Wednesday, February 9, 2011

Kerana terlalu...

Ini kisah lama... sebelum nak cerita kisah lama nk cerita kisah yang lagi lama... iaitu zaman belajar dulu...
 googled
Apa kaitan pulak dengan gambar kat atas tu eh? Dulu adalah sorang makcik cleaner berbangsa india.. selalu datang bersihkan kawasan di luar makmal tempat saya bereksperimentasi... kesian nengok dia suatu hari saya senyum... bertemu kali kedua saya bertegur sapa selepas dari hari itu tiap2 harilah saya menegur dia dan juga makcik-makcik yang lain juga.. ada masa saya berbual kadang2 beli muruku dan juga kuih2 lain... sampailah saya habis study. Dengan makcik india tu yang paling lama berkawan sebab kontrak dia dlm kawasan tu jugak dan makcik lain pulak ditukarkan ke tempat yang agak jauh... bila saya jumpa dan cakap dah habis belajar mahu pulang kampung... matanya bergenang... saya didakap erat... terharu dibuatnya... apapun terima kasih di atas persahabatan itu aci (saya panggil dia aci....comel tak?hehe)... mereka pun manusia juga kan ada segelintir orang selalu memandang mereka seolah-olah tiada harga diri malah siap mengutuk lagi.. .astaghfirullah... apa agaknya terjadi pada aci sekarang semoga dia sihat dan gembira bersama keluarganya...

Alhamdulillah selepas dapat kerja yang memang diidamkan, saya sekali lagi berjumpa pekerja2 ni sebab mereka akan masuk setiap bilik untuk vaccum selain itu menyapu dan mop di sekitar koridor. Kali ini semua pekerja muda-muda belaka... baguslah anak muda yang bekerja. Suatu hari sewaktu sedang menyuap santapan ringan sementara menanti waktu tengah hari... pintu diketuk... wajah putih manis, bergincu pink menunjukkan muka "nak vacuum bilik?" tanyanya... Saya mengangguk dan tersenyum kerana mulut dipenuhi ubi rebus (pelahap kamu ni!) Selepas selesai kerjanya... saya memberinya seketul ubi jepun rebus yang hanya dibalut dengan tisu.

Mulai dari hari itu saya punya kawan baru...tiap kali ida (bukan nama sebenar) datang pasti kami berbual dan saya juga sering berkongsi hidangan ringan dengannya, hingga pada suatu hari Kak Izan (rakan sekerja) datang dan bagitahu ida ada minta no telefon. Kenapalah agaknya ya? "Bzz" "Bzz" msg berbunyi... dari ida... katanya ingin berjumpa. Saya menjawab, datanglah saya ada di bilik... Ida mengetuk pintu dan menjenguk...dia tak masuk pun... mukanya berkerut risau, seolah2 sukar untuk mengeluarkan bait kata seterusnya. "Kak nak pinjam duit boleh? Dalam RM100" akhirnya dia berbicara...mak aih siap cakap jumlah tu... saya gusar... tak bagi kesian pulak kalau dia sememangnya perlukan duit. Nasib baik dalam purse ada RM50 sahaja. (kenapa cakap nasib baik? haa tungguuu sat naa) "Maaflah Ida ada RM50 je dalam dompet ni." "Takpelah, pinjam dulu nanti ada duit saya bayar balik."

Selepas dari hari itu saya langsung tak bertemu dengan Ida. Yang datang vacuum bilik adalah pekerja lain. Bila ditanya mereka pekerja kontrak baru dan tak kenal dengan pekerja sebelum ni. Hari berganti hari hingga suatu hari saya nampak Ida, berbonceng motor, kami bertentang mata, saya senyum kerana suatu masa dulu kami kawan dan bertegur sapa, dia hanya membalas dengan masamnya lebih masam dari cuka ditambah dengan jelingan lantas memandang ke arah lain... eh eh siapa yang sepatutnya bermasam muka ni?

Huh tertipu rupanya... diri ini dipergunakan.. .apa ingat saya ATM bergerak? Di kala dia meminta duit dari saya itu merupakan hari terakhir Ida bekerja di situ. Msg pun tiada guna, saya hanya mencuba 2 kali, dia dah tukar nombor (mungkin beli nombor prepaid baru dengan RM50 yang dikebas dari saya). Saya halalkan, kalau tak halal kesian pula pada keturunan dia... yang penting agar tiada lagi yang menjadi mangsa Ida. Buat baik berpada-pada, pepatah melayu pernah berpesan... dunia zaman sekarang semuanya pentingkan wang ringgit... nak buat baik pun jadi serba salah bimbang duit itu tidak digunakan pada jalan yang sepatutnya...

Petang yang muram dan redup...ahh kenapa terkenang kisah lama ni?

30 comments:

PinKy MoMMa said...

smoga rzeki hanis melimpah ruah dgn menghalalkan apa yg dh diberi..memang geram tapi kite cuba x jadi mcm si dia..wat goes around comes around hehe..slmt beramal aicehcehceh..

Anonymous said...

ini kak hanis punya entry ke...lain.. tak macam selalu..lenggok dan gaya penulisnya lain, macam baca blog org lain plak..hehe

Ct Arina said...

o ye ke. nasib baik kisah lame kan? ehe^^ kind hearted hanis ni. semoge lagi murah rezeki hanis nnt. amin^^

amirah said...

orang yg ambik kesempatan atas kebaikan kita ni memang menyakitkan hati kan.tp insyaAllah kalau kita tak buat mcmana yg dia buat pd kita, hati kita takan rasa serabut..

man yusoef said...

wah, akak hanis kita bermadah helah mengimbau kembali zaman2 lama. Tulah kan kak, kadang2 kita buat baik dgn orang mcm ni diorg balas. kadang2 ade gak kat bus stand org mintak duit tak cukup duit nak beli tiket. Man kadang2 kasi je, walau tak bnyk. Kwn2 man ckp, knp ko kasi, dia tipu ko je tu. Man cakap " lantaklah dia nak tipu, dia yg dpt dosa...aku tak tau, so aku tolong jela dia" Paham tak? pnjng komen ni...hehehe

A.s.t.i.n.a said...

Tengoklah bangsa kita.. segelintirnya begitu.. Apabila bersalah bukan mahu mengaku salah malah menunjukkan sombong.. Naaudzubillah, mohon dijauhkan sikap itu dari kita Hanis..

Halalkanlah kerana Allah maha adil.. mungkin itu bukan bahagian kita.. doakan hati si Ida diberikan pedoman.. hati kita juga..

cik mici said...

bukan main lg si ida tuh amik kesempatan...biarlah dia..akhirat esk dia xlari kemana pon...


klu xde cleaner..jd apelah tempat kite agaknye...huhu

Along Usop said...

semoga dimurahkan rezeki ye kak Hanys.. yg lepas tu biarlah..

doa2 la smuga dia sedar.. amin..

mrs kayrul said...

kesian kat hanis...kita buat baik pun susah...mungkin ida tue 1 dalam 1000 kot...tapi kena lebih berhati-hati kelak erk

Unknown said...

mueheh..lorh terkena sakan ek..takper la kot2 tu bukan rejeki kite..ade la tu rejeki laen..

Annisa said...

ubi jepun rebus? macam mana tu kak hanis :) hm, what you give you get back. Don't worry. Memberi lebih baik dari meminta :')

hope takde orang yang sanggup amik kesempatan atas kesenangan orang lain. dan kte tak tau orang yang kte minta tolong tu juga memerlukan :')

*rabu ♥

kema said...

nasib pn hanis tak brapa baik jumpa org mcm tuh..kte niat baik tp dorang dh gunakan kte,tipu orang utk kpentingan diri...sb manusia mcm tuh kdg2 jd takut nk tlg org lg...

Ujang9897 said...

demmm...mcm2 hal org nie..

tp mmg ada jer org mcm tue

Anisa Hang Tuah said...

akak..what goes around comes around..

bersabar lah..Allah akan bagi rezeki yg melimpah pada akak..


semoga si beliau itu mendapat pengajaran yg sebenar2 mengajar die atas perbuatan die kat akak..

نورعيم said...

oh, kdg² dorg yg membuat kita pandang serong kat dorg. sy pon tegur, senyum dekat makcik kat kolej sini.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kak hanis...betul tu. buat baik berpada2.. dengan wang ringgit dpt buat org celik jadi buta hatiii.... wuhuhuhu... biarlah, halalkan sja.. tapi memang tak pantas bbermasam muka sedemikian.

eelobor said...

usah di kenang kisah yang lama. hehehe, sebenarnya biasa jer kes sebegitu. berkawan nie ada yang di salah gunakan. ada yang ambil kesempatan. pengalaman mematangkan kita

fara said...

alahai. takpe hanis, yang penting hanis tolong dia dengan ikhlas. moga2 si ida (bukan nama sebenar itu) sedar dan menyesal atas perbuatan dia tu.
kisah ni buatkan fara teringat makcik cleaner kat tempat kerja dulu. sebelum datang sini, dia peluk2 sambil nangis, dia pesan..kalau tengok makcik cleaner kat uk tu, ingat lah kat dia.. *sebak*
p/s: maaf komen panjang :p

Rohani Hashim said...

xper lah hana, halalkan je yer. diharapkan dia tak ulangi semua tu kan...

manusia ni mcm2 kan hana...

Aida Lela said...

baru sempat baca entri ni.

uisshh! ada jugak macam tu. takpe hanis, janji kite tak buat macam tu kat orang lain. perbuatan dia tu biar Allah aje yang balas. tak senang pun kalau buat orang camtu.

Liza @ Adzriel AB said...

terkenang...kdg2 kita buat tak tahu di kata sombong, kita membantu dikhianati pula. memang sedih bila ada yg tidak menghargai nilai sebuah persahabatan.

http://adzriel.blogspot.com/2011/01/blind-spot-mirror.html

~naddy~ said...

hanis ni baek sgt...tp takpe, org baek ni balasan pon baek gak. biarlah org nk buat apa kat kita, yg penting pcaya bahawa allah ada dgn kita :)

Unknown said...

kte wt baek kt org...tp,org x igt yg kte buat baek kt dia...

haisyh...mane la g moral value...
x yh blaja tgi kot tok bende2 cmnie...

Bibu said...

tabik!!!!....bak sini sifat tu.bab kasi pinjm tu tak ksg aku ksh...bleh lak si peminjam tu wat muka cuka cekodok?iisshhh....memang otak keras cam batu tak leh berfkr.manusia ya.

kkanie pun nak pnjm duit.
uuuummmm...lam 100man.ok?

(^_______^)

Bibu said...

tabik!!!!....bak sini sifat tu.bab kasi pinjm tu tak ksg aku ksh...bleh lak si peminjam tu wat muka cuka cekodok?iisshhh....memang otak keras cam batu tak leh berfkr.manusia ya.

kkanie pun nak pnjm duit.
uuuummmm...lam 100man.ok?

(^_______^)

H A N S said...

huhuhu..sabar jer la hanis, mungkin smua ni ader hikmahnya... =)

Miecyber said...

Bengkyo ni nareru keiken desne..
Ogenki de nee...

Hutang isi rumah mencecah RM 557 bilion

lady-D said...

sabo jerlah..naseb ek 50henggit je..x baek kan wat camtu..kak hanis baik sgt kot..tp kalo kat opis dla ni, bos x kasi mkn dgn makcik2 cleaner..x patut lak rs, cam mendabel stendet pulak..

niesz said...

same mcm niesz..ade org tu die utang niesz smpai skang x byr2..bnyk plak tu..

Anonymous said...

boleh x beli kasut geox,dslr and uniqlo clothes?Nanti bayar...ngeh3...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails