Monday, May 7, 2012

Taufan di Tsukuba-shi, Ibaraki-ken...

Peristiwa ni berlaku semalam, Ahad (6 Mei 2012). Kami berada di Tokyo (akan diceritakan pada entri seterusnya). Waktu tu saya dan my love sedang menikmati udon sebagai santapan tengah hari. Sebelum pergi, kami check tenki yohou yang pada waktu petang akan hujan di Tokyo. Tiba2 kelihatan orang di luar kedai berlari2... laa dah hujan rupanya, ingatkan petang2 sikit hujannya... tak lama lepas tu tang tung tang tung terdengar seolah-olah ketukan pada cermin. "Sayang, hujan batu kat luar." Terus saya angkat kepala... ketulan ais pelbagai saiz bertaburan di lantai, tapi takdelah besar sangat. Kami ingatkan hujan batu biasa dari bukit. Tak terfikir pula akan perkara lain.

Sesampai di rumah malam tu, layan berita di tv. Ya ampunn ada taufan rupanya. Pelik betul... biasanya angin taufan yang sebelum ni berlaku pada musim panas, itupun tempias angin taufan dari lautan berdekatan Filipina yang berpusing2 sampai ke negara jepun ni. Kami taklah faham sangat tentang apa yang diperkatakan. Menurut seorang pakcik yang ditemuramah, ini merupakan kali pertama dalam hidupnya tiba-tiba aje ada angin taufan di kampung tersebut. Dia telah menetap di situ semenjak lahir. (sila baca ala2 pemberita hokeh, ceh asyik verangan je kamu ni).

yang berwarna merah itu adalah Ibaraki-ken, taufan berlaku secara tiba-tiba di Tsukuba-shi, tapi tempat yang lebih spesifik tak pasti sebab saya tak faham akan kanji yang tertera di tv tu huhu...(shi=bandar/daerah/region) ken=(negeri/prefecture)...

Saje je nak letak gambar diambil masa tengok berita semalam, mungkin ramai dah tengok gambar ni di berita tv mesia...
IMG_1070
angin taufan yang sempat dirakam oleh salah seorang penduduk yang sedang memandu di kawasan berdekatan...

IMG_1068
keadaan selepas angin taufan reda...

IMG_1071
tiba-tiba teringat tsunami yang disebabkan jishin 11311...

IMG_1065
lepas taufan disapa hujan, itu yang nampak macam tsunami...

IMG_1067-tile
salah satu tiang yang tumbang di jalanan...

IMG_1064
tak kurang juga rumah yang beralih dari tapak asal (teringat cerita wizard of oz scene angin taufan tu)...

IMG_1063
kesian pada kesemua mangsa...

IMG_1072
nauzubillah, minta dijauhkan dari semua bala bencana...

Mekanisma kejadian... angin di daratan adalah panas manakala angin di atas adalah sejuk (sekitar -16 hingga -18) perbezaan kedua angin tersebut sekitar 40 darjah celcius menyebabkan tiba-tiba berlaku angin taufan. Ada ditunjukkan simulasi, ampun tak sempat pulak nak snap gambar simulasi tu.

Kadang seronok tengok berita di sini, selepas berlaku sesuatu kejadian pasti terus dipanggil salah seorang prof dari mana2 universiti (biasanya Tokyo uni) dan disertakan dengan penjelasan beserta simulasi untuk lebih difahami...


28 comments:

kasihredha said...

Ya Allah teruknya
kesian...lepas satu satu.

Fabulous Me said...

MasyaAllah ngeri.

yatie chomeyl said...

ado jugop tgk kat tv td..kowaiii tgk hgmbr lepas kejadian

Umie Naziera said...

mintax dijauhkn dri bencana2 ni semua..

kyo_9 said...

dahsyat gak kerosakan kali ini..
betul2 hari terakhir GW plak tu..
masyaAllah~
semoga di hindari dari malapetaka~

siti kektus said...

mintak dijauhkanlah kak dari berlaku lagi. tapi, kalau dah ketentuannya, bila2 pon boleh berlaku bencana macam ni kan.

*∽ IZAN ∽* said...

yg bagus pasal nihon ni tu lahh.. berita dia berilmu :)

pst: K.Izan pergi nihon Ahad ni.. rombongan melawat bekas tsunami kat Iwate huhu

whitecappuccino said...

teruk juga tu..kesian..

keli menari said...

ya allah.minta dijauhkan bencana macam nih..

tengok japan ni dia nye bangunan kukuh! tapak umah masih ok ..

sabar dubai said...

kak hanis smlm tgk news ni kan mule2 igtkan ibaraki kene tsunami lg rupenyee taufan mcm xcaye gilerr je tgk..

Nadiah Sidek said...

ya Allah, takutnya. hari tu dengar siren tornado pun dah rasa berdebar. alhamdulillah puting beliung tu menghala ke arah lain

Chekgu Azrine said...

Semoga sis dan suami dan akachan dilindungi Allah sentiasa k..

Nini D.. said...

subhanallah...takutnya!

Kazman / Sue said...

Janganlah jepun kena musibah lagi.... mudah2xan selamat semuanya.... sebab sekarang ni di Malaysia dalam sektor perkilangan dah rasa azabnya ekonomi down.... Sian kat pekerja sektor perkilangan bila semua makan gaji basic jee... Sharp... dan company jepun dah slow sebab kesan tsunami.... Sian orang kampung juga yg rata2x juga kerja kilang...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

weols mmg takut biler tgk waring puting beliung kat tochigi tue sbb tataw arah dia mai...subhanallah kawoii sgt...but alhamdulliah masih lagi di lindugi olehNYA

Hanamiko Sakura said...

nauzubillah.. minta dijauhkan..
jaga diri baik2 kak hanis..
risau pulak tiba2.. hehe

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

subhanallah...

semoga kamu,keluarga & kwn2 dilindungi olehnya....

dwaty said...

kat putrajaya pun minggu lalu, hujan lebat, kilat, guruh tengah malam... kadang tu takut juga...

semoga hanis dan hubby selamat ya kat sana...

Nieda said...

Nampak teruk , habis rumah rosak.
Tengok berita ini kat tv semalam.

CikUna said...

aaaa.. time tu mama akachan tengah mamam udon ea ?? slurp sedapnye.. suke udon.. hurm apapun take care ya dear..

aniswany said...

teruk nya....Hanis jaga diri yea kt sana :)

Prettywrite said...

Allahuakbar bencana lagi kat Jepun ya..semoga Kaknis,hubby n baby semua selamat..macam tak ada jer kat berita ke tak terperasan tak tahu lah..

Azian Elias said...

INNALILAHIWAINNALILAHIRAJIUN..

semoga ALLAH beri kekuatan pada mereka semua..

ALHAMDULILAH awak tu ok semuanya..

Amirah Adnan said...

subhanallah..mujo kat tempat kak xdok gapo..syukur

annadinara said...

Hanis, baca pun dah berketar-ketar.. takooottt...!!

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

taufan ke puting beliung ni??
taufan yg sbb monsun tu kn??

Kamalia said...

kowaii tengok gambar tu..ade gak tenok video dari tv asahi..mmg sangat ngeri..

khairunnisa ♥ said...

nauzubillah..

alhamdulillah kak Hanis selamat..

nisa pernah try buat udon sekali je.. buat dengan mak :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails