Saturday, August 11, 2012

Kobe Convention center..

Sambungan entri Kobe. Pada entri tersebut saya ada bagitahu naik bas dari Osaka Itami ke Sannomiya station di Kobe. Besar la jugak eki (station) tu, turun je dari bas terus tercari2 port liner untuk ke tempat conference. Satu gambar pun tak snap haha. Bila dah sampai di port liner baru la sempat keluarkan kamera ambil gambar laju2.

 di stopnya... Shimin Hiroba Convention Center...

 nasib baik nampak poster conference beserta anak panah kalau tak memang blur jugak mencari arah tuju... nampak pyramid fountain (nama rekaan patik semata-mata) di kejauhan...

Keluar rumah jam 6.10 am naik bas bandar ke sendai eki naik train ke sendai airport flight ke osaka itami kemudian naik bas ke Sannomiya eki Kobe, lepas tu naik port liner ke convention center jalan kaki dalam 10-15 minit maka sampaila ke tempat conference lebih kurang 12 tengah hari macam tu. 
Sensei dalam dewan masa saya sampai, dia keluar bagi duit untuk register (risau saya tak ada cash mencukupi, nasib baik cukup so tak perlu pinjam duit sensei) lepas tu terus masuk dewan. Duduk sekejap lunch, nasib baik tak terliur sebab duk fikir pasal happyou (presentation) je. Giliran jam 3.30 pm. Lepas je present sensei terus panggil untuk diskusi. Lebih kurang jam 4.40 pm baru bergerak semula ke port liner...

dalam perjalanan balik, baru ada peluang nak tengok kawasan sekeliling, luasnya kawasan ni... tiba2 terimejin berada di tempat lain kat europe ke us ke haha tak kuasa i ahauww...

pyramid fountain dari dekat... dah tak sabar nak balik asyik teringat kat anak je ni huhu...

kalau ada masa pasti saya tunggu, walaupun lagi 10 minit je untuk dengar jam tu bunyi ding dong (tak tahu bunyi macam mana tapi ada 3 loceng comel sudah tentu akan berbunyi setiap jam). Masa amat berharga, nak cepat2 sampai ke Osaka Itami...

kreatifnya tempat tanam pokok tu suka suka...

dalam perjalanan pulang ke main station... parking basikal di bawah monorail...

selamat tinggal Kobe, tak sempat explore apa2 pun kat sini huhu apapun ianya tetap satu pengalaman buat patik...

Sesampainya di Sannomiya eki terus cari bas ke airport, nasib baik jumpa... nampak bas dah nak gerak laju2 pergi sekali lupa beli tiket patah balik pergi beli di mesin ala2 vending machine gitu. Alih2 datang pakcik tbb/og (tak berapa betul/tak sampai hati nak tulis orang gila). Muryo ticket (ulang3x) muryo tu maknanya free, lepas tu datang sebelah hulurkan tiket seolah2 saya terpaksa ambil. Bila tengok kertas sama saiz dengan tiket yang nak beli masam tu, tapi kosong je ada tulisan dia hehe. Saya geleng kepala. Terserlah kekecewaan di raut wajahnya. Kemudian terus bertukar garang sambil jerit2 marah sebab tak ambil tiket tu lantas berlalu pergi. Aduii pertama kali jumpa orang macam ni sepanjang duk jepun ni haha. Nasib baik sempat naik bas, jalan jem menuju ke airport.

Sampai di rumah lebih kurang jam 10.30 pm. Hamza dah tidur. Buat apa yang patut kemas basuh etc, baring jap jam 1 Hamza sedar untuk menyusu. Masa tu tengah tukar diaper dia mata masih pejam tapi badan duk menggeliat. Tiba-tiba dia buka mata, belum sempat saya tegur dia dah tersengih2 (dalam hati berkata, rindu kat mama eh? perasan jap haha). Lepas kenyang dia sambung tidur... Lepas ni ada conference tak nak la berjauhan macam ni huhu. Sebab last minut, my love tak ikut tiket flight pun mahal, banyak faktor la tapi memang nasib baik boleh pergi balik hari...

Cerita mr taxi...

14 comments:

Asmara said...

penat! xpe yg penting semua dah selamatkan. mestilah ken rindu kat mama dia. ;D

*masak santan tu lebih kurang 10 minit, akk guna api kuat je nk cepat. hehe.. sampai la dia kering, dah nak kering tu perlahankan api nnti dia jadi ketul2 warna coklat dah boleh tutup api. :D

Umi Anaan said...

lame dah rasenye x singgah blog hana sakura ni..hehe..taip kali tengok mesti rase jeles sebab: nak pergi jalan2/duduk kt jepun jugak!

Hani Shaklee said...

baiknye sensei nak tolong bayarkan..huhu..nani punyer Sv tu baik jugak...tapi baik yg ade makne..sedih sangat..

kasihredha said...

seram juga kalau jumpa oghe g*l*..tambah2 sorang2.
Ken rindu mama tu :)

Cikgu Ma said...

baca entry org pasal tempat2 kat luar negara tumpang gumbira,...tah bila dapat jenjalan tgk negara org

Teratak Hami said...

Bengkak susu tu wat camne? Hamza rindu kat mama dia la tu. Terus tersenyum nampak mama.

miZz_nizZ said...

bestla tgk pic2 kt sne..tringin btol nk g sne. hope one day achieve la impian ni.hehe.

Chekgu Azrine said...

mmg rindukan klu ada ank kck..pastu kena g jauh..mesti hati xda skli ngn kita msa tu..huhu

qasehraihan said...

best giler tgk gmbr kt sana..hana reti ckp jepun x?

FnF Simple Life said...

Aduh... Jauh tu Kobe-Sendai pergi 1 hari je... fuh penat nye... dah ada baby memang le kalo boleh nak cepat2 je sampai rumah... nak peluk anak kan... Alhamdulillah semua dah selesai

Eyda Syahida said...

lame tak singgah blog akak . salam aidilfitri ye kak . balik malaysia tak ? :)

anamizu kaito said...

wahhhhhhh besnye kak!!!
cik ana ni dr dulu
teringin nk p Jepun !
uwaaaa sape la nk tlg
bwk p sane ni!! hehe






slm ramadhan,
cik ana

Rai said...

biasanya expenses utk happyou dai cover kan..kalau tak silap boleh claim..

comel hamza rindu kat ibu dia.. hehe..

Hanis MY said...

@Rai
kak rai, kali ni cover flight je huhu tapi kira ok la sebab flight mahal nak pengsan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails