Friday, May 11, 2012

Bentou during traveling...

Bila travel dalam jepun especially naik shinkansen, biasanya bawa bekal ringan2 je (kek, roti etc). Jarang betul saya bawa bekal nasi. Melainkan kalau travel dengan kereta baru bawa bekal nasi. Itupun kadang makan kat kedai jugak hehe. Travel dengan shinkansen ni, senang beli bentou je ada pelbagai jenis.

Tak tahu la anda semua lalu ke tak tengok bentou ni. Tapi saya dan cinta hati memang suka lebih-lebih lagi makan waktu lapar on the way balik ke pangkal jalan Sendai. Khusyuk sangat berjalan sampai tak sempat nak makan maka belilah bentou. (ye ke khusyuk jalan, padahal preggy mama ni yang tak larat nak jalan banyak2 hehe).

IMG_1060
Waktu tu kami di tokyo, sedang tunggu shinkansen untuk balik ke sensai. Walaupun nampak kedai tu jual bentou seafood tapi kena check juga bahan masakan yang digunakan. Selepas bertanya akan isi, kandungan dan bahan-bahan barulah yakin nak beli. Yang kat atas ni my love punya... ada unagi (belut), asari, ikan kecil tu tak tahu nama... telur dadar daikon dan baby cucmber. Sampai hari ni dia masih teringat-ringat akan kesedapan bentou tu. Sayangnya jauh pulak nak beli lagi hehe...

IMG_1062
Yang ni kepunyaan patik. Tak tahu menahu pun sebab masa my love yang belikan bentou ni. Tika itu saya sedang beli roti kat kedai sebelah. My love pilih yang ni sebab dia tahu patik tak berapa lalu nak makan unagi :P. Bentou i ni sampai ada 3 jenis masakan nasi. Wah2 i loikee... lauknya dari kanan, tauhu dan spinach, ubi dan asari kut. Lepas tu ikan saba bakar, telur dadar dan fishcake. Paling hujung tu seaweed digaul bersama wasabi. Terasa kepedasannya tapi sedap. Kat atas nasi juga ditaburi telur hancur (eh macam pulut pulak), ikan tak tahu nama dan juga asari serta halia.

Habis satu bentou ni memang kami berdua kekenyangan. Alhamdulillah, kena dengan tekak ni. Purata harga adalah dari 700 yen hingga 1100 yen. Tak pernah jumpa yang lebih murah dari ni. Ada nampak kedai lain jual bentou berasaskan daging (sah-sah tak boleh makan) yang tu lebih mahal.


22 comments:

Chekgu Azrine said...

nampak gaya sis memang suka makan makanan jepun ye.. lalu sangat akak tgok.. takpe.. yg penting sis n bb sihatkan??

Munn Jaafar said...

alahai..kembang tekak tgk unagi..hahaha

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Ai loike unagi oishiiiiii
X sabaq nk mkn natsu nnt
But dh start mahai masuk dlm news hr tu sbb Stok x der
Teringat unagi sushi mahai kt karuizawa tue
Nk p jauh plak ngeee!!!

Siti Aisya mzm-fc said...

Salam Hanis.. yg keping2 besar tu belut eh...?
p/s : x jupo cari fb Hanis.. x dok..puas cari :(

Kamalia said...

sangat sedap nampak bentou tuh..tetiba terasa nak beli bentou..haha*takpe,esok boleh beli..wiken cuti masak*

Norliha Samad said...

nampak sedap jer hanis..

Anonymous said...

cantik2 bento jepun ni kan ..
nk makan pun rs sayang

Kazman / Sue said...

uikkk.... sedapnyaaa..... tengok gambar pun dah menarik dahhh

Umie Naziera said...

adoi,tngok ada belut tu yg xmenahan tu,hiiii

Hanamiko Sakura said...

unagi.. hehe
masa beli sushi nampak perkataan unagi terus geli geleman.. sebab tak suka makan unagi.. hahaha

yatie chomeyl said...

ore pulok br 1st time beli bento gini maso trip blk dr osaka hr tu, make atas shinkansen jugop. lapar terlajok...ore perabih 1, SN perabih 1...hubby kelih sajo hahaha

whitecappuccino said...

menariknya presentationnya..tambah pulak kalo sedap

Cheq Sue said...

kat japan kan memang kretip betul la depa, bento pun boleh buat macam2... bila makan macam tresure hunt lak...

kasihredha said...

cantik le bentou ni....suka tengok gaya susunannya.

Cik Pulau said...

napok sedak.. suko tengok..
tapi mace tok terliur nak make. guano kiro eh..
hok bena nyo.. xajim setuh pn lagi makanan jepun neh.. xtau bleh make ke dop.. huu~~

نورعيم said...

pelik2 eh makane denu. meme xselero pun tgk. tp kak tetap selero deh. huhu.

mano gmbr kak hok gi jale2 nyo? nk tgk!

Admin said...

bentou tu nampak sangat delecious!
meh pos ke sini sikit, ehhehe...

CikUna said...

Una-Gi.. hehe even tak suke benda belut tu tapi suka nama jepun dia sebab ada word UNA.. ngeee

Shana' said...

comelnya bentou. Kenapa ye kat Malaysia takde? btw, asari tu apa ye?
Semakin kuat keinginan nak ke Jepun bila baca entry Hanis ni...:)

Annisa said...

Assalamualaikum kak hanis :') nisa suka Japanese food.. nyum nyum.. nanti nak beli bahan buat sushi :)

happyichigo♥ said...

waah nampak sedap dan healthy...!! telan air liur tgk!

Prettywrite said...

tengok gambar mace tak terliur tapi tak tahu la kalu try sedghi nt..hehe tekak klate tu gak..heheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails