Monday, May 7, 2012

Akachan@34weeks...

Kali ni check up yang paling tak best huhu... Ni cerita check up minggu lepas. Minggu ni dah 35 minggu. Asyik terdelay je nak berstory mory, gambar pun letak sikit-sikit je hehe... penulis blog pun terkezutt tengok diri sendiri apatah lagi orang lain. Memang ikut pattern mama dan kakak-kakak yang mana badan ni macam dipam-pam masa preggy haha... di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi tak gitu hehe... lagipun tak sempat nak mengadap gambar (kadang ada jugak feeling tak nak tengok gambar sendiri huhu), kebetulan banyak kerja perlu diselesaikan dalam masa 1-2 minggu ni.

Kali ni masuk bilik untuk jumpa doktor dan scan, saya agak terkejut sebaik sahaja pintu slide ditolak. Muka doktor tu nampak garang dan tak friendly. And i had a feeling, hmm "i dont like this" eheh mengada betul. Tak kenal maka tak cinta tak gitu? (Tapi lepas check up tetap tak suka huhu). Maka berbaringlah patik dia atas katil yang disediakan. Doktor tu pun duduk dan ditolak2 sedikit kaki patik tu (dah bagi ruang untuk dia duduk tapi tak muat kut). Laju je cakap jepun macam kami ni fasih. Saya diam jela sekadar memandang skrin. Akachan dah 2.6 kg. Alhamdulillah semuanya ok, kepala baby pun dah pusing ke bawah. Tiba-tiba masa tu datang satu perasaan gementar. Bulu roma ni meremang... uwaaa takutnya nak bersalin... mampu ke? boleh ke? malam tu siap termimpi-mimpi pergi hospital, tapi scene bersalin terhenti sebaik sahaja tersedar untuk solat subuh huhu...

Biasanya setiap kali scan akan dapat sekurang-kurangnya 1 gambar, tapi doc ni tak bagi pun. Bila tanya dia cakap tak ada wuwuwu. Sadis betul. Tapi bila dapat balik buku rekod mama and akachan tu terselit satu gambar, tapi tak faham pulak gambar bahagian mana. Simpan ajelah dalam album. Kenangan doktor tak besh wuwuwu... harapnya next week tak kena check dengan dia lagi.

Pergerakan akachan pun makin obvious. Mungkin sebab ruang kat dalam womb tu dah makin kecil buat dia. Kadang terasa seperti ada respon, kita gosok belah kanan dia pun gerak belah kanan begitu sebaliknya. Saya tak boleh beza mana satu tendangan, pergerakan lutut, siku, tangan etc... belasah ajelah "hmm lutut kut, kaki kut", konon instinct keibuan heh...

p/s: taufan di Tsukuba-shi, Ibaraki-ken

27 comments:

Cik Pulau said...

wahh.. mesti best dop blo tau akachan makin aktif.. heee

Munnafendy said...

olo xbestnya dpt doc yg tak friendly :(

tp xpelah, yg pnting nis ngan baby ok!

Hanamiko Sakura said...

huhu garang betul doktor tu..hehehe, akak.. take care ^_^

yatie chomeyl said...

bakpo bekeng sgt doctor tu? tino ko jate? anyway, xpo la klu bam2 sikit pong...nti lps beranok..mesti kurus balik ;)

Cikpuan rara said...

heee lama dh singgah sini.m2b ni dh 35weeks rupanya.

wida said...

x bestnya kalau dapat doc tu cam tu. rugilah..kalau tak, time tulah kita nak tnya mcm2 pasal baby kita kan..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

x lama dah akachan nak kuar tgk okasan dia...alhamdulliah moga d permudahkan babe...fasa skrng biasa la prsn mcm u tue...jgn fikirkan sgt...inshallah semuanyer akan berjln lancar...

Nini D.. said...

seronok kan bila nampak gerakan semua tu :)

Nieda said...

Semakin dekat semakin berdebar2. Tapi tak apa bykkan mengaji, dan amalkan surah2 mariam , yusof dan loqman.

Supaya dipermudahkan.

msredcheesecake said...

Jgn layan je doc tu.... Preggy ni kan selalu sensitif, makin dekat due date makin sensitif. Start pikir macam2.... Jgn sampai stress sgt... Nanti bby sedih. Dia tahu kita stress....

Anum said...

bestnya
anum doakan semua akan dipermudahkan

Azian Elias said...

Kejap je lagi tuuu..

amalkan tak minum minyak tuuu..cuba ye dear..INSYALLAHH..

Chekgu Azrine said...

seronoknya nak dekat bersalin dah erk..

takpe.. akak pun pesen gitu.. kalau preggy mmg bam2.. nanti boleh turun balik..hehehe

Teratak Hami said...

tak lama lagi.... nervous!!! Semoga dipermudahkan. Time sakit nak bersalin tu, teran je sekuat yang boleh. Teran tu sebab nak lepaskan kepala baby jek, lepas dah keluar kepala tu insyaAllah senang walau baby seberat mana pun. Baca doa banyak2 kay :-) Take care u and the baby.

radziah AR said...

hanis, kzie doakan semuanya selamat ye....35wees dah boleh bersalin bila2...hati2 ya...terutama berjalan tu...

keli menari said...

doctor tu letih takde mood kot.ke dia pon ade baby kat umah..rindu sesangat!hehe.
tahniah kak !! tak sabo2 pulak rasenye tunggu perkembangan..

Eliss Mie said...

alahai mcm tu pulak doc tu yer. hrp2 baby keluar dengan selamat laa nanti dan boleh mummy dia turun berat bdn :)

Liyana said...

sy mgu ni baru nk masuk 34weeks..
best kan bby dh aktif kt dlm..tp perut terik bangat lak rase, huhu

Asmara said...

moga dipermudahkan nanti. InsyaAllah..
*dah mcm tsunami taifu tu kan. huhu..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

semoga semuanya selamat....

Daddylicious said...

saat2 begini lah yg paling indah bagi ibu bapa...teringat2 bila twins bertendang serentak....best!

sissyira said...

salam

beshkan rasa nikmat tu

sabar dubai said...

xlame dah tuh kak hanis,....ganbareeee.....

siti kektus said...

haha. boleh main kot2 akak ni hah. entah, baby tengah main bola sepak tak dalam perut tu kak. hehe :)

fadhilah said...

baru aje terfikir dh lama takde update akachan... wah... dh 35 minggu, dh tak lama dh tu...

annadinara said...

Insya Allah bisa, mudah-mudahan Allah mudahkan semuanya.. Akachan, nak keluar nanti cepat2 tau, jangan dok buat mama sakit sangat, ok... *sila bayangkan akachan angguk-angguk tanda paham.. hehe

khairunnisa ♥ said...

InsyaAlah semuanya akan selamat. nisa doakan. nak tengok akachan yg comel :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails