Friday, May 6, 2011

Minami Sanriku...selepas 1bulan 20 hari (Part-1)

1 bulan 20 hari berdasarkan tarikh lawatan kami pada 1 Mei yang lalu. Tapi kalau tersalah kira jugak ampun maaf dipinta ehehe. Dua minggu lepas pelajar Malaysia di Sendai dah ke sana tapi di pusat evakuasi yang lain. Kunjungan kali ini menuju jauh di celah dan di atas bukit. Jalan dah pun dibuka 'both sides'. Menurut mereka pada kunjungan dulu hanya satu jalan yang beropreasi. Sebelah lagi masih penuh dengan sisa tsunami. Tak mampu saya luahkan dengan kata-kata apabila melihat dengan mata sendiri akan keadaan di sana... Jishin 11311 yang lalu adalah berpusat di lautan sebelah bandar Minami Sanriku. Rasanya jumlah kematian dan kerosakan di sini adalah yang lebih banyak berbanding tempat lain.
 Jarak dari Sendai ke Minami Sanriku lebih kurang 90 km... Di sinilah pusat jishin 11311 iaitu di dasar lautan bersebelahan bandar Minami Sanriku
Saya cubalah jugak cari gambar sebelum tsunami tapi bila taip je minami sanriku ni semua gambar  jishin yang keluar nasib baik jumpa beberapa gambar yang saya ambil dari SINI.
 Sebelum jishin
 Selepas jishin...
 Sebelum jishin...
 Selepas jishin...

Gambar yang akan saya kongsikan akan menysul sebentar lagi...(eh macam iklan la pulak...). Perjalanan bermula seawal 6.30 am dari rumah kami, Tempat berkumpul adalah di masjid sendai. Asalnya jam 8 tapi memandangkan 1-5 Mei adalah cuti umum. Untuk mengelakkan kesesakan (sudah tentu ramai orang keluar bercuti) maka kami bertolak awal ke sana. Selesai semuanya kami bertolak lebih kurang 7.30 am. Walaupun dah spring namun masih sejuk lagi kat sini... huhu... khabarnya waktu sakura pertengahan april lalu snow ice telah turun, tak pernah pulak snow waktu sakura berbunga... cuaca pun dah jadi tak mementu sekarang...
 suhu 13 degrees... van kat depan tu pun volunteer group juga tapi tak pasti akan destinasi yang mereka tuju...
 Minami Sanriku up ahead... kebetulan highway ke sana masih dalam pembinaan... highway berakhir di exit 13, seterusnya kami perlu melalui jalan biasa... hari tu agak berkabus.... tak nampak sangat pemandangan kiri dan kanan...
 rasa macam dah lama dalam kereta...dalam hati bertanya..dah sampai ke belum ni... maklumlah kali pertama kami mengunjungi kawasan ni... disambut oleh mr wood hehe...
 pergi lagi ke depan menyusuri rumah2 dan bukit..kami dah mula nampak kesan tinggalan tsunami... walhal tempat ni masih jauh dari pantai dan di sebalik bukit...
 tiang elektrik nampak seperti baru dipasang....rumah coklat tu nampak masih kukuh tapi bila melepasinya...dah tak ada apa dalam rumah tu...cermin, pintu di bahagian bawah semuanya pecah dan tercabut
 kapal dan kereta di bawah jambatan kecil...
 kiri kanan jalan masih dipenuhu dengan tinggalan tsunami...
 perjalanan diteruskan....
kerosakan yang lebih teruk bila semakin menghampiri laut...
 mungkin kebanyakan daripada gambar ni ramai dah lihat di surat khabar, tv, mahupun internet tapi kami masih tergamam bila melihat sendiri di depan mata....
 masih banyak yang perlu dibaiki...rasanya kerja permbersihan ni pasti memakan masa yang lama...
 rumah di atas bukit sana nampak macam terselamat...sikit lagi nak kena huhu...
 bila tiba kat sini...pandangan kabur...tak tahu la asap ke kabus dan ada satu bau yang pelik... macam bau asap pun ada... kami tak tahu pun kat mana pusat tu hanya mengikut kereta di hadapan...
 ramai juga sukalrelawan yang membantu membersihkan kawasan...
 huhu...penuh dengan sampah...
 musnah...
lori tentera banyak keluar masuk kat sini, merekalah yang bekerja non stop baik pulih keadaan di sini, ditambah dengan sukarelawan lain... ganbatte!

Gotta g for now... akan sambung lagi sooonnn...

15 comments:

miszlullaby said...

sayunye hati tgk.....=(

nur easy said...

macam tu rupanya keadaan kat sana skrg ya.. amik masa jg nak pulih tu..;)

deeya said...

subhanallah ! hebat betul Tuhan punya kuasa .. Dia nak tarik nikmat manusia sekelip mate jer kan kak . semoga kita dilindungi dari bencana =)

p/s : rindu la ngan kakak nie .. lepas tsunani aritu , terus susah nak kesan . hope akak selamat selalu ^___^

Asmara said...

Gambare Nippon!!! sayu tengok. Matsuri sempena golden week semua dibatalkan kat sini, kita doakan semoga kembali pulih seperti sedia kala. :)

Umie said...

kalau akak yg pi shelters jd volunteer tu mesti akak asyik nangis aje..sbb tgk kat tv pun akak leh berlinangan air mata, ni plak pi tgk face 2 face..huhu

Nieda said...

Dah balik Jepun ya? Harap semua nya selamat di sana.

amirah said...

dasatnya kan..teruk nampknya kesan tsunami ni..mesti masa kerja pembersihan masih jumpa lagi mayat2 org..

Kamalia said...

hanis..lepas bebudak ni balik dr sendai aritu, bile tgok gamba yg diorg amik tu, terus nangis..sob.,.sob..sedih sgtkn tengok..kami plan nak g jugak,tp ank2 xde sapa nak jaga..eh,pasni ade lagikan kerja2 camni..tp,akak xsure g mana..

eelobor said...

boleh bayangkan tak kalau terjadi kat malaysia?

khairunnisa ♥ said...

sedihnya tengok keadaan after tsunami. banyak yang musnah. yakin Jepun akan bangunkan tempat ni semula dengan baiknya.. banyak tempat banyak kenangan kan kak hanis <3 jaga diri.

fa10 said...

tak terkata....
tak leh nak bygkan perasaan mereka pada masa kejadian.
moga kita terus terpelihara

puterinuraqiliah said...

Besarnya kuasa tuhan ni. jauh dari laut pun boleh kena dgn teruk. dasyat sgt

mzhany said...

hana, seriusly tenok gmbr2 ni, berdiri bulu roma kt lengan ni...

tapi, hany yakin Jepun mesti cepat je recover...insyaALLAH...ameen

Eyrique Ettiqazz. said...

sadis tp jepun cpt membangun....kalau x percaya tgk maksud tersirat blog conteng2 ttg tsunami jepun..

http://www.contengconteng.com/2011/03/renyuk.html

and this..

http://www.contengconteng.com/2011/03/untuk-jepun.html

Ct Arina said...

dasyatnye kak anis..cane nak pulih balik ni..ishh mesti pakai byk duit kan..xpe jepun negare maju..dorang byk duit..ehe^^ t8 care dear sis! ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails