Sesampai di rumah malam tu, layan berita di tv. Ya ampunn ada taufan rupanya. Pelik betul... biasanya angin taufan yang sebelum ni berlaku pada musim panas, itupun tempias angin taufan dari lautan berdekatan Filipina yang berpusing2 sampai ke negara jepun ni. Kami taklah faham sangat tentang apa yang diperkatakan. Menurut seorang pakcik yang ditemuramah, ini merupakan kali pertama dalam hidupnya tiba-tiba aje ada angin taufan di kampung tersebut. Dia telah menetap di situ semenjak lahir. (sila baca ala2 pemberita hokeh, ceh asyik verangan je kamu ni).
yang berwarna merah itu adalah Ibaraki-ken, taufan berlaku secara tiba-tiba di Tsukuba-shi, tapi tempat yang lebih spesifik tak pasti sebab saya tak faham akan kanji yang tertera di tv tu huhu...(shi=bandar/daerah/region) ken=(negeri/prefecture)...
Saje je nak letak gambar diambil masa tengok berita semalam, mungkin ramai dah tengok gambar ni di berita tv mesia...
angin taufan yang sempat dirakam oleh salah seorang penduduk yang sedang memandu di kawasan berdekatan...
keadaan selepas angin taufan reda...
tiba-tiba teringat tsunami yang disebabkan jishin 11311...
lepas taufan disapa hujan, itu yang nampak macam tsunami...
salah satu tiang yang tumbang di jalanan...
tak kurang juga rumah yang beralih dari tapak asal (teringat cerita wizard of oz scene angin taufan tu)...
kesian pada kesemua mangsa...
nauzubillah, minta dijauhkan dari semua bala bencana...
Mekanisma kejadian... angin di daratan adalah panas manakala angin di atas adalah sejuk (sekitar -16 hingga -18) perbezaan kedua angin tersebut sekitar 40 darjah celcius menyebabkan tiba-tiba berlaku angin taufan. Ada ditunjukkan simulasi, ampun tak sempat pulak nak snap gambar simulasi tu.
Kadang seronok tengok berita di sini, selepas berlaku sesuatu kejadian pasti terus dipanggil salah seorang prof dari mana2 universiti (biasanya Tokyo uni) dan disertakan dengan penjelasan beserta simulasi untuk lebih difahami...
28 comments:
Ya Allah teruknya
kesian...lepas satu satu.
MasyaAllah ngeri.
ado jugop tgk kat tv td..kowaiii tgk hgmbr lepas kejadian
mintax dijauhkn dri bencana2 ni semua..
dahsyat gak kerosakan kali ini..
betul2 hari terakhir GW plak tu..
masyaAllah~
semoga di hindari dari malapetaka~
mintak dijauhkanlah kak dari berlaku lagi. tapi, kalau dah ketentuannya, bila2 pon boleh berlaku bencana macam ni kan.
yg bagus pasal nihon ni tu lahh.. berita dia berilmu :)
pst: K.Izan pergi nihon Ahad ni.. rombongan melawat bekas tsunami kat Iwate huhu
teruk juga tu..kesian..
ya allah.minta dijauhkan bencana macam nih..
tengok japan ni dia nye bangunan kukuh! tapak umah masih ok ..
kak hanis smlm tgk news ni kan mule2 igtkan ibaraki kene tsunami lg rupenyee taufan mcm xcaye gilerr je tgk..
ya Allah, takutnya. hari tu dengar siren tornado pun dah rasa berdebar. alhamdulillah puting beliung tu menghala ke arah lain
Semoga sis dan suami dan akachan dilindungi Allah sentiasa k..
subhanallah...takutnya!
Janganlah jepun kena musibah lagi.... mudah2xan selamat semuanya.... sebab sekarang ni di Malaysia dalam sektor perkilangan dah rasa azabnya ekonomi down.... Sian kat pekerja sektor perkilangan bila semua makan gaji basic jee... Sharp... dan company jepun dah slow sebab kesan tsunami.... Sian orang kampung juga yg rata2x juga kerja kilang...
weols mmg takut biler tgk waring puting beliung kat tochigi tue sbb tataw arah dia mai...subhanallah kawoii sgt...but alhamdulliah masih lagi di lindugi olehNYA
nauzubillah.. minta dijauhkan..
jaga diri baik2 kak hanis..
risau pulak tiba2.. hehe
subhanallah...
semoga kamu,keluarga & kwn2 dilindungi olehnya....
kat putrajaya pun minggu lalu, hujan lebat, kilat, guruh tengah malam... kadang tu takut juga...
semoga hanis dan hubby selamat ya kat sana...
Nampak teruk , habis rumah rosak.
Tengok berita ini kat tv semalam.
aaaa.. time tu mama akachan tengah mamam udon ea ?? slurp sedapnye.. suke udon.. hurm apapun take care ya dear..
teruk nya....Hanis jaga diri yea kt sana :)
Allahuakbar bencana lagi kat Jepun ya..semoga Kaknis,hubby n baby semua selamat..macam tak ada jer kat berita ke tak terperasan tak tahu lah..
INNALILAHIWAINNALILAHIRAJIUN..
semoga ALLAH beri kekuatan pada mereka semua..
ALHAMDULILAH awak tu ok semuanya..
subhanallah..mujo kat tempat kak xdok gapo..syukur
Hanis, baca pun dah berketar-ketar.. takooottt...!!
taufan ke puting beliung ni??
taufan yg sbb monsun tu kn??
kowaii tengok gambar tu..ade gak tenok video dari tv asahi..mmg sangat ngeri..
nauzubillah..
alhamdulillah kak Hanis selamat..
nisa pernah try buat udon sekali je.. buat dengan mak :)
Post a Comment