Showing posts with label Burj Khalifa. Show all posts
Showing posts with label Burj Khalifa. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Dubai: Burj Khalifa dan Dubai Mall...

Burj Dubai ke Burj Khalifa? Sebenarnya sama je, tapi yang pastinya nama bangunan tertinggi di dunia tu adalah Burj Khalifa. Ish poyo je, haha mcm konfiden padahal tak pun. Baiklah, sila tanya En Wiki atau Encit Gugel okeh.
29
nampak tak Burj Khalifa nun di sana?... saya dan cinta jakun seketika, eh macam tak sangka je boleh tengok depan mata huhu... tapi dari jauh jela... kami tak pergi dengan lebih dekat pun...
30
Asalnya memang dinamakan sebagai Burj Dubai, namun dalam proses pembinaan ada masalah kewangan dan terpaksa pinjam duit dengan raja Abu Dhabi ni, maka bertukarlah namanya menjadi Burj Khalifa pling2... (sound effect harus ada ok)... sebagai tanda terima kasih untuk raja Abu Dhabi.
31
Boleh jalan kaki dari Dubai Mall, tapi abedi pun belum pernah masuk, kami lagilah tak tahu apa2. Lalu kat depan tu penuh dengan guards dan kamera sejota lemon (punyalah nk cakap banyak kamera gitu kan haha)... parking pun tak boleh sebarangan maka kami batalkan saja niat untuk menjejakkan kaki ke Burj Khalifa tu, takpelah tengok pun dah mencukupi...
33-a
mari berlibur di Dubai Mall... kat sini penuh dengan tempat shopping, "sek2 ni suka sangat shopping" dah tu kaya2 sangat semuanya... tengokkan handbag depa ni uish, yang berjenama aje, saya hanya mampu berangan dan kena usaha kumpul duit lagi, haha sadis betul... masa ni kat section gold.... memang penuh dengan kedai emas...tapi patik tak ada keinginan pun dengan barangan emas ni... lalu aje sebab nak pergi ke ruangan utama...
37
wow... saya sukalah interior dia...
38
arabian lamps hehe pepandai je kamu ni...
33
jalan depan lagi nampaklah waterfall or "water jump u know"haha... tersergam kat tengah2 mall tu... tinggi betul, lenguh dongak nak tengok... ok sila jangan percaya, terlebih ekspresi ni, teringat cerita water jump. Dulu kawan pada miss yanggi (my sis) dia ambil ko-ku public speaking in english lepas tu kena suruh cakap secara spontan pasal ape ntah lupa plak, apa lagi, mestilah panik...nak cerita pasal air terjun terus dia tersasul translate jadi water jump, siap cakap "u know" haha... sungguh kecomelan...
34
close up... patung ala2 terjun sukan olimpik gitu kan...
35
cinta hati dan pak arab tap dum dum... sound effect gendang ala cerita PRamlee harus ada hehe...
36
wow jenama Baldi u hehe...
35-b
Selain water jump ada juga "kolan""ikam" yang sangat besar di sini. Abaikan kolan ikam tu memang sengaja tulis. Teringat masa zaman muda mudi a.k.a kecik comel lote, sepupu balik dari KL yang saya ni beria nak cakap kelumpo jugak kan, last2 kolam ikan jadik kolan ikam haha... ok malu2 sila jangan ejek T_T. Ada biq aquarium, dari jauh pun dah best tengok, tapi kalau nak tengok dari dekat sambil sentuh cermin akuarium tu kena bayar lebih, patik pun tak tahu berapa charge yang dikenakan.
39
Dah penat cuci mata, abedi bawa pula ke pantai. Menikmati angin pantai waktu malam dijamu dengan pemandangan Burj Al Arab, Dubai. Sangat kuat muzik yang kedengaran dari sana. Berhampiran Burl Al Arab tu alau tak silap ada mall nama Madinat Jumeirah... banyak betul mall ye... Di awal pembukaan hotel Burj dulu, pelawat boleh masuk lihat bangunan dan juga lobby, tapi ta lama lepas tu sesiapa nak tengok hotel tu kena buat lunch or dinner reservation, confirm la mahal kan. owh saya sangat cinta pada jejaka kat atas tu... (eh terfeeling pulleks) pengsan! tetiba je lari topik...

tu je cerita jalan-jalan Dubai sob sob, ada lagi tidbits ceritera Abu Dhabi... will update soon k...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails