Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

Sunday, September 29, 2013

Duduk... duduk...

A few weeks ago... i was playing with anakanda... then suddenly he said... "duduk duduk" and sat on my lap... just after a few seconds he got up and sat on a container and said "duduk duduk"... haha it was funny seing him finding al sort of places to sit and of course a place which can fit with his heigth. Eh speaking london kamu ye haha... Kalau sebut duduk tu kena dalam2 sikit "D" tu maca lagu tegar dulu dulu tu, klip video di akhir entri ini...

Cinta hati yang yang selalu sebut duduk duduk sebab time dia tengok tv je anakanda Ken Hamza suka ke hulu ke hilir... ada je benda yang dia nak main kat kawasan tv tu... dah tu bila my love dengar lagu tegar dia punya pronounciation untuk duduk pun sudah tukar juga lah hehe... lepas tu masa balik kampung ada la stool kecik dalam toilet. Masa mandi punyalah dia seronok duduk atas stool tu... bila dah siap mandi meraung tak nak bangun adoii... pengsan haha...

Kemudian bila dah balik ke "teganu kite" patik pun ajaklah cinta hati pergi beli kerusi kecil kat Hamza... yela asyik nak duduk2 je... meh mama papa belikan kerusi kat Hamza... Maka pada suatu petang (eh ala2 cerita sang kancil jew ni...) kami pun ke giant tedekat sebab patik pernah ternampak mini kerusi suatu ketika dahulu...

dah jumpa... mula2 Hamza duduk kat tempat baby atas troli, bila dah ambil kerusi... tak sabar2... terus cakap... "nak nak... duduk"...terus la letak dia kat kerusi tu... punya excited sambil angguk2 kepala macam head banging tu hikhik... "Hello auntie and uncle, comot kan rambut Hamza, sejak dua menjak ni mama asyik potong senget benget je, sebab Hamza tak duduk diam... tapi Hamza tak kisah pun nanti mama sikat2 ke tepi ala2 k-pop nak cover rambut senget tu." haha...

ada air apple promo... papa bagi sikit untuk Hamza...

lepas tu nak minum sendiri la pulak... bagi can jelah... 

yum yum oishii... alamak rambut k-pop dah hilang daa... :p

dah kenyang minum air sibuk nak tolong papa tolak troli... dah sampai kereta nak masukkan barang tetiba nangis sebab nak tolak troli lagi.. adoii... nasib baik mama pandai pujuk... umpannya tunjuk makanan je hehe...

patik panggil lagu ni dulu dulu je sebab tak tahu tajuk haha... hentam sajalah...


Saturday, July 20, 2013

Takut dengan jumperoo...

Ini pun basi jugak hehe... (entri tersadai, nak buat cemano haaa). Jumperoo ni super duper special sebab gift dari geng Sensai IrydPitt. Siap surprise baby shower lagi (boleh baca di ENTRI INI). Mama Hamza ni memang tak sabar nak letak Hamza atas jumperoo. Tapi ya ampunnn Hamza takutttt sangat dengan benda ni. Dia tak confident, tiap kali naik jumperoo nak kena teman main sama2 kalau tak pasti menangis meraung.. adoiiyaaiii... selepas seminggu ke dua minggu, adehh patik dah terlupa la pulak... barulah dia ok itu pun ada sedikit extra cautious, dia bukan jump2 pun dengan jumperoo tapi pusing2 je, haha sabar jelah... lama sikit lepas tu baru la jump ala shy2 cat. Sebab Hamza takut hehe.. aduhai anakanda...

comel tak kasut bumble bee saya? dalam rumah pun nak pakai kasut ish... gedekiah la mama Hamza ni kan hehe, nasib baik musim sejuk waktu tu so ada alasan la nak pakai kasut :p

Hamza banyak main mainan skeliling je... tapi oklah boleh mama buat kerja waktu tu...

Tiba2 teringat zaman Hamza muda mudi dulu... uwaaa cepatnya waktu berlalu... sekarang dah setahun sebulan...

One fine day patik nak story mory tentang Hamza yang terkini tapi adakalnya susah betul nak ambil gambar sebab tak duduk diam huwaaa.... tak sempat nak tulis d entri patik upload di instagram aja sonang hehe...


Wednesday, November 21, 2012

Tentomushi...

Tentomushi=ladybird, generally mushi means bugs/insects.Tento tu sebab ladybird ada sepuluh dot kat sayap dia tu. Haa siap kira lagi, namun kesahihannya patik tidak pasti. Ada budak tu makan tentomushi, not the real one, versi toys je hehe... Semua pun nak masuk mulut haish...

Mama Hamza saje buat dialog gedik... "Hmm... apa ni, nampak best je, merah, kuning, purple... yumyum. Asyik tengok mama papa makan je, Hamza pun nak mamam jugak."

"Mama, Hamza nak rasa didibet(hanya imaginasi penulis membayangkan pelat Ken Hamza sebut ladybird, haha) bulat2 ni boleh?"

Aaa...uummmm...

krup krap (eh sound effect tak sesuai la)...

"Eeeeww... apa rasa didibet ni? Tak syedapnyerrr... menyesal makan wuwuwu."

Dah agak dah dia akan masukkan toys tu dalam mulut, tu yang patik standby camera siap2 hikhik... tak sangka pulak reaksi dia sampai macam tu sekali... nasib baik la mama Hamza baru je basuh toys tu, lepas dia main tu kena basuh lagi... biar je dia nak explore sekadar pantau di sebelah...


Monday, November 12, 2012

Wasureta...

Baiklah kawan-kawan sekalian mari bersenam bersama Hamza. (mama hamza ni takde modal lain asyik2 cerita pasal bersenam, tapi diri sendiri tak bersenam pun, dush!)... Ken Hamza dah 5 bulan pada 10.11.12 yang lalu. Dek kesibukan patik tak sempat nak catat mengenai progress anakanda sebagai memori kami.

mula-mula buka tangan macam ni... regangkan otot-otot... inhale "everydoby"...

exhale... kerut kening sikit... untuk senaman awet muda ye...

exhale lagi... sambil goyang2 kaki sikit...

inhale lagi... errmm...

Alamak Hamza lupa (wasureta) la senaman yang baby sitter ajar tu.. sorry everydoby... (buat muka innocent).


Sekarang kat rumah baby sitter dah ada 3 orang, semua tua dari Hamza... bila pergi sanpo (jalan-jalan) dia akan naik stroller berkembar tu. Kali pertama naik stroller tu baby sitter cakap dia duk toleh kiri kanan pelik sebelah dia ada orang haha...

[sebenarnya mama Hamza ni kena inhale exhale banyak2 sebab rasa semput dengan kerja menimbun hik2... ganbatte!]



Tuesday, November 6, 2012

Chocolate for babies...

Patik memang penggemar coklat dan kek, oleh itu harus ajar anakanda makan coklat jugak. Haha, ok tipu. Sebelum ni dah mention di sini yang Hamza memang suka makan/hisap jari dan sewaktu dengannya. Tapi bagi teether tak nak pulak, mungkin teether tu kurang sesuai. Sekarang dia khusyuk sangat tengok saya dan cinta hati makan, dia pandang je kadang tu nampak mulut dia macam kunyah2, bila hulur makanan memang dia buka mulut sambil hulurkan lidah. Kesian pulak tengok, tiba-tiba rasa geram nak suap makanan, huhu...

dapat email dari amazon.jp tentang barangan bayi, ternampak coklat ni terus beli untuk Hamza. Semua pun kosong (Calorie 0kcal, etc... tak tahan lipid pun ada haha) oleh itu selamat untuk dimakan oleh bayi hik2... nama pun first chocolate... sangat sesuai...

waktu kami makan, patik cuba bagi coklat ni untuk anakanda. Tengoklah gambar pertama tu beria dia nak jilat, lepas tu selamat masuk mulut. Nyum nyum... oishiiii...

berkesan la jugak, seronok tengok Hamza gigit chocolate bar tu, 3 hari 3 malam tak habis2 lagi dia makan haha...


Thursday, November 1, 2012

Ara... niko-niko!

Maaflah asyik cerita pasal anak je huhu. Untuk memori patik, harap2 bila Hamza besar nanti dia boleh baca tentang perangai dia masa kecik hehe.. "kalau mama tulis yang shame2 jangan marah mama eh"(sempat lagi selit pesanan penaja).

Sejak dua menjak ni kalau ambil gambar dia senyum mesti blur sebab dia senyum sampai gerak kaki tangan, siap tertendang tangan mama dia lagi ha...

Hamza ni kalau orang tegur terutamanya makcik/nenek mesti senang je dia senyum. Kemudian Pasti ada dialog "Ara... niko-niko da ne!" kedengaran. Kalau orang muda tegur kena usaha lebih sikit, 2-3 kali baru senyum. Senang je resipi nak bagi Hamza senyum, kena tegur dengan lembut dan tak mengejut. Kalau tetiba cak depan dia atau panggil nama dia frekuensi kuat sikit confirm buat muka frown atau menangis hehe... iyelah, orang tua kan lebih dulu makan garam (eceh nak peribahasa pulak). Sampai sekarang sesiapa je boleh dukung Hamza, dia ok je. Sampai patik tertanya2 Hamza ni tak sayang mama dia ke (haha ayat tak menahan, jiwang sungguh).

Ara = ekspresi untuk ala/oh my/oh dear/ ada jugak contoh penggunaan lain seperti macam Ara, sou da ne... (really, is that so) (ararara macam alololo, kalau tak silap patik kalau salah tolong betulkan eh)
niko-niko=senyum/smile (mula-ula dapat tahu maksud niko-niko ni saya rasa perkataan tu sangat comel ok!) tetiba teringat kumpulan niko [mengapa kamu, mengapa jadi begitu.... inilah nasibku]. entri tak ada soundtrack tak sah eh kamu ni...err...
 
Hamza niko-niko... (maaf gambar blur, faham-faham ajelah hehe)

Sekarang panjang Hamza dah 68cm, berat 7.4 kg. Hari tu dia kena inject. The next day dalam tengah hari baby sitter call cakap Hamza demam. Bergegas la kitaorang pergi ambil dia. Sesampainya kami di rumah baby sitter, suhu Hamza dah turun. Baby sitter cakap Hamza tak meragam pun, nangis pun tak, cuma badan dia je panas jadi dia risau lalu call saya dan cinta hati, walaupun dah ok saya tetap bawa balik Hamza. dan jaga kat rumah.

Bila cari info rupanya bagus kalau baby demam dalam masa 24 jam selepas imunisasi. Dengan syarat suhu tidak melebihi 39 darjah celsius. Demam tu tandanya badan baby menghasilkan antibodi untuk melawan virus dalam vaksin tu. Balik rumah buka baju hamza jap kemudian pegang dan massage badan dia untuk alirkan haba dari badan dia ke badan saya (apa entah teknik ni lupa nama dia), basahkan dahi dan kepala dengan air paip, bagi dia minum susu dengan kerap lepas tu dah ok. Alhamdulillah...lega patik, phew... maklumlah baru jadi mama banyak benda lagi yang patik tak tahu huhu. Sesiapa yang tahu cara yg lebih efektif lagi boleh la kongsi kongsini dengan patik.


Wednesday, October 31, 2012

Kao...

Kao, sebutannya bukan seperti cow tetapi ka-o (o macam sebut "o"rang) yang bermaksud muka/face. Lepas baca entri ni mesti ramai yang tak akan datang ke blog Hana Sakura ni lagi. Owh tidak, pasti patik kachiwa. Lari-lari hembam muka kat bantal macam pelem pramlee tu.

Sebenarnya nak cerita pasal senyum tapi takpe hold dulu untuk next entry. Mari kita lihat Ken Hamza no kao bila dia tak senyum.

mood mengantuk atau tengah koya/khayal... dia akan diam je tengok persekitaran, dah tersedar dari lamunan dia akan bercakap, senyum takpun terus jerit2 minta diangkat. Unpredictable sungguh kadang mama kamu ni ocopot terkezut dibuatnya...

sila jangan pengsan! posing ape entah ni macam kartun pun ada ish ish mama Hamza ni asyik kartun je takde benda lain ke? "Whacha lookin at?"

ni pun versi termenung tapi pandangan sisi pulak... eceh nak jugak dari angle yang berbeza... dush untuk mama Hamza ni...

pakai baju hadiah dari my co-sv, ada gambar doggy tangkap fish, tiba-tiba saya terfikir anjing makan ikan ke? bukan meow ke makan ikan? (nanti kang ada insiden macam boushi Hamza, puasla patik fikir muncung pada boushi tu mirip burung ke ayam skali my ex student cakap "tu itik la mummy oii" memang gelak sakan... malu i itk pun tak kenal haha...)

Ara!


Thursday, October 4, 2012

Ken Hamza baby gugu...

Bila Ken Hamza dah selalu sangat makan jari, tangan kadang satu "penumbuk" tu dia nak masuk mulut dia. Patik pun belilah tether, tapi takde pilihan sangat, ada bentuk hana dan raburabu je. Bila bagi, Hamza pegang je tapi tak gigit pun, nak jari dia atau jari mama papa dia jugak haish...

"Mama bagi flower kat Hamza. Hamza tahu flower sebab mama asyik ajar flower flower je, tapi Hamza tak reti nak sebut. Agaknya mama ni suka flower kut." Bukan setakat suka wahai anakanda malah mama ni miss flower okeh... ahaha sila pengsan!

Cubaan pertama tak berjaya, maka saya bagi lagi untuk hari seterusnya... Hamza pegang dan tengok je... macam tak ada makna/tak ada perasaan. Nampak dia khusyuk saya bergegas ke dapur sat, sekali dengar dia bersuara nyaring lepas tu macam sebut aa-guuu, aa-guuu. Biasanya time tengok tv memang excited la ingatkan dia dah buang tether tu dan tengok tv. Bila jenguk, rupanya tether tadi dah ada atas muka dia hehe. Mama Hamza pun satu, bukan nak alihkan cepat2, tapi terus snap gambar haha... dalam pandangan terhalang nak jugak dia pandang mama, ekspresi mohon bantuan...

Dia bergerak2 tether dah ke mata. Lepas snap gambar ni terus saya alihkan tether tu. Kalau letak selimut nak pulak dia gigit huhu... mungkin betuk tether ni tak mesra alam dengan dia agaknya... tak pun Hamza memang takde idea apalah bendalah yang mama bagi ni...



Tuesday, October 2, 2012

Ram bam bam...

Tajuk yang sangat pelik, tapi takdelah pelik mana pun. Eh apakah ini ayat berbelit? Al kisah masa kecik2 dulu setiap jumaat/sabtu kan ada cerita hindustan. Saya kureng minat sebab kebetulan pertama kali tengok start dengan cerita ular dah tu heroin dia menari ular pulak.. pengsan! saya memang tak suka ular dan spesis sewaktu dengannya kegelian yg amat huhu.

Bila dah masuk uni baru minat sket2 itupun cerita kuch kuch je lepas tu dah tak folo... mama patik pulak suka juga dengan filem tamil. Dia cakap lebih byk unsur pengajaran so dia layan both. Tapi sekarang tak lengkap hari-harinya kalau tak tengok drama korea. Ok berbalik pada ceritera patik ni... tang filem tamil tu, kebetulan masa mama tengah tengok saya lalu di ruang tamu, tang tu jugak tiba-tiba masuk part nyanyi hero dan heroin lengkap berkacamata hitam pakai baju kalerful lagi ha. "Ram bambam arambam rambambam terembam", sampai sekarang ingat lag lagu tu tapi part rambambam ajela hikhik, tarian dia pun ingat sikit2 lompat2 angkat kaki cemana ntah haha... 
Kesian anakanda yang tidak mengerti apa2 hehe. Tiba tiba teringat scene rambambam... apakah? Saya nampak sunglasses ni kat rak display. "Eh macam muat je dengan Hamza ni. Try letak pastu ambil gambar nak?" patik bertanya sambil angkat kening pada my love. "Eh boleh ke?"biasalah my love tu, nyampah i (saje buat ayat gedekiah). "Ala kejap je", tanpa membuang masa, tengok kiri kanan line clear terus ambil dan letak kat muka Hamza. Serius nak tergelak besar tapi tahan dulu sebab nak ambil gambar...

letak kat atas kepala pulak, ni penangan tengok majalah dan movie lah ni, mama dan papa Hamza manalah pernah menggayakan "spekmata" hitam ni hik2... Mesti dia pelik, eh apokobondolah atas kepala patik ni...

Nanti nak story mory pasal nursery...

Tuesday, September 25, 2012

Vakushin...

Rasa macam dah berzaman tak update blog hehe... rindu nak menulis namun tak berkesempatan. Untuk beberapa bulan ni memang akan jarang update sebab dah hujung2 study ni haruslah utamakan mana yang patut. Rindu nak berkarya (eceh, karya la sangat... tak menahan!). Terima kasih di atas dorongan tips buat entri yang lalu. Arigatou ne hugs2! Alhamdulillah hari tu je Hamza merengek yang over, the next day dah ok dan merengek biasa2 tu adalah, sebab dia baby manja... eeee cubit geram kang hish...

Yang boleh terfikir mistik2 ni sebab patik dan anakanda telah melalui satu kawasan dahulu kala, orang kata kawasan yang sangat lama, waktu tu en suami ada urusan... bosan menunggu saya jalan2 la kawasan sekitar setelah mendapat permisi cinta hati. Mungkin dia penat, takpun nak perhatian lebih dari mama papa ni...

Vakushin=vaksin, hari tu Hamza inject lagi. Asalnya nak buat appointment je, bila sampai kat klinik tu baru tahu boleh terus inject. Nak buat check up je kena booking. Tak pasal2 Ken Hamza kena inject haha... tapi kalau ikut jadual memang dah lambat beberapa hari dek kesibukan kami berdua.

Muka moyok sewaktu dalam kereta. Dan sebelah tu muka innocent sewaktu di klinik, "hari ni Hamza kena inject." Dia pandang je hehe... apalah yang mama pot pet ni tak fahamlah... Sekebun cinta nan berbungaaaa.... eh kenapa tetiba nyanyi lagu Ziana Zain ni? sebab kening Hamza terangkat sebelah haruslah patik terus teringat ZZ yang gojes... heh...

Sekarang ni asyik nak melompat je Hamza ni naik lenguh pegang. Kalau tengok kami berdua makan mulalah air liur meleleh, bila diacah letak makanan depan mulut dia pandang je tak pandai pun nak buka mulut untuk ngap. Hamza cuma pandai ambil jari dia, mama atau papa dan munch. Benda lain macam tether pun dia tak reti nak gigit. Nurse pangil "Ken kun" kali ni banyak masa dengan doc dan boleh bincang perihal vaksin yang perlu diambil. Banyak injection haritu, patutnya ada 4 tapi doc kesiankan Hamza dia buat 3 je, next injection 4... pengsan! eh patik pulak yang over haha... comel ke lawak ala2 handyplast kartun tu? yang kelakar di mata saya adalah doraemon celup pakai "lencu" tu haha...

Macam biasalah, tak sah kalau tak nangis... Time doc masukkan jarum ok lagi, lepas inject ubat terus meraung. Sebelum tu doc baru je puji ehh tak nangis. Bila dia dah besar mesti tengok muka doc pun nangis sebab tahu kena inject wuwu harap2 takdelah sampai tahap macam tu...


Monday, August 27, 2012

Mari bersenam...

Saya selalu tengok mama dan papa depan alat yang ada skrin warna warni, kalau tak silap nama benda tu laptop. Ada jugak dengar mama sebut pasal kerja lab dan juga blog. Nak tulis kerja lab mama Hamza tak faham, kalau tulis blog bolehlah. Haha ayat tak menahan. Kalau Hamza ni dah boleh duduk dan tekan2 pc bolehla jugak nak buat entri kenkonon Hamza yang tulis kan. Dush!

Saya ada buat entri senama bayi DI SINI. My gorjes friend, Fara mommy pada twins bagitahu pada saya nama senaman ni tummy time. Owh naru houdo... thank u beb!

masa ni Hamza masih dalam pantang... "Eh, apa mama nak buat kat Hamza ni? Kenapa letak macam ni?"

"Nak cuba gerak ke depan la..."

"Iyarh, huk, hulk...kayuh kayuh, goyang goyang kaki... eh, kenapa tak bergerak2 pun?"

"Uwaaa mama tolonggg...."

masa ni dah 2 bulan, tak cepat give up macam dulu... "Ala mama ni asyik suruh Hamza bersenam je.."

"Angkat kaki sikit, kepala sikit kasi cukup syarat je"...

"lenguh la pulak... baring la kejap... bila mama nak angkat ni..."

"Wahh bestnya berehat dalam swing... i likeee..."

Tengok mood jugak, kadang baru je letak dalam tu terus menangis adakalanya boleh tertidur. Haish macam2 fesyen betul. Berubah2, tapi kalau dah faham rentak dia barulah senang sikit nak handle. Saya dan cinta hati masih belajar dari sehari ke sehari...


Wednesday, August 22, 2012

Cry Baby - nikagetsu no kenshin...

Pada 2 Syawal yang lepas merupakan check up 2 bulan Ken Hamza. nikagetsu (2 bulan) dan kenshin (check-up). Kali ni nak letak gambar comot iaitu gambar Hamza nangis hehe... tapi bukan gambar nangis kat klinik pun, gambar menangis kat rumah dan dalam kereta.

nangis manja...

yang ni nangis tiada maaf bagi mu atau nangis tak makan saman, memang kena angkat dari swing dia... saje je melambatkan proses sebab nak ambil gambar dulu hehe... nakal ye mama Hamza ni...

Beberapa hari sebelum check up  my love and i berbicara tentang injection yang bakal Hamza ambil. Kat sini umur 2 bulan bayi akan diberikan 2 suntikan nama jepun pun patik tak tahu apatah lagi nama mat soleh atau nama melayu suntikan tersebut. Tahu "hibu" je lagi satu memang tak tahu nama apa. Hamza ni manja la (pada pandangan saya) ada time dia nak manja2 gitu kan. Jadi instinct keibuan menyatakan yang dia akan menangis masa kena inject tu. Papa Hamza pula berpendapat sebaliknya, Hamza takkan nangis because he's a strong boy bersamaan lah dengan makna namanya.

Kami ke klinik kanak-kanak berhampiran rumah, appointment pukul 2 pm. Memang pukul 2 je boleh jumpa doktor, dah tu 3 hari je dalam seminggu. Pelik sungguh klinik kat sini. Nasib baik Hamza dah kenyang dan dah tidur sebelum tu. Maka masa kat klinik tu dia diam seribu bahasa dan melihat keadaan sekeliling. Nurse kat situ panggil dia Ken kun. Mula-mula timbang dan ukur apa yang patut. Terbaru mengenai Ken Hamza...

berat = 6.4 kg
tinggi = 63.6 cm
ukuran kepala = 41 cm
ukuran dada = 41 cm

Kemudian jumpa doktor. Seronok tengok nurse dan doktor layan kerenah Hamza sebab Hamza duk bercakap dengan mereka. Doktor cakap ketinggian dia macam bayi 4 bulan (yang ni saya tak pasti mungkin mengikut standrad bayi jepun kut) doktor tu cakap jepun pekat tak dapat nak tangkap semua yang dinyatakan. Part yang nak pejam mata adalah masa injection. Yang comel bila doktor tu macam baca jampi kononnya tak nak bagi sakit, dia bisik di telinga Hamza siap fuh fuh lagi ha, lawak ok! Mula2 anakanda diam je, jarum masuk ok lg tapi dia dah kerut kening bila doktor push je ubat tu terus ek ek, alala kesiannya... berhenti jap, disebabkan ada 2 injection kena inject kat lengan lagi satu, dia nampak jarum tu terus nangis manja... bila keluarkan jarum berhenti nangis tapi buat muka sedih huhu... tak boleh imagine untuk next injection. Sekali dia meraung mahu mamanya panik... apapun untuk suntikan kali ini, alhamdulillah Hamza tak demam...

p/s: cerita raya di Sendai...


Wednesday, August 15, 2012

Fesyen senyuman...

Senyuman pun ada fesyen jugak ke? Dulu zaman tak ada my love suka tengok baby dan juga gambar baby, sampai sekarang pun hehe... alhamdulillah diberi peluang untuk lihat senyuman anak sendiri pula syukur tak terhingga. Sekian lama menanti yang akhirnya ada rezeki buat saya dan cinta hati sebab rezeki ni kita tak tahu bila Allah nak bagi kan, oleh itu jangan putus berdoa dan berusaha. Kalau bab senyum ni pasti saya teringat 2 lagu ni... I love your smile by Shanice dan juga Manisnya Senyumanmu Elite.



Shanice- I love your smile, lagu lama tahun 1991.


dulu2 zaman muda mudi suka sangat dengan Elite especially album pertamanya mereka, semua lagu best-best.

Ku rasa satu dunia sudah mengerti perasaan ku ini, mengapa oh mengapa, takkah kau sedar ku mandamba... ya ampunn terfeeling la pulak...
 
 Dulu masa Hamza masih dalam hari senyumannya tak menentu, kadang senyum bila ditegur, kadang tiba2 tersenyum sendirian. Yang paling kerap tersenyum dalam tidur.

Makin lama senyuman yang terukir tampak lebih manis dan lebih bermakna. Eceh, menyampah tak? pintaku janganlah dikau pengsan membacanya.
 senyum cheeky, senyum excited...

senyum kenyang, senyum bodek minta didukung...

 senyum keliru (nak senyum ke tak ni?)

senyuman yang bermaksud, Hamza sayang mama dan papa... hehe tak menahan caption2 tu semua. Abaikan jela ye, tiba2 mama Hamza gedekiah tulis entri senyum2 ni.

Entri patik khas untuk mengabadikan (betul ke eja ni?) memori senyuman Ken Hamza dari lahir sehingga umur 2 bulan. Time rajin je buat entri ni entah2 lepas ni dah tak sempat nak buat entri nak snap gambar etc... bila nak buat entri ucapan raya ni?


Tuesday, August 14, 2012

Himalaya nappy rash cream...

Ada tak baby yang tak kena rash/ruam ni? Bestnya kalau tak kena ruam. Kulit baby kan sangat sensitif (tetiba teringat lagu sensitif rahim maarof tu). Saya minta kakak belikan just in case ada ruam. Nasib baik beringat sebelum kena. Itu namanya naluri keibuan, eceh, dush! Mula2 ok je kulit Hamza, alih2 pada suatu hari ada merah2 sewaktu tukar diaper dia. Masa minggu ke-2 kalau tak silap. Kesian pulak tengok... padahal dah tukar diaper dengan kerap.

terus guna Himalaya nappy rash cream yang kakak belikan. Saya tak suruh kakak beli krim yang spesifik. Tapi dia belikan yang ni. Dulu anak dia guna krim warna pink, tak ingat pula nama krim tu.

Hasilnya sangat puas hati. Berkesan pada kulit Hamza. 2 hari lepas tu terus hilang. Sekarang dah tak ada ruam tapi kami tetap letakkan sedikit sekali sekala. Walaupun dah guna diaper yang punyai penyerapan yang bagus (ayat iklan) tapi adakala kita tak dapat elakkan kelembapan pada kulit bayi yang dibaluti diaper tu. Ada tips lain selain pakai krim?


Friday, August 10, 2012

Ken Hamza@2 bulan...

Hari ni 10 Ogos, kesayangan kami dah 2 bulan. 20 hb nanti ada check up dan injection pertama. Harap2 Hamza tak menangis dan demam. Hu risaunya... (tak habis-habis risau...)

"i could stay awake just to hear you breathing... watch you smile 'and cry' while you are sleeping while you're far away from dreaming..."

Gambar di atas diambil pada 8hb lagi 2 hari nak masuk 2 bulan. Konon nak bergambar bersama mama dan papa berlatarbelakangkan perhiasan tanabata di bandar Sendai, tapi dia tidur pulak. Serba salah nak angkat dia untuk bergambar. Baju dalam gambar tu adalah jinbei. Yukata untuk akachan di musim panas. Kebetulan je jumpa di Jusco. Tak pernah jumpa jinbei saiz untuk baby. Sebenarnya saiz tu untuk umur 6 bulan ke atas tapi dah sedang elok dengan Hamza. Ada diskaun 20% dapatlah harga 624 yen, wee suka suka terus patik ambil tanpa berfikir...

 salah satu gambar kegemaran saya. Mama and papa love you so much!
latest: Salam semua aunties and uncles, hari ni umur Hamza 2 bulan... mama ada ambil video Hamza tapi mama tak pandai upload pulak huhu... mama ni "very the" tak celik IT.

Teringat masa mengandung dulu. Saat yang indah, masa tu syokla rasa nak dapat adik Hamza cepat2 haha... sekali bila dah lalui proses melahirkan Ken Hamza, err trauma jap... tunggu hilang memori tu dulu dan nak spend time dengan Hamza puas2. InsyaAllah moga rezeki seterusnya hadir pada waktu yang sesuai.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails