Thursday, May 31, 2012

Baby memories...

Pada suatu hari sewaktu berkunjung ke rumah Pitt dan Iryd. Masa tu gathering mamak breakfast. Special menu roti canai dan bihun sup serta teh tarik, banyak betul patik pekena teh tarik hari tu haha, suka sangat! Selepas makan dan sesi borak-borak tiba2 en suami iryd bersuara dengan loghat utara beliau.

"Hang pa kena beli ni untuk anak hang pa nanti." Lantas mengeluarkan seolah2 booklet tertera Baby Memories. "Nak dengar tangisan pertama Ai-chan?" sambungnya lagi sambil jarinya menekan pada suatu butang yang ada corak "note" muzik. Di samping itu ada juga gambar Ai-chan sewaktu baru lahir dan juga cop tangan Ai-chan. Kawaii sangat.

Lepas tu kami pun carilah di Akachan honpo (salah satu kedai menjual barangan bayi) masa tu kebetulan sedang cari barang2 akachan. Tapi tak jumpa pun booklet baby memories tu. Dah habis stok kut. Pergi kali kedua (beli barang akachan secara berperingkat, kadang survey2 dulu) pun tak ada. Maka masa tu dah pasrah, takpelah tak ada buku tu pun.

Tak sangka pula terjumpa secara tak sengaja di Seiyu (salah satu pasaraya local ala2 jusco gitu la). Masa tu nak survey mittens sebab nampak lebih murah dari Akachan honpo (kesian akachan bajet betul mama dia ni haha). Saje je tengok, sebab nampak mencurigakan (eceh). Bila tengok betul2... laaa inilah baby memories yang dicari-cari.

IMG_1074
Tak ada fashion lain, ada fashion mickey dan minnie ni je. 

IMG_1075
dua ruang unutk letak gambar akachan dan juga nama serta maklumat lain...

IMG_1076
next page ada alat untuk rekod tangisan pertama akachan dan juga letak cop tapak tangan/kaki akachan pada kertas yang disediakan.

Hari ni patik masih ke lab, hari terakhir sebelum bercuti. Tak tahulah bila akachan akan keluar. Menanti dengan penuh debar. Sehari dua ni terasa sakit sampai tak boleh nak berjalan, tapi sekejap je dan sekali je dalam sehari.

p/s: perihal check up 37-38 dan senarai barang...

17 comments:

fara said...

Huyo..uniknya buku! Siap boleh rekod tangisan pertama!!
kita pun style bajet2 membeli barang2 babies. sebabnya bila tengok kat kedai harga sekian, sekali tengok internet, banyak giler murahnya. kekadang tu kita suka bandingkan harga barang tertentu (quality sedikit berlainan) di kedai high class dan supermarket - beli jer kat supermarket sebab lagi murah (i.e. tesco) :D

jaga diri dan all the best, hanis!! muwahss

Siti Aisya mzm-fc said...

kita kat sini pun x sabar nok tengok baby Hanis :)
Comey la mickey mouse tu..ore jepun gak kreatif sunggoh.mace2 ciptaan

Siti Aisya mzm-fc said...

kita sini pun x sabar nok tengok baby Hanis :)
comey ar mickey tu..ore jepun gak kreatif sunggohla..mace2 ciptaan

Unknown said...

pn hanis tgu hr je ke???bestnye...good luck...msti baby comel cm ibu ngan ayh dia...

Umie Naziera said...

sronok eh ada baby memories mcm tuh..special untk first time mummy,agak2 dkt m'sia ada x?

sabar dubai said...

salam kak hanis da bpe weeks dah? mesti berdebar2 kan..kite yg 33 weeks ni bile rs sakit dan perot kdg2 mengeras pon da rs cuak..huuhuhu..smg selamat semuanye yerr

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

babe dekat kedai brng baby ada juai mcm2 jenis ni...ai berkenan yg boley buat cop tangan babe tue...ala-ala walk of fame tue lepaih tue frame kan *nampak mcm buat from simen tapi rasanyer bukan*...memula ingat nak hadiah kat u la tapi darl ckp beli benda lain hahaha...yg tue rega 3sen gurai but seriously lawa...

Anum said...

so sweet

Nadiah Sidek said...

menarik juga ye benda tu

Amie said...

oooh sayang Hanis... kak amie pun turut teruja dengan debaran yang hanis rasa, mudah-mudahan bila tiba masanya, segalanya akan berjalan lancar.... amin!

fadhilah said...

wah... bestnyer buku tu...

hahaha... saya dulupun survey habis-habisan. maklumler masa tu elaun single. elaun habis kat sewa sewa rumah je.. berbulan jugak lepas bersalin nak tunggu elaun family masuk.

Farah Shamsudin said...

besnye ada buku camnii.. nanti kalau farah preggy, hanis ada sana lagi, bolela kirim yee...memang besla ade buku memories macam tuu..:)

Asmara said...

Menarik buat kenangan gitu. yang cop tangan ngan gambar baru lahir mmg hospital ada bagi. dia letak dalam fail kelahiran, gambar fresh masa baby masih belum dibersihkan lagi. jgn lupa bawak video, untuk rakam kenangan kat wad hospital! hehe..

Ijah EmoTemo said...

wah unik dan comel!! ;)

ch000tz said...

comel lah pulak mcm skrapbook :D

FnF Simple Life said...

alamak best nye...apsal masa sy peknen dulu takde baby memories tu kat msia...hihi

annadinara said...

Woooww, canggihnyaaa.. berapa harga mende ni, Hanis??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails