp dengan my love, time writing pun hado. Tak dapat penuhi keinginan mula mencebik sendiri (belakang my love la) kalau depan2 mau kena laser haha...

 comel jugak time ni, jumpa maggi asam pedas ok, haha... ahh tengok movie ni macam terus nak terbang ke istanbul! i wish!

Adoii macam budak2 kan haha... terserlah keremajaan diri ini ahauww... remaja remaja jugak, esok puasa ok! patik pohon ampun maaf, selamat menjalani ibadah puasa buat semua...
 buat renungan semua...

jap lagi ada meeting curi masa waktu lunch ni... shawl patik dalam entri ni dari purdypetals... will story mory more about shawls... i loikee...

p/s: xoxo publish... haha...


Monday, June 24, 2013

Rinduuu...

Sekarang ni patik berada dalam situasi yang kritikal (eceh). Pernah tak anda berada dalam situasi tak dapat berbuat apa2? Malah berdiam diri lebih baik sebab tu aje yang terbaik kut... just wait and see ajelah, huhu pengsan! Takpelah redha sajalah, kena ingat bahawa Allah sentiasa ada, yang maha tahu segalanya dan pasti semua yang berlaku ada hikmahnya. Haish lebih baik berhenti menaip pasal ni dan cerita benda lain.Ye tak?

Teringat zaman muda mudi dulu. Tiba2 rindu dengan kehidupan di sendai, kawan-kawan lab, instrument, experiment... semua2 lah... gambar kat bawah ni bak kata ladychenta zaman kuruih... zaman student memang zaman kurus kan hahaha cover line tak hengat...

me, my sensei and my labmates...

Tak ingat la tahun bila gambar ni diambil. Sebenarnya terjumpa secara tak sengaja dalam buku tahunan yang juga tertengok secara tak sengaja (eh apa punya ayat daaa). Nak sangat gambar ni tapi kena beli dengan buku harga 24,000 yen... adoii pengsan... mahal sangat, takpelah ambil gambar dengan phone je wuwuwu. Ramai yang dah grad, ada yang dah dapat kerja, ada yang dari degree sambung master, dari master sambung phd, dari phd sambung postdoc... dan sebagainya...

Beberapa hari je lagi viva patik ni. Tolong doakan ye... patik bakal berangkat ke sana tak lama lagi. Sangat berharap semoga dipermudahkan segala urusan, viva berjalan lancar, tak tergagap, boleh jawab soalan, tak terpeleot masa jalan, aduyaii ke situ pulak haha, mulala duk terbayang macam2 yang negative... shoo shoo go away hehe... it was never an easy journey, but it is one of my memorable one... ganbatte hani chan!


Monday, March 25, 2013

Sebulan yang merubah segalanya...

Mata kelip2 memandang ke siling. Nak tahan air mata dari jatuh mengalir lagi. Rasa macam dah penat bersedih dan macam dah ok tapi sebenarnya tak... buat2 happy je, menyembunyi semua perasaan sedih dan negatif. Penulis hana sakura ni senang betul menangis, pengsan! My love tak suka orang menangis (i always try to avoid crying in front of him, kalau kat rumah kami yang sempit tu saya akan pergi toilet ke, atau kat dapur time basuh pinggan ke... sebab air paip yang berbunyi tu sangat membantu haha) crying is how i comfort myself. Sometimes it really does help. Dush! boleh gitu?

Jarang betul nak tulis about my sadness especially in my study, but let this be one of my sad memory about my phd study. My sensei told me "phd is just a license for you to be able to do research by yourself". Tapi sebelum tu ada satu ayat dia bila dapat tahu saya pregnant. "you cannot achieve two things in one time, raising a child and finishing your study."And now i know it is totally hard based on my own experience and i dont want/intend to compare with others. Furthermore if your spouse is also a student like you, it will be truly hard. Sebenarnya sebelum further study saya ada bagitahu cinta hati macam mana kita ni nak plan ke tak, sebab saya dealing with experimental. Cinta hati cakap just go with the flow tak payah plan2... As time goes by tengok orang ada anak dan orang keliling duk tanya membuatkan naluri keibuan tidak dapat dibendung lg nak2 bila org kg tny siap dengan memek muka bagai haha... seolah2 pasangan berkahwin ni 2 bulan lepas kahwin dah kena mengandung kalau tak mengandung orang akan rasa pelik dan pandang serong dan hal ni kebiasaannya terkena pada pihak perempuan sahaja... so unfair! it takes two to tango u know and the most important thing rezeki ajal maut di tangan Allah. Kadang saya pelik orang tak boleh nak fikir, sebab tak kena kat dia sendiri agaknya... ok enough with this, back to the topic (tapi sebenarnya ada kaitan jugak nanti, eh pening tak haha). Nak selit sikit, lesson that i have learned, tak nak sibuk2 tanya orang/friends "dah pregnant ke?" "bila nak pregnant" "bila nak tambah lagi" and so on...

Sebelum ni ada seorang kakak ni bagi nasihat, (both she and hubby are studying and sebelum further study dia dah ada seorang anak yang chumil!). She once told me that susah untuk study bila ada anak, better ada anak lepas habis study. And i really agree with her. So far saya tengok teman study yang hold dulu untuk ada anak dapat habis on time. Saya pernah jumpa seorang dari Egypt. Dia dah berkahwin dan sewaktu kami berjumpa kami berbicara mengenai perihal anak. Dia cakap memang ramai saudara mara bertanya tapi dia akan tepis pertanyaan tu dengan cakap "saya nak habiskan study dulu kalau saya kena extend siapa yang nak tanggung, kamu ke? bukan ... tapi saya sendiri." A very tough lady and she managed finished on time. I am so proud of her.

Sebenarnya tengok bidang study kita jugak... Ada yang saya lihat ok je siap anak 3-4 orang lagi tapi itulah rezeki masing2. Nak2 yang saya ni kena berkesperimen dan bersilat di makmal... no experiment, no result meaning no thesis la kan? Tapi hanya saya je yang tahu, orang yang tak mengalaminya pasti tidak tahu akan kepayahan eksperimen ni. Bila kita buat eksperimen, ia adalah sesuatu yang tak dapat dijangka. Adakala bernasib baik dapat result. Sensei always told me, when you do experiments its like you are in front of a big wall where you have to learn how to climb the wall to go to the other side. Atau satu lagi analoginya ialah its like you are in front of a jungle that nobody have never passed through, and you need to make a path so that others can use the path that you have created. You'll never know what kind of path, and of course there will be many obstacles because it is an unknown path! Another quote told by my sensei, PhD is just a license for you to be able to do research by yourself. Tiada apa yang perlu dimegahkan dengan gelaran Dr tu. Memang dr dulu niat saya nak menuntut ilmu bukan niat nak dapat title Dr. Bila ada kawan cakap, bestnyaa tak lama lg Dr... mesti saya segan nak nyorok bawah meja sebab rasa tak cukup ilmu lagi ni huhu... serius kalau ada masa lagi saya masih nak tuntut ilmu di sini namun apakan daya...

Waktu berpantang Julai 2012 yang lalu, sebenarnya waktu itu adalah waktu terbaik untuk hantar paper/article ke jurnal. Tapi masa tu memang saya tak mampu nak hantar dan discuss dengan sensei dan juga ke lab untuk tambah data. Nak dapat result yang sekarang ni entah berapa kali tukar sample dan tukar tajuk. I had a tough time. Sebelum tu pun memang sentiasa discuss dengan sensei from time to time. Dan bila sensei bagitahu kalau lambat mungkin habis pun delay jugaklah. So i have to choose to nurture my darling kenhamza or work for my paper. Dengan badan yang masih lemah dengan rasa simpati nak tinggalkan anak i think i really have no choice at that time. Rasa dunia gulap gulita. What will happen with my job/career? Lepas tu yang tak menahan boleh pulak terbayang semua muka makcik2 kat kampung dengan memek muka yang sama macam dulu yang pernah bertanya "kenapa tak pregnant lagi" ditukar dengan soalan "kenapa tak habis lagi?" "kenapa tak habis sama macam suami?" haha pitam tak?Lepas tu mulalah nak compare si sekian-sekian sekalian. Perasaan bercampur baur ditambah dengan emosi bercelaru selepas bersalin.

Tapelah "heroin tak ggaduh" (orang kelantan dan sewaktu dengannya je kut yang tahu) haha. Mujur suami cinta hati ada di sisi, selalu dia cakap unofficially dah habis study sebab sensei dah puas hati dengan apa yang saya dah buat. Cuma formaliti kenalah ikut, seperti kena viva etc. Tambahan pula saya ada dua kali viva. Lulus viva pertama adalah yang paling penting berbanding viva kedua. Kalau lulus yang pertama insya Allah yang kedua pun lulus. Asalkan sensei dah setuju dengan apa yang kita buta sebab dia lebih tahu berbanding dengan penilai lain. Makanya patik haris kembali ke jepun untuk viva akhir april jika semuanya berjalan lancar. Harapnya macam tulah. Kena yakin dan percaya dengan perancangan Allah. Pasti ada hikmahnya. Tahniah buat yang dah habis dan bagi yang belum habis teruskan perjuangan anda. Semua orang pasti ada perjalanan mereka yang tersendiri.

 ada sesiapa rindu dengan si kecik ni? nanti patik cerita dengan detail tentang lab trip ni ye...

 Ken Hamza, mama and juhyo...

 my everything!

 yang lelaki dua orang tu seronok betul main dengan Hamza... mereka pun senasib dengan patik, geng phd yang sedang tunggu final viva aka viva kedua... ganbare!

 K-san yang tinggi macam model... pantang nampak Hamza memang dia nak dukung and peluk... nasib baik la Hamza ni ok je dengan sesiapa pun tapi nak tidur mulalah cari mama dan papa haha...


Miss typo will be forever miss typo. Pasti banyak ejaan yang salah ampunnn.. buat2 faham ajelah ye kalau ada yang tersalah eja tu miahahaaa (gelak EE).


Wednesday, January 16, 2013

Yuki chan, Yuki man...

Maaflah, update blog macam selow melow aje sekarang hikhik. Jiwa kurang tenang selagi tak siap tesis ni. Sedang bertungkus lumus. Kalau di Tohoku University ni ada 2 penilaian untuk phd. Maknanya dua pembentangan/viva. Bila dah lulus 1st viva baru boleh proceed menyiapkan dan menghantar tesis kemudian final viva. Setakat ni final viva belum ditentukan lagi. Berharap sangat semoga semuanya dipermudahkan, insya Allah.

Sebenarnya nak bercerita tentang anakanda tapi tiba-tiba hari ni rasa nak cerita yuki la pulak. Dua ke tiga kali yuki datang menjengah bumi Sendai ni patik tak sempat nak menyapa yuki, jeling-jeling aja. Tapi tiba2 hari Isnin lepas bangun pagi yuki turun dengan lebatnya. Kebetulan cuti umum. Tak boleh hantar Hamza ke rumah babysitter sebab hari ahad dan cuti umum memang babysitter tak akan terima. Terpaksa la buat kerja kat rumah sambil melayan anakanda yang dah banyak ragam sekarang ni (bila ntah nak story mory ragam Ken Hamza). Seharian yuki turun tak berhenti. Kami pun memang tak plan ke mana-mana. Nampak Hamza boring kat rumah saya bawa keluar depan pintu je... mak aihh yuki masih lebat lepas tu tang tu jugak yuki menerpa ke arah wajah kami berdua. Kelakar tengok muka Hamza masa ni. Tak sampai 5 minit pun saya dah masuk rumah. Dalam hati berkata... "Sadisnyaa tak merasa yuki pun tahun ni, teringin namun tak kesampaian, dek kesibukan. Dahla yuki yang last wuwuwu". Waktu tu patik gambarkan yang kesokannya yuki akan mula mencair dan tak gebus lagi.

Esoknya bangun macam biasa bersiap ke lab. Cinta hati cakap yuki turun lagi sikit2. Kat luar pun takde perubahan, belum cair lagi. Apa lagi patik teruslah capai kamera, haha takde keje lain kamu ni penulis oiii...
 
asyik2 gambar bumbung ni haha...

 
jom buat abc, masih lembut dan gebusss, sukaaaaa... alhamdulillah...

 
kira tebal la kat Sendai ni, sebab sendai bukan bandar yuki pun...

kadang lebat kadang tak kelihatan yuki chan ni...

dah lama my love tak bersenam paksa rela di musim fuyu ni hehe...

 
anakanda dan yuki... tengok sekeliling lepas tu senyum... Hamza tahu ke apo ko bondo yang putih2 tu?

Mama dan anakanda Ken Hamza... thank you my love sebab sudi ambil gambar hihi...

tiba-tiba rasa nak jadi macam muda2 dulu baring atas yuki haha... takpelah niat dibatalkan pengsan pulak jiran-jiran i nanti... melainkan kalau pergi bercuti kat kawasan bukit bolehlah nak buat aksi hindustan hey...

 
feeling dalam snow globe kembali menerpa diri ku ini... seperti waktu-waktu dulu...

yang ni pula gambar kat kampus, berhampiran bangunan patik, sempatlah snap sekeping dua... terpaksa curi-curi masa kalau tak entah bila berkesempatan lagi sebab yuki kat sendai ni tak menentu...

 masa ni balik lunch kat cafe. Entah siapa yang buat yuki man ni. Siap baby yuki kat atas kepala yuki man haha... patik minta my love ambilkan gambar, tapi dia tu kalau sibuk semua pun tak peduli huhu... dia ambil dari jarak jauh sebatu haha (yang si isteri pulak ngengada betul nak gambar duk sebelah abang yuki man), nasib baik terserempak entah siapa minta dia ambilkan gambar patik betul2 sebelah yuki man ... tak semena-mena "berkenelen" dengan pelajar master dari indonesia... tiba-tiba rasa janggal je nak bergambar haha, rasa lama sangat patik tak pegang kamera, dan berposing depan kamera (eceh!). Asyik ambil gambar anakanda je tapi tak nyempat2 nak share kat blog...

Yosh nak asmbung kerja... bersabarlah duhai hati... mo chotto ne Hani chan! ganbare! 


Saturday, January 5, 2013

Kemenyampahan...

Adik2 sekalian alam, perkataan tu tak wujud dalam kamus BM, penulis saja je menokok nambah imbuhan yang tak sepatutnya untuk mem-voguekan lagi perkataan menyampah. Haha pengsan la para ibu2 yang membaca ni... boleh pulak nak kasi perkataan tu vogue de vass eh?

Dah lama tak balik lewat malam waktu zaman study dolu2. Sejak dua menjak busy ni, petang ambil anakanda Ken Hamza dari rumah baby sitter kemudian patik akan ke lab semula sekiranya ada perbincangan bersama sv. Tapi paling lewat balik pun pukul 10 plus je. Tak cecah 12 tengah malam, bukannya apa patik risau la, nanti tak pasal2 kasut patik tertinggal di lab sewaktu berlari... kemudian kereta bertukar menjadi buah labu, parah la kalau macam tu, terus tak boleh balik wuwuwu. Maaflah penulis dulu hingga kini asyik cindralela aja yang ada di pikirannya.

Berbalik pada tajuk menyampah. Saya teramat menyampah bila mana, waktu memandu seorang diri pulang ke rumah, masa tulah semua cerita hantu dari zaman tok nenek akan ligat berputar di minda satu persatu. even cerita main2 hantu dan juga cerita normalakusari yang beranak melalui mulut tu (penulis pelat, norkumalasari selalu sebut normalakusari), cerita antu korea dan jepun takyah cakap la yang mata merah rambut panjang, the ring muncul kat cermin dan sebagainya... huwaaaa tensi mak tau.

Ni cerita semalam, orang jepun kan suka berjalan... naik basikal etc... tapi tak menahan bila yang berjalan tu suka sangat pakai baju warna gelap. Nak2 lorong dari kampus balik ke rumah kecik cinonet pulak, lampu jalan pun jarak jauh2... (sapa suruh lalu jalan shorcut cik kak oii!, yela tak sabar nak jumpa anak la cik kak ehh... aik sendiri tanya sendiri jawab, okeh abaikan penulis bermonolog dengan diri sendiri huhu)... sedang asyik memerhati kiri-kanan tiba2 ternampak seolah2 batang pokok bergerak ala beralun bila menghampiri ya ampunnn ada seorang lelaki sedang berjalan, full set dari kaki sampai topi pun warna hitam huwaaa... lepas tu depan sikit ada selekoh tajam patik bergerak perlahan tinggg! tak semena-mena lepas tu terfikir aik, bila masa ada macam tiang kat selekoh ni? sekali bila melepasi ala2 tiang tu... lembaga manusia rupanya... boleh pulak dia berdiri kat situ terpacak macam tiang da tu kepala tunduk ke bawah dan pakai baju ada hood, guess the color? yes, its all black... kuss semangat, kut ye pun nak bertapa selekoh jugak yang jadi pilihan, bila dah berlalu pergi curi2 pandang kat side mirror masih lagi berdiri kat situ huhu... frust ke apa... lepas tu tiba2 terus tak ingat semua cerita hantu tu haha...

owh by the way... yang ini farrr farrr away from menyampah hehe, for those who misses this cheeky boy of mine...

 Papa beli pedang 100 yen untuk Hamza... kelakar tengok cara dia pegang dan goyang2 haha... pedang tu ringan je sort of polystyrene, abaikan fesyen comot tu, mama Hamza dah tak ada fashion sense sebab busy haha... baju belang seluar petak... adoiii pengsan!

pertengahan disember yang lalu, huhu gambar basi... beberapa hari selepas Ken Hamza turned 6 months, mula-mula tak faham apalah yang baby sitter cakap "nagai osuwari" lepas tu barulah faham, Hamza dan boleh duduk sendiri lama-lama, tapi mama dan papa Hamza risau selalu je monitor risau kang tiba2 tumbang hihi... tapi sekarang dah ok...

Tak sempat nak baca milestone baby dan tak berapa ambil tahu, just go with the flow huhu... i want you to grow up healthy and happy! Banyak nak story mory most of them cerita basi haha... takpelah for those yang sudi baca i am so happy to have you guys... till then!


Friday, September 28, 2012

Tappuri...

Adakalanya saya belajar lebih banyak vocab nihongo secara tak sengaja. Beli air di seikyou (coop univ) tiba-tiba ternampak tappuri tertera pada sebuah botol minuman (ampunn kalau salah penjodoh bilangan huhu).

ビタミンCたっぷり (たっぷり=tappuri)

Terus check kamus, tappuri bermakna plenty of... air dalam gambar tu kaya dengan vitamin C dari buah blackcurrant, raspberry dan acerola. Yummy, i like the taste! Air kat sini macam2 jenis, sedap2 pulak tu hehe, cuma patik je tak sempat nak story mory kat blog. InsyaAllah ada masa pasti akan dicoretkan di sini.

Oklah nak continue kerja, esok ada meeting. Ya ampunn sejak dua menjak ni bw gitu2 je comment pun tak sempat huhu, pengsan! Bila dah reda kesibukan ni baru syok nak menaip. bila agaknya ye...


Saturday, August 11, 2012

Kobe Convention center..

Sambungan entri Kobe. Pada entri tersebut saya ada bagitahu naik bas dari Osaka Itami ke Sannomiya station di Kobe. Besar la jugak eki (station) tu, turun je dari bas terus tercari2 port liner untuk ke tempat conference. Satu gambar pun tak snap haha. Bila dah sampai di port liner baru la sempat keluarkan kamera ambil gambar laju2.

 di stopnya... Shimin Hiroba Convention Center...

 nasib baik nampak poster conference beserta anak panah kalau tak memang blur jugak mencari arah tuju... nampak pyramid fountain (nama rekaan patik semata-mata) di kejauhan...

Keluar rumah jam 6.10 am naik bas bandar ke sendai eki naik train ke sendai airport flight ke osaka itami kemudian naik bas ke Sannomiya eki Kobe, lepas tu naik port liner ke convention center jalan kaki dalam 10-15 minit maka sampaila ke tempat conference lebih kurang 12 tengah hari macam tu. 
Sensei dalam dewan masa saya sampai, dia keluar bagi duit untuk register (risau saya tak ada cash mencukupi, nasib baik cukup so tak perlu pinjam duit sensei) lepas tu terus masuk dewan. Duduk sekejap lunch, nasib baik tak terliur sebab duk fikir pasal happyou (presentation) je. Giliran jam 3.30 pm. Lepas je present sensei terus panggil untuk diskusi. Lebih kurang jam 4.40 pm baru bergerak semula ke port liner...

dalam perjalanan balik, baru ada peluang nak tengok kawasan sekeliling, luasnya kawasan ni... tiba2 terimejin berada di tempat lain kat europe ke us ke haha tak kuasa i ahauww...

pyramid fountain dari dekat... dah tak sabar nak balik asyik teringat kat anak je ni huhu...

kalau ada masa pasti saya tunggu, walaupun lagi 10 minit je untuk dengar jam tu bunyi ding dong (tak tahu bunyi macam mana tapi ada 3 loceng comel sudah tentu akan berbunyi setiap jam). Masa amat berharga, nak cepat2 sampai ke Osaka Itami...

kreatifnya tempat tanam pokok tu suka suka...

dalam perjalanan pulang ke main station... parking basikal di bawah monorail...

selamat tinggal Kobe, tak sempat explore apa2 pun kat sini huhu apapun ianya tetap satu pengalaman buat patik...

Sesampainya di Sannomiya eki terus cari bas ke airport, nasib baik jumpa... nampak bas dah nak gerak laju2 pergi sekali lupa beli tiket patah balik pergi beli di mesin ala2 vending machine gitu. Alih2 datang pakcik tbb/og (tak berapa betul/tak sampai hati nak tulis orang gila). Muryo ticket (ulang3x) muryo tu maknanya free, lepas tu datang sebelah hulurkan tiket seolah2 saya terpaksa ambil. Bila tengok kertas sama saiz dengan tiket yang nak beli masam tu, tapi kosong je ada tulisan dia hehe. Saya geleng kepala. Terserlah kekecewaan di raut wajahnya. Kemudian terus bertukar garang sambil jerit2 marah sebab tak ambil tiket tu lantas berlalu pergi. Aduii pertama kali jumpa orang macam ni sepanjang duk jepun ni haha. Nasib baik sempat naik bas, jalan jem menuju ke airport.

Sampai di rumah lebih kurang jam 10.30 pm. Hamza dah tidur. Buat apa yang patut kemas basuh etc, baring jap jam 1 Hamza sedar untuk menyusu. Masa tu tengah tukar diaper dia mata masih pejam tapi badan duk menggeliat. Tiba-tiba dia buka mata, belum sempat saya tegur dia dah tersengih2 (dalam hati berkata, rindu kat mama eh? perasan jap haha). Lepas kenyang dia sambung tidur... Lepas ni ada conference tak nak la berjauhan macam ni huhu. Sebab last minut, my love tak ikut tiket flight pun mahal, banyak faktor la tapi memang nasib baik boleh pergi balik hari...

Cerita mr taxi...

Tuesday, August 7, 2012

Kobe...

Sehari sebelum birthday, bersamaan 27 Julai yang lalu, seawal 6.15 am dah terpacak di hentian bas berhampiran rumah saya. Tujuannya untuk ke Kobe menghadiri local conference di Kobe. Pergi balik hari dan ianya sangat memenatkan.

Dari Sendai ke Kobe tak ada direct flight. Sendai-Narita, Haneda-Kobe sangat leceh sebab kena transfer dari Narita ke Kobe tambahan pula flight Haneda-Kobe tak banyak dalam 3 kali sehari je. Maka terpaksa ambil Sendai-Osaka Itami dan dari sana ambil bas ke Kobe.

praktis untuk kali ke berapa entah, huhu... waktu ni saya sedang menunggu di boarding gate 5 Sendai airport.

Sesampai di Osaka Itami terus cari hentian bas yang berada di luar airport sahaja. Untuk ke Kobe tambang 1050 yen dan perlu tunggu bas di platfrom no 16. Tak ada siapa nak tolong ambil gambar labmates yang lain tak join conference ni... sensei patik dah menanti di tempat conference...

cab di hadapan hentian bas... bosan tak tahu nak buat apa masa tu dah mula bengkak susu (sakitnya huhu)

Sampai di Kobe terus ambil port liner ke tempat conference...

Kali ni memang pergi hanya untuk present, lepas tu terus balik Sendai, nasib baik sensei bagi kelonggaran untuk skip.

p/s: og di Kobe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails