Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Kasut Kasoot...

"Beli kasut kasoot?" Tanya en cinta hati pada suatu petang di the gardens. Patik baru keluar dengan plastik robinsons dan dalam tu ada kotak. Mulanya tercengang. Why did he say kasut twice? Sebelum tu dia dah nampak patik duk usha2 kasut kasoot kat situ. Seriously i did not look at the brand's name but admiring the cute, gorgeous, lovely superb design. Bila dah ada anak ni jarang dah nak survey barang bersama... mesti akan split dan nanti janji jumpa kat mana2 haha...mula2 tengok design diikuti harga... "comelnya yang ni... eh tu pun comel... eh murahnya kasut ni" lepas tu i noticed size 3-12 wow maknanya adalah size utk patik ni iaitu size 9... kaki perahu atau kaki gajah macam2 lah gelaran diberi oleh kakak patik sebab kaki panjang sgt sampai susah nak cari kasut... ni namanya cinderallu dah bukan cinderella kaki kecik haha... maka terbelilah (motif sangat "ter" kan hikhik) dua pasang kasut kasoot. Kasut bertajuk KASOOT... comel kan? 

Kalau dulu susah betul nak cari kasut kalau BATA kompem tk muat vincci tengok design ada tu 9 masih tk muat, lagi satu tang makan kaki tu yang tak suka... habis melecet. clarks pun sama... beli mahal2 pakai socks pun dia serang kaki jugeks adoii... geox pun sama mahal dan certain design makan kaki. Eh apalah istilah makan kaki haha... ke kaki patik yang tidak mempunyai ukuran global haha... ferragamo selesa dan tak makan kaki tapi yg tu harga memang pitam lah kan...

one of my 1st purchase... basically harga kasoot ni start from RM69 tapi kalau time sale 2 for rm100 or less 20% for each pair... best kan? i am a flat shoe lover... not a big fan of heel shoes...

 
masa jumpa kawan lama baru2 ni... dah pakai lasak dah kasut kasoot ni tak sakit tak lenguh... i love it... sesuai both leisure and formal. Pergi keja pun pakai pergi jenjalan pun pakai haha...

Sebab suka sangat dengan kasut Kasoot yang murah dan comfy ni maka patik usha link pada kotak kasut kasoot tu di FB "PinsnNeedleseBoutique" lepas tu bermulalah pembelian di alam maya with Lily... she is very helpful and kind. Tip top service dari dia... thanks a bunch Lily. Hope i can meet u in person 1 day.

wink wink...

if you are looking for a comfy heels shoes... kawan kepada kasoot iaitu pedal works... slightly expensive but rata2 baca komen sangat comfy bagi yang suka pakai heels...

 
u can simply click shop to look for more shoes... and also picture albums... gambar2 yang latest kat tepi tu adalah dari pedal works... 

eh tetiba patik jadi duta la pulak kan haha... sharing is caring... as far as i know subang parade, isetan, robinsons semua ada Kasoot and pedal works ni... for more info visit their fb k!


p/s: allahu... the worst flood ever kan? seramnya tengok gambar... selamatkanlah semua mangsa banjir ya Allah... pernah jadi mangsa banjir maka patik fahamlah apa yang mereka lalui sedikit sebanyak... tak sempat lagi nak story mory di sini...


Monday, June 9, 2014

Earlylearningshop...

Entri yang dah lama terperam. May yong tak nyempat2 nak update haha...serius seih bila dah mula kerja tak menang tangan dibuatnya walaupun avtiviti berbelog amatlah digemari oleh penulis.

Nak share about earlylearningshop milik sahabat patik... mommy nadia. Rasanya ramai yang dah kenal sebab dia ada blog femes uols (http://mommynadia.blogspot.com/) ... eceh... hover plak haha...

ni instagram beliau... yang terkini dah beribu lemon followers IG ni and i am so proud of u! Semoga terus sukses n maju dearie...

hari tu ada la beli beberapa educational toys buat anakanda dan kebetulan nadia balik cuti2 ganu maka haruslah set date untuk berjumpa sebab dah lama yang amat kami tak jumpa. Jumpa kat celup tepung pantai teluk ketapang yang patik ada story mory di entri sebelum ini... ni gambar nadia dan anak teruna beliau yang sulung... sangat smart hokay...

bergambar sebelum pulang... punyalah entri lama terperap masa ni patik belum preggy eh ke dah preggy tapi belum tahu... erkk.. entahla hikhik...

anakanda ken hamza dan aunty nadia yang cun melecun....

salah satubarang yang dibeli dari nadia, leapreader junior...

Ken Hamza paling suka buku Jake...

leaptop ni sangat berguna sampai sekarang. anakanda menunjukkan skil multitasking la sangat kan... playing his favorite toys and eating one of his favorite food... dia panggil "nana" yakni banana haha...

eh eh macam best je kerana terpaksa aku relakan...


Monday, March 24, 2014

Terima kasih WWS...

Woweee tak sangka menang cabutan bertuah dari Wans Wanz shop. Dapat apa? jeng... jeng... (gila riak kamu ni penulis oiii haha)... maklumlah tak pernah dapat lucky draw maka haruslah patik merekodkan kenangan ini dalam blog (gitew)...

wahh sangat sesuai dan sangat diperlukan... kamu hadir tepat pada waktunya wahai hadiah haha...

 facebook WWS aka wans wanz shop...

Patik kenal Nadiah (pemilik WWS) ni pun  melalui blog.. dari blog add ke frind di FB. Lepas tu nampak dia post pasal barang2 seperti corelle, stroller, handbag, pisau dan macam2 lagi. Kebetulan waktu tu ada plan nk beli rumah (salah satu sebab patik dh jarang update busy dengan kerja dan juga sibuk naik rumah baru... skrg dh settle down serba sedikit dan mula nak berjinak2 semula dengan blog huhu ampunnn maka banyakla entri tertunggak, mahal wehh rumah kat terengganu sekarang ni... naik mendadak yg amat!).

Patik pun usha2lah pinggan2 corelle dan cuba bandingkan dengan sedara mara juga orang lain jual, harga di WWS paling memuaskan hati... senang sangat berurusan dengan nadiah ni cepat aje reply msg. Setengah barang boleh dapat cepat.... kalau macam corelle ni lambat sikit la sebab shipping melalui kontena. Kedai lain pun sama jarang nk jumpa yang ready stock.

Apapun keseluruhannya patik berpuas hati shopping (eceh) dengan WWS.  Terima kasih sekali lagi WWS. Harap dapat jumpa Nadiah n anak2 nadiah yg comel tu secara live... insyaAllah

bila nak story mory pasal anakanda Ken Hamza ni?


Monday, April 22, 2013

Baucer istimewa dari Tudung2U...

Auww tiba-tiba entri pasal tudung u! Terkejut patik apabila mendapat email dari marketing manager tudung2u. Pertama kali dengar tudung2u ni maklumlah saya kan agak ketinggalan, ampunnn.

Yang seronoknya... terutama sekali buat pembaca blog Hana Sakura ni, tudung2u berbesar hati untuk

Memberi baucer diskaun sebanyak 15%
Promosi ini akan berakhir pada 30 April 2013
Hanya masukkan kod FOG2013 semasa membuat tempahan

web tudung2u.com.my wahh harga ejen dan jaminan pulangan lagi...

Di bawah ni merupakan beberapa koleksi yang boleh didapati di tudung2u.
 pelbagai jenis tudung bawal...

 pelbagai jenis shawl, dari biasa hingga half moon...

pelbagai inner dan juga brooch lip lap lip lap...

Cukup lengkap nampaknya koleksi di tudung2u ni... harga diskaun ditambah pula dengan BAUCER 15% dengan kod FOG2013 khas buat anda para pembaca budiman... ingat.. promosi tamat 30 APRIL 2013... di tudung2u.com.my

Selamat shopping semua... happy shopping uols... eh kenapa gedekiah sangat ni? pengsan!


Tuesday, November 20, 2012

Cousinhood, premium beautiful and purdy...

Masa kecik dulu (tak habis2 mengimbas kenangan zaman kanak-kanak hihi) saya pasti melompat kegembiraan bila dapat pergi rumah sepupu. Cousin's house=playing time boleh jadi chef, model mak-mak, adik, kakak, penjual dan pelbagai lagi watak khayalan, fantasi, rekaan u name it :P. Patik ada ramai sangat cousin kalau nak disenaraikan, tapi ramai yang lebih muda atau lebih tua tapi yang hampir sebaya ni ada 2 orang yang selalu jumpa, yang seorang tu sebaya SF namanya dan 2 years younger than me, i called her Anna. Pantang cuti sekolah je mesti jumpa. Anna and i memang tinggal di KB, SF pula di KL. Either SF ke KB withe her mum atau patik ke kl dengan my parents.

And when we get older masing2 dah sibuk kalau jumpa pun time raya macam tu je. Teringat ayat SF waktu wedding my sister dulu, biasalah makcik2 suka tanya soalan cepuemas, bila nak kahwin and so on, SF cakap "Hanis dulu yang kawin..." and we both lough... because i also told the same thing "SF kahwin dulu" masa tu patik tiada sesiapa dalam hidup, eceh tak menahan... of course la ada parents and other siblings what i meant was sesiapa=someone special. And then to my surprise memang patik yang kahwin dulu... followed by gorjes anna and SF kahwin last. Sedih coz tak boleh attend both weddings since i am in Japan at that time until now. Tapi bab dapat anak terbalik pulak SF dapat anak dulu, and then anna and i am the last one haha... semua pun dapat boys. Tak sabar nak gather and take photos together-gether. Auwww... berangan tak hengat.

I remember one day when i went out with cuzzy anna, masa tu dia nearly finishing her degree in biotech eng (correct me if i'm wrong anna) and saya pulak tanam anggur yang tak berbuah sambil tunggu convo master hikhik. Dia cakap dia tak nak kerja company etc, dia nak kerja sendiri and she loves makeups, cratfs, DIY yang sangat cantik english style gitu. And now i am so proud of you cuzzy Anna. She is a MUA, has her own shawl biz called purdy petals (boleh cari di FB), purdy means pretty and yes the shawls are gorjes morjes (eh bahasa apa ni?).

Malah dia dah jadi PB agent. Patik tak berapa tahu sangat pasal premium beutiful ni tapi macam berminat sangat... ada sesiap pernah try? Apapun kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah ke web page beliau. Kellas dah ada domain sendiri... pengsan! I'm supporting you form far cuzzy anna!


annaismail.com

jakun sekejap baru tahu kalau nak baca entri terkini klik je gambar2 tu mula2 tak tahu kali kedua ke webpage tu baru tahu adehh penulis ni memang tak berapa nak celik it... purdy pictures in her blog...

dan tak semena-mena penulis berangan bila balik nanti nak suruh anna makeup, pakai shawl and nak photoshoot with her haha, ada hati betul, kamu ni bukannya comei poms haha... i'm supporting you form far dear cuz...


Saturday, October 13, 2012

Forever 21... sarani hangaku

Masa dalam pantang dulu my love ada berulang alik ke Izumi outlet yang berhampiran dengan rumah bersama ayahanda patik. Abah survey cermin mata dan jumpa yang agak murah selepas diconvert dengan duit rm. Dalam pada tu my love terperasan macam ada kedai F21 di outlet. Bila balik rumah dikhabarkanlah berita tu pada isterinya ini. Kecik je kedai tu katanya lagi. Saya sekadar angguk jela. Terus lupa akan F21 tu dan saya ingat saya yang ketinggalan malah mengandaikan bahawa kawan2 lain dah tahu. "oh oh kamu ketahuan" eh nyempat lagi, dush!

Pada suatu hari minggu, Pitt call dan bagitahu dia di F21, ada sale katanya. Harga sale lepas tu ada sale lagi. Bagitahu my love dan dia tanya nak pergi ke, eh apa lagi kan? Mestilah nak... lagipun dekat je dalam 15 minit dari rumah kami.

Ampun tak terambil gambar kedai tu, next time la eh. Memang kecik je kedai tu tapi padat dengan baju dan laluan nak belek2 baju pun sedang2 elok je. Bahagian depan tak ada sale. Yang sale kena pergi belah belakang sikit. Saya ternampak ada tertulis "Sarani hangaku" (sebut han-gaku). Eh biar betul? Sarani= further/furthermore dan han maknanya separuh/half, hangaku=halfrpice atau dengan kata lain tambahan 50% off.

Patik kan mana boleh tengok dress, maklumlah koya princess tak abis2 sejak dari dulu. Dah jadi mak budak pun masih taste macam tu huhu. Berkenan dengan baju ada riben ni, harga asal 2370 yen, harga diskaun 1099 yen. Biasanya baju paling murah patik beli sekitar 1000 yen. Ada story mory di entri ini. Kalau betul sarani hangaku macam pengsan je? Nak pastikan saya tanya staff tu, 50% off dari harga 1099 ke? Staff tu angguk, "hait, koko kara desu." sambil tunjuk pada harga 1099 tu, 50% ladi dari harga diskaun jadi 549 yen. Weee... nak melompat boleh? Kena pakai dengan cardigan atau jaket. Belt tu pun sekali dengan baju tatau la nak pakai ke tak, tengok kesesuaian.

Blouse tak belek sangat sebab beli hari tu pun cepat2 dan memang tengok dress je. Tapi banyak jugak la baju yang sarani hangaku termasuk jaket dan harga baju paling murah sekitar 499 yen.


Sunday, August 5, 2012

Murahan...

Pernah baca entri Nota 1000 yen? Patik suka sangat shopping baju dengan harga 1000 yen ni, the cheapest one ok!
 agaknya apa ye 1000 yen ni, tak faham kanji tu tulis apa, baju reject ke, baju display ke... harga asal 4990 yen selepas tax 5%.

Ish first time ambil gambar sendiri dalam toi ni malu ok, tapi sebab dah penat2 pakai alang-alang sebelum tukar baju, snap la sekeping buat kenangan kut2 tak sempat nak melaram tengok tanabata nanti.

Al kisahnya tersilap tarikh tanabata. Beria dan bersusah payah pakai. Dah la tak ingat macam mana nak ikat obi kat pinggang tu. Last2 ingat jugak... pheww tapi comot sikit, lantak la janji ada rupa yukata hehe... Sekali bila lalu kat bandar tu belum letak lagi perhiasan tanabata tu owhh patik kachiwa. Lepas tu my love singgah stesyen minyak untuk basuh kereta. Malas nak pakai yukata lama2 terus ke toi untuk tukar. Takpe ada masa nak ajak geng lain. Baru la tak janggal seorang diri beryukata dengan memakai tudung.

Mesti ada yang pelik terutamanya yang baru di sini, kenapa yukata dan bukan kimono. Rupanya macam kimono je tapi namanya yukata sebab dipakai pada musim panas dan juga material cotton yang digunakan. Kimono kain dia lain sikit. Memori saya berkimono boleh baca DI SINI.


Wednesday, May 23, 2012

Yuki comot (2)...

Pernah bercerita perihal yuki comot DI SINI. Tapi kali ni comot dia lain sikit. Cerita dah lama, nanti ada pula yang menegur wahh ada yuki (salji) lagi kat sendai/jepun. Saki baki yuki di awal April yang lalu sewaktu kedatangan kakak dan keluarganya. Sebelum datang dia dah cakap anaknya Alyff nak main yuki. Dalam masa yang sama kakak ni nak shopping. Masa dan cuti saya dan cinta hati ni agak terhad. Sebenarnya nak bawa ke Yamagata kerana mungkin yuki masih tebal di situ. Tapi masa pula tidak mengizinkan. Kami gamble aje bawa kakak ke Karuizawa sebab di situ ada ski resort dan juga KPSP (kairuzawa prince shopping plaza, merupakan outlet shop pelbagai jenama). Perihal KPSP di ENTRI INI.

IMG_8597
Sebelum sampai di Karuizawa hati ni berdebar-debar memikirkan entah ada ke tidak yuki ni sebab dah nak habis musim. Nanti Alyff (anak kakak) kecewa sebab dia yang paling beria nak main yuki. Alhamdulillah masih ada saki baki yuki tapi agak comot sebab dah tak soft fresh empuk (eh over betul ekspresi) sewaktu ia masih tebal. Kalau nak baca boleh lihat di tabs snowy days. Waktu sampai ski ni lagi 1 jam nak tutup.

IMG_8595-tile
terima kasih tak terhingga buat Ayu ladychenta kerana menghadiahkan jacket dan boots untuk Alyff. Tak perlu susah-susah nak beli. Lagipun rugi sebab nak pakai sekali ni je. Asalnya milik Adam-kun (anak teruna Ayu) tapi dah tak muat dengan Adam, kebetulan Ayu nk jual kat kat kedai second hand tapi tak jadi, rezeki Alyff nampaknya. Jangan tak tahu punyalah excited Alyff, lepas dapat baju dan boots masuk kereta aje terus nak pakai hehe... padahal karuizawa lagi beberapa jam dari tempat Ayu tu.

IMG_8620-tile
mother and son main snow balls...

IMG_8606
pasangan paling sporting...

IMG_8609
lihatlah betapa gembiranya dia... sampai tak nak balik... nasib baik dah nak tutup dan semua orang dah beransur keluar dari situ...

IMG_8600
Alyff yang khusyuk main yuki sampai tak nak bergambar pun...

IMG_8614
from different angle hehe, masing2 dah kemas ski dan snowboard, lift/gondola pun dah stop...

Patik hanya duduk di tepian pantai dan jadi photographer aje hehe... ada dua photographer aktif yang ditugaskan oleh madam (my sis).

Hari ni terasa penat sangat. Terasa nak baring je. Tapi kena kuat semangat ada kerja lagi nak siapkan ni... yosh ganbare!

Tuesday, March 6, 2012

Kupon Coach...

Macam invitation letter pun ada. Dapat 3 keping. Tapi tak terguna pun. Geng jepun yang dapat ni mesti dah selamat menggunakan kupon ni kan?

dari 24 Feb hingga 4 Mac

Tak banyak sangat pengalaman di outlet Coach ni. Paling hampir dengan rumah kami di Izumi premium outlet dan juga Mitsui outlet. Kadang berkunjung bila kakak dan kakak ipar kirim handbag. Kadang berkunjung untuk cuci mata je hehe.

Kebiasaannya range diskaun adalah dari 40-60% dan clearance corner. Bila masuk kedai, akan dapat kupon merah yang mana ada diskaun tambahan selepas harga diskaun sebanyak 20-30%. Tapi tak semua, kadang diskaun tambahan ni untuk handbag sahaja tak boleh digunakan untuk purse, jam dan aksesori lain. Kadang untuk semua barang kecuali clearance corner.

Yang bestnya kalau guna invitation kat atas tu, diskaun tambahan untuk semua termasuk clearance corner. Clearance tu dah habis murah dah, dapat pulak tambahan 30%, memang best la. Tapi saya bukan bisnes minded, tak reti la nak mencuba nasib dalam berbisnes ni. Kalau buat bisnes handbag dah lama gunakan sebaik mungkin invitation tu. Nak pass pada orang lain kut2 nak guna di Johor premium outlet (JPO) kupon ni valid di outlet coach jepun sahaja.

Kebetulan tak ada yang kirim, itu yang tak ada feel sangat nak terjah ke outlet.

Sunday, January 22, 2012

Ichigatsu no tsuitachi...

Ingat lagi? Patik pernah ajar bulan dan tarikh dalam bahasa jepun di ENTRI INI. Kalau nak tahu dengan segala hormatnya dipersilakan untuk mengklik link tersebut.

Sambungan entri yang lepas. Biasanya kebanyakan kedai akan buat FUKUBUKURO iaitu lucky bag (tak tahu apa isi di dalam bag tu) tapi setengah kedai bagi hint ada baju sehelai, coat sehelai etc... kami tak target pun fukubukuro ni. Kalau target haruslah pagi2 buta lagi kena beratur di hadapan kedai idaman qolbu (read kalbu heh).

Di kala menikmati breakfast western and japanese, dah ramai bergegas check out dari hotel. Dalam hati berbisik "kompem nak pergi beratur depan kedai ni." Nasib baik candeo hotel dekat je dengan Sano... tapi dekat2 pun waktu kami keluar lebih kurang jam 10 pagi, jem teruk, parking pun dah penuh... tinggal satu part je parking masih ada dan nasib baik sempat pheww...

IMG_0010
menuju ke outlet, ada yang dah siap shopping membawa fukubukuro kiri dan kanan. Mesti lepas ni terjah mall lain pulak... hebatnya mereka ni shopping....

IMG_0003
waaa semua orang shopping sakan! patik tak sakan pun ok, silalah percaya (sambil buat muka inesen)...

IMG_0006
ni je gambar kenangan dengan Syaima huhu... tak puas jumpa dan interview lebih lanjut ;P, takpe ada rezeki nanti jumpa lg...apa sangatlah yang patik beli, purse, fukubukuro baskin robin dan chocolate godiva yang yummy...  asyik fikir pasal makanan je, tang tu jugak makan chocolate yang dibeli hehe comot betullah... Tapi nak pengsan tengok fukubukuro baju budak geram nak beli tapi belum tahu jantina. Terfikir nak beli kedua-duanya boy and girl lepas dah tahu yang lebih tu bagi hadiah haha... huish membazir itu amalan syaitonnn...

IMG_0008
cinta hati beli jacket idaman, lepas tu kami terus ke rumah Ayu sekali lagi. Kali ini untuk memeriahkan sambutan hari ulang tahun darl Ayu... beli kek je tak tahu nak beli hadiah apa hehe...

IMG_0011
lihatlah juadah yang dihidangkan... nugget, cupcake... nasi, laksa... ya ampunnn pengsan! Terima kasih kerana sudi jemput kami, menyibuk aje kat rumah tu hehe...

IMG_0014
Adam wakil potong kek birthday...

IMG_0015
laksa yum yum... siap dapat bekal bawa balik rumah i loikeee... terima kasih banyak2 tau! hugs ketat2 dah jangkit style Ayu hehe... menang langkah kanan betul ke Sano. Ada lagi makan2 best di Yonezawa tapi cerita di next entry k... 

IMG_0020
Iryd+Pitt=Ai chan menyusul tak lama lepas tu bersama kawan dari turkmenistan... memang meriah sangat. Gambar kenangan sebelum pulang ke Sendai... abaikan diri ku yang semakin membulat... Ai chan pandai betul posing mewarisi mama dan daddynya hehe...

p/s: nasi kerabu special dari Yone...

Friday, January 20, 2012

KPSP...

Cerita tertunggak.. biasa la patik kan suka peram2 cerita haha... Sejak beberapa tahun tinggal di sini saya dan cinta hati tak pernah ada aktiviti pada hujung dan awal tahun. Kami dengan penuh innocent nya duduk di rumah atau ke lab dan hanya keluar ke bandar Sendai pada 2 Januari. Kebiasaan di sendai ni kedai ditutup pada 31 Dis dan juga 1 Jan. 2 Jan baru dibuka dan sale diadakan secara besar-besaran.

Geng sendai dah ada plan masing2. Tiba-tiba last minit terasa gedik pula nak rasa kelainan dari tahun sebelum ni, terasa nak keluar dari sendai. Konon nak ke gotenba di tokyo nun hehe... tapi dah last minit hotel pun tak ada. Pergi ke Sano pun best juga boleh jumpa Ayu pemilik blog ladychenta. Cinta hati pula beria-ria nak ke Karuizawa. Dulu pernah ke sana dengan pakej shinkansen pergi balik dan hotel 1 malam. Kali ni travel dengan kereta pula. Nak baca entri terdahulu boleh ke link di bawah:
-once upon a time at KPSP
-hotel green plaza
-kyuukaruizawa
-illusion1
-illusion2

Percayalah my love ni memang suka ke outlet tapi tak suka shopping. Dia suka survey barang, kalau ada yang berbaloi baru beli. Di sini ada 2 jenis outlet satu Premium outlet (johor pun dah ada satu, cayalah hehe) dan satu lagi tak pastilah apa. Mitsui ke? (mungkin pakar shopping lady ayu tahu agaknya). KPSP ni bukan under premium.

IMG_0038
nasib baik masih ada bilik kosong di Apa hotel. Hotel biasa2 je tak mampu nak tinggal di hotel prince karuizawa. Hotel Apa ni walking distance je dengan KPSP...

IMG_0006-tile
bilik pun sedang elok je muat2 untuk solat hehe... yutaka bersama origami...

banyak bahagian outlet ni, west, new west, new east, new east garden mall dan karuizawa aji no machi. Untuk maklumat lanjut boleh ke LINK INI. Senarai kedai di SINI.

IMG_0011-tile
waktu ni di new east garden mall... lagi satu sebab utama ke sini cinta hati nak practice selok belok jalan kerana kakak patik akan datang cuti2 di sini dan dia nk terjah outlet. My love ni memang tak suka gamble je pergi dia suka ke tempat yang dia dah pernah pergi baru confident nak bawa orang katanya...

IMG_0021
waktu tu ada illumination... tiba2 berangan berada dalam cerota hansel and gretel...err apakah???

IMG_0028
sejukkk tak sabar nak pergi makan dan balik hotel... waktu tu kami terjah kawasan ni je, selebihnya kalau larat pergi esok je selepas check out... kat belakang tu ada tempat ski. Pengunjung di hotel tempat kami tinggal tu ramai yang bawa peralatan ski dan snowboard, nasib baik kami berdua tak terliur pun nak main sukan tersebut...

IMG_0030
tak dapat tengok illumination di sendai tengok mini illumination kat sini pun jadilah...

IMG_0036
dah nak bertolak ke sano bertemu geng blogger... air ni tertinggal dalam kereta terkejut tengok baru tinggal 1 malam dah ada ketulan ais, memang sejuk pun kawasan ni... brrr....

IMG_0039
karuizawa ke sano lebih kurang 1 jam 30 minit - 2 jam bergantung pada lalu lintas. Check in di Candeo hotel, alhamdulillah dapat promotion rate, jimat sikit... murah dan jauh lebih selesa berbanding Apa hotel.

IMG_0042-tile
lepas tu terus ke rumah Ayu, terima kasih kerana sudi menjemput kami disajikan pula dengan hidangan super duper marvelous. Pertama kali juga jumpa Syaima yang tinggal nun di Niigata. Weee suka betul jumpa rakan alam maya secara live...

p/s: bersambung...

Tuesday, January 17, 2012

New York - Rockefeller and premium outlet...

Harap maaf dengan kepanjangan entri yang boleh membuatkan anda pengsan hehe. Sedikit sebanyak pengalaman di NY sebelum pulang ke jepun. Malam sebelum tu cinta hati bertanya nak pergi mana esok sebelum ke outlet. Fikir punya fikir patik memilih Rockefeller instead of Empire state building. Dengan masa yang tak banyak ni, lebih baik tengok bandar NY dari atas ajelah huhu... Rockefeller boleh pergi dengan subway dan kena jalan sikit, manakala Empire kena jalan dari hotel, agak jauh jugak la, tak pun naik teksi... huhu tak naklah naik cab mesti mahal...

IMG_6840-tile
ohayou gozaimasu NY... alhamdulillah cuaca hari tu nampaknya sangat baik...

IMG_6844-tile
keluar dari hotel menuju ke subway, sebelum tu cari makan dulu sebab tak ambil breakfast di hotel, owh busy busy NY... tiba-tiba teringat cerita Ugly Betty suka sangat cerita tu...

IMG_6850
keluar je dari tangga subway nampak bangunan-bangunan tinggi ni, semua pun tinggi, naik lenguh nak tengok...

IMG_6852
maka saya dan cinta hati pun memulakan langkah berjalan menuju ke Rockefeller center...

IMG_6853-tile
heat tech uniqlo! hehe tengok posing yang ala2 ada hati nak jadi jurucakap uniqlo gitu kan... owh patik sangat terpikat dengan reben merah butik cartier tu...

IMG_6865-tile
Rockefeller center di fifth avenue... sekali silap daa haha... kalau nak pergi observation deck kena pergi Rockefeller plaza... tanya en kat dalam bangunan tu, dia cakap... "You know, the one with big christmas tree every year in front of the ice skating rink". Dalam hati patik berkata, pakcik ni cakap macam saya dah duduk sini setahun dua hehe... ataou patik ni yang kurang ilmu tentang rockefeller, tapi angguk2 jela sambil merakam arah yang diberi tu ketat2 dalam fikiran patik ni...

IMG_6862
jom kita ke Rockefeller plaza...

IMG_6871-tile
di luar Rockefeller center dan Rockefeller plaza di kejauhan...

IMG_6887
inilah ice skating rink di luar Rockefeller plaza yang pakcik tu cakap ada pokok krismas, tapi patik tengok tak ada pun mungkin belum dipasang lagi... bila tulis entri ni baru la tahu dengan lebih terperinci sikit tentang Rockefeller...
pokok yang dimaksudkan oleh pakcik tu, picture taken from here.

taken from here. Banyak yang boleh dilakukan di sini, Tour dan juga Explore, tapi kami pilih yang paling basic iaitu Top of the Rock observation deck. NBC studio pun menarik yang mana anda dibawa ke ofis dan bilik berita kemudian boleh menjadi weather forecaster di tv NBC studio dia buat ala2 live gitu siap dengan, cameraman, mekup bagai wahhh i likeee boleh berangan jadi pengacara tv sekejap hehe... tapi tinggal angan2 ajelah, dengan masa yang seciput mana mungkin sempat nak turut serta untuk tour tu. Dan sudah tentu ongkos tambahan diperlukan...wuwuwu...

IMG_6883
the founder of Rockefeller...

IMG_6890-tile
sebelum masuk tengok kawasan sekitar. Gambar ketiga tu ramai orang sedang menyaksikan rancangan live di tv, tengok dari jauh ajelah huhu... gambar keempat nampak tak ada booth kecil? Kami beli tiket observation di situ, tapi ya ampunnn punyalah tak berapa mesra alam penjaga dia tu, siap baling2 kredit card patik setelah dia charge. Dah siap baling jeling pulak, sabar ajelah... memang fesyen orang kat sini macam tu agaknya, pengasar. Tak pernah patik alami kejadian sebegitu rupa di jepun ni. Kat subway pun sama, baki duit dibaling2 aje...ganasszz betul. Tapi ada je yang baik... dah nasib kami ada pengalaman dengan orang sebegitu... boleh jugak cerita kat blog haha...

IMG_6902-tile
dah masuk ke dalam bangunan dan jenguk2 apa yang ada... kemudian bila dah tiba waktu yang tertera pada tiket kami pun beratur di lif khas. Macam biasalah sekuriti tahap dewa, siap masuk metal detector semua, bag pun kena masuk mesin pengimbas jugak... 

IMG_6905
yeayy dah lepas sekuriti hehe... ambil gambar kenangan kat depan tu, dia bagi dalam bentuk kad, lepas tu beratur untuk naik lif ke observation deck... 

IMG_6936-tile
worth a visit, my love pun nampak seronok, khusyuk betul dia tengok pemandangan... ureshikatta...

IMG_6906
nun di sana... nampak tak statue of liberty hehe? dan juga pulau apa entah. Ada terbaca di bot tour liberty tu tapi disebabkan tak cukup masa nak pergi info tu semacam terus pudar dari ingatan... kurasakan pudar dalam hati ku .. eh termenyanyi la pulak...dush!

IMG_6912
sebelah MetLife tu adalah Rolls Royce building...

IMG_6914
NYC...

IMG_6920
maaflah gambar senget hehe... suka sangat tengok park tu, rasa tergedik2 nak pergi huhu...

IMG_6951
i love you my love.. eh sempat lagi bicara cinta di sini (sila jangan pengsan!) nasib baik juga cinta hati beria suruh patik ikut, walaupun saat naik shinkansen hati ini berat, tapi alhamdulillah dan syukur atas pengalaman ni...

IMG_6952
observation deck, kebetulan waktu kami pergi tu ada rombongan sekolah rendah, suka betul tengok kanak2 riang ke sana ke mari sambil cuba yang terbaik untuk lukis bangunan tinggi yang mereka nampak, bila siap je terus beria nak tunjuk pada cikgu mereka... kawaii ne...

IMG_6992
tiket dan gambar memori... totally agree dengan caption tu... berehat dan makan kami naik subway ke port authority untuk naik bas ke outlet...

IMG_0147-tile
antara pemandangan sepanjang di dalam bas menuju ke outlet, seronok juga sambil berehat sambil menikmati alam sekeliling, perjalanan lebih kurang 40-45 minit...

IMG_0163
inilah outlet yang sempat kami singgah Woodbury common premum outlet, nak pergi butik tak mampu, survey2 kat outlet ja jawabnya hehe...

IMG_0167
tak banyak pun gambar kat sini... sejukkk sampai kena beli glove huhu... yang patik suka adalah kasut, sebab banyak saiz patik. Ketahuilah sejak di mesia lagi susah nak cari saiz kasut huhu, bata sah2 tak ada saiz (saiz 8 ketat ok!), vincci pun tengok design, clarks pun tak banyak design yg ada saiz sebab patik suka pakai flat, kena pergi kelumpo atau kuantan kalau nak cari kasut huhu, bila kat sini bersepah saiz kasut idaman wow wiii... kat jepun pun tak ada, walaupun branded, mereka hanya import saiz kebiasaan wanita jepun sahaja, tensen betul...  tapi kesian cinta hati sebab banyak saiz besar hehe takpe dia punya saiz boleh dibeli di jepun dan juga mesia...

p/s: tamat jua akhirnya ceritera ni, untuk kenangan mendatang... sekurang-kurangnya bila baca balik boleh membawa patik kembali semula pada waktu itu, eceh ayat tak menahan, menyampah...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails