Sejak dua menjak ni kalau ambil gambar dia senyum mesti blur sebab dia senyum sampai gerak kaki tangan, siap tertendang tangan mama dia lagi ha...
Hamza ni kalau orang tegur terutamanya makcik/nenek mesti senang je dia senyum. Kemudian Pasti ada dialog "Ara... niko-niko da ne!" kedengaran. Kalau orang muda tegur kena usaha lebih sikit, 2-3 kali baru senyum. Senang je resipi nak bagi Hamza senyum, kena tegur dengan lembut dan tak mengejut. Kalau tetiba cak depan dia atau panggil nama dia frekuensi kuat sikit confirm buat muka frown atau menangis hehe... iyelah, orang tua kan lebih dulu makan garam (eceh nak peribahasa pulak). Sampai sekarang sesiapa je boleh dukung Hamza, dia ok je. Sampai patik tertanya2 Hamza ni tak sayang mama dia ke (haha ayat tak menahan, jiwang sungguh).
Ara = ekspresi untuk ala/oh my/oh dear/ ada jugak contoh penggunaan lain seperti macam Ara, sou da ne... (really, is that so) (ararara macam alololo, kalau tak silap patik kalau salah tolong betulkan eh)
niko-niko=senyum/smile (mula-ula dapat tahu maksud niko-niko ni saya rasa perkataan tu sangat comel ok!) tetiba teringat kumpulan niko [mengapa kamu, mengapa jadi begitu.... inilah nasibku]. entri tak ada soundtrack tak sah eh kamu ni...err...
Hamza niko-niko... (maaf gambar blur, faham-faham ajelah hehe)
Sekarang panjang Hamza dah 68cm, berat 7.4 kg. Hari tu dia kena inject. The next day dalam tengah hari baby sitter call cakap Hamza demam. Bergegas la kitaorang pergi ambil dia. Sesampainya kami di rumah baby sitter, suhu Hamza dah turun. Baby sitter cakap Hamza tak meragam pun, nangis pun tak, cuma badan dia je panas jadi dia risau lalu call saya dan cinta hati, walaupun dah ok saya tetap bawa balik Hamza. dan jaga kat rumah.
Bila cari info rupanya bagus kalau baby demam dalam masa 24 jam selepas imunisasi. Dengan syarat suhu tidak melebihi 39 darjah celsius. Demam tu tandanya badan baby menghasilkan antibodi untuk melawan virus dalam vaksin tu. Balik rumah buka baju hamza jap kemudian pegang dan massage badan dia untuk alirkan haba dari badan dia ke badan saya (apa entah teknik ni lupa nama dia), basahkan dahi dan kepala dengan air paip, bagi dia minum susu dengan kerap lepas tu dah ok. Alhamdulillah...lega patik, phew... maklumlah baru jadi mama banyak benda lagi yang patik tak tahu huhu. Sesiapa yang tahu cara yg lebih efektif lagi boleh la kongsi
18 comments:
best jugak kalau anak suka dengan orang. kalau nak tinggal sekejap, ada orang nak jaga.hahahaha :p kes saya la tu, selalu o.station tinggal dgn pengasuh. paling lama penah tinggal 5 hari :p
belajar bahasa baru... niko-niko
Eei geramnya tgk Ken Hamza ni..comel sgt 'niko' mcm tu. Mana tak cair org yang agah dia..hehe..
dia semakin comel dan bam bam..geram jer tgok..
Hamza skrg dah pandai niko2 yea....
bestnye jadi ibu... hehehe
anak2 akak pun selalu demam gak hanis. kalo ahmad lagila selalu sebab badan byk toksik -- susah nak buang air besor..hehehe
hye kak! lama tak datang singgah :D
Niki-nik ! Senyum rupanya maksud dio deh hehe.. neway, comey molek bil.followers kak nis, 1234 hehe
ara niko-niko da ne ! ( harap hamza tersenyum nanti. heheee )
@Fizah Ibrahim
eh baru prasey la thanks fizah hehe
anyonyonyo....tomeinyee hamza ni cenyum..hehehehe..
grm tengok..
hanis, senang je ken senyum bila bergambar kan. kami bukan main susah nak ambik gambar twins senyum. asyik muka keheranan jer bila nak ambik gambar. haha.
(jom la beli handbag! haks..tetiba)
bby Zahin pun baru pas cucuk 5 month kat cni..
alhamdulillah tak plak demam..risau gak takut demam teruk..^^
Biasa lah demam lepas di suntik.
Nak besarkan sorang anak ni mcm2 yg akan kita lalui..bila anak dah besar panjang, semua ni akan kekal sebagai kenangan manis..Enjoy every minute of it dear..
hamza dah senyum sekarang... senang anak nak kat orang..
Ok dah tu...ada jgk teknik nk bg kebah demam..hehe..klu kt sini jz boh cool fever je..hehe
alahai comelnya hamza senyum..bam bam pipi dia...
Post a Comment