Thursday, December 19, 2013

Worst scenario...

Banyak worst scenario yang berlaku dalam kehidupan ku ini. Haha... bila ingat balik rasa nak menyorok dalam tilam (boleh ke?) atau pun rasa nak lari jauh jauhhh... ada tu kalau ingat balik tersenyum sendirian (jari pusing2 kat tepi kepala). Ada juga bila diingat semula boleh jadikan pengajaran tak gitu?

Kalau nak ditulis kat sini memang banyak tapi nak share yang latest je. Hari tu pergi conference di Kuching... SKAM26 namanya... sampai kuching dah malam dan sampai hotel lebih kurang 11 pm. Memang dah penat sangat. Sebab pagi tu kerja kemudian petang rushing ke airport and so on.

Dalam bilik tu ada 2 katil single. Tapi besar la jugak single tu... macam queen pun ada, so patik tidur satu katil dengan anakanda. Sekarang ni anakanda tidur boleh tahan jugak lasaknya... semua orang tidur lurus ikut katil dia tidur melintang... adoii... bila dibetulkan pusing jugak jadi melintang...

Nak dijadikan cerita dah tidur tu bermimpi pulak...mimpi dengar lagu yuna yang baru tu rescue... alih bedebuk... tangan terasa pedih... uwaaaa tidakkk jatuh katil rupanya... jatuh dalam keadaan tertiarap, tangan kiri terkena pada bucu side table sebelah katil... tengok en suami tak ada kat katil dia... dalam toilet kut... bila tengok posisi Hamza tidur tak nampak macam gaya tendang mama dia pun haishh... pelik betul, badan penat sangat agaknya huhu...

Pagi tu sebelum pregi conference... en suami tanya apa yang bunyi kuat pagi2 buta tadi eh? Lepas tu i story mory la i jatuh wuwu... (my love tak tanya pun, are you ok darling... tak ada maknanya tiba2 nak imejin my love dengan aksi romantika... sobss)...

Worst senario seterusnya jeng jeng... apa lagi kalau tak libatkan anakanda... alamak gambar tak ada pulak nak tunjuk apa yang didambakan oleh anakanda patik tu. Pada suatu hari (apa kamu ingat ni cerita sang kancil?)... kami ke jayen (giant... haha) sebab papa Hamza mengidam kepci (kfc). sebelah kkfc tu ada mainan yang budak boleh naik... macam2 bentuk, ada bentuk kereta, kapalterbang, pikachu dan satu lagi dah macam ikan emas je rupanya patik pun tak tahu spesis apa. mainan tu free je cuma tekan butang kemudian otometik bergerak dan ada bunyi lagu lagi ha... kebetulan tak ada orang, try letak anakanda bukan main seronok dia maka suka hati la makan si papa dan mama... sebab mainan tu kat sebelah meja je so hulur tangan je untuk suap.

Nak dijadikan cerita kami berkunjung lagi ke sana tapi ramai sangat kanak2 yang dah ketagih main mainan tu, dan hanya 1 je berfungsi 3 lagi kaku... bila tengok tak ada orang, letak la Hamza... sekali tak nak balik... bila nak dukung dia peluk tubuh lepas tu tepis tangan kami.. aah sudah... ni mahu meraung ni kalau paksa balik, nak tak nak kena ambil sebab nak bagi can kat budak lain yang tengah tunggu... seperti yang dijangka dia menangis sambil tunjuk kat mainan tu... adoii pengsan... ramai la mata2 memerhati, tak tahu nak marah ke nak apa... "hanya mampu cakap malu la nangis2 ni... dah besar ni"... lepas tu pujuk dia dengan benda lain nasib baik berjaya setelah beberapa cubaan... hadoii.. rasa macam tak nak pergi dah situ, tapi masalahnya kalau papa Hamza nk makan kepci ada kat jayen tu aje ha uwaaa....

ok sekian untuk entri ini banyak lagi worst scenario hehe tapi lain kalilah cerita ye...

Senarai terkini GA:
1. http://ninieykamarudin.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
2. http://izatishop.blogspot.com/2013/12/hana-sakura-giveaway.html
3. http://azrinzfamily.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
4. http://contestsukaaku.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
5. http://cempakabiru-nieda.blogspot.com/2013/12/ga-dr-hanis.html
6. http://cikanem.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
7. http://hanamiko-sakura.blogspot.com/2013/12/hana-sakura-giveaway.html
8. http://kuazue.blogspot.com/2013/12/hana-sakura-give-away-la.html
9. http://papamama-cintasuci.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
10. http://diqnor.blogspot.com/2013/12/hana-sakura-giveaway.html
11. http://aku-dan-giveaway.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html


6 comments:

amirah said...

akak baca entri hanis ni memang tergelak dah..huhu..boleh tak nak gelak bukan nya nak kesian kan?..hehehe

Unknown said...

lenkali ngadu jatuh katil tu muncung muncung wat wat comel sikit..hahaha..

kami kerap gak melalui pengalaman bebudak ni nangis masa saat kritikal.. tarik napas panjang.. takmo marah marah.. pedulik je bila banyak mata memerhati sbb semua orang penah alami benda camtu.. hahaha..

Soo Hae Daa said...

Adoii mama...cne smpai leh jtuh katil ni..huihui...mesti comey je akak time tu..hikhik..

Hanis MY said...

EEEEEEE email me... Ym or wassap2 yo!

WANiE@WaN said...

heheh.. comel nye~

fadhilah said...

hohoho... pasal anak melalak tu kira normal la k hanis.... jagan risau, org lain pun pernah alami jugak ^^

kalau bawa akif ke kedai makan, satu kedai tu bunyi suara dia. suka cakap kuat2....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails