Friday, November 26, 2010

CC... part4 ~JetStar flights and transits~

Kepenatan belum hilang tapi perjalanan harus diteruskan. (mana tak penat duk main kat taman dan zoo). Sebab bajet nak tido dalam flight. Sekali flight cancel daaa, last minit pulak tu, apa punya JS la huhu. Penat fikir apa akan jadi bila dah terdelay semua benda ni. Habis lenyap semua perancangan i huhu. Takpelah proceed ke hotel dengan bas yang disediakan. Letak bag dalam bilik dan terus turun ke lobby untuk dinner... wahh jarang betul duduk hotel with dinner and breakfast. Makanan best, not bad..kebetulan tengah lapar, sepanjang kat hotel ni satu gambar pun tak ambil hehe..ampunnn...Pagi tu bangun solat tak perasan lagi... tengok my love syok sambung tido... (subuh masih awal sekitar 4.40 am), i pun apa lagi turut tido jugak, sedar2 dah pukul 8 pg, terus mandi... keluar dari kamar mandi (eh baiknya bahasa) barulah perasan ada sepucuk surat cinta... dapat berita yang my love and i kena naik flight di Osaka instead of Narita airport. Ohhh tidakkk... berapa la belanja yang perlu dikeluarkan untuk tiket shinkansen dan sebagainya huhu...

Dalam jam 12 lepas solat zuhur, ambil bas dari hotel ke Narita airport. Dalam surat tu dia cakap nak bayar duit tiket dari Narita ke Osaka. Jadi kami pun pergi sekali lagi ke kaunter JetStar. Tanya punya tanya, dia cakap kena guna duit sendiri, ambil resit, sampai airport Osaka baru mereka bayar balik. Lepas tu tak boleh ambil express, kena ambil tiket train biasa yang banyak stop tu, haaaa tak waras apa? mana ada masa nak ambil tiket biasa, cubalah tengok jam tu, kami punya masa beberapa jam aje, dah la kena check in 2 jam sebelum flight. Huhu... memang hampeh la, geram sgt tau! Lepas tu kawan jepun i cakap2 lg and then kami proceed je, apa nk jadi..jadilah, nak buat macam mana lagi kan. Nasib baiklah kawan jepun i tu tolong, dia setelkan beli tiket semua, route mana paling dekat etc... maka kami pun meneruskan perjalanan ke Osaka.

Agak rushing, Naik Narita express turun di Shinagawa yang mengambil masa 1jam, lepas tu my love and i ada 10 minit je untuk transfer shinkansen ke Osaka..apa lagi berlarilah kami ke sana... sampai2... cari gerabak... beratur masuk line... tak sempat hilang penat, train dah sampai..fuhh lega sempat naik... dari sini 2jam 30minit pula ke Osaka... aduiii memang boring tahap gaban huhu.... dah la shinkansen dia ramai orang, full house, huhu... Sampai di Osaka transfer ke local train untuk ke airport pulak... transfer time pun tak lama..buat exercise lagi kami di stesyen Osaka ni, memang Amazing Race betul la! (kalau dapat masuk betul2 kan best..i like AR).

Bila dah sampai Osaka airport (Kansai International airport) barulah lega tapi rushing pulak cari kaunter jetstar, ini kali pertama my love and i naik flight di airport Osaka, of course la macam rusa masuk kampung tak tahu hala tuju. Bila dah jumpa... pergi kat kaunter, kami tunjuk surat tu...boleh pulak ahkah kaunter tu buat muka pelik...hellooo takkan tak tahu kuttt...kena la i explain kat dia semalam flight cancel etc... lepas tu dia check-in kan both of us...ok lega... and then bila tny pasal claim tu, dia ckp "you cannot do it here"....apa ke juadah pulak tak boleh?? pastu kami tanya ahkak kat sebelah tu yang tengah jaga line orang sedang queue... lerr, kena isi borang dan juga fax pada nombor yang diberikan, haduiii haru biru dibuatnya... susah betul nak claim duit. Duit yang nak dibawa ke NZ telah diguna utk tiket train ni, ingatkan boleh dapat terus. Cepat2lah my love and i isi form dan fax sebelum naik flight, setel siap2 kat sini..kalau dah sampai sana susah pulak...

Huhu betapa tensinya my love and i before departure tu...dah la penat ber-amazing race. Oklah penat membebel (menaip). Jum layan gambar pulak...
 inilah rupa kansai international airport di Osaka...nampak tak ada benda kat atas tu...kaler kuning dan biru.. 
 namanya boundless sky...kalau ada angin mulalah dia berpusing dan goyang2 hehe..nice...
 sebelum masuk ke departure hall...
 tengok aje butik2 ni dari luar..dah sah2 tak mampu huhu...
 sedih betul... nak tengok movie kena bayar... pastu dapat yang portable aje, lama betul kami tunggu untuk dapat portable tu, bila orang depan turunkan kerusi secara berlebihan terus terjatuh kena betulkan kedudukan, dah la masa booking tiket dah beli siap2 untuk entertainment ni. Sekali steward dia lalu, boleh pulak minta 9 dollar dengan kami... tak list out awal2 ke sape yang choose sape yang tak choose entertaiment?.. adoii pening.... lepas tu i cakap we already choose when booking barulah dia nak buka list dan cakap.. "oh sorry", lepas tu siap kena tinggalkan id bergambar lagi untuk ambil portable tu, my love cakap kat i, "takkan nak bawa lari kut... kat dalam flight ni je pun, bukan boleh escape kat luar tu huhu"... ha ah betul jugak eh...
 our dinner berbayar ok, dah ambil siap2 masa booking tiket (vegertarian food)...seafood penne...bolehlah untuk alas perut...
 wakey2, rise and shine... lepas solat subuh, sempat tido 30 minit je sebab layan movie punya pasal.. yerla dah banyak ketinggalan...masa nila nak qada..yeayyy finally boleh tengok toy story 3 yang sgt best!
 our breakfast... roti, coffee dan yogurt... nice!
 dah nak sampai goldcoast...
 inilah JS yang agak mengecewakan itu... mendarat di low cost terminal gold coast, mungkin pengalaman masing2 berbeza dan kami terkena pengalaman kurang enak, sob2... ada cerita tak best pulak lepas tu ...bertubi2 rasanya...untuk transit flight kena lalui kastam sekali lagi... mak aihhh punya la kerek "makcik" kastam tu... dia check satu2... masa kasatam Osaka tak ada apa2 pun dan kami dinasihatkan supaya tak beli any liquids, (tak nak beli pun) lepas tu dia tengok lotion, ubat gigi dan minyak rambut my love, alih2 dia ckp "these can't go because exceed 100ml" sambil kunyah2 chewing gum dan angkat kening, dushh terus buang dalam tong sampah, erkk terkejut jap kat situ... i pun cakap "i'm sorry we didn't know because those pass through Osaka airport". Dia pun pandang i.... (i bukan nak balik pun brg2 tu, cuma nak betulkan keadaan supaya dia tak salah sangka) ingatkan lepas kat Osaka nun lepas lah jugak kat Gold Coast ni. Dia pun jawab la... "can u read english" dengan nada keras. Huh??? dah boleh speaking takkan takleh read kutt...huuu sabar2... zapp dia letak laminated paper kat depan i on my handbag pasal arahan liquid tu... malas nak layan i just cakap "ooo ok"and move on, mentang2 la i pakai tudung huhu orang lain elok aje dia cakap... racist kah di situ? takpelah malas nk fikir yg negative... tunjukkan kelembutan islam...
so far pengalaman i naik domestic flight kat jepun ni, boleh bawa air mineral, liquid etc... depa ada alat scanner khas untuk tengok content dalam tu... lepas scan kalau tak ada apa2 mereka bagi balik.. kan sonang macam tu huhu....
 transit untuk ke auckland pula... mula2 dia cakap delay sejam, alih2 on time pulak... ish2, macam2... air asia pun ada kat sini sempat bertukar senyuman dengan orang mesia di gold coast.
 inilah kawan jepun i..finally kami naik satu flight...those 2 are my labmates...
 nampak ni di tengah lautan semasa dalam perjalanan..apakah? cantik kan? subhanallah... dalam flight ni takde makanan dan juga air..kena beli, we didnt buy in advance masa booking..
 dah pun sampai ke bumi nz di Auckland... disambut dengan ukiran maori..satu pun tak faham... femes dengan tiki yang jelir lidah tu...takutttt
 nampak tak belah kiri tu...dia sambut i dengan jeliran lidah yang sungguh menawan hehe... thats part of their culture kut, i pun tak tahu sangat pasal maori ni...
 utk new zealand air domestic transit dekat aje satu bangunan...yang JS ni kena jalan jauh sangat huhu... penat tahap gaban dan juga lapar...
 our shadows... ii tenki desune! (cuaca yang baik kan!)
 akhirnyaaa sampai jua ke terminal JS ampes..
nasib baik beli in advance kupon makan di lounge...apa ntah, lupa nama... secara online, 9 aud, kalau on the spot 16 aud, kami hanya ada duit yen aje, sebab nak tukar nzd nanti...so takperlulah tukar duit aud kat sini fuhh legaaa... banyak dessert yang best..cookies and juices, buah pun ada alhamdulillah kenyang... ok, yang ni barulah rasa happy dan finally kami puas hati...
panjangnyer my post sudikah baca post2 seterusnya? sudi-sudikanlah ye... i just love to write and tell my stories...


15 comments:

man yusoef said...

wah!!!...serius best gile!!!..memang sgt2 best...bestnye kalau dpt g negara org...

NARDtheNERD said...

best nya!!. best nya!!.
hehe.

kerek ek kastam tu.
kastam kat hongkong pun garang gila.
takutttt. :(

btw. ada tutorial for disable right click at my blog. :))

My Little Diary said...

salam,
hari yg busy buat anda... semoga gembira selalu... :)

Hanis MY said...

Man..i likeee u give me comment hehe, insyaAllah ada peluang nanti

Narddd sy dah baca, dah buat dah pun, tq my dear...i very like..

MLD...hello, same goes to u dear..

mzhany said...

umm hana betol kah sbb anda bertudung dilayan mcm tuh? hurmm sikit tak puas hati...tp kan ms hany ke U.S dulu, alhamdulillah dorg nye security n kastam tuh layan elok even hany bertudung,mungkin makcik tuh tgh emo kot...;)

Hanis MY said...

Hany tak tahulah nak ckp cemana sebab obvious sgt layanan yg hana dapat, itulah mungkin terkena kat hana time tu...bagusla macam tu bestnya hany g us...

aima in luv said...

bestntya tgk akak nie....
1st time kat blog akak dah teruja... hehe... salam perkenalan

Hanis MY said...

Salam mawar...terima kasih sudi singgah... i likee...

Kekanak Osaka said...

ooo...you guys lepas polis2 kat kansai airport eh. mesti korang masuk cepat. kalu rayau2 skit, mesti kena panggil dah tu.hehe

tulah, bila kena masa2 camtu, zeti biasa senyum and jawab jer apa2. malas nak make a scene. kita tak buat salah, so tak perlu takut. And insyaAllah, Allah akan sentiasa tolong kita, kan?

kak Erna said...

hanis,memang sudi sangat membacanya..dapat juga tau pengalaman hanis..nasib baik berdua ngan suami kan..kalau tak lagi kalut dibuatnya..

aresaliyana said...

bestnyerrr~

siti habsah said...

smbg phd kat jepun?? bestnye....huhuhu

Hanis MY said...

Zeti...oo eh kalau rayap kena panggil eh? takuttt..rayau la jugak kat luar tu hehe..tapi bila dah masuk tak rayau2 dah... agree with u dear...

Hanis MY said...

Kak erna..yeayy ni yg syg sama akak ni...

Yana...arigatou...

Habsah...yup2, ala awak pun boleh gak kalau nk smbg blaja...

siti habsah said...

amek elektrik ke??? da xnk da... elektrik sgt susah...huhuhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails