syuukan = minggu/week
Semalam lama betul menanti giliran. Bukanlah lama sangat pun cuma waktu menunggu kali ni tak seperti biasa. Mulanya ramai yang beratur untuk urine check, kemudian nurse tersilap ambil kupon diskaun. Lepas tu bincang tentang kos bersalin pula. Kalau kena tambah dengan duit sendiri maksimum dalam 200,000 yen. Kemudian kena tanda tangan surat tak boleh request doktor wanita. Dibuatnya waktu nak bersalin tu ada doktor lelaki je kenalah pasrah. Dulu masa geng Sendai Iryd bersalin boleh request tapi sekarang dah tak boleh. Tak mengapalah didoakan semuanya selamat bila tiba waktunya.
Memandangkan dah 30 weeks plus, pertemuan dengan doktor adalah selama 2 minggu sekali. Selepas 36 minggu, kena jumpa setiap minggu. Semalam check-up dengan doktor yang tak pernah nampak. Hajimete. Nampak sangat muda. Tapi orang kat sini ramai awet muda rasanya, kadang wajah nampak macam sekolah menengah tapi bila tengok umur dah 30 plus wuwuwu.
Selepas nama saya dipanggil, kelam kabut nak masuk bilik sebab masa tu sedang isi borang makanan yang boleh/tak boleh makan waktu bersalin nanti serta maklumat lain. Masa nilah nak catat kat situ porky, daging tak halal etc tak boleh makan. Doktor tu siap buka pintu dan panggil lagi sekali. Sat na doc... hehe...
Bila masuk dia suruh baring. Lantas membuka fail yang berada di atas meja. Laju aje cakap jepun. Entah apa yang dia cakap. Yang faham cuma "32 syuukan desu ne." Kemudian saya angguk laju2 hik2. Dia minta kebenaran untuk letak gel (tak tahu nama) nak buat ultrasound.
"Are... ookii..." looking back at the file. While his hand is still resting at my leg. Memang sempoi.
Ookii=big/besar. Encik suami bertanya "Akachan ookii desuka?"
"Hmm.. chotto ne, but growth is normal." Adess konfius dibuatnya.
Kedudukan akachan pun masih sama. Kepala di atas. Belum buat pusingan "moero attack" lagi. (tiba-tiba teringat scene "hiroshi lihatlah tangan ku ini", zas tarik sarung tangan dengan gigi, entah2 scene drama lain...ampunnn).
Sekarang ni akachan 2.1 kg. Para senior, pada minggu-32 ni jikalau akachan mempunyai berat sebegitu rupa, besar sangat ke? Atau doktor tu yang terlebih ekspresi. Huhu...
Kemudian doktor bagitahu keputusan pemeriksaan darah, mama akachan ni pulak kurang hemoglobin dan doc suruh ambil Fe (iron) tablet. Kurma merupakan salah satu makanan yang ada Fe, memang makan setiap hari tapi minggu ni stok dah habis. Kena order lagi di baticrom.com. Sepanjang mengandung ni baru sekali je makan hati ayam, tapi seafood yang bercengkerang tu adalah juga banyak kali. I likeee "asari" (clam).
picture from mr Wiki...
Jika tuan hamba teringin nak minum teh (ye ye je padahal penulis yang teringin nak minum teh susu :P). Kena tunggu sekurang-kurangnya sejam sebelum atau selepas makan.
p/s: Thanks Nuffnang for another BE!
25 comments:
x lamo doh tu, tp betul kot doctor tu oyat ooki kalu ikut stended jepun sbb baby2 jepun kecik2 jah. maso ore beranok SN dulu, 3.155kg pun consider ooki sbb baby2 lain x smp 3kg pung..maklumlah mak2 jepun kan slim melim belako maso preggy..baby pung kecik la kot
Akak doakan hanis dapat doktor pempuan..
Alhamdulillah ketiga2 anak akak di sambut oleh doktor perempuan.
taklah besar sangat, rasanya sampai masa bersalin lebih kurang 3 kg...
Dah 32 minggu eh sis? Take care!! :)
normal rasanya, Haqem dulu 31weeks 1.9kg, keluar 3.7kg. takpe yg penting doktor check baby dan mamanya sihat. yg penting makan ikut jadual dan seimbang. InsyaAllah semua ok nnti. ;)
Comel2..
soo deska.... akachan ooki desu ne...kite beza sebulan ajelaa kak hanis yer...hahaa...akachan kite ni lom tau lg bpe beratnye tp nmpk mcm beso gilee aje perot...
kite mmg makan kurma hari2...hb mmg dr awal ok..11.5 masih maintain...yg ptg iron tablet jgn tinggal..bak kate doktor dubai laa hehe
scene yang tarik sarung tangan dengan gigi rasa2 macam dari cerita korea.. entah.. hahaha..
btw, kak take care.. tak sabar menunggu akachan keluar.. ngee~
tak sabar kak nor tunggu akachan lahir..semoga semunya selamat..kelima2 anak kak nor disambut oleh doktor perempuan .
waaa . mesti best kan . semoga dipermudahkan segalanya :)
Salam Hanis.. take care ye. x sabar nak tengok baby dio.. Hanis x dok FB ko ?
tak bestnya tak boleh request Dr wanita. alhamdulillah la kat sini midwife yang sambut (setakat ni belum pernah jumpa midwife lelaki..yang tahunya perempuan je semua :D)
semoga dipermudahkan & harap2 dpt la doc perempuan ms bersalin nanti..take care!
HanisSan , yaAllah lama glia x jenguk sini, sowi.... Heee bila due? Mesti berdebar. InsyaAllah didoakan semua okay :) Btw I nak address uuuuuu :)
-sa. Edmonton-
wah !baby dah nak besar kak. alhamdulillah.
jaga diri elok2 kak. :)
tp selalu jrng nk jmpa doc perempuan yg tomodachi citer la...dh masa nk bersalin tataw biler khen...x per janji selamat & d permudahkan segalanyer inshaAllah!
wahhhhh....
tak sabag nak tengok junior..
made in jepun..eheh..
(^^,) take care sis.. semoga selama semuanya.. doa kami dari Malaysia...
Tak lama lagi akachan akan memeriahkan hidup kak hanis.. seronok3.. lama jugak la suya dah follow perkembangan akak.. tak sangka.. rasa baru je lagI
info tambahan, SN maso 32 weeks dlm perut pun berat dio 1.94kg. so ore raso normal klu ikut body weight baby msia...baby jepun lepas tubik baru tembam hehe
Jelesnya akak asyik BE Masyuk ni. Tak acilah...
Akak makan sprulina dan minyak ikan masa pregnen dulu .
betul tu komen blogger2 lain hanis,rasanya besar baby hanis tu normal kt msia..maybe org jepun petite kot..pasni makan banyak2 skiit makanan yg ada iron yer..biar mummy sihat walafiat..
dah dekat2 masanya yer hanis.. semoga dipermudahkan dan diselamatkan segalanya.. akak ingat lagi scene cabut sarung tangan dengan gigi tu.. he..he..
rasa mcm normal jer kot 2 kg. eliss sampai sudah doc ckp kecik2, last sebelum bersalin doc ckp besar tiba-tiba..hehehe
tak lama lagik aje nih eh?..sama-sama kita berdoa moga semuanya selamat,insyaAllah :)
Semoga dipermudahkan proses kelahiran.. semoga mama & akachan selamat ye.. take care.. luv u..=)
Post a Comment