Wednesday, May 30, 2012

Neko nyaa nyaa...

Bagi yang kurang gemar dengan kucing/haiwan lebih baik pangkah laju-laju (heh serius lama tak guna perkataan ni). Patik gemar betul la dengan meow meow a.k.a kucing ni. Mesti ramai dah sedia maklum nama jepun bagi kucing adalah neko. Nak lagi manja letak la chan kat belakang tu = neko chan.
gambar diambil dari SINI.
Agak2 faham tak dengan tulisan kat atas tu? Baiklah hari ni sensei nak ajar (haha dah mula berangan). Saya pun baru tahu lain cara bunyi haiwan kat sini. Dimulakan dari atas kiri ke kanan.
Gagak/crow/karas = kaakaa
Ayam jantan/rooster/niwatori = kokekokko
Tikus/mouse/nezumi = chuu chuu
Kucing/cat/neko = nyaa nyaa
Kuda/horse/uma = hihiin
alamak yang ni nak skip boleh tak? buta = buu buu
Biri-biri/sheep/hitsuji = mee mee (macam sebut mek tapi k tu tak bunyi, nanti ada yang sebut "mee" kari pulak)
Lembu/cow/ushi = moo moo
Anjing/dog/inu = wanwan
Katak/frog/kaeru = kerokero
Nampaknya biri-biri dan lembu je bunyi dia macam familiar, yang lain tu alahai comel pun ada jugak hehe...

Al-kisah di suatu pagi hujung minggu. Tak pernah nampak pulak sebelum ni di kat tv. Ala2 rancangan selamat pagi malaysia, tapi bukannya faham sangat, layan tak layan sambil buat kerja (yang mana kebetulan hari tu ada meeting). Tiba2 terdengar pekataan neko, apa lgi terus pergi depan tv. Sekejap aje dalam 10 minit. Dia tunjuk ragam neko yang comel dan mencuit hati. Yang first tu tak sempat pulak nak snap. Neko tu akan berdiri dan gerakkan tangan (tangan ke kaki depan?) apabila mahukan sesuatu, macam nak makan, nak mainan, nak duduk atas kerusi, nak buat apa2 lah seolah2 minta kebenaran dari tuan dia... eee comel tak?

IMG_1143-tile
yang ni pula kisah kedua, neko pilih kasih. Dia nak dengan lelaki je, tak nak dengan perempuan, tengok gambar kiri tu dia buat donno aje, bila lelaki pergi dekat je terus jadi over peramah, heh... tak pernah jumpa neko sebegini rupa...

IMG_1146-tile
kisah ketiga berkenaan neko yang suka jelirkan lidah dia. Eh dah macam inu la pulak, kelakar je bila tengok. Memang neko ni selalu berkelakuan begitu kecuali time makan. Dia tinggal dengan inu... mungkin asyik tengok inu tu terjelir dia terikut agaknya. Kesian dia selalu kena buli dengan inu tu... 

IMG_1152-tile
kisah keempat... neko ni suka sangat lepak di balkoni... nak tahu dia tengok apa?

IMG_1157
dia suka tengok densya (keretapi)... sampai terteleng kepala sehingga densya hilang dari pandangannya... 

IMG_1167-tile
bila tengok kisah yang ni terus teringat "i tot i tot i saw a putty cat" hehe... tapi yang ni terbalik pulak, neko ni selalu kena buli dengan burung tu...

IMG_1173-tile
cubaan untuk berbaik, kadang bila burung ni macam nak patuk terus neko tu lari laju-laju hehe lawak je.

IMG_1158
sebelum segmen tu berakhir, ditunjukkan beberapa aksi neko chan terlena...

IMG_1159
sempat lagi tertidur kat atas kabinet hehe...

IMG_1161
waktu kecil2 dulu suka tengok neko tidur dalam pasu bunga yang kosong (ada tanah je, pokok dah mati), memang akan meringkuk (eh betul ke?) macam ni... dulu patik panggil fashion tidur siput :P

IMG_1162
eh fashion macam ni pun ada... comel yang amat!

Ada cats cafe di Sendai, tapi belum berkesempatan nak pergi. My love macam tak bagi sangat sebab preggy, kalau boleh dia suruh jauhkan dari haiwan2 ni, esp yang berbulu... owh patik kachiwa, takpelah nanti nak tengok dari luar je buat lepas kempunan hehe.. macam2 betul, ada hati nak pergi cats cafe, pergi lab pun dah tak larat sekarang ni...


17 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

baru tadik nk tnya gi neko cafe ker ngeee rupanyer tidak...ai masa preggy dulu siap p zoo taw...duduk ataih kuar2 besaq umoq dah berpuluh thn.....ganaih betui ai masa preggy tue...masa tue umi dah larang jgn gi tapi TERINGIN nak tgk binatang...issyyy pelik perangai biler ai preggy hahaha....

wida said...

kucing comel..tapi wida geli, hehe

Farah Shamsudin said...

hanis, farah pula tak boleh dekat dgn kucing. sebab farah ade athma. bulu nye tuu.. tapi en kanda sgt sayang dgn kucing ni. kalau bole, nak bela kat rumah..

Amie said...

Seronoknya baca entri hanis kali ini he he hehhh

Chekgu Azrine said...

Macam husbnd akk suka kucing..hehe..akk kurang sikit..tp suka je..xdala suka sgt2..

Umie Naziera said...

nnty nk panggil kucing dkt rumah,neko chan..hahah

transformed housewife said...

comel2. bila preggy mmg kalau boleh kena elak dok dekat2 dgn binatang ada bulu. bau tahi neko pun bahaya tau.

Noraim said...

kak suko kucin eh? ore xsuko la. geli nge kucin tp ore baco entry kak sapa abih. hikhik.

Ain said...

bunyi haiwan jepon ngn korea sama yg inu n neko tu~~~preggy2 yg pnting jgn belash haiwan org ckp tkut baby nnty trkenan...hiiiiii

Nadiah Sidek said...

heee...comel! saya suka kucing tapi nak membelanya malas. mak ayah ada bela kucing. suka la main dengan kucing (main je..nak mandikan ke..bersihkan sangkar ke..malas :p)

ch000tz axoera ヅ said...

tomey tomeyyyy...

Hanis, betul ke email u ni gifog07@yahoo.com..? nak tanya something lah.....ngegada nak gi Japan ni......if yes please drop me email jup hehehe ch000tz@yahoo.com :D

thank your darling xoxo TC

fazilzura said...

wahhhhh akk pun xleh nk pgg binatang sgt dik non , tp bile tgk kucing2 ni .. adeh rs nak gomol2 ... geramm

wakakakak part lembu tu diorg gune MOOO MOOO ye, paling snenag nak ingt

norliha said...

comel sungguh....
Dulu ada sekor anak kucing namanya Perry
Suka tido atas lengan akak.
Tapi dia mati kena langgar dgn jiran sebelah
Huhuhu.... terus x nak bela lagi takut sedih...

Kamalia said...

saay kekecik dulu sngt suka neko tapi dah besar malas pulop nak bela..huhu

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

kawaii! :D

Pink Lavender said...

wahh..blh blaja bahasa jepun kat sini...hi3...

makneng follow kamu
jom follow makneng

happyichigo♥ said...

comelnye bunyi bunyi haiwan di jepun!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails