
Kedai souvenir di Shin Aomori station. Sempat beli kuih/kek yang sedap, boleh baca di SINI.

Aomori sangat terkenal dengan Nebuta Matsuri (matsuri=festival). Manakala Sendai terkenal dengan Tanabata matsuri. Bagi patik, tanabata (Tanabata memories 2010) lagi comel hehe, sebab tak tahu sangat asal usul nebuta ni.

Pada mulanya ingatkan stesyen shinkansen Shin Aomori ni di tengah bandar, rupanya bukan, kalau nak ke bandar Aomori, ambil loople bus di atas 200 yen untuk setiap stop dengan perjalanan lebih kurang 15 minit. Ada pakej sehari kalau tak silap tapi lupa berapa bayarannya. Boleh ke tempat menarik yang lain lagi. Memandangkan kami tak ada banyak masa, cuma sempat ke bandarnya sahaja.

Jambatan merah di mana2 sahaja...

menghampiri bandar Aomori, kecil sedikit dari bandar Sendai... kami bayangkan Aomori lebih meriah dari Sendai...

lupa pulak nama bangunan di atas tu.. reminds me of pyramid sebab rupa parasnya itu hehe...

Nebuta museum (yang warna merah)...

Aomori memang terkenal dengan ringo (apple) ada A factory outlet (apple factory) yang menjual bermacam produk dari ringo, kami tak beli pun sebab agak mahal dan tak ada yang menarik hati patik ni. Mula2 ingatkan outlet macam premium outlet, rupanya outlet lain, tertipu i.

nice view, tapi sejuk sangat, tak tahan. Laju2 buai ku laju saya dan cinta hati masuk dalam museum nebuta tu...

my love kurang gemar melihat muka nebuta ni, dia cakap ala2 syaitoon hehe, lawak je. Tak tahulah kenapa garang sangat muka nebuta ni, hero zaman dulu gamaknya, patik makles nak menggugel ampunnn...

unik atau menakutkan?

nak masuk tengok pameran kena bayar, tapi tak masuk pun curi2 ambil gambar di koridor... mungkin banyak sejarah nebuta dalam tu tapi mungkin dalam bahasa jepun...

it's time to go home... bye2 Aomori, rasanya dah tak terjah kut kat bandar ni, melainkan kami nak ke Hokkaido menaiki feri dari Aomori itupun jika ada masa dan rezeki, wallahua'lam...
p/s: alhamdulillah dah hari kedua berpuasa, harap dapat puasa penuh tahun ni. Di sebalik nama Ken Hamza...









rasanya dah lama sangat plan nak masak2 kek karamel ni dengan Kak As, namun apakan daya tak ada rezeki, alih2 Kak As yang buatkan, sudah tentu sedappppp rasanya... ailebiu Kak As!




























