Sunday, February 13, 2011

Bahasa muda mudi...

Bukan nak bercerita tentang bahasa remaja zaman sekarang... kadang tak faham dibuatnya. Ok ni adalah beberapa contoh...
yunk=yang 
jew=je
itew=itu
aq=aku
eak=ek,eh kutt...
banyak lagi tapi lupa pulak time tulis post ni. Bla baca tu terkedu sekejap sebab ambil seditki masa unutk memproses kepada perkataan sebenar. Sesiapa nak tambah di ruangan komen amatlah dialu2kan... hehe... adik2 silalah ajar akak yang ketinggalan zaman ni ye...

Tapi masa sekolah dulu ada bahasa lagi best. Waktu tu sekolah rendah. Darjah 4 Kuning. Mula2 dengar kawan cakap "eh kenapa pelik sangat bunyi bahasa tu" getus hati kecil ku (eceh macam nak tulis cerpen la pulak).

1. Bahasa M
senang je... mula2 berbelit lidah dan konfius sebab nak tukar ayat. masukkan huruf "M" selepas huruf voval... kalau huruf vokal pertama dalam huruf tu, tambah M sahaja tapi huruf vokal seterusnya tambah macam ni: kalau huruf a jadi ma, i jadi mi, u jadi mu dan o jadi mo. Kalau pengakhirannya adalah bukan vokal maka tambah M di belakang

"saya suka makan nasi"
bahasa M "samyama sumkama mamkamam namsimi"

tapi bahasa ni bertahan tidak lama lepas tu jemu... sebab semua orang pun guna dan faham apa yang kami cakap, no mpre secret2 hehe... tak lama lepas tu kawan perkenalkan bahasa baru pulak iaitu...

2. Bahasa F (yang ni ada dalam Puteri Impian 2)
bila tengok cerita tu terus teringat kenangan zaman kanak2 dulu... hehe... yang ni senang sahaja tambah F yang bersesuaian selepas huruf vokal...

"saya mahu pergi shoping!"
"safayafa mafahufu perfergifi shofopingfing"

entah betul ke tak yang i tulis ni kalau salah tolonglah betulkan. Maklum lah dah lama tak praktikkan bahasa ni... bila tak boleh berbahasa begini, kami mencipta kod tulisan pula.. beli buku nota comel ada gambar kartun atau bunga (wajib, haha). Bila dah dapat nota berkod istimewa tu kalau lupa terus keluarkan senarai dan translatelah nota rahsia tu... lebih selamat dari bercakap bahasa rekaan kerana makin lama makin ramai yang tahu...
apekahh??? akan diceritakan pada entri seterusnya....

19 comments:

A.s.t.i.n.a said...

Sayew x skew ckp itew bahasew melayew yangfang befetulful.. samyama pemniming.. Nisss apeke??

Anisa Hang Tuah said...

heeeheheh
betul la akak..bahasa zaman muda mudi tu..
yg bestnye bahasa F tu.
agak susah nak sebut
tapi best buat org tak paham & ternganga..

Cik Sara said...

betullah tu..one of them is my little sister.. Bile dengar or baca apa yang ditulis.. Fuh..nangis.. Sian dekat cikgu-cikgi yang mengajar bahasa melayu.. Separuh jiwaku..pergi..mendengarkan anak bangsa bercakap tapi tak faham..hohoho

Firdaus Kasim said...

hye, slmt pg kak.. itew nk tukar banner atau link blog dgn akak leh? hehhe

Nieda said...

mmg anak2 remaja sekarang suka menulis guna bahasa mcm tu. Tapi pada akak dah mcm pencemaran bhsa pula. Nanti terbawa2 dlm peperiksaan. Kalu akak tak reti la pula .Kena ambil masa nak faham.

Nieda said...

mmg anak2 remaja sekarang suka menulis guna bahasa mcm tu. Tapi pada akak dah mcm pencemaran bhsa pula. Nanti terbawa2 dlm peperiksaan. Kalu akak tak reti la pula .Kena ambil masa nak faham.

Nieda said...

mmg anak2 remaja sekarang suka menulis guna bahasa mcm tu. Tapi pada akak dah mcm pencemaran bhsa pula. Nanti terbawa2 dlm peperiksaan. Kalu akak tak reti la pula .Kena ambil masa nak faham.

Annisa said...

kakfak hafanisfis, safayafa sufukafa bafahafasafa F nifi jufugakfak ^__^ terferpefengafaruhfuh defenganfan pufuteferifi imfimpiafianfan ^_^

hoh, kak hanis. bahasa sekarang best gakkan. nisa pun tak faham sometimes ^__^ tapi best gakla ada perubahan.

eelobor said...

bahasa jiwa bangsa....

wida said...

x reti jugak dengan bahasa budak2 skrg..nmpak sgt ker kita ni dah tua hanis..hehehe

نورعيم said...

haha. yg pelat² tuh takleh tahan. sy mmg anti lah kalo org tulis cmtih. terbelit lidah nak sebut. haha.

liyana said...

hahahah..agak ar....kah3..
haritue maka baca msg adik yana....mak pening seyh..
ye la..kwn adik yana tulis..."buat apew pew?
kah3..
btw, yana sampai skrg tak reti guna bhs huruf F tue...terbelit2 lidah sebut..otak lak kena laju kan???

Rohani Hashim said...

hana, hany kt skola dulu gune F tuh, tapi mcm ramai faham...kitorang tukar guna Z.ahaha pelik dorang takleh tangkap.padahal tukar huruf je kok.

sokzokmozo hazanyzi dazatangzang tezengokzok bezelogzog hazanaza ;)

Aida Lela said...

dulu penah gune safayafa tu je..F ..

* bahasa sekarang kelas2 u, memang kene pikir kalau nak faham

Bunga said...

sampai sekrang xreti ckp cam 2..hahaha..n xpaham pe org ckp..

lady-D said...

yunk yunk. ai suke gune bahasa K ms dulu2..hehe..comeyyy jewwwww ^__^

Unknown said...

rndu nk kutuk org guna bhs F!!

H A N S said...

hanis! td kul 3 ader citer puteri impian 1. hohoho..org x reti nk ckp bahasa F tu. fail la..hahaha

Ct Arina said...

dpratikkan bile nak termengumpat. ahaks ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails