Sunday, May 8, 2011

Minami Sanriku...selepas 1bulan 20hari (Part-3)

Akhirnya sampai jua kami ke destinasi yang dituju. Perasaan terkejut masih ada pada waktu itu tatkala melihat bandar hancur musnah kerana tsunami. Pusat evakuasi ni di salah sebuah tadika di atas bukit. Alamak lupa lah pulak nama spesifik tempat ni. Ampunnn... Sampai je kami di sana pihak lelaki sediakan khemah, panaskan kuah yang telah di masak. Menu pada hari tu adalah mee kari versi tak pedas. Orang jepun mana makan pedas kan. I pun tak makan pedas...hehe sibuk je nak join the group.
yang wanita pula masuk ke dalam bermain dengan kanak-kanak serta berbual dengan keluarga yang masih menetap di sini. Ada daripada mereka sudah pulang ke rumah yang mana rumah mereka terselamat daripada tsunami...
kebetulan waktu kami pergi ada seorang "lady magician" yang volunteer untuk menghiburkan kanak2 di sana..waktu itu mereka sedang menggunakan belon panjang tu untuk buat bentuk bunga, kucing etc... entahlah saya pun tak tahu apa nama belon tu...comel tak budak perempuan tu buat bentuk mickey dan minnie.. kawaiii nee...
masa ni cinta hati datang jenguk kat dalam... "rindu kat i ke love?" "i pun rindu kat u" eceh suka betul buat ayat mengada..ini hanyalah rekaan semata-mata, hehe... masa ni en suami dah siap tolong apa yang patut kat luar...
comel aje budak ni... magician tu nak mulakan show, dia nak duduk jugak belakang tu, tapi magician tu tak kasi..of course la kang pecah rahsia ilmu magika dia nanti hehe...
memang menghiburkan... cuma takde muzik je...
bergambar selepas menonton magic show...
makanan dah siap, tibalah masa untuk menghidang, selain mee kari ada onigiri, makanan ringan dan juga minuman...
 ketua chef...dialah yang buat kuah kari tu....yummy!
khusyuk depa duk dengar pakcik tu bercerita...yang saya ni pulak satu pun tak faham... lepas tu apa lagi saya suruh cinta pergi tanya (kepochi betul!) budak2 tu sebab nak la jugak tahu cerita pakcik tu kan...
Bila diceritakan semula sayu sangat rasa...
"Sebelum ni tsunami pernah melanda bandar minami sanriku dan ketinggian maksimum adalah 6 meter. Oleh itu pusat evakuasi dan juga benteng menahan ombak dibina atas dari 6 meter, lebih kurang 7 -8 meter. Apabila siren berbunyi masing2 berlati ke arah paras tersebut. Namun sangkaan mereka meleset kerana ketinggian ombak tsunami adalah setinggi 13 meter, lebih 2 kali ganda (astaghfirullah T_T). Semua yang rasa mereka dah selamat rupanya tak selamat dan dibawa arus tsumani. Pakcik tu tak ada rumah, beberapa ahli keluarga dia meninggal. tiap kali mesti dia melihat kembali tapak rumah pasti akan menangis sedih, tapi fikir positif sebab orang lain pun mengalami nasib yang sama dan hidup harus diteruskan."hebatnya dugaan buat dia... tskk...nauzubillah...semoga kita semua dilindungi oleh-Nya.
 i tot i tot i saw a putty cat.... comel betul kucing ni... namanya Sora-kun, menurut tuannya selepas jishin kucing tu agak stress dan tak suka dibelai lama2..siannya huhu...
banyak pulak gambar meow ni... tapi kitaorg belai aje hehe... noti betul!
dah nak balik pun sempat lagi nak posing dengan sora tu..haishhh...kalau boleh nak bawa balik, :P
para peserta program... dan gambar bawah tu pula cinta hati berposing sebelah ikan raksasa hehe..kalau kanak2 perempuan sambutannya adalah hina matsuri (susun patung, pakai kimono etc...nak baca boleh klik SINI), manakala kanak2 lelaki sambutannya adalah "kodomono-hi". Ikan ini akan digantung sempena sambutan hari tersebut...tapi tak tahu apa pulak simbolik ikan ni dan tak arif la pulak pasal sambutan ni.

22 comments:

Kamalia said...

sedih sungguh bila bc kisah pokcik tu ye..:(
mcm kukenal je 7 org budak2 dlm gambo tu..hehehe

man yusoef said...

kan...klu sy kat situ pon mesti sedih gak...tak sangup nak tengok penderitaan yg dialami tu..

waa...sedondon GAP ijo!! haha

ZWAN SABRI said...

comey kucing tu.. btw, kesian kat jepun.. semoga depa suma kembali pulih spt sediakala.. ;)

MySuaraBlog: Thanks Mama!

Eyrique Ettiqazz. said...

bagus la buat kerja amal.

khairunnisa ♥ said...

*moshi moshi* tingginya 13m, hm..tabahnya diorang. bagus gak pi sana hiburkan kanak kanak. kak hanis, macam mana ye dengan kanak kanak yang kehilangan parent diorang? diorang diberi kepada keluarga angkat or di pusat jagaan? kejap. rasanya pengaruh baca blog kak hanis..haha, bila jumpa benda cantik kat mana mana..automatik sebut "kawaiiii!" ^_^ ok, take care ye di sana. Salam ;)

puterinuraqiliah said...

seronooooknya!!!!!!!!!!!! teringin jadi sukarelawan!

Nur Liyana said...

bagusnye akak nie....good2!!!

kesian kt diorg kan???

btw, tak makan pedas yer:)

Idayu said...

slm. alhamdulillah hanis n suami selamat. bestnya jd volunteer kat evacuation center. gud luck utk hari2 yg seterusnya.

farah fauzi said...

sungguh murni hati hana tolong mangsa2 jishin...

Ina said...

tak dapat nak bayangkan keadaan time tu,, i would be so scared of course..

Mohd Ridhuan said...

pengalaman berharga...
mee kari xpedas..
uhhuuhuh

Farhan Zulhusmi said...

seronoknya....
musim sejuk ke kat sana??
emm..bilalah ada peluang nak pergikan..emmm

apezs shah said...

wow mcm menarik kan..
so semua dalam keadaan baek ke disana?!

*thanks sudi dtg komen lg.:)

SANDRA AZWAN said...

waa..bestnye...;-)

✿....rossa alina....✿ said...

sedap ke makan mee kari xpedas??huhuhu..

meoww..meoww..comelnye kucingggg!!hihihi

MAPPIAU said...

waaa bagusnye program tuh kan happening jer walaupun simple, kalau akak pun musti nak join jugak makan mee kari tak pedas akekeke

eh akak sooka la kalo slalu kuarkan ayat ngegade tuh eh motip??? hahahahaha :P

Faaein Talip Roy said...

memang bagus bila ada program amal macam ni.. skurang2nya mangsa2 tu terhiburlah walaupun seketika cuma..

Min Aina Ila Aina said...

Macam mana kucing tu mengalamai tsunami dan terselamat, sampai dia pun stress. Tapi memang besor la meow tu..geram!

Ct Arina said...

gile beso kuceng tuuuu! wahh syukur dah nampak pemulihan keadaan di situ ^_^

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

bestnye hanis dpt buat kerja amal cmni ;)

wahhhh chef dia lelaki huhu..msti sdp dia masak kan..

mzhany said...

hana, mudanya ketua chef ;)

Imran@Copenhagen said...

Kat Copenhagen Sakura Festival pun ada jugak patung simbolik ikan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails