Ya ampunnn... lama yang amat patik tak menulis... ni bukan setakat sawang labah2 agaknya dah ada sarang anai2 kut kat blog haha... kadang ada je idea dan story mory nak update tapi tak terlaksana. Kenapa entah huhu... menyampah okkk... puasa nak abis dan dah nak raya pun... tak nyempat2 wish kat uols sadissnya... (heh over!). Dikala tengah hangat denga pelbagai isu boleh pulak patik menulis pasal cupid pulak ish2 takpela general is better hihi...
Pernah tak jadi matchmaker ataupun usik kawan2 alih2 menjadi pulak orang yang diusik tu. Sebenarnya patik baru je tengok IG ex labmate masa kat sendai dulu dan alangkah gumbira bila melihat akhirnya dia bersama with that someone yang patik duk usik2 heheh...
Sebelum cerita pasal dia moh ler baca cerita zaman dolu kala perihal cupid instinct ni. Patik cerita 2 jela kang cerita banyak2 pengsan semua orang membacanya, itupun kalau ada yang rajin nak membaca lah kan...
Cupid 1
Macam2 nama patik panggil kat ex roomate zaman belajar kat UTM dulu (pernah menetap di KTR), kami bertiga dalam satu bilik. Sorang ni moon, sorang lagi dilah... kadang dullux (entah dari mana dapat nama ni) kadang milah sebab kitaorang pernah ada satu penyakit panggil nama orang dengan huruf M. Maka patik jadikla nama manis ahauww haha... gedekiah kamu ni... moon tu mmg cun dan jadi rebutan so tak heran sangat pasal dia. Yang patik dengan milah ni biasa2 jela tak berapa nak laku haha... esp patik la... sapela yang nakkan diriku ini sobss... patik selalulah duk bagi calon nama yang sesuai utk milah dan dia pun sama duk bagi pelbagai nama calon untuk i ni ha... tapi masing2 cakap tak nak la, tak ada chemistry la macam2... sampaila masa tu tahun 2 ke tahun 3 terserempak dengan kawan lama milah ni dekat cafe waktu lunch. Ada gap sebelum next class... Lepas tu tak semena2 patik terus bertanya
"Sape tu dilah?"
"Kawan sekolah lama... ee tak suka kat dia" eh eh tak nyempat2 nk tanya dah habaq tak suka naaa...
"Tapi kan aku rasa hang macam ada jodoh tau dengan dia... instinct ni kuat tau" haha ayat tak hengat sangat lah kann...
Apalagi terus menjerit la si milah tu menidakkan apa yang patik cakap...
Dipendekkan cerita dia dah bahagia bersama jejaka tersebut, setakat yang patik tahu dah ada 2 orang anak... rindu kat hang la milah... bila nak jumpa ni...
Cupid 2
Masa ni kat sendai, labmate patik F-san... ada junior baru masuk C-chan... patik tengok macam comel sangat dan terus rasa nak padankan C-chan dengan F-san. Maka pada suatu hari sewaktu kami buat eksperimen bersama. Patik sengaja tanya C-chan dah ada bofren ke belum depan2 F-san.
"C-chan.. kanojyou aru?"
"Nai desu"
patik senyum2... "F-san mo 'single' sore kara..." patik rapatkan jari telunjuk kanan dan kiri haha tak senonoh betul... terus malu mereka berdua... C-chan siap separa menjerit dan muka memerah eheh...
Dan yang patik terkezut... sewaktu kunjungan untuk viva Jun tahun 2013, patik nak jumpa mereka berdua... alih2 dah couple... dan sangat sweet... hope masih kekal sampai sekarang.
Yang menyebabkan patik cerita pasal match making ni sebab di IG M-chan ada gambar jejaka yang patik kenenkan dengan beliau. Siap jumpa parents lelaki tu lagi ahauww... I still remember the sentence i told M-chan. "You and K-san would be the prefect match" lalu M-chan senyum dan jawab "Really, but i dont think he will understand." Sebab K-san tu macam hati frozen sikit tapi dia baik. Hamboi penulis kemain lagi bajet terer match2 org kan haha... mungkin semua tu kebetulan aje kut... but i am happy for all of my friends yang berbahagia dengan pasangan masing2... dan patik juga bahagia bersama cinta hati amin... insyaAllah...
3 comments:
Hana...ha lama betol x menulis kan. Raya tahun ni kat mana? Hany kt kelate dulu. Harap dpt jumpa. Jom.
Selamat hari raya ;)
salam sis
selamat berpose dan selamat hari raya
maaf zahir batin ye
at least menjadi semuanya kan..kita duk jauh2 ni doa yg baik2 la kan.. Ken Hamza mana? Lama tak nengok :)
Post a Comment