Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul...

Sebelum tu nak ucapkan Salam Maulidur Rasul... alhamdulillah, ramai rakan2 bloggers yang  memaparkan pelbagai kisah sejarah dan sambutan yang afdal pada hari yang mulia ini. (boleh refer di senarai mite-mite kalau nak baca k). Dapatlah menambah ilmu dan juga mempolish ilmu lama yang pernah dipelajari. Marilah kita sama2 berselawat malah amalkan pada hari-hari lain juga insyaAllah akan mendapat manfaat...

Bestnyaa kalau boleh turut serta dalam maulud nabi. Yang paling melekat dalam ingatan sudah tentu maulud nabi peringkat sekolah rendah. Masing2 akan mengenakan baju kurung luarbiasa iaitu bukan baju kurung sekolah tapi baju raya haji ke, raya puasa ke, baju tak raya ke, macam2 fesyenlah... eh ingat feseyen aje i ni huhu... jangan salah sangka yelah masa tu kan kecik lagi kawan2 semua duk excited bagai... lepas tu paling tak lupa ada yang datang siap mak dia makeup kan dan pakai baju kebaya kain terbelah ahauuww... ramai la kawan2 kelas sebelah perli kat dia, apelah dia ni, nak sambut maulud ke nak pergi fashion show??? Takpe tak dosa kalau dia belum akil baligh masa tu. Memang dia menjadi perhatian, cikgu pun tengok kat dia huhu. Tapi dia sangat confident. Bagi yang tak habis2 duk pot pet ngumpat dia tu "eh, sudah2 le tu? tak puas hati ke? jeles ke? sebab takleh nak pakai cun melecun macam dia?" Saya dan kawan2 akrab yang lain sekadar jenguk2 je masa mula2 tu lepas tu teruskan acara seperti biasa. Sebab kami sekelas dengan si "jangok" tu. Jadi memang dah faham akan kejangokkan beliau dan dah sedia maklum, malah ada waktunya kami pasti ternanti-nanti fesyen apa yang akan dikenakan. Excited nak tengok tapi takdelah excited nak mengumpat hehe...

Tapi bagus betul acara ni diadakan di peringkat awal lagi, menerapkan unsur positif sejak dari kecil... Selepas berada dalam barisan dan bergossip sekejap, kami pasti ternanti-nanti kertas selawat dan juga bunga rampai... pusing satu sekolah dan berselawat memang menyeronokkan. Lepas tu mulalah ke perpustakaan nak baca tentang kisah Nabi. Bila kelas agama psti banyak bertanya pada ustazah kerana teringat akan sambutan maulud nabi itu. Bila tiba sekolah menengah dah jadi biasa sikit apatah lagi bila ke alam universiti. Di alam kerja baru la ok sikit sebab ada perhimpunan bulanan jadi ramai2 akan berselawat masa tu, kiranya ada lah juga sambutan malud yang dilakukan... tapi sejak duduk sini..sendiri2 ajelah kan, maklumlah mana ada cuti khas... saya pun tak pasti ada atau tidak sebarang acara di masjid sendai tu. Kalau ada pun bukan boleh pergi sesuka hati tanggungjawab di lab haruslah dijalankan seperti biasa, kerana orang2 di lab ni bukannya faham akan hari kebesaran ni...

Cerita kanak2 di atas hanyalah sekadar selingan semata-mata, samalah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW... amalkan juga selawat ringkas selepas solat dan dalam apa jua perkara yang anda lakukan...
diambil dari sini.

16 comments:

Ujang9897 said...

salam maulidul rasul

man yusoef said...

salam maulidur rasul auntie....haha

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kak hanis...
Salam Mauliur Rasul.
Menitis air mata masa salawat ramai2 tadi:')

نورعيم said...

salam maulidur rasul kak ;)
rindu nak sambut dkt umah .huhu.

PinKy MoMMa said...

salam maulud hanis =)
teringat lepas selawat ramai2 masa skolah dlu..pastu kena bernasyid pulak atas pentas.. =)
hihi mak suh pegi blaja sibuk amik part nyanyian2 ngeh ngeh ngeh..
apa pun mmg beza sambutan masa kecik ngan bile dh bsr nih..

Unknown said...

jayo weh sambut moklok kapong..hehe maghi balik kelatea ni

シャイマ said...

hi!im syaima.stumbled across ur blow few weeks ago and love it!sy baru je dtg niigata few months ago ikut husband.:) sgt malas nak belajar japanese tapi sbb baca blog nih helpful jugak bila akak ajar japanese!hehe

A.s.t.i.n.a said...

cepat balik Mesia... kita sambut sesama..

Anisa Hang Tuah said...

akak,nanti akak balik mesia,kita sambut sesama yaa

salam maulud..

anie,Nagoya said...

pos komen dulu.baca kemudian.bz sesgt.3 n3 Hanis tak sempat nak baca.termasuk ni

salam maulidur rasul

lady-D said...

Salam Maulidur Rasul K.Hanis ^__^

ayat "kejangokkan" tu mmg best..hehe..dla join perarakan gak arini..hehe

H A N S said...

alhamdulillah...lets make Rasulullah as our role model =) n islam as our way of life =)

Anonymous said...

seronok sambut maulid dulu2..tapi ramai skarang tak brapa nak ambil peduli pasal maulid ni... sigh...

Nor Moscow said...

salam maulidurrasul dr kami sekeluarga..

KakD said...

oh tetibe teringat mase sambutan maulidur rasul zaman sekolah dolu2 hihihi, same la :)

salam maulidur rasul dik :)

Ct Arina said...

salam maulud nabi pade yg nun jauh d perantauan.. ahaks ~_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails