Monday, October 29, 2012

Hanasu...

Bukan singkatan hanasakura jadi hanasu hehe. Salam Aidiladha buat semua, maaf ucapan yang teramat belated. Ya ampunn macam dah berkurun tak updatelah kan. Bila ada urusan yang lebih penting, haruslah diutamakan yang tu betul tak? Walaupun banyak entri yang berada dalam draft menunggu giliran untuk dipublish, namun patik tak sempat nak curi-curi masa seperti waktu dulu (eceh mengimbas kenangan nampak).

Hanasu=speak/cakap (walaupun hana maknanya bunga, namun perkataan hanasu bukan bermakna bunga teratai... eh tetiba)
 nowadays its difficult to take his picture as he always babbling this and that, sometimes shouting loudly if nobody's near him or if he see something interesting on tv (aik, speaking london nampak, ampunn mood menulis thesis, tapi selalu kekeringan idea. Kalau tulis blog laju aje, adehh pengsan!)...

selain hanasu makan jari pun sedap jugak... kena selalu tengok jari jemari Hamza sebab dia suka sentuh/garu kepala, rambut dia pulak senang tercabut, banyak gugur. Wahai bantal kenapa makan rambut anakanda patik ni? (maklumlah orang tua cakap rambut kena makan dek bantal). Ada juga yang cakap sebab rambut dalam rahim tak cukur maka dengan otometiknya rambut tersebut akan gugur diganti dengan rambut baru. Ada juga yang kata perkara biasa dan akan ok bila baby 6 bulan. Bukan tak nak cukur tapi masing2 pun tak berani nak cukurkan hik2... takpelah balik kampung halaman nanti bolehlah cukur rambut Hamza.

Belum boleh meniarap. Pusing separuh lepas tu tak jadi, sebab dulu pernah cuba tapi sangkut tang tangan sampai sekarang dia berhati2. Takut la tu... hmm banyaknyaaaa nak tulis dan coret kat sini, wahai jari jemari cepat siapkan all those works!



16 comments:

Kakzakie said...

Cuba Hanis perhatikan masa Hamza hisap jari mesti dia khusyuk kan. Mana dia menangis... syok tu. Geram tengok Hamza makin comel/encem gitu:)

sabar dubai said...

kak hanisss samela dgn baby kite susah nk amik gmbr..mulut pon bising...tp hidayat alhamdulillah dah boleh terbalikkn badan dah...sedap buat main golek2 lg die...masing2 kan baby xsame..kot2 nnti hamza terus merangkak jeee kannnnn..lg syokkk tuhh

Lya Colours said...

comelnya hamza

fiza said...

Sedap yer jari tu hamza. Sama mcm anak saya. Habis suma jari nak dimasukkan dlm mulut. TAk jumpa ibu jari agaknya...hehehe...

Hanamiko Sakura said...

mesti comel kan dia hanasu XD

Teratak Hami said...

Akak pun takut nak cukur rambut Luqman.

~Beb~ said...

Nampak cam baby besar dah muke die!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Alololo suwittttt bangat my baby ni DuSh!!! Hahaha
Ken kun kaka dah start rindu ni uwaaaaa
Mmg best layan dia..dh pandai sMile, laugh
Gerammm (^_^)☆

kasihredha said...

Dah mula nak belajar bcakap le tu kan...dah tumbuh gigi belum?




Kuazue Mohd said...

hamza.. sila makan (selain jari tgn n kaki) n rasa semua benda keliling kamu selagi kamu secomel itu.. kamu harus merasa kesemuanya baru kamu boleh membesar.. wat hana.. sila hilangkan benda2 kecil2 yg muat2 mulut hamza dlm tempoh dia merasa nie...supaya kamu akan lebih bergumbira melepas hamza explore dunia baru nyer... (tak lama... +/-2 tahun ajer sesi masuk mulut rasa2 nie..)... all d best!!

Fizah Ibrahim said...

hehe, teringin nak tahu first word dari ken hamza ni nanti =)

ct kektus said...

dah besar ni mesti suka cakap nanti hamza ni. heheee

Ijah EmoTemo said...

hee..mesti makin seronok tgk telatah hamza kan! comel!

amirah said...

hamzaa....auntie amie miss you...dah ensem dah hero sorang ni ye. ermmm anak dara akak pun sama. sume nak mkan..heh

nabila azmi said...

akak...sgt comel la baby...bile blh maen2 ni..hehehe

slmt siapkan thesis..

gambate !!.=)=)

Maira Anjami said...

comel!x lama lagi jari kaki plak die masuk mulut:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails