Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Kasut Kasoot...

"Beli kasut kasoot?" Tanya en cinta hati pada suatu petang di the gardens. Patik baru keluar dengan plastik robinsons dan dalam tu ada kotak. Mulanya tercengang. Why did he say kasut twice? Sebelum tu dia dah nampak patik duk usha2 kasut kasoot kat situ. Seriously i did not look at the brand's name but admiring the cute, gorgeous, lovely superb design. Bila dah ada anak ni jarang dah nak survey barang bersama... mesti akan split dan nanti janji jumpa kat mana2 haha...mula2 tengok design diikuti harga... "comelnya yang ni... eh tu pun comel... eh murahnya kasut ni" lepas tu i noticed size 3-12 wow maknanya adalah size utk patik ni iaitu size 9... kaki perahu atau kaki gajah macam2 lah gelaran diberi oleh kakak patik sebab kaki panjang sgt sampai susah nak cari kasut... ni namanya cinderallu dah bukan cinderella kaki kecik haha... maka terbelilah (motif sangat "ter" kan hikhik) dua pasang kasut kasoot. Kasut bertajuk KASOOT... comel kan? 

Kalau dulu susah betul nak cari kasut kalau BATA kompem tk muat vincci tengok design ada tu 9 masih tk muat, lagi satu tang makan kaki tu yang tak suka... habis melecet. clarks pun sama... beli mahal2 pakai socks pun dia serang kaki jugeks adoii... geox pun sama mahal dan certain design makan kaki. Eh apalah istilah makan kaki haha... ke kaki patik yang tidak mempunyai ukuran global haha... ferragamo selesa dan tak makan kaki tapi yg tu harga memang pitam lah kan...

one of my 1st purchase... basically harga kasoot ni start from RM69 tapi kalau time sale 2 for rm100 or less 20% for each pair... best kan? i am a flat shoe lover... not a big fan of heel shoes...

 
masa jumpa kawan lama baru2 ni... dah pakai lasak dah kasut kasoot ni tak sakit tak lenguh... i love it... sesuai both leisure and formal. Pergi keja pun pakai pergi jenjalan pun pakai haha...

Sebab suka sangat dengan kasut Kasoot yang murah dan comfy ni maka patik usha link pada kotak kasut kasoot tu di FB "PinsnNeedleseBoutique" lepas tu bermulalah pembelian di alam maya with Lily... she is very helpful and kind. Tip top service dari dia... thanks a bunch Lily. Hope i can meet u in person 1 day.

wink wink...

if you are looking for a comfy heels shoes... kawan kepada kasoot iaitu pedal works... slightly expensive but rata2 baca komen sangat comfy bagi yang suka pakai heels...

 
u can simply click shop to look for more shoes... and also picture albums... gambar2 yang latest kat tepi tu adalah dari pedal works... 

eh tetiba patik jadi duta la pulak kan haha... sharing is caring... as far as i know subang parade, isetan, robinsons semua ada Kasoot and pedal works ni... for more info visit their fb k!


p/s: allahu... the worst flood ever kan? seramnya tengok gambar... selamatkanlah semua mangsa banjir ya Allah... pernah jadi mangsa banjir maka patik fahamlah apa yang mereka lalui sedikit sebanyak... tak sempat lagi nak story mory di sini...


Sunday, January 5, 2014

Finding the right "batik sutera"...

Entri merapu ikan kerapu jew... pagi tadi singgah makan kedai pok... haha tak tahu pok apa tapi mostly pemilik kedai berpangkat pakcik ni panggil pok je senang... menu minuman biasa yang pok dah ingat teh tarik kurang manis dan pekena roti telur hari ni (patut la ee cakap gumuk haha... pitam but cant help it!). Masa masuk warung tu dah perasan ada dua orang baya kakak/makcik kut tengah seronok makan dan berbual. Pelanggan lain ramai lelaki macam budak sekolah je (eh tak lewat ke kamu ke sekolah dik oii? masa tu pukul 8 lebih sikit...

Waktu nak bayar kebetulan tersama pulak dengan ahkak berdua tu... pok sempat buat lawak... bila dh ambil payment dari ahkak tu dengan selamba dia cakap sambil pegang note RM10 yang akak tu bagi... hari ni pok belanja ye... haha belanja la sangat... kemudian tiba giliran kami untuk bayar... i pelik nape ahkak beruda tu tak chow lagi... takpelah buat dono je... nak senyum tapi kebetulan tak bertentang mata pulak... kemudian patik dan cinta menuju ke kereta... tiba2

"dik dik..." salah seorang ahkak panggil
yang ahkak lagi sorang tu cuba menaha
"dakpela bile lagi nok tanye" i dengar dia berbisik..
"ye" patik memandang sambil senyum (alangkah bagus kalau time tu ada angin sepoi2 bahasa tolak shawl purdy patik dan ada sound effect shring shring sambil2 tu ada kilau kilauan macam miss comet sewaktu patik berpaling ke arah dua orang ahkak tu haha apakah? dangg... nak juga effect princess gitu kannn?)
"adik beli mane sutera ni lawo ngat warne die" ahkak bertanya dlm loghat ganu kite.
"beli klatang, matase sutera" i apa lagi konon terer cakap ganu ar hehe...
ooo "kite kena g klatang la gini" mereka bercakap sesama mereka, harap2 makcik tu jumpalah dengan kain sutera pujaan hati.
"kak jual sutera jugok tapi biasa ambik pasor payang je" tambah ahkak tu lagi
tak sempat nak borak panjang sebab patik cepat panik bila tengok en suami dah berjalan menuju ke kereta... semoga ahkak tu bertemu dengan sutera idaman qalbu...

 yang ni la patik pakai tadi... i like blue kaler... sweet light blue dengan corak paisley... takde sape nak ambil gambar patik wuwu... terpaksa berselfie-ish depan mirror mirror on the wall... pejam mata jelah dengan pemandangan kat belakang tu haha musim marking paper exam okeh...

 patik beli online je di matase sutera... tak pernah pergi kedai walaupun kedai kat kelantan je haha... dekat je pun dengan rumah i... tapi tak sompek kalau balik kg duk rumah mertua pastu pergi rumah mama so tak sempat nk jenjalan sangat wuwu... lagipun ajak my love ke kedai kain pitam la dia... hikhik... ni antara contoh, patik suka batik matase ni sebab corak dia simple dan nampak moden (eceh macam la pakar sangat)... kena dengan gaya i gitu (dush!)... ada semua koleksi warna lembut dan terang dan of coz la i filih kaler lembut kiut miut gitu kan...

 facebook matase sutera... dari kain sutera, shawls, kurung moden sutera siap, kimono cardigans, sutera exclusive semua ada... pitamm!!

pemenang GA in prev entry ya...


Sunday, December 29, 2013

Using it right?

Terperasan beberapa orang rakan di muka buku share page di LINK INI kalau dah tengok abaikan jela entri ni eh... boleh terus scroll ke bawah tengok senarai peserta GA patik. Adakah anda guna barang2 di bawah dengan cara yang betul seiring dengan reka bentuknya? (eceh bajet pengacara rancangan ke kamu ni? pitam...).

tic tac toe wahh dah lama tak makan tic tac... caranya letak toc tac kat ruang yang disediakan... ada yang cakap ala janji masuk mulut dah haha...takyah propa sangat (wahh pestaim penulis hs tulis propa kena masuk diary ni... dush!).

kalau beli puding tak disediakan sudu silalah rajinkan diri lipat penutup dan jadikan sudu untuk makan puding tu hokay!...

the right way to store natural peanut butter...

kalau ada bekas sos yang ada lipat2cenggitu haruslah anda sekalian kembangkan lipatan itu agar lebih banyak sos boleh diisi...

tersumbat dalam toilet kena guna yang belah kanan bukan belah kiri... tapi macam jarang nampak je...

selalu tengok dalam movie ke sitcom mat soleh, mereka suka makan chinese food dalam bekas macam ni... cara yg betul buka kotak jadi macam plate, tapi kalau tak nak comot ke tumpah ke boleh je makan dalam kotak cenggitu kan?

hanya ini sahaja amaun ubat gigi yang diperlukan untuk setiap sesi gosokan gigi ( haha ayat tak menahan!)

cara makan greek yogurt... kena lipat the other half kepada half yang sebelah tu, no komen sebab tak pernah makan greese yogurt... kasihanilah patik yang jakun ini wuwuwu...

oo cenggini ke? patik yang jakun ni selalu letak helaian lebih tu the opposite way haha...

tempat khas untuk letak straw ok...

biasanya patik buka lipatan tepi tu sebab nak flatten kan kotak tu masa nak buang rupanya fungsi untuk kanak2 pegang supaya tak jatuh...

haha i patahkan the opposite way... next time makan nak buat macam dalam gambar tu... tskk

tempat khas untuk letak spoon rest untuk kebanyakan periuk...

tak semua kut macam ni, try kat kepci tak dapat pomss sobss...


Opocot terkejut nyahh... (i like watak Fisya dalam Bukan kerana aku tak cinta... tak kurang juga mas dan jebat owh so lovely!) tiba2 ramai nya manusia join GA yang dah ke penghujung ni... terima kasih kerana sudi join ye... semoga rezeki berpihak pada followers yang sepatutnya... tapi rezeki semuanya ketentuan dari Dia (eceh ayat drama).... here are the list of participants for HS GA...

1. http://ninieykamarudin.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
2. http://izatishop.blogspot.com/2013/12/hana-sakura-giveaway.html
3. http://azrinzfamily.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
4. http://contestsukaaku.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
5. http://cempakabiru-nieda.blogspot.com/2013/12/ga-dr-hanis.html
6. http://cikanem.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
7. http://hanamiko-sakura.blogspot.com/2013/12/hana-sakura-giveaway.html
8. http://kuazue.blogspot.com/2013/12/hana-sakura-give-away-la.html
9. http://papamama-cintasuci.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
10. http://diqnor.blogspot.com/2013/12/hana-sakura-giveaway.html
11. http://aku-dan-giveaway.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html 12. http://sitimaaaaah.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway-i-really-really-really.html 
13. http://giveawayblogss.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html 
14. http://nora-rodahidupku.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
15. http://athirahsafarudin.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
16. http://eymasu.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
17. http://lfeerafeera.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
18. http://afiqahanaktapa.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
19. http://sayangsyeeda.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
20. http://amirahamer.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
21. http://seindahnostalgiasemalam.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
22. http://nurhidayahsalim97.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
23. http://aimifiqa.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
24. http://mylovelifelavenderpurple4.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
25. http://mimiatia.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
26. http://sitizawiah95.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
27. http://official-shahirasulaiman.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
28. http://ourrandomrainbow.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
29. http://ceritahatikuu.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
30. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
31. http://havinue.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
32. http://tiramisusweetsour.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
33. http://cekgunorazimah.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
34. http://sitinurazwanizalife.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
35. http://nurulhidayahpeace.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
36. http://syasyafiefie.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
37. http://nanakimie.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
38. http://rusukiri.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
39. http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
40. http://angguk2.blogspot.com/2013/12/hana-sakura-giveaway.html
41. http://thepureheartoftheemptysoul.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
42. http://mardiahdiana.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
43. http://www.syuhadasalleh.my/2013/12/hs-giveaway.html
44. http://sii-kenek.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
45. http://raihanabintiramlan.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
46. http://misspaiepal.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
47. http://fluffypororogirl.blogspot.com/2013/12/giveaway-by-hana-sakura.html
48. http://danianasreen78.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
49. http://faralalalala.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
50. http://giveawaydancontestblog.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
51. http://sepupusepakat.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
52. http://alfirahana.blogspot.com/2013/12/giveaway-by-hs.html
53. http://contest-sanasini.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
54. http://nurshafika95.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
55. http://wintersnowloves.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
56. http://misz-aa.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
57. http://parkminseuk.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
58. http://ilikeyoulikecrazy.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
59. http://xsweetnothings.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
60. http://suhaila-ismail.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway_26.html
61. http://lifecikashacikhana.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
62. http://mininominomi.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
63. http://missnadia26.blogspot.com/2013/12/hana-sakura-giveaway.htm
64. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
65. http://fatinnurfaiqah.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
66. http://didi-the-kaito.blogspot.com/2013/12/hs-giveaway.html
67. Izz Hazwani (SR... silent reader, bukan secret recipe eh hehe)
68. Cuteyfifi (SR)

yang tinggal komen tapi tak jumpa entri
http://aisya-lalaland.blogspot.com/
http://akumasihjunior.blogspot.com/

kalau ada yang tak tersenarai sila inform k...

one of the dress as seen on me haha... sompek lagi nak enteprem penulis ni aduyaii...
 smoooch! ceritera short vacay ni akan di story mory di entri seterusnya... insyaAllah

till then...



Wednesday, December 4, 2013

HS giveaway...

Salam semua... di pagi nan indah ni.. eceh... sejak bila skima gaban pulak haha... penulis ni dah lama nak buat giveaway tapi tak kesampaian. Asyik tertunda je. Mula2 nk buat souvenir dari jepun tapi tak sempat tsk... so buat giveaway benda lain lah ye... khas untuk my followers dan juga my silent readers. Yang ada blog boleh la buat entri ringkas. Yang tak ada blog just email me ya! Email tu pandai2 cari ok hehe...

Hadiah yang ditawarkan adalah dress seperti di bawah...



 

ready stock adala beberapa helai pada harga RM50 tidak termasuk postage. kalau betul2 nak boleh pm me.

Sesiapa yang bertuah akan dapat salah satu dress tu ok!
akan berakhir pada 31 Disember 2013.... semoga bertuah hehe tiba2 speechless...



Sunday, July 28, 2013

Jovianista and birthday girl...

Siapa yang tak kenal pereka terkenal Jovian Mandagie? Aka JM. Tapi patik tak pernah tengok mahligai apa ntah, yang dekat astro. Kenal pun gara2 berIG. Mula2 pernah dengar collection raya JM tahun lepas yang dijual di zalora. Boleh dikatakan semua wanita pakat nak beli koleksi JM ni. Patik melopong jela sebab masa tu masih kat Sendai.

 Wahh para jovianista bertemu JM... wuwuwu... kenapa tak datang tesco KB? ye ye je kamu ni penulis hama sakura oi... gambar dari official IG @jovianmandagie

pasangan paling comel kut! gambar dari official IG @ninaismailsabri

Pada suatu hari, hari yg sangat kachiwa suatu masa dahulu di musim salju di sendai (akhir tahun 2012) yang mana patik tahu second viva kena extend, tetiba terus buka web Zalora. Apakah? tak ada kaitan kan... eh tapi shopping tu best therapy apa? haha... Pastu ternampak Jovian Jezzalyn lepastu dapat diskaun dan voucher dengan pembelian perama etc... tak semena2 terus beli haha... tapi sebelum tu tanya cinta hati dulu la, dia tahu patik tengah sedih dia layan ajelah hik2... shawl dari purdypetals (bila ntah nak cerita pasal shawl ni). Gambar ni dah lama... malah entri ni pun dah beberapa lama terperap. Alang2 tu post skali dengan birthday tuan empunya blog hana sakuralah... (eheh gedikiah u)... just nice cutting baju ni, cuma tang kain ya hampun labuh berjela kawah pwincess... kena pergi potong sikit. Tapi koleksi JM orked tesco tak labuh, "chodo ii" (just nice) dengan patik, weee, nanti patik letak foto2 (dush!)

gambar pagi tadi. "Seman" sangat memahami ciri2 princess pada gambar ni haha... dan juga Kak Mai ku sayam. Biasalah penulis ni dah jadi mak budak tak habis2 fefeeling princess gitu kan... pengsan! Ken Hamza tidak memberikan kerjasama tadi haishh... saje je mengada sebab nak pergi rumah babysitter macam tulah gayanya... muncung masam mencuka. Jalan macam robot tau hehe, officially boleh jalan 1 tahun sebulan stengah hik2, later story mory...

Syukur pada Mu Ya Allah di atas segala kurniaan dari Mu... Thank you my love dan terima kasih semua for all the wishes and doa!...

Monday, April 22, 2013

Baucer istimewa dari Tudung2U...

Auww tiba-tiba entri pasal tudung u! Terkejut patik apabila mendapat email dari marketing manager tudung2u. Pertama kali dengar tudung2u ni maklumlah saya kan agak ketinggalan, ampunnn.

Yang seronoknya... terutama sekali buat pembaca blog Hana Sakura ni, tudung2u berbesar hati untuk

Memberi baucer diskaun sebanyak 15%
Promosi ini akan berakhir pada 30 April 2013
Hanya masukkan kod FOG2013 semasa membuat tempahan

web tudung2u.com.my wahh harga ejen dan jaminan pulangan lagi...

Di bawah ni merupakan beberapa koleksi yang boleh didapati di tudung2u.
 pelbagai jenis tudung bawal...

 pelbagai jenis shawl, dari biasa hingga half moon...

pelbagai inner dan juga brooch lip lap lip lap...

Cukup lengkap nampaknya koleksi di tudung2u ni... harga diskaun ditambah pula dengan BAUCER 15% dengan kod FOG2013 khas buat anda para pembaca budiman... ingat.. promosi tamat 30 APRIL 2013... di tudung2u.com.my

Selamat shopping semua... happy shopping uols... eh kenapa gedekiah sangat ni? pengsan!


Tuesday, November 20, 2012

Cousinhood, premium beautiful and purdy...

Masa kecik dulu (tak habis2 mengimbas kenangan zaman kanak-kanak hihi) saya pasti melompat kegembiraan bila dapat pergi rumah sepupu. Cousin's house=playing time boleh jadi chef, model mak-mak, adik, kakak, penjual dan pelbagai lagi watak khayalan, fantasi, rekaan u name it :P. Patik ada ramai sangat cousin kalau nak disenaraikan, tapi ramai yang lebih muda atau lebih tua tapi yang hampir sebaya ni ada 2 orang yang selalu jumpa, yang seorang tu sebaya SF namanya dan 2 years younger than me, i called her Anna. Pantang cuti sekolah je mesti jumpa. Anna and i memang tinggal di KB, SF pula di KL. Either SF ke KB withe her mum atau patik ke kl dengan my parents.

And when we get older masing2 dah sibuk kalau jumpa pun time raya macam tu je. Teringat ayat SF waktu wedding my sister dulu, biasalah makcik2 suka tanya soalan cepuemas, bila nak kahwin and so on, SF cakap "Hanis dulu yang kawin..." and we both lough... because i also told the same thing "SF kahwin dulu" masa tu patik tiada sesiapa dalam hidup, eceh tak menahan... of course la ada parents and other siblings what i meant was sesiapa=someone special. And then to my surprise memang patik yang kahwin dulu... followed by gorjes anna and SF kahwin last. Sedih coz tak boleh attend both weddings since i am in Japan at that time until now. Tapi bab dapat anak terbalik pulak SF dapat anak dulu, and then anna and i am the last one haha... semua pun dapat boys. Tak sabar nak gather and take photos together-gether. Auwww... berangan tak hengat.

I remember one day when i went out with cuzzy anna, masa tu dia nearly finishing her degree in biotech eng (correct me if i'm wrong anna) and saya pulak tanam anggur yang tak berbuah sambil tunggu convo master hikhik. Dia cakap dia tak nak kerja company etc, dia nak kerja sendiri and she loves makeups, cratfs, DIY yang sangat cantik english style gitu. And now i am so proud of you cuzzy Anna. She is a MUA, has her own shawl biz called purdy petals (boleh cari di FB), purdy means pretty and yes the shawls are gorjes morjes (eh bahasa apa ni?).

Malah dia dah jadi PB agent. Patik tak berapa tahu sangat pasal premium beutiful ni tapi macam berminat sangat... ada sesiap pernah try? Apapun kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah ke web page beliau. Kellas dah ada domain sendiri... pengsan! I'm supporting you form far cuzzy anna!


annaismail.com

jakun sekejap baru tahu kalau nak baca entri terkini klik je gambar2 tu mula2 tak tahu kali kedua ke webpage tu baru tahu adehh penulis ni memang tak berapa nak celik it... purdy pictures in her blog...

dan tak semena-mena penulis berangan bila balik nanti nak suruh anna makeup, pakai shawl and nak photoshoot with her haha, ada hati betul, kamu ni bukannya comei poms haha... i'm supporting you form far dear cuz...


Saturday, October 13, 2012

Forever 21... sarani hangaku

Masa dalam pantang dulu my love ada berulang alik ke Izumi outlet yang berhampiran dengan rumah bersama ayahanda patik. Abah survey cermin mata dan jumpa yang agak murah selepas diconvert dengan duit rm. Dalam pada tu my love terperasan macam ada kedai F21 di outlet. Bila balik rumah dikhabarkanlah berita tu pada isterinya ini. Kecik je kedai tu katanya lagi. Saya sekadar angguk jela. Terus lupa akan F21 tu dan saya ingat saya yang ketinggalan malah mengandaikan bahawa kawan2 lain dah tahu. "oh oh kamu ketahuan" eh nyempat lagi, dush!

Pada suatu hari minggu, Pitt call dan bagitahu dia di F21, ada sale katanya. Harga sale lepas tu ada sale lagi. Bagitahu my love dan dia tanya nak pergi ke, eh apa lagi kan? Mestilah nak... lagipun dekat je dalam 15 minit dari rumah kami.

Ampun tak terambil gambar kedai tu, next time la eh. Memang kecik je kedai tu tapi padat dengan baju dan laluan nak belek2 baju pun sedang2 elok je. Bahagian depan tak ada sale. Yang sale kena pergi belah belakang sikit. Saya ternampak ada tertulis "Sarani hangaku" (sebut han-gaku). Eh biar betul? Sarani= further/furthermore dan han maknanya separuh/half, hangaku=halfrpice atau dengan kata lain tambahan 50% off.

Patik kan mana boleh tengok dress, maklumlah koya princess tak abis2 sejak dari dulu. Dah jadi mak budak pun masih taste macam tu huhu. Berkenan dengan baju ada riben ni, harga asal 2370 yen, harga diskaun 1099 yen. Biasanya baju paling murah patik beli sekitar 1000 yen. Ada story mory di entri ini. Kalau betul sarani hangaku macam pengsan je? Nak pastikan saya tanya staff tu, 50% off dari harga 1099 ke? Staff tu angguk, "hait, koko kara desu." sambil tunjuk pada harga 1099 tu, 50% ladi dari harga diskaun jadi 549 yen. Weee... nak melompat boleh? Kena pakai dengan cardigan atau jaket. Belt tu pun sekali dengan baju tatau la nak pakai ke tak, tengok kesesuaian.

Blouse tak belek sangat sebab beli hari tu pun cepat2 dan memang tengok dress je. Tapi banyak jugak la baju yang sarani hangaku termasuk jaket dan harga baju paling murah sekitar 499 yen.


Thursday, October 11, 2012

Shawl-ing...


Notice something different? Eceh ayat mengada hehe...

Dah lama tak pakai shawl. Saje sejak dua menjak ni tiba-tiba tergedekiah. Kelakar pulak gambar kat atas tu, my love tengah khusyuk kunyah, Hamza nampak macam terliur dengan sushi tu yang penulis blog pulak pakai shawl senget benget. Pengsan!

Shawl tu bermakna gitu bagi saya sebab satu-satunya pemberian dari my love. Tapi kan rasanya muka patik ni tak sesuai la pakai shawl. Suka tengok orang lain pakai shawl, kawan2 dan juga retiss. Suka jugak tengok orang belah timur tengah pakai shawl sekelip mata je dah siap takde nak brooch pin-pin bagai. Kagum betullah huhu. Yang saya pakai kat atas tu 1 brooch dan 1 pin dua kali lilitan (macam nak kira lilitan bulatan pulak, entahla patik tak tahu istilah yang betul hehe), kalau sekali lilit makin lama la kat depan cermin sebab tak pandai nak adjust. Sebab tu suka pakai tudung bawal kejap je dah siap.

Rasanya banyak tutorial di youtube dan juga blog cuma tak sempat je nak jenguk dan cuba belajar. Sekian entri merapu untuk hari ini.

p/s: JL, nak kirim shawl turkey 1... :P


Friday, August 10, 2012

Ken Hamza@2 bulan...

Hari ni 10 Ogos, kesayangan kami dah 2 bulan. 20 hb nanti ada check up dan injection pertama. Harap2 Hamza tak menangis dan demam. Hu risaunya... (tak habis-habis risau...)

"i could stay awake just to hear you breathing... watch you smile 'and cry' while you are sleeping while you're far away from dreaming..."

Gambar di atas diambil pada 8hb lagi 2 hari nak masuk 2 bulan. Konon nak bergambar bersama mama dan papa berlatarbelakangkan perhiasan tanabata di bandar Sendai, tapi dia tidur pulak. Serba salah nak angkat dia untuk bergambar. Baju dalam gambar tu adalah jinbei. Yukata untuk akachan di musim panas. Kebetulan je jumpa di Jusco. Tak pernah jumpa jinbei saiz untuk baby. Sebenarnya saiz tu untuk umur 6 bulan ke atas tapi dah sedang elok dengan Hamza. Ada diskaun 20% dapatlah harga 624 yen, wee suka suka terus patik ambil tanpa berfikir...

 salah satu gambar kegemaran saya. Mama and papa love you so much!
latest: Salam semua aunties and uncles, hari ni umur Hamza 2 bulan... mama ada ambil video Hamza tapi mama tak pandai upload pulak huhu... mama ni "very the" tak celik IT.

Teringat masa mengandung dulu. Saat yang indah, masa tu syokla rasa nak dapat adik Hamza cepat2 haha... sekali bila dah lalui proses melahirkan Ken Hamza, err trauma jap... tunggu hilang memori tu dulu dan nak spend time dengan Hamza puas2. InsyaAllah moga rezeki seterusnya hadir pada waktu yang sesuai.


Saturday, May 12, 2012

Bow rink...

Sekali sekala gedik guna bahasa muda mudi ni. Entah betul entah tidak. Hentam sajalah. Nak bagitahu keboringan yang amat sangat. Bow rink=boring, ke ada fashion lain untuk menyebutnya. Tengok bahasa anak-anak buah yang sedang meningkat remaja ni berbelit lidah nak menyebutnya.

Ni gambar pagi tadi, ada papa mama class di tohoku daigaku byouin. Banyak maklumat dapat tapi bukannya faham sangat sebab fully nihon-go. Nasib baik ada video dan gambar, kalau tak pasti ternganga je.

Bukan boring kelas tu, tapi boring dengan baju yang sama je hehe. Patik tak ada baju maternity (sila percaya wuwuwu). Pakai je yang mana muat. Sebab sebelum ni memang suka beli dress yang jenis kembang. (koya princess, itu yang asyik beli baju kembang2 haha). Sekarang ni hanya ada 5 helai je baju konon princess yang masih muat dengan usia kandungan nak masuk 36 minggu ni. Baju tulah untuk pergi lab, baju tu jugak pakai time weekend. Adakah ini disebabkan emosi tak stabil preggy mama?... serba salah pulak nak beli baju maternity, bertahanlah setakat yang ada ni.

Tadi sewaktu kelas papa mama, para suami diajar cara untuk support isteri waktu nak bersalin nanti. Cara massage untuk tenangkan isteri. Bersalin kat sini tak ada epidural etc... semuanya completely normal, melainkan ada complication baru c-sec, etc. Midwife suruh practice baring/bersandar pada badan suami. Saya belum letak badan lagi cinta hati dah cakap "aduhhh beratnyaaa". Ish my love ni, cubit kang baru tahu haha...

Kepenatan sebab hari ni penuh dengan aktiviti, taip entri laju2... tak sempat nak bw huwaaa... Lepas kelas papa mama, ada surprise baby shower party oleh geng sendai. Memang terkezutsss... The best surprise ever! Nak story mory pun gambar tak banyak, kena ambil dari album geng2 sendai ni... InsyaAllah akan dikongsi di sini...



Wednesday, March 7, 2012

Onaji...

Onaji = sama/same

Apa yang sama tu? Buat masa ni saya belum ada baju maternity. Guna baju yang sedia ada. Alhamdulillah, dek minat pakai dress, (sebab selalu berangan nak jadi tuan puteri, dush!) berguna juga time preggy ni yang kebanyakannya masih muat hingga kini. Save bajet hehe. Tapi tak tahulah bila 8-9 bulan nanti mesti muat2 aje kut. Entah2 tak muat. Sebab orang cakap masa tu nanti perut akan membesar dengan jaya jusco nya. Tambahan pula berat badan ni naik dengan sungguh maju jaya, huwaa pasrah jela...

IMG_3777
tahun 2010, gambar anniversary... macam nak pengsan je tengok diri sendiri masa ni... adakah itu daku? eceh bermonolog dengan diri sendiri pulak...

IMG_0210
"onaji" tang dress, tapi rupa paras pemilik dress berubah begitu mendadak kan? tak larat nak pengsan dah! Ada masa nanti saya story mory tentang background gambar yang diambil tu.

Dress 1000 yen aka 10 hengget je pun... suka betul beli dress murah2 ni i loikee...i am not a brand conscious person in terms of clothes, tapi time sale tu terjah jugak kedai-kedai macam Zara ke Forever 21 ke (eh bajet muda lagi), mana tahu jumpa yang murah-murah :). Nak yang murah aje kamu ni ish2...


Monday, December 26, 2011

Red checked...

Biasanya dah nak dekat akhir tahun ni banyak concert kat tv. Tengok pun secara kebetulan je. Ramai juga retis jepun yang memilih pakaian red checked ahauuww baju kotak-kotak merah gitu hehe. Dulu zaman muda mudi suka sangat pakai baju petak2. Sekarang dah jarang, ada juga beli sebab nak matching dgn cinta hati hehe... (matching aje kamu ni!)

Bagi peminat SMAP (i biasa2 je hehe) mesti dah sedia maklum dengan fashion pakaian mereka ni. Pelik aje semuanya, kadang tak cantik pun hehe (di mata patik la, mata orang lain tidak ketahuan... hik2).
IMG_0001
tolonggg... masih belum kenal semua ahli kumpulan ni hehe... 

IMG_0002
wahh satu set red checked gitu (hujung kiri) nasib topi pun tak checked juga ye. Patik tak pernah pakai seluar petak hehe, jacket petak kecik2 comella tapi kalau petak besar dan warna pun mengancam fuhh tak berani nak pakai hehe...(i kan pemalu, dush!), kalau dah retis nak-nak retis jepun harus la pakai yang stylo dan pelik...

Yang bukan retis pun ramai yang pakai pelik2 bermacam fashion. Pernah nampak "patung berjalan" kat sendai hehe, bukan apa mereka dress up betul2 macam patung dengan gaun kembang, handbag comel dan stokin panjang. Jarang2 je nampak. Mungkin lebih ramai di tokyo dan pelbagai jenis lagi di bandar metropolitan tokyo tu... seperti harajuku, shibuya dan sebagainya, contoh macam di bawah...
 nama fashion ni classic lolita (source from HERE)

Macam2 betullah depa ni kan hehe...


Wednesday, December 21, 2011

Nota 1000 yen (Foods and Dresses)...

Owh dah lama patik tak bersiaran, kurang sihat, sakit kepala huhu. Tak tahu nak cerita pasal apa walaupun banyak ceritera tertunggak. Hari ni patik nak bercerita tentang duit. (eh macam terdengar orang nyanyi lagu duit je hiks). Cuba anda lihat nota cinta kat bawah tu...

image taken from HERE

Masa mula-mula sampai dulu, saya dan cinta hati asyik convert aje barang yang dibeli dama yen ke RM. Maklumlah masa awal-awal dulu, bawa duit biasiswa RM dari mesia. Elaun seterusnya baru dapat dalam yen. Nak2 en suami ni orang matematik, memang patik ni bak berjalan dengan calculator bergerak (love, gurau je... penulis berkata2 pada cinta hati beliau).

Lepas tu mulalah, eh mahalnya ni mahalnya tu... kalau fikir macam tu habislah, tak makanlah kami hehe. Akhirnya ada peluang berkumpul bersama adik2 junior. Tengok barangan mereka pakai saya telan air liur semua pun branded dari GAP, Tommy, Coach dan sebagainya. Satu kelebihan mereka adalah, mereka fasih cakap jepun dan boleh buat baito (part time job), menambahkan lagi elaun yang ada. Mereka juga berpesan dah duduk jepun, dapat duit yen maka perlulah sesuaikan diri denga perbelanjaan ala orang jepun. 1000 yen tu macam RM10 (hakikatnya kalau convert tukaran semasa faham2 ajelah huhu). 10,000 yen macam RM100. Betul juga kata mereka sebab kami dah tak dapat duit dalam RM. Elaun yen yang diberi alhamdulillah lebih dari cukup kalau kena caranya dan juga berjimat cermat.

Ok baiklah... mari kita bandingkan penggunaan RM10 di Malaysia dan 1000 yen di jepun. (eh, macam rancangan pendidikan pulak, biasalah patik kan suka berangan).

RM10 (tak tahulah harga barangan sekarang patik bandingkan yang dedulu yang pernah dibeli)
-boleh makan mcD mcvalue, kfc etc
-beli barang seperti susu, tisu, ikan, sayur etc
-makan dan minum di mamak, kopitiam etc tapi tidak di Starbucks dan yang sewaktu dengannya
-makan eskelim cone mcd 10, tapi jumlah jadi RM10.50 sebab tax hehe tapi tidak di Baskin Robin, Cold Strone creamery etc
-makan di kedai lauk tomyam, telur dadar, nasi utk seorang makan
-alamak penat lah moh kite ke yen la pulak...

1000 yen
-boleh makan mcD, kfc tapi tak pergi poms sebab tak halal wuwuwu
-beli barang seperti sama jugak macam RM tu, tapi boleh beli ikan salmon :), udang, susu etc
-makan dan minum di err... tak ada mamak tapi ada kedai halal nan tandori, dan juga boleh makan kek dan minum coffee di Starbucks, Doutor, Tully's dan yang sewaktu dengannya, i likeeee...
-makan eskelim cone mcD berharga 100 yen (with tax) dan juga boleh makan 3-4 scoop di Baskin Robin, Cold Stone creamery etc...
-makan di family restaurant seperti Marumatsu, Saizeriya, La Pausa, etc
-juga boleh beli baju 10 hengget aka 1000 yen seperti di bawah
patik bukanlah seorang yang brand conscious bab-bab pakaian ni, asal nampak cantik, comel, kiut di mata patik cukuplah...

IMG_0033
kebetulan time sale dan juga penghabisan stock, kalau nasib baik jumpa la baju 1000 yen ni. Selalu jumpa di outlet dan juga The Mall Sendai...

IMG_0034
comel tak siap sulam2 lagi... kalau nak tengok saya pakai boleh berkunjung ke entri INI. (eceh macamlah ada yang nak tengok, ferasan vetullah).

Banyaknya boleh dibeli dengan 1000 yen kan? Kat sini inflasinya sangat rendah. Air minuman baik di vending machine mahupun di kedai sekitar 100 yen aje ha dari dulu hingga kini. Duit yen 10 tahun dahulu pun masih laku untuk digunakan. Contohnya patik balik belajar dan simpan sedikit duit yen selit kat buku kononnya kenangan (haha tak menahan!). Tiba2 panjang umur murah rezeki nak jenjalan jepun kononnya tahun 2020 (tskk), bawa je duit sama tu pasti masih laku dan boleh digunapakai. Malaysia pula, inflasi agak tinggi kan, RM10 dulu dan kini dah tak sama, makin lama makin sikit barang yang boleh dibeli dengan RM10 pastu duit asyik tukar aje kan, kejap2 tak laku macam RM1, RM50 etc huhu...

Kawan cinta hati jejaka X ada teman wanita yang bekerja sebagai cikgu sekolah menengah, gajinya sebulan 200,000 yen (huwaaa pengsan, patik sedang membayangkan gaji pensyarah di sini huhu...) kuasa membeli tinggi dan harga barangan pula bersesuaian dengan pendapatan rakyat. Orang kat sini main2 aje beli handbag berjenama. Contohnya Coach di outlet 20,000 yen pun dah boleh dapat dan di butik mungkin 50,000 yen ke atas. Banyak lagi baki gaji dia ha 180,000 yen lagi... dah la bonus 3 bulan gaji yang diberi 2 kali setahun ok! Sekali dapat bonus terus boleh beli kereta cash! pengsan tak? kat mesia gaji cikgu berapa eh? nak beli handbag jenama sama yang harganya separuh dari gaji atau nak sama dengan gaji wuwuwu...haruslah fikir banyak kali tak pun kumpul dulu, takpun credit card dan bayar bulan2...

Lagi satu harga kereta tempatan keluaran negara sendiri (Honda, Toyota etc) terutamanya compact car, mini car etc dijual sangat murah dan mampu dibeli oleh semua tak perlu nak loan bagai. Tapi kereta kita? Jual kat negara luar murah sangat, tapi mahal untuk rakyat sendiri, tak mampu nak bayar cash dan kena buat pinjaman kalau nak beli, huhu sadis betul...

Patik bukanlah pakar ekonomi malah tak tahu sangat selok belok ekonomi ni, sekadar membandingkan sahaja pengalaman di luar ni dengan apa yang pernah dialami di negara sendiri. Sebanyak mana pun emas kat negara orang ni, saya tetap nak balik kg halaman terchenta dan berbakti pada negara hehe... semua ni saya anggap sebagai pengalaman dan rezeki merantau di tempat orang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails