Dalam jam 12 lepas solat zuhur, ambil bas dari hotel ke Narita airport. Dalam surat tu dia cakap nak bayar duit tiket dari Narita ke Osaka. Jadi kami pun pergi sekali lagi ke kaunter JetStar. Tanya punya tanya, dia cakap kena guna duit sendiri, ambil resit, sampai airport Osaka baru mereka bayar balik. Lepas tu tak boleh ambil express, kena ambil tiket train biasa yang banyak stop tu, haaaa tak waras apa? mana ada masa nak ambil tiket biasa, cubalah tengok jam tu, kami punya masa beberapa jam aje, dah la kena check in 2 jam sebelum flight. Huhu... memang hampeh la, geram sgt tau! Lepas tu kawan jepun i cakap2 lg and then kami proceed je, apa nk jadi..jadilah, nak buat macam mana lagi kan. Nasib baiklah kawan jepun i tu tolong, dia setelkan beli tiket semua, route mana paling dekat etc... maka kami pun meneruskan perjalanan ke Osaka.
Agak rushing, Naik Narita express turun di Shinagawa yang mengambil masa 1jam, lepas tu my love and i ada 10 minit je untuk transfer shinkansen ke Osaka..apa lagi berlarilah kami ke sana... sampai2... cari gerabak... beratur masuk line... tak sempat hilang penat, train dah sampai..fuhh lega sempat naik... dari sini 2jam 30minit pula ke Osaka... aduiii memang boring tahap gaban huhu.... dah la shinkansen dia ramai orang, full house, huhu... Sampai di Osaka transfer ke local train untuk ke airport pulak... transfer time pun tak lama..buat exercise lagi kami di stesyen Osaka ni, memang Amazing Race betul la! (kalau dapat masuk betul2 kan best..i like AR).
Bila dah sampai Osaka airport (Kansai International airport) barulah lega tapi rushing pulak cari kaunter jetstar, ini kali pertama my love and i naik flight di airport Osaka, of course la macam rusa masuk kampung tak tahu hala tuju. Bila dah jumpa... pergi kat kaunter, kami tunjuk surat tu...boleh pulak ahkah kaunter tu buat muka pelik...hellooo takkan tak tahu kuttt...kena la i explain kat dia semalam flight cancel etc... lepas tu dia check-in kan both of us...ok lega... and then bila tny pasal claim tu, dia ckp "you cannot do it here"....apa ke juadah pulak tak boleh?? pastu kami tanya ahkak kat sebelah tu yang tengah jaga line orang sedang queue... lerr, kena isi borang dan juga fax pada nombor yang diberikan, haduiii haru biru dibuatnya... susah betul nak claim duit. Duit yang nak dibawa ke NZ telah diguna utk tiket train ni, ingatkan boleh dapat terus. Cepat2lah my love and i isi form dan fax sebelum naik flight, setel siap2 kat sini..kalau dah sampai sana susah pulak...
Huhu betapa tensinya my love and i before departure tu...dah la penat ber-amazing race. Oklah penat membebel (
inilah rupa kansai international airport di Osaka...nampak tak ada benda kat atas tu...kaler kuning dan biru..
namanya boundless sky...kalau ada angin mulalah dia berpusing dan goyang2 hehe..nice...
sebelum masuk ke departure hall...
tengok aje butik2 ni dari luar..dah sah2 tak mampu huhu...
sedih betul... nak tengok movie kena bayar... pastu dapat yang portable aje, lama betul kami tunggu untuk dapat portable tu, bila orang depan turunkan kerusi secara berlebihan terus terjatuh kena betulkan kedudukan, dah la masa booking tiket dah beli siap2 untuk entertainment ni. Sekali steward dia lalu, boleh pulak minta 9 dollar dengan kami... tak list out awal2 ke sape yang choose sape yang tak choose entertaiment?.. adoii pening.... lepas tu i cakap we already choose when booking barulah dia nak buka list dan cakap.. "oh sorry", lepas tu siap kena tinggalkan id bergambar lagi untuk ambil portable tu, my love cakap kat i, "takkan nak bawa lari kut... kat dalam flight ni je pun, bukan boleh escape kat luar tu huhu"... ha ah betul jugak eh...
our dinner berbayar ok, dah ambil siap2 masa booking tiket (vegertarian food)...seafood penne...bolehlah untuk alas perut...
wakey2, rise and shine... lepas solat subuh, sempat tido 30 minit je sebab layan movie punya pasal.. yerla dah banyak ketinggalan...masa nila nak qada..yeayyy finally boleh tengok toy story 3 yang sgt best!
our breakfast... roti, coffee dan yogurt... nice!
dah nak sampai goldcoast...
inilah JS yang agak mengecewakan itu... mendarat di low cost terminal gold coast, mungkin pengalaman masing2 berbeza dan kami terkena pengalaman kurang enak, sob2... ada cerita tak best pulak lepas tu ...bertubi2 rasanya...untuk transit flight kena lalui kastam sekali lagi... mak aihhh punya la kerek "makcik" kastam tu... dia check satu2... masa kasatam Osaka tak ada apa2 pun dan kami dinasihatkan supaya tak beli any liquids, (tak nak beli pun) lepas tu dia tengok lotion, ubat gigi dan minyak rambut my love, alih2 dia ckp "these can't go because exceed 100ml" sambil kunyah2 chewing gum dan angkat kening, dushh terus buang dalam tong sampah, erkk terkejut jap kat situ... i pun cakap "i'm sorry we didn't know because those pass through Osaka airport". Dia pun pandang i.... (i bukan nak balik pun brg2 tu, cuma nak betulkan keadaan supaya dia tak salah sangka) ingatkan lepas kat Osaka nun lepas lah jugak kat Gold Coast ni. Dia pun jawab la... "can u read english" dengan nada keras. Huh??? dah boleh speaking takkan takleh read kutt...huuu sabar2... zapp dia letak laminated paper kat depan i on my handbag pasal arahan liquid tu... malas nak layan i just cakap "ooo ok"and move on, mentang2 la i pakai tudung huhu orang lain elok aje dia cakap... racist kah di situ? takpelah malas nk fikir yg negative... tunjukkan kelembutan islam...
so far pengalaman i naik domestic flight kat jepun ni, boleh bawa air mineral, liquid etc... depa ada alat scanner khas untuk tengok content dalam tu... lepas scan kalau tak ada apa2 mereka bagi balik.. kan sonang macam tu huhu....
so far pengalaman i naik domestic flight kat jepun ni, boleh bawa air mineral, liquid etc... depa ada alat scanner khas untuk tengok content dalam tu... lepas scan kalau tak ada apa2 mereka bagi balik.. kan sonang macam tu huhu....
transit untuk ke auckland pula... mula2 dia cakap delay sejam, alih2 on time pulak... ish2, macam2... air asia pun ada kat sini sempat bertukar senyuman dengan orang mesia di gold coast.
inilah kawan jepun i..finally kami naik satu flight...those 2 are my labmates...
nampak ni di tengah lautan semasa dalam perjalanan..apakah? cantik kan? subhanallah... dalam flight ni takde makanan dan juga air..kena beli, we didnt buy in advance masa booking..
dah pun sampai ke bumi nz di Auckland... disambut dengan ukiran maori..satu pun tak faham... femes dengan tiki yang jelir lidah tu...takutttt
nampak tak belah kiri tu...dia sambut i dengan jeliran lidah yang sungguh menawan hehe... thats part of their culture kut, i pun tak tahu sangat pasal maori ni...
utk new zealand air domestic transit dekat aje satu bangunan...yang JS ni kena jalan jauh sangat huhu... penat tahap gaban dan juga lapar...
our shadows... ii tenki desune! (cuaca yang baik kan!)
akhirnyaaa sampai jua ke terminal JS ampes..
nasib baik beli in advance kupon makan di lounge...apa ntah, lupa nama... secara online, 9 aud, kalau on the spot 16 aud, kami hanya ada duit yen aje, sebab nak tukar nzd nanti...so takperlulah tukar duit aud kat sini fuhh legaaa... banyak dessert yang best..cookies and juices, buah pun ada alhamdulillah kenyang... ok, yang ni barulah rasa happy dan finally kami puas hati...
panjangnyer my post sudikah baca post2 seterusnya? sudi-sudikanlah ye... i just love to write and tell my stories...
panjangnyer my post sudikah baca post2 seterusnya? sudi-sudikanlah ye... i just love to write and tell my stories...


the entrance, nearby tu ada suntory museum tapi tak pergi pun, (thanks Dira, dpt idea from ur blog to snap gambar ticket sebelum masuk hehe...).. we went inside the blue building..a fee of 2000 yen per person, lets see does it really worth it?
start with japanese forest and fishes, after that we saw sealion, tapi dalam cermin je..hu..
and then arrived at a very big aquarium... besar kan sting ray tu..did u notice the fish at it's back siap duduk kuak lentang lagi..huhu..
whoaaa...ookii...and then all those small fishy followed, pengikut setia the one under it's belly (erk..belly ke..? hu) tak sedar pun bila my live snap because khusyuk sangat tgk and i pointed it to show it to love "love, love..tengok tuuu.." sambil menunjukkan jari ke arah ikan tersebut (BM darjah 3 haha..tipu je)
mr octopus, starfish..and weid sunfish..first time tengok tak pernah tahu kewujudan sunfish tu, inilah rupa mr carbby jepun, siap ada duri2 lagi..demo oishiii...hontou ni..
special train,...with USJ decoration...kewll... turun dr train ada city walk to USJ, feels like jalan2 kat somewhere else outside japan gitu..haha.. did u notice that blue king kong...
beli ticket, 5800 yen per person, our ticket and map guide inside USJ, masuk je terus jumpa snowman! and satu lagi tu apa eh woody woodpecker eh? lupa... suasana yang sangat happening memandangkan its winter time so lagu2 yang berkumandang pun adalah lagu2 seperti Frank sinatra let it snow..let it snow.. come fly with me..lets fly away...santa baby and also japanese song, audio yang superb berjalan pun rasa macam nak pusing and lompat2 macam dalam kartun or movie (haha..sounds childish? nahh sometime u have to let go that kid feeling in you.. that will make u a happy go lucky person.....tabun)
our first stop..4-D show, now showing Shrek..tengah beratur, my love with 4-d specs..nasib baik sempat snap sebelum diberi warning jagan ambil gambar, masa ni introduction and then we entered a room, kerusi semua gergerak seolah2 naik kuda or carriage, rasa jatuh, tercampak keluar etc...donkey bersin pun terpercik kat muka..haha..so funny, sangat seronok..
that's where we were sort of throwed out to run form the big t-rex..memang basah kuyup huhu..
ramainya audience, nasib baik tak duduk depan, nanti kena sembur dengan air...
it's like watching action movie live in front of you totally superb... tembak2 jatuh bangunan, and then datang the evil one and the audience semua boo at them lepas tu kena sembur dengan air dengan meriahnya hehe..tengah syok2 tengok suddenly ada airplane melayang masuk, my love sgt frust sebab tak sempat ambil gambar
the plane..yang dah selamat mendarat...lepas tu kena bom..kebabo!...even though we didn't understand the storyline but we did enjoy all those action...
all the casts...and suddenly ada sorang pelakon tambahan..mr elmo hehe..
tak sempa nak bergambar dengan snoopy..huhu...dah tutup..takperla ambil dengan replika ni pun jadi la..
jumpa scarecrow and tinman..ada 2 shows but we were late da tutup..they didn't do so much show for today...
my love posing at kereta..zaman dulu, masa elvis tengah femes..maybe, haha...don't trust me that's juts my lucky guess... lepas tu jalan2 kat area rollercoaster...looks scary ..tak berani naik
kalau dengar people screaming je..we know that it came from that...the one that's above my head..
our last show for the day..terminator..tapi biasa je, 2-3D not 4D like shrek, ingat nak tengok animation tapi dah penat, so we headed back lagipun next show lama jugak kena tunggu..
dah sampai..we took limited rapid..so tak sampai half an hour pun..by local train..seronok..masa sampai depato pun tak buka lagi semua org beratur and berpusu2 masuk once it was opened, berposing dengan replika makanan yang bermacam jenis..chumils...
kiyomizudera ni terletak kat area gion, where there are geisha an maiko, maiko ni dress up macm geisha, kerja dia hantar barang... dalam hati i did prayed bestnya kalau boleh jumpa maiko, lifetime chance..kiyomizudera atas bukit so kena daki sket tapi tak rasa penat sangat since mata disajikan dengan pemandangan kedai yang jual bermacam souvenirs.. (Qila..u were right, banyak kokeshi yang chumil2 kat sini modern2 semuanya not klasik macam kat sendai) kalau ikutkan hati macam2 nak beli tapi bajet pun terhad, lagipun tak plan for any shopping duit banyak habis for transport, hotel, food etc...maybe some other time kalau ada rezeki kami untuk ke sini lagi...to visit other places in kyoto or near osaka like nara and kobe..
kat kyoto ni banyak sangat world heritage places which invloves cultural, and one of it is this place, masih ada saki baki autumn..red momiji (maple)... hari ni pun still hujan terbantut jugak our journey for today tapi nasib baik sempat jalan2 kat gion ni..
masuk2 erus nampak 2 ladys ni they are visitors too but dressed up nicely wearing a complete kimono...semua pun nak bergambar dengan dia..including me..baru la nampak macam visit japan hehe..tak tahu sangat about this place maybe it was once a castle turned to shrine.. see the picture above yang ada air mengalir tu..that's how they got the name kiyomizudera, fresh waters from the mountain..ramainya beratur nak minum air tu..
dah nak balik...ada pond..memang trademark jepun..cuma nak sngat tengok rock garden... another symbolic of japanese...tengah jalan2 turun bukit, i noticed 2 ladies..wahh nampak macam maiko je..they were asking one shope about direction..apa lagi i ran and called my love... love..sini love..
the yummy food...my love had soba with fish, soba plak ada 3 jenis green tea soba, normal soba and i forgot the other one and my love choosed yang biasa i had seafood tempura with rice and sup tauhu...look at love enjoying his meal totally delicious..my love siap cakap.. kenapa kat sendai tak jumpa/tak ada kedai ni..hu..yup i agree..bestnya kalau ada..hu..
the shops also looks classic, last time on tv we saw a couple of tv host went to try food at one restaurant with that moo2 picture..lengkap dengan nama bagi setiap bahagian badan dia looks like the same so we assumed that we had arrived at the same shop so apa lagi snap2 hehe..