Thursday, November 11, 2010

Salahkah wanita tak tahu memasak?

courtesy of mistajonz.com
Luangkan masa untuk baca, i find it really inspiring.... di ambil dari my schoolmate Mazuini, ditulis oleh Mohd Najib.
I struggle to be a good cook. Tapi kan, once u become a wifey otometik rasanya nak cuba masak macam2 untuk suami tercinta, tapi adakala terhad la sebab mcm skrg ni my condition, nak study dan bereksperimen kat lab lagi, bila masa la nak improve and tumpu betul2 kan... sebelum kawin pun duk belajar jugak sikit2, tapi sebagai pelajar dan lepas tu career woman (eceh career woman lah sangat) kalau nak masak untuk ramai2 tu sungguh tak terror...sob2. Ok here goes...

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki

7 comments:

Umiey said...

salam hanis, skrang ni nk cari lelaki yg btul2 beriman mmg susahkan...lelaki dan wanita dh xda beza cuba kita kena pandai2 seimbangkan bl dh kawen..moga kita semua bahagia bersama suami tercinta..

Hanis MY said...

betul tu stuju dgn Umiey... aminnn insyaAllah...

My Little Diary said...

hmmm.... saya kurang pandai memasak tapi saya amik initiative belajar pelan2.. cik abg tak pernah mendesak pun... katanya janji tau masak sudah..hehe

entry terbaru "wajib lulus"

man yusoef said...

waduh bu, kalau bisa masak kok itu satu bonus..kalau tak bisa, bole blajar sih...bukan masalah besar pon...tapi memang betul pon, semua berlumba nak kawen, tapi bersediakah mereka nak jadi imam?? tangungjawab paling besar sekali...dan masa2 bujang ni lah peluang untuk memantapkan diri (ini pesanan utk diri sendiri..huhu)

Hanis MY said...

yup betul tu...ada setengah lelaki ok, ada yg tak ok tu yg payah...

Hanis MY said...

Man..waduhhh..bagus gitu, ahkak jamin man dpt isteri yg pandai masak hehe...

Nurfarah said...

ada award untuk anda jom tengok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails