Friday, May 25, 2012

Agar-agar santan...

Pasti ramai yang dah cuba resipi ni. Saja letak untuk rujukan diri sendiri nanti. Bila dah jauh dari kg halaman ni baru sampai seru nak buat. Sebelum ni tunjuk je nak yang mana macam2 ada cendol etc, pelbagai jenis kan. Nasib baik tekak terasa nk mkn yg fashion ni (eh agar2 pun ada fashion ke?) kalau nak yg pelik2 confirm tak terbuat.

0

tak ada mould agar-agar/puding yang cun, patik letak dalam loyang kek je wuwuwu...

Agar-agar santan (saya ambil resipi ni dari blog Kak As Yonezawa)
10 g agar-agar
1150 ml air
1/2 cawan gula merah/gula melaka
1/4 cawan gula (patik tak letak konon nak kurang kan manis)
120 ml santan*
1 biji telur*
secubit garam*
1 helai daun pandan
  • satukan bahan bertanda * - ketepikan
  • masak air, gula dan daun pandan, bila gula dah larut masukkan serbuk agar-agar kacau sehingga semua larut dan sebati 
  • kemudian masukkan campuran santan telur dan garam, kacau hingga mendidih dan matikan api
  • sejukkan

1

maaflah comot, sebab saya bukan pakar masak pun. Sekadar suka-suka dan untuk makan sendiri-sendiri je hehe...

Sebelum ni dah pernah cuba tapi tak ambil gambar pun, terus makan dengan lahapnya. Tak sangka rasa nak makan lagi, itu yang letak resipi kat sini, yang versi tulis entah dah ke mana ish ish... tahap lupa yang kritikal?. Sebelum ni buat terlembik dan warna coklat cair. Terlembik sebab silap baca kat kotak serbuk agar-agar tu. 4g x 10, saya terbaca 4 x 10g sudahnya letak serbuk agar2 satu peket je haha pengsan! Tang warna cair tu sebab guna gula merah biasa je. Masa buat kali ni, entah macam mana boleh terjumpa stok gula melaka yang masih ada seketul... ingatkan dah habis. Apa lagi laju2 la buat agar-agar ni. Terasa nak buat puding jagung gluk gluk Kak Kasih la pulak, tapi belum cukup bahan...



32 comments:

fadhilah said...

macam senang je... bleh buat ni...

safurara said...

rara suke sgt agar2 ni.

amirah said...

makan jangan tak makan ye..huhu..kang x dapat makan lak

Nini D.. said...

teman suka sgt mkn agar2 nih!!!

Syazwan Che Deraman said...

Laaa, orang panggil agar agar santan yang ni.

dah lama dah tak makan.

Kakzakie Purvit said...

Hanis.... kakak suuukaaaa sangat agar-agar santan ini. Kakak panggil lengkung. Tak kiralah walau dah kena amaran doktor tapi kakak kalau kenduri ada kuih ini mesti kakak ambil dulu...

Asmara said...

mana la yg comot tu. hehe.. elok je kejadiannya. senangkan guna agar2 serbuk. masa memasak pun sekejap sangat, Hanis boleh jugak guna kurosato ganti gula merah tu. lagi sedap tau. ;D

Ain said...

lengkong ni bile dah mask tu tuang je terus dalam bekas eh? nnti die terus jadi 2 lapis eh? pastu lau pakai agar2 yg panjang2 tu pon boleh kan?

Hanis MY said...

@Ain
baru tahu ada nama lain-lengkong, ha ah ain, masa proses menyejuk tu otometik jadi 2 lapisan, agar2 pjg tu pun boleh... selamat mencuba k...

Hanis MY said...

@fadhilah
org kelantan ckp "seney smesek"... buatlah nanti :)

aizamia3 said...

nak mintak mak buat, jauh.. maka kenalah usaha nak bagi tekak rasa.. ;)

tak semua rasa lengkung ai suka.. ;)

whitecappuccino said...

comey sungguh agar 2 hanis buat ni...dulu2 ciknor suka juga buat agar2 ni, first time blajar masa form 3 dalam kelas sains rumahtangga, skrg dikenali sebagai ERT.

Teratak Hami said...

akak pernah try skali je buat. Tapi tak cantik jadik lapisannya. Salah satu lapisan tu nampak nipis jer. Hanis buat nampak ok.

Salina Mat Isa said...

Blh la try..

Umie Naziera said...

makan sejuk2 lagi layan..yummeyhh

Ain said...

kak hanis kite dah cube dah ikut bulat2 cam resepi tu tapi x bubuh gula pasir gak...mak rasa ok a lulus sedap tapi mak cakap lau bubuh gula pasir bia manis skit lagi baru lagi sedap...haha...tq share resepi tu bertambah ilmu masakn d dada...kikiki

lavenderlover said...

sdpnyerrr.. lm x mkn agar2 santan.. nk rasa la bl blik malaysia ni.. hehe

Farah Shamsudin said...

waa.. rajinnye Hanis buat agar-agar.. kena pulak jauh dari famili kan.. aish.. tetiba teringin la pulak.

Nieda said...

Sedap ni ...Nyaman .

Azian Elias said...

eeiii.. akak suka sangat tau makan agar2 nya.. tapi suka guna gula melaka.. Kalau gula timbang tak sedap.

Hanamiko Sakura said...

@Hanis MY
lengkong tu dalam bahasa jawa kak hanis :) hehe

Unknown said...

Haha.Pengsan.Nasib baik banyak itu je bubuh nye.Kalau lebih berpengsan2.

Nadiah Sidek said...

saya pun duduk sini baru buat agar-agar santan tu. kat malaysia dulu mak yang buatkan :p

Norliha Samad said...

rajinnya hanis...
dah terbuyut2 macam tu pun boleh buat agar-agar lagi
yelah kan, dah duduk jauh kena buat sendiri kalau tekak dah teringin sangat nak makan.
Bila duenya Hanis? Take care ok.

wida said...

makan sejuk2 sedap kan..
wida resepi simple cam ni pon x reti buat tau..huhu, haru betul

Kak Mahh said...

sedap agar-agar ni.

Anonymous said...

euwwwww not my taste..

Unknown said...

agar2 ni sangat sedap :)

ch000tz said...

wahh semangat betul....hehehe

Lieya said...

Wuhuuuu sedap niiii.... pos sikit ke malaysiaaa.. ehehehee

نورعيم said...

bledo sate! hikhik . rindu ko masakan mok pulok la tgk kak masok.

CikUna said...

macamana dia boleh jadi 2 layer kak hanis ?? kan tadi dah satukan semua bahan ?? jap x paham... hehe.. tetiba teringin nak makan gak..sejuk2 dari peti ais.. nyum2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails