Showing posts with label Shinkansen. Show all posts
Showing posts with label Shinkansen. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Hayabusa, the new shinkansen...

*scheduled entry*

Banyak betul entri yang tersadai. Ada masa baru sempat nak menaip. Macam mana 1 ramadhan? Semoga semua berjalan lancar sehingga ke penghujungnya insyaAllah. Dah tentu ada yang memikirkan juadah berbuka nanti. Kalau di kg halaman bolehlah fikir juadah, kuih yang best2. Kami di sini insyaAllah berbuka ramai-ramai bersama geng senior citizen sendai.

Ada shinkansen (bullet train) baru bernama Hayabusa. Paling laju dalam banyak2 shinkansen yang ada. Sendai ke Tokyo hanya 1 jam 15 minit. Lebih kurang naik flight. Tapi naik flight lagi lama kut sebab nak check in, nak pergi ke airport satu hal dan sebagainya. Sebab tu travel dengan shinkansen sangat mudah. Kalau tak kerana JR Special Pass, saya dan cinta hati mungkin tak berpeluang untuk menaiki Hayabusa kerana tiketnya yang agak mahal (tak tahu berapa beza dengan shinkansen biasa). Kami naiki hayabusa sewaktu balik dari Aomori. Cerita Aomori ada satu episod lagi. Episod sebelumnya boleh baca di Aomori-Hirosaki dan Itik Aomori.

 IMG_1059
Hayabusa! coach no 8, lupa pulak seat no berapa. Sebab tiket dah diambil oleh mesin masa sampai Sendai. 

IMG_9854
Mama dan Ken Hamza dalam hayabusa dalam perjalanan pulang Aomori-Sendai.

Kali kedua, masih dengan JR pass kami sempat ke Tokyo balik hari. Pergi dengan Hayabusa, balik dengan shinkansen biasa Yamabiko.

IMG_9870
versi jepun...

IMG_9871
versi tak jepun... 

IMG_9863
bersama Yamabiko... posing sementara menunggu hayabusa sampai untuk membawa kami ke Tokyo.

IMG_9886
my love yang susah betul nak bergambar dan diajak bergambar... love u!

IMG_9887
memori patik bersama Hayabusa. Betapa bezanya muncung hayabusa berbanding shinkansen lain. Jangankan patik yang jakun, orang jepun sendiri pun beria ambil gambar ada yang siap pegang2 bersandar-sandar lagi ha. Ikutkan hati mau aje buat macam tu (over betul) namun apakan daya masa tu tengah sarat bawa Ken Hamza...

Tengok balik gambar preggy nostalgia betul, betapa kembangnya diriku... tapi tang perut masih ada saki baki huhu macam mana entah nak bagi hilang semua uwaaa... pasrah. Adakah kena pergi slimming center macam Ziana Zain tu? Dush!


Friday, May 11, 2012

Bentou during traveling...

Bila travel dalam jepun especially naik shinkansen, biasanya bawa bekal ringan2 je (kek, roti etc). Jarang betul saya bawa bekal nasi. Melainkan kalau travel dengan kereta baru bawa bekal nasi. Itupun kadang makan kat kedai jugak hehe. Travel dengan shinkansen ni, senang beli bentou je ada pelbagai jenis.

Tak tahu la anda semua lalu ke tak tengok bentou ni. Tapi saya dan cinta hati memang suka lebih-lebih lagi makan waktu lapar on the way balik ke pangkal jalan Sendai. Khusyuk sangat berjalan sampai tak sempat nak makan maka belilah bentou. (ye ke khusyuk jalan, padahal preggy mama ni yang tak larat nak jalan banyak2 hehe).

IMG_1060
Waktu tu kami di tokyo, sedang tunggu shinkansen untuk balik ke sensai. Walaupun nampak kedai tu jual bentou seafood tapi kena check juga bahan masakan yang digunakan. Selepas bertanya akan isi, kandungan dan bahan-bahan barulah yakin nak beli. Yang kat atas ni my love punya... ada unagi (belut), asari, ikan kecil tu tak tahu nama... telur dadar daikon dan baby cucmber. Sampai hari ni dia masih teringat-ringat akan kesedapan bentou tu. Sayangnya jauh pulak nak beli lagi hehe...

IMG_1062
Yang ni kepunyaan patik. Tak tahu menahu pun sebab masa my love yang belikan bentou ni. Tika itu saya sedang beli roti kat kedai sebelah. My love pilih yang ni sebab dia tahu patik tak berapa lalu nak makan unagi :P. Bentou i ni sampai ada 3 jenis masakan nasi. Wah2 i loikee... lauknya dari kanan, tauhu dan spinach, ubi dan asari kut. Lepas tu ikan saba bakar, telur dadar dan fishcake. Paling hujung tu seaweed digaul bersama wasabi. Terasa kepedasannya tapi sedap. Kat atas nasi juga ditaburi telur hancur (eh macam pulut pulak), ikan tak tahu nama dan juga asari serta halia.

Habis satu bentou ni memang kami berdua kekenyangan. Alhamdulillah, kena dengan tekak ni. Purata harga adalah dari 700 yen hingga 1100 yen. Tak pernah jumpa yang lebih murah dari ni. Ada nampak kedai lain jual bentou berasaskan daging (sah-sah tak boleh makan) yang tu lebih mahal.


Thursday, May 10, 2012

Aomori sweets...

Tak tahu bila ada masa nak story mory tentang lawatan beberapa jam ke Aomori menggunakan JR east pass special. Cerita pasal makanan dululah, boleh gitu? (Ish2 makan aje kamu ni). Mula-mula tak nak beli namun selepas diberi sample percuma terus teringat2 akan kesedapannya. Maka sebelum bertolak balik ke Sendai sambar cheesecake Aomori dan my love pula terliur dengan cheese tart.

IMG_1051
packaging siap dengan ais kering memandangkan shinkansen Aomori-Sendai lebih kurang 2 jam. Dari kiri Aomori cheese tart, Aomori apple cheese cake dan Aomori sakura cheese cake. Eh perlu ke tulis Aomori, walhal cheese cake kat mana-mana pun ada hik2. Sebab beli di Aomori dan ia merupakan produk Aomori haruslah tulis Aomori gitu... skima betul penulis ni, dush!

IMG_1057
rupa cheese tart, rasanya sudah tentu lazat... percaya tak kalau bab-bab tart ni patik suka base dia berbanding inti haha... lagi rangup/crispy lagi la i suka u! (ish pelik betul).

IMG_1056
Apple cheese cake. Aomori ni terkenal dengan ringo [cara sebut rin-go] (apple) yang besar dan manis. Banyak tanaman ringo dapat dilihat sewaktu di dalam shinkansen dan juga densya (ampun tak snap gambar, lagipun ringo belum berbuah lagi... belum sampai musim).

IMG_1054
Akhir sekali sakura cheese cake. Siap ada kelopak sakura lagi kat atas tu. Kedua-dua cheesecake ni lebih sedap dari cheese tart hehe, bila makan tu pejam mata sebab sangat sedap, atau dengan kata lain makan dengan penuh penghayatan gitu (eceh).

Banyak yang tak sempat diterokai di Aomori. Namun kami cuba gunakan sepenuhnya masa yang ada dan saya pun jalan santai2 aje setakat yang termampu...



Wednesday, May 9, 2012

JR special pass...

Di entri yang lalu, sewaktu taufan berlaku saya dan en suami berada di Tokyo. Kunjungan kami ke Tokyo hanya jika ada hal atau promosi yang murah. Ini kerana harga shinkansen 1 hala ke Tokyo dari Sendai adalah 10,000 yen. Pergi balik dah 20,000 yen. Pakej hotel 1 malam dan shinkansen pergi balik paling murah permah kami jumpai adalah 17,000 yen. Tiba-tiba dapat tahu mengenai JR east pass special valid from 1st April until 30th June 2012. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke LINK INI.

Pass ini khas buat pelajar dan juga pelancong. Waktu nak buat pass ni kena tunjuk passport dan staff JR akan cek pada bahagian visa akan status pemegang passport tersebut. Bagi yang akan berkunjung ke jepun dalam tempoh tersebut bolehlah guna pass special ni. Sangat murah dan berbaloi-baloi. (eh beriya pulak promote...)



Kami pun apa lagi, mestilah tidak melepaskan peluang untuk membuat pass tersebut. Rupa paras JR east pass special.




Boleh naik mana-mana shinkansen selama 3 hari dan juga mana-mana JR line (densya biasa) seperti yang tertera pada gambar di atas... juga boleh digunakan untuk menaiki Narita express ke narita airport.




Masa yang diberikan bagi menggunakan unlimited ride 3 hari tu adalah dalam tempoh 10 hari selepas pass dikeluarkan. Kami memilih untuk travel balik hari kerana kekangan masa dan juga nak jimat duit hotel. Tambahan pula preggy mama ni dah tak larat mana dah nak jalan beria-beria hehe. Kalau tengok gambar di atas tu, 2 hari dah digunakan. Tinggal sehari je lagi untuk tempoh terdekat ni.

Kami telah ke Aomori (negeri paling hujung dalam Tohoku region). Hari kedua my love ajak jalan2 Tokyo. Hari ketiga hmm... ke mana ye? Gunakan sepenuhnya peluang yang ada. Tapi kalau tak guna untuk hari ketiga pun rasanya dah berbaloi kami ke 2 tempat tersebut dengan harga promosi tu.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails