Nama asal sewaktu kewujudan brand ternama adalah dari nama pereka itu sendiri Guccio Gucci. Sebab tu lah lambang dia GG. Encik suami (
Sebelum tu i nak kongsi satu kisah yang sangat tak patut huhu. Kasihan sungguh kat i, sila refer gambar2 kat bawah ni....(ehsan google search)
kalau lihat yang ini...
mahupun yang ni, dah sedia maklum lah kan... jenama Guess...
tapi bila nengok yang di bawah ni...i kompius, jenama guess juga ke corak cenggini?
wahhh comel2..pinky winky...so soft and cute...
ohhh tidakkk! buta fashion sungguh. Pelik jugak kenapa guess buat corak pelbagai versi ada yg 1 G ada yang 2 G. Bila dah expose dengan jenama gucci ni barulah sedar owh itu sebenarnya lambang gucci dan sememangnya mahal la kalau nampak corak sebegitu rupa pada sesebuah handbag...
Ok berbalik pada cerita yang i tengok kat tv tu...GG ni dah lama berbisnes sejak dari tahun 1921, artis2 tersohor guna bag beliau masa zaman tu adalah Audery Hepburn yang cantik jelita, i like breakfast at Tiffany's. Lepas tu GG juga glamer kerana memperkenalkan handbag bertangkai buluh Bamboo handbag yang menjadi trademark. Kononnya kellas dan unik la pada zaman tu. Guccio ni ada 4 org anak lelaki, Aldo, Ugo, Vasco, Rodolfo. Selepas kematian beliau Aldo yg banyak membantu bisnes gucci... tapi adatlah kan, bila dah banyak harta macam ni air dicincang pun boleh putus, gaduh adik beradik last2 Aldo dan Rodolfo masing2 dapat 50%. (huiyyo byk tu).Rodolfo ni ada anak bernama Maurizio. Dia berkenalan dengan Partizia Reggiani di
Lepas kahwin, dia pun hasut Maurizio supaya conquer harta ayah dia dan beli saham anak Aldo. Akhirnya Maurizio berjaya miliki Guccio Gucci sepenuhnya. Sukalah si Particia ni (dalam tv tu tunjuk nada gelak jahat...sambil pegang gelas wine). Lepas tu kepala kasi dongak sikit kan... barulah nampak ala2 jahat gitu hehe... Patricia pun turut dapat share dia siap demand nak reka clutch tangan diperbuat sepenuhnya daripada emas... mak aihhh kemain lagi yer... komission jualan pun dapat kat dia jugak tapi tak pastilah pulak berapa percent. Lama kelamaan dia jadi semakin tamak, tambahan pula suami dia si Maurizio tu ada perempuan simpanan, lalu dia pun hire pembunuh upahan untuk bunuh Maurizio dengan 4 tembakan.
Antara bukti yang ditemui adalah diari Patricia...
"Among the evidence prosecutors presented in court was Mrs. Reggiani's diary. In it she wrote, ''There is no crime that money cannot buy.'' On the day Mr. Gucci was shot, there was a single word entry: ''Paradeisos,'' the Greek word for ''paradise.''Quote daripada Patricia...
I would rather weep in a Rolls-Royce than be happy on a bicycle.
Patrizia Reggiani
15 comments:
tahniah la akak kita sorg ni...salah silap hidup guccio detail bagi...haha..tapi beg2 begini sgt2 mahal bebenor la...daku tak paham kenapa begitu mahal sekali..why??..why??..
soalan: sbg seorg pemerhati pesen, bgaimanakah caranya utk yg tulen mahupon yg fake/replica???..huhuh
entahlah ahkak pun tak paham menyusahkan org nak kumpul duit haha, yg replika dgn yg tulen bang hoh ni kena buat next entry ni...
salam
saya jugak suke hb yg jenama ni, huhu teringin nak beli feragamo... :p
skrng fake sgt2 la serupa cam original kan. ish ish ish..akak pun tak rela la hanis untuk korbankan duit beli henbeg mahal. setakat bawak 1k tu okeyla lagi. tapi lebih drpd tu takut nnt pas beli hari2 nyesal..lagi nyesal kut2 kotor takleh hilang ke..waa
pn hanis: berbelanja mestilah mengikut kemampuan...jgn ikut org lain..bak kate org2 tua2 hidup sederhana barulah bahagia..*btol x*;)
MLD kalau mampu apa salahnya...syok aje rasa bila boleh memiliki hb berjenama kan huhu...
Kak amirah itulah pasal, kadang beli yg ori pun org cakap fake huhu... yg mahal sgt2 tu tak patut kut lainlah kalau duit banyak sampai tatau nk buat apa..tapi mmg tak faham kenapa la mahal sgt huhu...
hana terima kasih atas cerita ini...hehehe
pernah jugak simpan niat nak beli beli yg mahal mahal ini. tapiii hoho lupakan sajork akhirnya ;)
Hany jum sama2 kita lupakan niat tu eh kasi buang jauh2 hehe..lagipun mahal sgtlah mcm tak patut kemahalannya itew...
Ayue betul tu stuju2 hehe...
nasib baik lah wife tak pernah mitak beg yang di luar kemampuanku. heheheh, thanx to my wife. nanti nak present gak kat dia hadiah besday nanti, sbb tahu semua pompuan ada citarasa yang lebih kurang sama jer kan? walaupun dia tak luah nak beg mahal, tapi mungkin dalam hati dia berkeinginan jugak
thanks hanis for the info..x tau pun...huhuh..anyway, x baik tamak2..stuju ngn hanis, bsyukur dgn ape yg ader :)
betul tu mana de ppuan tak minat handbag, sgt bagus idea tu teruskan...
Honey...ha ah kalau terlebih membazir bila Allah tarik baru la menyesal...
info yang menarik... suke bace... ",)
Post a Comment