Thursday, May 10, 2012

Aomori sweets...

Tak tahu bila ada masa nak story mory tentang lawatan beberapa jam ke Aomori menggunakan JR east pass special. Cerita pasal makanan dululah, boleh gitu? (Ish2 makan aje kamu ni). Mula-mula tak nak beli namun selepas diberi sample percuma terus teringat2 akan kesedapannya. Maka sebelum bertolak balik ke Sendai sambar cheesecake Aomori dan my love pula terliur dengan cheese tart.

IMG_1051
packaging siap dengan ais kering memandangkan shinkansen Aomori-Sendai lebih kurang 2 jam. Dari kiri Aomori cheese tart, Aomori apple cheese cake dan Aomori sakura cheese cake. Eh perlu ke tulis Aomori, walhal cheese cake kat mana-mana pun ada hik2. Sebab beli di Aomori dan ia merupakan produk Aomori haruslah tulis Aomori gitu... skima betul penulis ni, dush!

IMG_1057
rupa cheese tart, rasanya sudah tentu lazat... percaya tak kalau bab-bab tart ni patik suka base dia berbanding inti haha... lagi rangup/crispy lagi la i suka u! (ish pelik betul).

IMG_1056
Apple cheese cake. Aomori ni terkenal dengan ringo [cara sebut rin-go] (apple) yang besar dan manis. Banyak tanaman ringo dapat dilihat sewaktu di dalam shinkansen dan juga densya (ampun tak snap gambar, lagipun ringo belum berbuah lagi... belum sampai musim).

IMG_1054
Akhir sekali sakura cheese cake. Siap ada kelopak sakura lagi kat atas tu. Kedua-dua cheesecake ni lebih sedap dari cheese tart hehe, bila makan tu pejam mata sebab sangat sedap, atau dengan kata lain makan dengan penuh penghayatan gitu (eceh).

Banyak yang tak sempat diterokai di Aomori. Namun kami cuba gunakan sepenuhnya masa yang ada dan saya pun jalan santai2 aje setakat yang termampu...



22 comments:

me suya said...

hoihhh nampak sedap giler, tempting :)

siti kektus said...

cheesekek mana je yg tak sedap kak. hehehe tapi, kite kalau makan chesekek byk2, jadi muak. huhuu

Chekgu Azrine said...

akak bila mengandung ni pun suka giler makan benda rangup2.. hehehe

wida said...

lainlah dr tart kat malaysia ni..
hanis, dah sarat2 pon jalan lagi ker..hihi

Hanamiko Sakura said...

meleleh air liur.. minta sikit XD hehe

Asrul "iLham" Sany said...

sodapnya nampak... suka cheesecake

Noraim said...

baco entry kak sapa tele air liur. hihi.

ps : lamo xbukok blog kak sbb sblm ni ado malware. xleh bkk la :(

Umie Naziera said...

isshhhh,cheese cake..terliur baca niyh..yumm2

Munnafendy said...

nisss....melting =.=*

Cik TeN10 said...

Masa GW arotu ade bdak iwate dtg sni..diorg bawak cheesecake ni la !! Seriusly sedapppp! Mmg rsanya pure cheese lah !

Nadiah Sidek said...

sama la..kalau tart memang suka yang base tu :)

Shana' said...

adui sedapnya hanis....benda kt jepun ni pelik2 la kan. sume cute2 je. cheesecake pun nampak lain dr yg kat malaysia....bilalah nak sampai Jepun ni

☆彡Mitchell Cullen said...
This comment has been removed by the author.
☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

OMG OMG OMG ai loikeeeee
cheese cake tue mengoda ai so kena baking la hari ni uwaaa...nak terjah jauh sangat ngeeee

fadhilah said...

dh meleleh dah air liur ni.... hehehe...

norliha said...

alamak cheese cake
fabaret tu...
kat Maysia tak kreatif cam tu.

Cik Pulau said...

cheese tart sedapp...
eh. sakura cheese cake pun ada.. hehehee
sedak2 weh blako napok.terliur weehh

aniswany said...

anis dh la hantu cheese nih..meh la pos kt anis sket =D

Kamalia said...

ok,ni kami tak beli..hebaknya mung ni..kami tak tahu pun nak beli katne..*eceh,padahal malas nak cari..*
ringo kat sana mmg sangat manis dan besau..

CikUna said...

waaaa.. una pun suke sangat makan based kuih tart tu.. hurmmm.. nyum2.. makan je yang tau buatnye tak reti.. haha

CikUna said...

waaaa.. una pun suke sangat makan based kuih tart tu.. hurmmm.. nyum2.. makan je yang tau buatnye tak reti.. haha

khairunnisa ♥ said...

nisa suka apple pie.. tapi tak pernah lagi try apple cheese cake.. nyum2x.. kak hanis, bila bersalin? :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails