Monday, October 1, 2012

Penangan Shila Amzah...

Hamza baru lena, saya pun dah mengantuk tapi terpanggil untuk update walaupun setoet hehe. Semua pun dah sedia maklum akan kemenangan Shila Amzah bukan? Pengsan tengok dia nyanyi lagi Adele- Set fire to the rain tu. Superb! Thumbs up!

Sebelum ni kenal dia sebagai anak ND Lala dan juga lagu yang dia nyanyi masa kecik2 dulu itupun gitu2 je. Sekarang pun tak tahu sangat maklumlah patik bukan folo sangat retisss twitter bagai etc, i am soo not up to date ok! Lepas dia berhijab baru la terserlah sikit. Masa tu tengok gambar (tak tahu pun Shila), lawanya... sapa ni? Kemudian baru tahu Shila Amzah dengan lebih lanjut. Alih2 tengok rancangan nyanyi2 kat RTM masa raya hari tu, dia tak bertudung. Tapi dalam hati terdetik entah2 masa rakam rancangan tu dia belum bertudung kut. Tak baik fikir yang negatif2 kan. Betul sangkaan patik, nampak di yahoo news dia kecewa bila orang cakap dia macam2 lepas tengok rancangan nyanyi2 tu. Dalam yahoo news tu jugak mention yang Shila akan wakil Malaysia di pertandingan nyanyian di China. Saya baca sekali macam tu je dah tu terus lupa.

Sehingga pada suatu hari nampak link-link youtube yang kawan2 duk share. Ramai kawan-kawan patik tulis asyik replay lagu Set fire to the rain nyanyian Shila tu. Saya ni jarang betul la nak klik link-link nyanyi-nyanyi share-share ni (pening tak baca ayat haha) pastu alih2 terasa macam nak klik rasa nak tahu... replay la jugak beberapa kali :)

Tadi my love balik dari lab. Ada pelajar Phd attachment program dari China. Bila tahu je cinta hati patik ni dari Malaysia terus dia teruja dan cakap dia tahu a good and famous singer name Shila yang baru je menang Asian Wave 2012. Dia suka akan Shila Amzah siap puji2 lagi. Wahh bangga pulak patik dengar eheh tetiba pulak kan. Apapun semoga Shila terus maju jaya dalam kerjayanya. Beauty with brain singer huh?.


10 comments:

teratak hati said...

tak tengok lagi video dia nyanyi tu..rezeki dia kan lepas pakai tudung..lama tak tengok baby hamza..:)

ZuRin said...

Salam Hanis mama yang manis, hehe...lama nyer tak singgah...how are you dear? Shila Amzah ni semakin terserlah cantik bila dah berhijab kan...suka tengok! Suara pon sedap..memang boleh pergi jauh...memang layak menang Asian Wave competition tuh. Orang China suka sebab dia nyayi lagu cina sedap kot..dah pandai cakap mandarin sikit-sikit. Dengarnya dia belajar bahasa Mandarin sebagai preparation for the competition..good for her. How the cute lil guy Hamza? Bila nak balik jumpa girls (Natasha & Medina)...hehe..peluk cium untuk si comel tu ya. Take care dear...

Chekgu Azrine said...

sejak dia pkai tudung ni rezki dia murah..n she look more gorgeous!!

Umie Naziera said...

proud to be malaysian..shila amzah mmg serba boleh

Cik Awin said...

wah, penangan shila amzah...

mamawaiz said...

makin cantik bila dia bertudung ni..selama ni x lah suka sgt, tp sejak dia menang kat china tu..jadi minat pulak, hehe

me suya said...

Tapi suara dia mmg superb lah kan.. then, memang best la.. kak hanis, raya haji ni balik x.. kalau balik, jum datang kenduri Suya..hehehe

Nieda said...

suara sedap. Rezeki shila lepas berhijab.Juta2 lagi dia dpt.

*∽ IZAN ∽* said...

K.Izan pun terus jatuh cinta dgn lagu set fire to the rain tuhh!! rasa nak wat ringtone teruss!! mmg superb la shila hamzah. Pernah tgk dia nyanyi live.. mmg full package, suara sedap.. rupa & figure mmmg cantik & gorgeous!

ct kektus said...

lagu adele tu mmg superb lah ! sedap sangat.

memang rezeki dia lah. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails