Sunday, August 12, 2012

Mr taxi...

Sambungan entri yang lalu. Final episode hehe. Pergi conference sehari je ada hati nak tulis berepisod bagai haha. Dipendekkan cerita, sesampai di Sendai eki, bas bandar terakhir pun dah berlalu meninggalkan patik. Huu... sebab train dari airport dah tak kerap maka terpaksa tunggu lama untuk train seterusnya hatta arakian lambat la sampai ke sendai eki tu. (abaikan penggunaan hatta arakian yang tidak bertempat tu). Tiba-tiba terfeeling nak jadi sasterawan, pengsan!

Terus meluru ke tempat teksi. Banyak teksi berduyun2 tunggu giliran. Nampak paling depan teksi prius. Jarang naik teksi kat sini unless kalau terpaksa. Kaki terus melangkah meluru ke arah prius sambil pandang ke arah teksi lain. Mata terhenti pada teksi belakang prius, pemandu teksi sini pakai topi ala2 topi polis tu. Topi pakcik teksi tu dah senget, muka pun masam je. Dalam hati "nasib baik tak dapat teksi ni, takut je tengok muka pakcik comot tu." ngomel ku sendirian (ayat bajet tulis cerpen haha). TIba-tiba tanpa diduga datang 2 orang jejaka terus ke teksi prius dan mereka sampai dulu dan tak perasan patik pun sedang meluru ke arah yg sama, maka secara otometik giliran saya dengan pakcik comot tu, owh tidakkkkk...

Apalah nasib huhu, tapi think positif je janji dapat sampai rumah dengan cepat dan selamat. Biasalah patik kan suka berimaginasi macam dalam pelem gitu ha, tak agak2, apapun dont judge people by its cover okay :). Kalau dah biasa tengok movie jepun, teksi kat sini pintu akan dibuka oleh driver so nampak macam pintu terbuka sendiri... pling pling tiba2 rasa macam princess tak pun retis kan haha... tak payah susah2 buka pintu time nak masuk dan turun dari teksi. I likee...

Tunjuk alamat dia tak tahu, lepas tu dia tanya tahu jalan tak, saya angguk, pintu tertutup dan teksi bergerak... beberapa minit pertama sunyi (nasib tak tambah sound effect cengkerik ke cicak ke). Kemudian dengar pakcik comot tanya "...slim?" Saya pelik, eh apa yg pakcik ni sebut, i tak slim lg lepas beranak hari tu pakcik oi ehh tetiba. Ok berbalik pada cerita asal. "sumimasen, nani?" (excuse me, what?) "Isurim desuka." (mungkin dia tanya muslim takpun islam sebab tangan dia tunjuk pada tudung yang saya pakai). Maka saya mengangguk dan berkata "hait." Kemudian dia tanya lagi "buta, biru dame desu ne" (buta=mr piggy, biru=beer, dame=tak boleh), saya angguk lagi "tabako mo dame desu ne." (Tabako=rokok, mo= pun/juga), ada je yang hisap rokok tapi tak reti nak explain kat pakcik tu macam mana. "Tabako daijyoubu."(daijyoubu banyak makna tapi dalam konteks ni, tak mengapa/boleh). Lepas tu terus dia kerut kening macam berfikir dan seolah tak percaya. Dia cakap tabako tak boleh kan? 2 kali dia tanya, alamak macam mana ni, susah betul nak explain perial agama bila mana nihon-go saya ni tak pro mana huhu... cuna bagitahu setakat termampu lepas tu tukar topik, dia tanya buat apa kat jepun etc...

Bila dah sampai, saya bayar tambang pintu terbuka (perlu ke nak imejin princess lagi hehe), saya terus ucap terima kasih dan sebaik nak melangkah keluar dengan suara garau ikut slang arab gitu dia cuba cakap Assalamualaikum... wahh terkesima sebentar. boleh tahan jugak ilmu pakcik ni pasal islam hehe... tak sangka pakcik comot tidak la comot mana pun... semoga murah rezeki dan dapat hidayah, eh ke situ pulak... manalah tahu kan...


13 comments:

Chekgu Azrine said...

hehe..mna tahukan ttba terbka pintu hti dia nk convert to islam..insyaAllah..

maszull said...

assalamualaikum hanis...insyaAllah dapat hidayah nanti...:)

Hani Shaklee said...

pakcik teksi tu suka kot orang Islam..n nak cube belajar sikit2 kot pasal Islam..semoga dia mendapat hidayah..

Anonymous said...

Nice mr taxi...keep trying to ask about islam..
Cik ha...aku rindu kamu!!

Cheers
cikhu

Unknown said...

comot comot nihonjin akak lagi takut dengan dreba teksi malaysia.. hahaha..

Nieda said...

betul juga ada mcm2 cara org yg nak dpt hidayah .

me suya said...

princess sokmo.. hehehe hebat giler teksi prius nahhh.. suya ingt pakcik teksi tu prejudis kat muslim~

Asrul "iLham" Sany said...

lagi baik drp teksi2 kat sini... T_T

Miss Butterfly said...

mesti pakcik tu teringin nak tahu pasal Islam kan kak? kadang2 kalo org non-muslim yg tnye kat eyda sal Islam, eyda snirik takut nak explain.. huhuhu

Admin said...

silap profesion:D

Shana' said...

Doakan mudah2an pakcik comot dapat hidayah satu hari nanti...mana tau kan...

Ain said...

Pakcik comot tu minat nak masok islam kot...tu pasal die survey2 dulu...atau pon enth2 die memng dh msok isurim...hihihi

Ain said...

Pakcik comot tu minat nak masok islam kot...tu pasal die survey2 dulu...atau pon enth2 die memng dh msok isurim...hihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails