Wednesday, May 16, 2012

Guilty...

Sejak dua menjak ni en suami suka minum kopi kat kedai. Takkan la patik nak minum kopi jugak kut? Kadang minum teh, kadang tu terliur pulak tengok kek-kek yang disajikan. Guilty yet i cant help to munch it uwaaaaa.... sejak dua menjak ni jugak asyik rasa nak mengunyah je walaupun baru lepas makan nasi. Mesti nak kunyah something lagi selepas tu huhu. Pengsan!



vanilla sponge cake (nasib baiklah kat sini tak ada SR)...



Satu roll cake, satu lagi tart, kecik comel je kedua2 ni muat tapak tangan patik. (konon dapat mengurangkan rasa bersalah dengan memakan mini kek huhu). Tak tahulah berapa banyak kalori yang masuk. Kak ani (geng baru sendai) cakap makan je benda2 yang rasa nak makan sekarang ni bila dah pantang nanti mesti terliur, hari2 makan menu sama je.


Hari ni check-up 36 minggu. Orang tu (en suami) sampai bad mood dibuatnya sebab kena tunggu lama. Mula2 staff kat situ suruh pergi ambil darah (walhal tak ada dalam jadual check-up pun). Namun begitu, patik ikut ajelah arahan yang diberi. Sampai tingkat 13 berduyun orang beratur untuk ambil darah. Ok fine.. tunggu... dah siap tu turun balik ke kaunter maternity. Bagi kad di kaunter. Tak lama lepas tu dia bagi balik kad dan cakap "daijyoubu". Rasa pelik dah kat situ, biasa bagi kad bila dah habis check-up. Takpelah tunggu sekejap. En suami dah bosan maka dia ke kaunter dan bertanya. Alih2 staff tu lupa sebenarnya belum check lagi. Laju-laju panggil ke consultation room. Dia tanya dah prepare baby bag ke belum barang2 yang perlu dibawa etc...

Kemudian ke monitor room (tak tahu nama spesifik apa). Bermula dari minggu ini dan seterusnya kena monitor akachan seminggu sekali selama 30-45 minit. Tadi dah ada 3 contraction. Tapi tak rasa apa pun. Nurse pun terkejut. Mungkin sebab akachan bergerak kuat sangat. Aduhaii hari ni dapat doktor yang sama seperti check up yang lepas. Dalam masa menunggu tu tak putus berdoa agar dapat check dengan doktor lain. Tak ada rezeki nampaknya. Pasrah. Sangat tidak best ok, huwaaaaaa.... T_T. Mencik mak.

Dah la masuk2 je dia dah cam, baru je baring dia mengeluh... "BIG BABY NE!" dong dong sambil ketuk perut di kawasan pusat 2 kali. Kesian akachan, nasib tak terkejut. Mama dia pun tak pernah buat cenggitu tau... wuwuwu... (adoii sensitif betul perasaan preggy mama ni sorang bila kena dengan doktor tak fav haha). Akachan dah 3 kg. Sejak dua menjak ni majoriti makan nasi sekali sehari je, pastu sebelum dan selepas makan nasi mesti makan buah. Waktu petang dari jam 2-5 pm paling mencabar. Makan buah pun tak jalan, rasa tak tenang, nak buat kerja pun tak boleh fokus, lepas tu makan biskut, kurma, kadang2 kek hujung minggu, etc barulah rasa lega. 

Kalau baca2 kat buku dan juga tenet, akachan 36 weeks lebih kurang 6 pound dalam 2.7kg. Perlu makan 2400 kalori dalam sehari (tak pernah kira pun, tsskk). Doktor tu cakap 2 minggu lagi akachan akan besar dengan mendadak (dondon dondon ookii). Seram la pulak bila fikirkan detik kelahiran akachan nanti huhu. Yosh ganbare! InsyaAllah...


30 comments:

نورعيم said...

wahhh akachan sihat gitu. biar sapa tubek akachan sihat kak deh.

xsabar doh nok tgk akachan. hihi.

Umie Naziera said...

nafsu makan sgt memuncak bila pregnant,okehla boleh makan..ada yg pregnant tak boleh mkn apa langsung,kesian pulak

Anum said...

wow sedapnya tgk kek

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai masa preggy dulu balun semua mkn x kira kalori ke hapa...janji blh mkn sbb sensei kat mesia x akan nag punya lagipun dulu ai kuruih giler so x der effect sgt la ngeee...omg cake nanakkkk

sabar dubai said...

kak hanis...esok kite pon ade check up..setakat ni xtau lg berat baby bpe...tp sbb ayah kite diabetes...so kite plak yg kene diet...so far..kite kene amik 1800 kalori sehari...lg kurang dr org biase makan...nasi lunch pon 5-10 sudu shj..malam just sup sayur...setakat ni...badan xnaik sgt...just bpe gram aje....sedih kan...kek jgn ckp aaa...tuh blog suram aje sbb skg tgh pantang masak pelik2 huhuhuh....ganbare yee kak hanis..

Hanis MY said...

@☆*♥L@dy @yU♥*☆
alhamdulillah bertuah tuan empunya badan...

yatie chomeyl said...

xlamo doh tu hanis...tp doctor sini meme particular bab2 berat mak & baby..so keno sabar sikit la kalu keno ngepek. ore pun bule ni naik 2kg..debar doh tkut keno ngepek. mujur doctor & midwife x kato gapo pong ..pheww..legooo

DaZzlingLilLy said...

i rasa baik u makan je smua skang ni..kang dah bersalin kena pantang segala jenis..terliur plak kang..wish u selamat semuanya..take care

Chekgu Azrine said...

sebab sis pun jenis tinggi dan besar.. sure baby ikut sis.. jangan risau la ye.. insyaAllah.. akak doakan sis dan bb sihat je k until bersalin..

Kamalia said...

hanis..sekarang berat dah naik berapa kg?i dulu naik dlm 13 kg, tapi alhamdulillah sensei tak bising pun.lagipun dia tahu kot lain bangsa lainla cara pemakanan dia..hehe*pepandai je bagi teori sendiri*..kalau lapar, hanis makan sikit-sikit.tapi jangan tahan selera makan tu.makan je.
macam i hari tu lagi 2 hari nak bersalin teringin sangat nak minum coffee, tak tahan sangat,minum jugak tapi minum dalam 2-3 teguk je..nak lepaskan rasa ngidam..hehe

ain.ya.nun. said...

Baby dah matang & ready nak keluar.

Berjaga-jagalah selalu sebab saya bersalin minggu ke 37. =)

Farah Shamsudin said...

nafsu makan semakin kuat ye.. takpelah..mkn jela dear.. InsyaAllah semua akan dipermudahkan.

amirah said...

memang mendadak dadak membesar bagai johan nantil...hehe..takpeee..tak lama je lagi ni..baby gain approximately 200grm each week after 34 wks rasanya hanis..tkpe..jnji sihat..insyaAllah ok

Munn Jaafar said...

3kg? ha baby nk bsr lg smpai mana tu? cian mami bwk berat2 :)

Teratak Hami said...

Betul tu... makan selagi boleh makan. Dalam pantang, pandang bilis jek :( Baby 3kg, kluar maybe boleh more than that .. hehe. Excitednya akak nak tunggu Hanis bersalin sbb 1st experience kan.

MAY said...

AKACHAN TU BABY YE??

SEKARANG NI LEPAS KAWEN PUN ASIK NAK MKN JE..RISONYE...BDN NAIK..TAK SMP SEBULAN KAWEN..HUK3....TANAK GOMOK LAGI!!**tp x tau la ade isi ke x kat dlm ni?mcmne nak tau?HEHE..PREGNANCY TEST PUN TANAK BELI..

HanisLazimAndTheShaklee said...

sabar..sabar..akachan yg sgt kiut nk keluar dh tu..hihi
anis doa selamat semuanya okay ^^

~ daisy pink ~ said...

hye hanis =) hye akachan, x sabar tggu kamu keluar..semoga sihat ye cayang and to mama hanis, mkn je selagi bole nanti time pantang da x bole merasa tau ;p lama tu pantang...hihi

xoxo; laila (daisy pink)

Asmara said...

Jgn tiap minggu dpt doc tu dah la kan. Sebelum bersalin mkn je apa yg nk mkn. Nnti 44 hari berpantang. Hehe..
* smlm mimpi Hanis, psal apa ntah. Rindu kat u kot. Haha.. Ingt nk mesej tanya kabar, tp dah tgk Hanis genki kat sini, ok kot. Kelakar pun ada mimpi tu. Hihi..

whitecappuccino said...

semoga semuanya akan berlangsung dengan selamat ya hanis.

lady-D said...

tergoda2..dla ni hantu kek coklat tp keno diet skang ni sbb nk main sport takut dok rok pulok..huhu..td g bank, sblh ngan SR, dla pejae mato jah lalu..haha..
neway, dla doakan smga k.hanis dipermudahkan segala urusan menunggu detik2 kelahiran akachan nt..Amin^^

Ain said...

bom dah nak MELETOP!!! hahaha...besday akachan bulan 6 la eh?...semoga selamat semue~~~

LuN@_aiDi said...

sis hanis dah 36 weeks yea,
kter dah masuk 38 weeks, n baby mmg cepat btoi membesar skng bagaikan juara!
last weeks jer dah naek 400 grams dlm masa 3 hari jer..huhuhu..

cik mici said...

lama sangat xbukak blog then singgah kesini....akak dah nak jadi mama dah!

btw! congrats!

Nadiah Sidek said...

masa mengandung ni la ada alasan makan banyak..eheh..

Jo-Blogger said...

salam..sy singgah sini melawat dan follow..

http://johariblogger.blogspot.com

Lysa said...

Tak sabarnya nak tengok muka akachan! :) lagi beberapa hari je kan,rasa berdebar pulak sekarang *serius*

Semoga semuanya selamat! :)

Unknown said...

dah tak lama lagi la kan...mesti berdebar2 kan...:)

fara said...

makan jer hanis.. terliur per tengok kek2 tu. fara lar, kalau teringin, memang tak tahan, makan jer apa sahaja, except coffee lar, memang teguk satu dua jer.
doc and midwife sini tak kesah berat badan si ibu mengandung, then tak ambil kira berat baby jugak, langsung2! pelik kan. duk ukur size kepala, perut and kaki sahaja each time scan. huhu.

Annisa said...

moga akachan sihat dengan mama dia :')

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails