Wednesday, July 11, 2012

Ikkagetsu no kenshin...

Ikkagetsu=1 bulan
Kenshin=check-up

10 Julai 2012, Ken Hamza dah sebulan, alhamdulillah... kena pergi hospital untuk check-up Hamza dan juga mamanya. Nama check-up tu sama nama dengan tajuk entri ni. Banyak juga prosedurnya, fenin patik. Alang-alang keluar check-up, kami singgah ambil gambar passport Hamza. Keluar banyak2 kali nanti kena marah dengan mak hihi.

Susahnya nak ambil gambar Hamza sebab leher dia lembut lagi. Saya masuk dalam studio bersama 2 orang staff kedai tu. Encik suami tunggu di luar. Bila pegang leher lengan dia pulak terangkat. Lepas tu asyik tengok kiri kanan dan mulut ternganga-nganga, ini je gambar yang paling ok. Agak2 boleh ke gambar passport macam ni eh? Pergi embassy kena reject gambar ni buat penat je nanti huhu.

Lepas tu terus ke hospital. Appointment jam 1.30-2.30, tapi kena ada kat sana jam 12.30 tgh hari. Saya tengok pada kertas, sila ke tingkat 3, kami terus ke tingkat 3 menggunakan lif yang biasa kami naiki (tingkat 6 tempat saya bersalin, tingkat 13 tempat yang saya kena pergi time ambil darah). Sesampai di tingkat 3, tengok label ICU. Eh biar betul? (nak je cakap biar betik). Takkan la check akachan kat sini? Lepas tu tanya seorang nurse di situ, dia dengan baik hati tunjuk lif yang betul, tak tahu pulak ada lif berbeza nak ke unit pediatrik.

Bila dah sampai tempat yang betul, kena turun balik untuk register Hamza. Ya ampunn... lepas tu silap kaunter pulak haha macam2 hal betul. Senaman tanpa rela gitu. Selesai pendaftaran kami ke tingkat 3 semula, nurse check Hamza, saya kena letak dia untuk ukur panjang, kena bukak baju dan diaper untuk ukur berat dia.

berat masa lahir - 3.8 kg
berat 1 bulan - 4.9 kg
panjang ke tinggi eh? (dalam buku rekod tulis length) masa lahir - 53 cm
panjang 1 bulan - 57.7 cm

Kemudian Hamza kena minum Vit k. Tunggu setengah jam. Kalau muntah kena minum sekali lagi, kalau tak muntah boleh jumpa doktor. Selepas minum vit tu nurse suruh bagi susu, masa di feeding room tu confuse juga bila mana tengah burpkan Hamza dia keluar susu, alamak bahasa standard tak tahu apa tapi bahasa kg saya "jeluok" sikit. Bila tanya nurse kalau banyak dan ada warna kuning2 sikit maknanya vit k tu dah keluar tapi kalau sikit je tak mengapa.

Saya dan Hamza dipanggil masuk jumpa doktor. Cinta hati boleh je ikut tapi dia malu2 meow :P.. Risau tengok doktor tu check Hamza sebab dia tarik Hamza bangun guna jari je, lepas tu letak secara meniarap muka tersembam kat katil tu sampai Hamza nampak seolah lemas dan cepat2 pusingkan kepalanya. Risau versi over acting betul saya ni padahal doktor tu tahulah nak check apa kan? hehe.

Selesai yang tu, ke tingkat bawah di bahagian maternity. Ambil tekanan darah, timbang berat dan check urine. Kemudian jumpa doktor dia check keadaan rahim. Dia cakap semuanya dah kembali normal. Harapnya macam tulah, insyaAllah. Cuma tang lenguh2 tu saya tak tanya doktor maklumlah pantang tak urut, mana ada tukang urut kat sini huhu.

Buat bayaran dan pulang, sampai kat rumah dah hampir jam 5 pm, huhu pengsan!

 Baru ada peluang bergambar dengan my love dan Ken Hamza... diambil sewaktu kunjungan diva lady chenta, dia ada buat entri di SINI. Sewaktu kunjungan Kak As minggu sebelumnya ada juga entri dari beliau di SINI. Terima kasih tak terhingga kerana sudi datang tengok Ken Hamza. Saya belum sempat story mory lagi...

p/s: Terima kasih juga buat Ami dan suami kerana sudi datang... seronok bila ramai datang melawat, syukur alhamdulillah...


36 comments:

Anonymous said...

eh muka KenZa mcm abang EE la(eh eh abg ker?).hoho.. akan mewarisi ketampanan Jude Law yang ni la nanti. TUNGGU. hoho

DaZzlingLilLy said...

comelnya hamza..happy 1 month old hamza..

Rohani Hashim said...

hana, semoga hana, suami dan hamza sentiasa sihat walafiat...take care yer. huhu jauh nk g melawat jugak ;)

Nieda said...

akak faham jeluak. selalu guna kalau baby termuntah sikit lps minum susu.

whitecappuccino said...

skejap je hamza cute dah sebulan..hehe dulu posing ber2 kini dah ber3...besh2!!

senyumSOYA said...

ececece~ comeynya gmba passport~

akak ble balik msie? huhuh

Asmara said...

kawaii.. nmpk besar sangat dah Hamza dlm gmbr ni. Ok je gambar passport ni. yang penting mata terbukak nampak keseluruhan muka. Haqem dulu siap nampak tangan sikit pegang kepala dia. embassy terima je. InsyaAllah..:)
*Balik nnti kene cari tukang urut, lmbt sikit pun xpe. ;)

Nuwairani said...

wah! cepatnya dia membesar! semoga membesar dengan sihat, dengan bijak dan kuat.eh! macam lagu iklan pulak.

Ijah EmoTemo said...

comelnya gmbr passport hamza :) heheh.

aisha said...

salam hanis,

alhamdulilla mesti seronotkan ramai dtg melawat...:)
geram ye bile tgk bb..teringin pulak nak cium baby..hihi :)

ct kektus said...

gigih akak demi ken hamza. naik turun naik turun. hehehee :D

ken hamza hepi muka dia kna amek gambar, tu yg nganga2 mulut. :D

nur easy said...

bertiga sudah.. sweet :)

Shana' said...

Waaaah dah ada gambar 3's a family lah :) happy for u hanis....xoxo from Malaysia. My husband is a Kelantanese, selalu la dia sebut jeluok tu....:P

Nadiah Sidek said...

hihi..rasanya boleh guna gambar tu. orang pun faham baby lagi :)

LuN@_aiDi said...

wahh ken hamza dah sebulan kan.. cepat jer rasanyer^^_
kiut giller gambar paspost
bby zahin pun xamek gambar paspost lg..
tak tahu ler bagaimana rupernyer nnt..kuikuikui

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

baru umur sebulan mmg susah nak balance bab gambar tue...but rasa ok kot...cepat betul prince ken besar khen...tak sabaq nk jmpa bulan oct ni plak....u dah slim babe ai jelezzzz uwaaaa kena gigih workout lepaih ni la

p/s::tu diaaaaa tetiba baca DIVA LC pitam berkali2 hahaha

Chekgu Azrine said...

Maknya nmpk sihat je..berseri2 dh muka..tgok ken hamza..xsaba nk jmpa akachan akk dlm.perut ni..hehe

Eey said...

Salam,
Hmmm, mmg panik kan kalau tgk doc check baby. Rasa mcm betol ke doc ni check mcm tu? hahahaa... Tu belum lg tgk baby kena amik darah kat tapak kaki (kalau baby kuning), rasa nk nangis. Huhuhuu, cian.
Anyway, moga Hanis cepat recover & Ken Hamza sentiasa sihat.
:p

dwatyKNY said...

ken Hamza dah besaq... GAMBAR PASPORT tu comel la...

Chekgu Azrine said...

tengok Ken Hamza..akak rasa tak saba nak tggu akachan dalam perut ni lahir..huhu..

Kamalia said...

sangat bambam hamza..suka bau baby!rindunya nak bau lagi..hehe
gambar ok dha tu,mata terbukak kan..so,nak pi buat waktu anta parents balik ke?
sorila saya tak update lg entri pi rumah hanis tu..huhu.
hanis,barang yg saya belikan tu ok dak?takut jugak tak ok sebab mmg kami tak tengok pun dalam dia..manala tahu ada terkoyak ke?

Umie Naziera said...

hanya Hamza mmpu amik gmbar pasport mcm tu,,hehe..comel je mulut dya,kiutttt..geramm seyh

Nini D.. said...

alololo...tomei2..sekejap aje dah sebulan kan

dhiashahida said...

kita dtg sini fillow awak sambil tgk gmbar bb comel ni..:)

ain.ya.nun. said...

Sekejap je hamza sebulan dah. Selamat membesar dengan sihat ye baby hamza.

maszull said...

assalamualaikum hanis...sekejap jer dah sebulankan begitu pantas masa berlalu...:)

Farah Shamsudin said...

hamza memang bambam.. geram tau tgk!

kasihredha said...

nak gi tengok ken hamza jugokkk...uwaaaa

comel je gamba pasport ken :)

Nur-nba said...

Salam.. Sekejap je Ken dah tembam.. Comelnya dia.. :)

Unknown said...

wahhh dah sebulan da baby prince kite ni....cepat nya masa berlalu...xsangka...

msredcheesecake said...

5 jam kuar... mak tak marah ke?

ummu said...

salam Hanis
tahniah ye, dah sebulan dah Hamza ye...saya baru datang sini.

Munn Jaafar said...

nis..pjm celik dh sebulan dh baby kan..waduh comelnya ken...kalau la dekat ni..eeyyy lemas la kena gomol ngan autie munn! hehe

Unknown said...

hairan..muka baby yg lahir kat jepun kan biasanya gebu mcm nihonjin..walau pun bukan kahwin dgn nihonjin..mungkin pemakanan kot kan..

mrs kayrul said...

comelnya ken hamza...hanis dah kurus la..cepat betul

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

muak susu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails