Showing posts with label Iwate. Show all posts
Showing posts with label Iwate. Show all posts

Sunday, June 3, 2012

Goma ice cream...

Semalam dan hari ni bawa parents keluar tapi dekat2 jela. Kesian juga terperap di rumah. Sementara masih belum berpantang ni, lebih baik ambil peluang ni. Sebenarnya nak ke Yamagata tapi abah ada cakap nak tengok kesan jishin dan tsunami 11311 di Minami Sanriku. Semalam dah pergi tapi yang dekat Sendai port je. Lepas lunch tadi patik bertanya sekali lagi, mama cakap tak nak pergi. Lepas tu blur nak bawa ke mana. Last2 bawa mereka ke Genbikei, Ichinoseki...

Ingat nak bawa mama abah makan flying dango di genbikei tapi waktu kami sampai dah tutup pula huhu... ada dango kedai lain tapi rasa macam kurang special sikit hehe mengada-ngada betul... dalam banyak2 perisa dango saya suka goma = black sesame. Tiba-tiba ternampak ice cream perasa goma terus beli...



Goma ice cream... nampak macam kurang menarik kan? But i do love the taste. Oishii!

Alhamdulillah mereka suka dango, dan suka perasa goma juga . Pernah beli goma dango di coop tapi rasanya tak sama... Tak sesedap makan di Genbikei ni...

Walaupun sedang menunggu waktu nak bersalin di rumah, selagi mampu saya akan cuba siapkan kerja sebanyak mungkin, yosh gangatte to me!

Terima kasib di atas tips, nasihat dan doa dari entri semalam. Patik sangat gembira dan bersyukur punya rakan blogger yang sangat prihatin... ailebiu all (heh over!)...


Friday, November 25, 2011

Dating di sungai (2)...

Maaflah, kali ni banyak muka penulis dan suaminya yang 'enteprem' dalam entri hehe. Ekspedisi diteruskan. Lama jugak naik sampan. Maklumlah sampan bergerak manual dan bukannya guna enjin. Sambil menikmati pemandangan dan juga menahan sejuk angin sepoi2 bahasa huhu...

IMG_6023
bukan kami aje, itik pun berdating jugak... (iyelah tu padahal memang itik tu duk bersantai mandi manda kat situ kan hikhik)...
IMG_6031
Autumn view...

IMG_6030
ada sesetengah batu yang diberi nama, tapi patik lupalah pulak, sebab pelik sangat (alasan...)

IMG_6041
inilah pendayung kami... bukan pakcik tapi abang ehem2... eh kena panggil 'apam', nanti cinta hati jeles :P

IMG_6038
sudah tentunya bila penulis masuk hutan, ada pulak sungai dan naik sampan cenggini, maka tiba2 feeling bawang merah bawang putih hadir tanpa dipaksa-paksa... ikan yang kat atas tu tak tahu nama jugak, tapi di mata patik ni nampak macam ikan kaloi aje haha... (imejin tabur2 nasi di telaga).

IMG_6037-tile
gambar kenangan di atas sampan...

IMG_6047-tile
gayanya dah macam nyanyi lagu bunga hutan, takpun laju laju "sampan" ku laju... entah bila cinta hati candid, tak nyanyi pun masa tu tapi rasanya sedang cakap "wuuu sejuknya air ni"... akhirnya sampai jua di ala2 persinggahan sungai geibi, kami diberi masa 20 minit sebelum naik sampan sekali lagi untuk pulang ke jeti utama...

IMG_6066
matahari dah nak terbenam...

IMG_6125-tile
hari dah makin gelap. Yang pasti perjalanan pulang adalah sangat sejuk dek kedinginan malam dan juga tak nampak pemandangan pun...

IMG_6117-tile
Daigeibi-gan dan happy feet with autumn leaf...

IMG_6121
warna hijau air tu... macam dalam je, mesti ada raksasa gorgom (berangan tak hengat)...

IMG_6126
pemandangan di bahagian atas...

IMG_6127
semua penumpang bersama kami tadi membeli lucky charm untuk dibaling pada lubang yang terletak di seberang sana...

IMG_6114-tile
nampak tak? gambar versi jauh dan dekat... jauh la jugak aim tu, geng satu sampan tak ada siapa pun berjaya memasukkan dalam lubuk sakti tu (eh pepandai je sakti2 pulak) iyelah sebab mereka percaya kalau berjaya ia akan membawa tuah pada mereka...

IMG_6138
akhirnya... us in the picture, thank you auntie and uncle...

Kami mendengar "apam" menyanyi dalam kegelapan malam yang hanya diterangi cahaya bulan, nasib baik tak ada nyamuk. Depa pun sejuk nak keluar mencari makanan agaknya... si si si... lenggok dan lunak satu apa pun tak faham, "si" dan "iwate" je faham... wahh cara dia sebut iwate tu "iiii waaaAAAaaAaaAA teeeEiEii"... kalah nasyid hehe... maaflah tak ada alat nak rekod, pasti semua pengsan bila mendengarnya... kesian apam penat dia nyanyi, sampai beberapa kali berdehem sebelum sambung rangkap seterusnya, kena pejam mata agaknya waktu dengar tu baru feelll... :)

p/s: esok weekend, tapi mungkin ada meeting yosh ganbare!

Thursday, November 24, 2011

Dating di sungai...

Ceritera 23 Oktober yang lalu ada suatu hari minggu, wahh... berapa lama terperam ni? Biasalah bab2 peram cerita ni serah pada patik, lepas tu cerita sekali gus. Gayanya macam asyik berjalan aje kan, padahal tak pun. Pandailah kami bahagi masa dengan baik antara belajar dan leisure. Kalau setakat jalan dekat2 ni bolehlah dilaksanakan pada hujung minggu.

Sungguh saya sibuk dan penat. Tadi terlelap, terjaga untuk solat sampai sekarang belum mengantuk. Perut dah kenyang makan nasi. Aiyo apa nak jadi makan nasi pagi2 buta ni. Dah lapar nak buat macam mana kan? hehe...
IMG_5905
kalau dulu, pemandangan lebuh raya dihiasi dengan bunga lalang ( saya bagi nama sendirian berhad). Kini bebunga kuning pula muncul. Kali ini destinasi sama cuma arah yang berbeza. Owh macam mana tu? Nak imbas kembali sila klik GENBIKEI. Kali ni kami nak ke Geibikei.

IMG_5909-tile
my love had once promised to take me here as we cannot join others on last year's autumn trip. Ha siapa suruh berjanji, sudah pasti patik tuntut... antara pemandangan autumn along the way... tak sangka jem teruk di exit Ichinoseki, rupa-rupanya jalan terus ditutup, maka semua kereta pun terpaksa exit di Ichinoseki. Hampir 2 jam juga kami makan jem tanpa roti.

IMG_5949
Akhirnya sampai jua.. risau tak sempat naik bot, bajet sampai jam 1.30 petang, tapi jem yang tanpa disangka kami sampai jam 3,30 petang.

IMG_5950
Sungai Geibi...

IMG_5964
tak sempat nak tilik mahupun posing lama-lama sebab kena beli tiket naik "sampan", nasib baik sempat naik sampan yang terakhir jam 4 petang.

IMG_5959-tile
beli tiket kat depan tu lepas tu posing sat sementara tunggu sampan...

IMG_5994
i like this view...

IMG_5985-tile
sampan ke bot eh? rasanya macam sampan hehe sebab tak ada enjin, haish apa nak jadi itupun tak boleh nak beza sila jangan pengsan atau gelakkan saya ok.. wuwuwu...

IMG_5996
bermulalah ekspedisi kami... dulu masa kecil pernah berangan nak pergi taman negara naik sampan/bot melalui sungai/anak sungai melihat panorama flora dan fauna. Nak pergi perkhemahan sekolah pun mama saya tak bagi apatah lagi nak masuk hutan macam tu... a big no no no...

IMG_6006
yang ni dah siap dan menuju je check point( eh yeye je kamu ni check point bagai). Kesian la tengok pakcik ni macam penat je... sampan kami tu yang terakhir maka tak ramai pun, taklah sesak sangat... tak duduk diamlah patik pusing sana sini nak ambil gambar haha...

IMG_6005
semua orang nampak tepuk tangan sebab di akhir ekspedisi, pendayung sampan ni akan menyanyikan lagu klasik gitu, ianya berkisar tentang sungai geibi ni, telinga patik ni dengar tidak la sedap mana tapi bagi peminat muzik klasik jepun pastinya enak didengar hehe...

p/s: alamak, mengantuk la nanti sambung part 2 ye... miss u all muchhh!

Tuesday, November 15, 2011

Jodogahama's Beach...

Sambungan outing autumn kami di Iwate. Inilah destinasi terakhir kami iaitu pantai Jodogahama. Hari dah beransur gelap. Harap2 sempat tengok panorama pantai. Tak terfikir nak celup2 kaki dalam air laut yang sudah tentunya sejuk nak pengsan.

IMG_6327
Agak jauh dari Ryusendo, tak ingat pula berapa km, lebih kurang 40 plus km jaraknya...

IMG_6330
lagi 31 km yosh!... semakin menghamipir musim salju, siang makin pendek, pukul 4.50 pm dah maghrib. 

IMG_6328
seronok tengaok satu keluarga ni menyusun jerami. Kecil2 dah dilatih untuk buat kerja sebegini...

IMG_6333
melaului bandar Miyako, salah satu tempat yang terkena tsunami waktu jishin M9 11.3.11. Ada beberapa entri sewaktu saya berkunjung ke Minami Sanriku, boleh baca di PART 1, PART 2 dan PART 3.

IMG_6346
alhamdulillah akhirnya sampai jua... makin petang makin dingin.. angin pantai yang menyapa sangat sejuk... brrr...

IMG_6348
tour boat dah stop sebab kami sampai dah lewat... kami bertanya macam mana nak turun ke pantai tersebut di visitor center, pengsan kalau kena jalan kaki turun all the way dari tempat parking. Alhamdulillah boleh turun ke pantai dengan kereta...

IMG_6351
inilah dia pantai Jodogahama... petikan tentang Jodogahama yang saya ambil dari SINI
"The Rikuchu-kaigan Coast in the east of Iwate is a shoreline with a variety of scenic beauty along the Pacific Ocean between Kuji and Kesen'numa in Miyagi, and is a part of the Rikuchu Kaigan National Park."

IMG_6399
dah nak gelap.. maka cepat2lah kami semua posing sebelum makan2 lagi...

IMG_6358
happy jump from Iryd...

IMG_6360-tile
kononnya romantika hehe...

IMG_6392
burger dan trifle! yummy!

IMG_6389
happy feet at Jodogahama...

IMG_6380
gambar terakhir sebelum pulang... perjalanan agak jauh dan memenatkan tapi rasa sangat berbaloi dan gembira...

p/s:banyak lagi pantai tak sempat singgah... semoga ada rezeki di lain masa...

Thursday, November 10, 2011

Dragon's Cave...

Marilah kita masuk ke gua naga... agak takut sebab pengalaman pertama kali... hanya dapat bayangkan kegelapan, tercari2 arah tuju (over betul imaginasi). Sebelum tu, nak tunjuk gambar zaman dulu yang diambil dari entri INI. Kalau rasa nak baca entri down memory lane bolehlah klik "ini" tu.

malulah i (hujung jari kelinking digigit, nasib tak kuis2 kaki, eh mengada betullah kamu ni hehe) bila ada yang menegur barang baru... Barang2 saya pakai ni barang lama, beli tahun 2008 (namun 1.1.2009 baru rasmi :P). Kadang beli barang terpakai pun ada, ahaha punyalah jimat gitu kan. Buat apa beli barang bermusim ni banyak2 sebab balik malaysia nanti sudah tentu tak pakai, nak pergi bercuti di musim salju entah bilalah agaknya kan hehe... Masa outing hari tu pun iryd tegur, boots baru eh... kenapa entah boots tu tak dimakan usia... i likee...

IMG_6301
berbalik pada ceritera utama, beli tiket di sini... 1000 yen tiap seorang... kadar tukaran sentiasa bertukar sebab tu saya malas nk tulis dalam RM baca alik entri ni, tahun depan ratenya dah lain...

IMG_6251
takutttt....

Saya sertakan di sini link Water of Ryusendo, gambar pun diambil dari web tersebut. Ada 3 tasik utama yang kami lihat dalam gua tu. Ini petikan dari web tersebut... pengsan tengok air warna biru dahla patik ni peminat warna biru...

"One of Japan's 3 greatest limestone caves, Ryusendo has a number of underground lakes enriched with water of exquisite features. Sceneries of the lakes, keep the massive volume of water ever quietly, are exposed to visitors when they proceed in a long, narrow, and complex underground path in the giant cave."

ryusendo2
ini rasanya tasik ketiga, sebab kena turun anak tangga yang agak dalam, seramlah jugak... sepanjang jalan tu ada jaring besi...

ryusendo3
ini tasik kedua...

ryusendo4
 yang ini entahlah, web tu tak bagitahu pun gambar tasik yang ke-berapa... mungkin nak menunjukkan betapa biru dan cunnya air di dalam gua tu...

"The first lake to be encountered in the cave is called "Ryugu-fuchi (pond of Dragon palace)", known for high level of transparency of water as one of the highest in the world with 41.5m. The third lake has a depth of 98m, and its emerald-like shining water is the highlight of the tour.
Spring volume mounts 17 thousand tons daily in Ryusendo, flowing out into a river. Temperature of this remarkable water is naturally kept at 7~10℃ throughout year. Notably this water is bottled and marketed nationally under brand name "Ryusendo-no-Mizu (Water of Ryusendo)", known also for winning Gold awards in Monde Selection."
natural mineral water dari ryusendo... eceh ada hati nak jadi jurucakap produk hehe...

IMG_6252
mula2 masuk kami semua macam wahhh, wow macam2 ekspresilah... sebab tengok air jernih dan warnanya yang menawan kalbu... tapi sayangnya patik dan cinta hati tak mendalami ilmu fotografi manual mode, dalam gua kan gelap... macam2 mode tukar semua pun tak jadi huhu kachiwaa... yang lain dah pro, guna manual... 

IMG_6277
nasib baik gambar ni menjadi... saya dan iryd di err alamak tak ingat la tasik pertama atau kedua ampunkan patik... kat sini cahaya masih cukup... tasik seterusnya dah jauh masuk ke dalam perut bumi...

IMG_6289
menuju ke tasik ketiga, ala2 hallway sebelum menuruni anak tangga... dihiasi lampu pelbagai warna yang silih berganti, pantulan pada dinding gua membuatkan ia tampak cantik seperti bukan berada di dalam gua, macam masuk rumah hantu karnival pulak (ok tipu, rumah hantu pun patik tak pernah masuk, semua ni pengaruh tv semata-mata hu)... [ayat berangan nak jadi pengacara, dush].

IMG_6280
gambar seram... bukan kamera trick tapi tak pandai setting maka inilah hasilnya, sampai sini, kami dah tak ambil gambar sebab lampu suram dan romantika aje...

IMG_6276
pada poster ni ada lampu, tapi bila ambil gambar tasik biru ketiga tu langsung tak jadi huhu...

IMG_6281
Dah nak pulang ke pangkal jalan, terserempak pula dengan seekor kelawar, terkejut jugak sebab tiba2 je terbang kat atas kepala patik ni...

1-tile
gambar-gambar ini ihsan daripada kamera iryd+pitt dan juga warga baru senior citizen iaitu Fadhil, isteri dan anaknya bakal datang Sendai tahun depan insyaAllah... makin meriahlah gengster senior citizen sendai...

IMG_6292-tile
antara gambar terakhir sebelum berangkat ke destinasi seterusnya... naga tembaga...

IMG_6311-tile
naga kayu dan gambar candid...

p/s: destinasi berikutnya sebelum pulang ke Sendai, ke mana agaknya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails