Showing posts with label Wishes..celebration. Show all posts
Showing posts with label Wishes..celebration. Show all posts

Friday, August 24, 2012

1 Syawal 1433H di Sendai...

Pagi syawal kali ni amat berbeza buat saya dan cinta hati (eceh ayat tak menahan). En suami je solat raya bersama jiran bawah, saya di rumah bersama Hamza. Mengikut pengalaman yang lalu, bahagian wanita memang padat dan sempit, risau keadaan tak selesa dan Hamza menangis, bisa menimbulkan panik pada mama yang tak berapa berpengalaman ni hik2...

Menu biasa2 je hanya sempat buat lontong/lodeh dan cupcake je. Kemudian kami dijemput oleh keluarga yang nasih baru di Sendai ni. Kak Ani dan keluarga yang mempunyai 2 puteri comel! Gambar2 ni semua banyak diambil dari belas ehsan kamera kawan2 patik je wuwu sadis, apapun terima kasih kuncu2 sekalian. Mohon kebenaran letak di blog ni ya...

 tak ada baju raya pun pakai baju tahun 2009 hehe, my love memakai kemeja raya saya belikan khas buat dia (dush!) Hamza tidur je, kami pun pelik, dia diam seribu bahasa (kalau kat rumah riuh betul), sebelm dia terlena, semua orang nak pegang dan dukung Hamza... (bagus2 bolehlah mama dan papa menjamu selera)...

Gambar beramai2 Pitt dan Iryd dah balik sebab nak prepare open house rumah mereka pula. (saya dan cinta hati je tak buat open house hehe... ampunn)... Terima kasih tak terhingga buat Kak Ani sekeluarga... nasi minyak, mee kari, brownies yum yum... ayat paling best kat sini bila seorang pelajar undergrad adik S panggil salah seorang si cilik bernama Sofya "Sofya, sini... nama sapa?" adoi lawak betul dah panggil nama lagi ditanya nama, mesti konfius budak tu nak jawab... memang dialog of the day :)

balik solat dan isi perut Hamza baru kami ke rumah Pitt dan Iryd... The girls posing hehe... open house kat sini menu lemang, rendang, kek "avatar", mee soto, biskut raya, maruku... makan sampai pengsan! Kat sini pun Hamza behave jugak (aish musykil betul... apapun arigatou ne Hamza)

 Kenangan raya di kediaman Pitt dan Iryd, thanks a lot guys! it was super duper awesome!

 bersama Pitt dan Iryd cum model Sendai... chef and a happy family!

Balik rumah prepare apa yang patut sebab malam tu ada potluck, kami sewa satu bilik khas untuk berkumpul kemudian main bunga api (yang ni tak join sebab dah lewat malam dan sebenarnya risau Hamza meragam lagi)... Barang yang kakak pos dah sampai iaitu baju raya kami yeayyy... apa lagi terus pakai hehe. Petang tu Ken Hamza meragam, menangis meraung semua serba tak kena... susu tak nak, dodoi tak nak, letak kat swing tak nak sampai kami tak tahu nak buat apa... sampai bukakan baju dia tinggal diaper je in case dia panas... last2 cuba dodoi dia dan pujuk2 akhirnya dia terlena... sepatutnya ada kat dewan tu 6-9 pm, tapi kami sampai di sana lebih kurang pukul 8 pm, jadilah walaupun sekejap... mungkin Hamza penat berjalan siang tu tidur tak cukup (mungkin sebab tu dia meragam).


satay, roti jala, kek pelangi dan macam2 lagi... alhamdulillah syukur dapat menyambut raya dengan meriahnya...

gambar terakhir sebelum pulang...

Hari ahad ni ada open house lagi, yahuu... eh over acting betul!


Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Sayu je rasa hari ni. Dah sampai hari terakhir berpuasa. Semoga dipertemukan sekali lg dengan ramadhan sebab tahun ni rasa macam kurang produktif dalam beribadah dan tak seperti tahun2 sebelumnya. Saya rasa semua pun dah sibuk dengan persiapan, ada yang masih dalam perjalanan, ada yang tengah baking/masak, ada yang tengah mengemas etc...

Di ksempatan yang ada ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga dan saudara mara kami di Kota Bharu, rakan bloggers, rakan sekerja kami di UMT, ex-UTM (kawan2 saya), rakan-rakan lain yang mengenali kami. Maafkan segala salah dan silap kami.

 kad raya yang paling simple haha, dah la tak ada family potret yang terbaru, itu aje yg ada kebetulan tak clear pula gambar tu, tapi guna ajelah hehe... Hamza pun nak wish selamat hari raya buat tok ayah, tok wan, nenek, uncles, aunties, cousins dan juga kawan2 papa dan mama.

 paling tak percaya bila Ken Hamza dapat kad raya dari jauh, wee terima kasih atas ingatan...

 satu dari uncle" Osman", satu dari dari tok wan dan tok ayah...

 ucapan dari uncle man... aka manyusoef, terima kasih sekali lagi Hamza likeee (eh ni macam ayat mama daa)...

Virtual card dari nuffnang (eh ni pun nak letak ke? haha) saje na bagi banyak total kad yang diperolehi...

Akhir kata, selamat beraya di kampung halaman bersama keluarga tercinta. Makan biskut raya ingatlah patik di sini wuwuwu...


Monday, July 30, 2012

A birthday to be remembered...

28 Julai dan berlalu... Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh-Nya, kali ini sebagai seorang mama. Terima atas wish dari my love, family dan kawan2. U guys make my day. Blogger pertama yg wish Lady Ayu dan Fidzah FNF, ocopot terkezut ok. Ayu siap buat kad lagi ha. Pengsan!

thanks Lady Ayu! Gojesnya kad ni i likee...

Detik 12 tengah malam dah ada yang mula wish2 terharu bila orang ingat birthday kita betul tak? Ke patik je cenggini? Biasanya orang perempuan macam ni la kan? Ada hari-hari penting dalam hidup setiap wanita, eceh... 
Waktu tengah malam tu My love belum tidur, saya bajet dia nak wish la excited tunggu ni. Sekali senyap je. Dah nak merajuk dah haha, tapi merajuk dalam diam je. Pagi tu dia suruh siap2 nak pergi outlet sano. Nak cari barang sikit, rupanya ada hadiah, beli on the spot sama2 pilih. Arigatou my love! Muahh Muaahh! Aishiteru!! (He sure has his own way of celebrating his wife's birthday.)

 "Mama, Hamza nak wish birthday tapi tak reti nak cakap lagi..." Hamza cuma senyum dan cakap huu je, bila nak ambil gambar terus diam.. pemalu macam mama eh? erk, pengsan! Setakat ni selalu tak sempat nak ambil gambar/rekod time dia cakap. Muncung je mulut dia time cakap tu. Sebelum ni susah jugak dia nak senyum kena cakap banyak2. Sekarang tatkala bertentang mata je terus senyum... especially waktu pagi, tak dapat nak gambar dengan kata2 perasaan tu... huhu...

Sano dah hampir dengan rumah ayu, of course la singgah dan dia ajak berbuka. Tak sangka betul ada surprise birthday cake! Berbuka dengan menu special nasi briyani, onde2 dan tart bluberry.. marvelous! Rasa macam betul2 birthday celebration la... Wee suka suka! Thank you Ayu for the surprise!

 Dan tak sangka ada surprise hadiah jugak! Rasa nak melompat tapi malu eheh... dapat dress princess. Arigatou sangat2 beb!

Last but not least belated purikura with my endless love, My Love and Ken Hamza... Thank you Love for always being there with me... I love u LOVE! (eh terjiwang pulak kat sini, ampunn).


Monday, May 28, 2012

Yo nen...

Apa itu yo nen? Mesti ada yang dah tahu... bagi yang tak tahu, boleh scroll ke bawah hehe. Konon saspen la sangat.


maka ada orang itu tiba-tiba terbuat kek... malas nk guna hand mixer...



campur sikit serbuk koko...



satu dalam loyang dan beberapa untuk cupcake... rasanya oven patik ni dah tak sihat la, kalau cupcake ok je kalau letak dlm lotang mesti dia ada part yang tak masak wuwuwu...



4ever... saje tulis "4" dalam bahasa jepun 4 disebut yon/yo... manakala nen = tahun... Syukur alhamdulillah, hari ni dah empat tahun kami melayari bahtera... semoga kami kekal bahagia dunia akhirat dan berada dalam lindungan-Nya selalu... (asalnya nak tulis forever love tapi sebab nak love tu kat tengah punya pasal...). Happy 4th anniversary my love... i will always love you... macam tak sangka dh 4 tahun dan insyaAllah akachan akan hadir tak lama lagi, moga dipermudahkan... sesungguhnya perancangan Dia adalah yang terbaik...



tapi kejadiannya tidak berapa memuaskan hati patik ni... versi tak cukup cheese topping dan versi tak reti hias kek hehe... my love bukan peminat kek sangat tapi saya saje konon nak rasa macam harini special gitu kan, tapi kek tak menjadi la pulak wuwuwu.. hentam sajalah...

p/s: alhamdulillah perjalanan berjalan lancar, dijamu dengan masakan best2 di rumah Ayu, terima kasih byk2, hugs ketat2, hanya Allah yang mampu balas jasa baik Ayu... ada entri di blog beliau di SINI.


Wednesday, January 4, 2012

Akemashite Omedetou dan culture shock...

Akemashite omedetou gozaimasu...

Owh rasa dah lama tak menulis sejak dari tahun lepas :P. Alhamdulillah masih sihat walafiat bersama cinta hati dan akachan. Bila tahun baru aje, mesti ada feeling akan masa yang berlalu begitu cepat kan? Dah lama sangat tak buat new year's resolutions hehe. Patik kurang gemar, tak tahu kenapa, hari2 pun ada azam dan setiap hari pun kita perlu bersyukur dengan limpah kurnia rezeki dari Allah.

Gambar di atas patik sempat snap masa 1 Januari yang lalu di 'telibisen'. Itulah ucapan yang biasa dituturkan oleh rakyat jepun tatkala tahun baru membuka tirai lengkap dengan pakaian tradisional mereka. Comel kan? Dah lama imejin en suami pakai tapi dia tak nak huhu... Tentang upacara tu, saya kurang pasti ketuk tong beras ke tong sake (beras yang diperam jadi japanese wine). Mungkin ada yang lebih arif boleh tolong explain untuk patik... tsskk... tapi yang pasti kebanyakan dari mereka akan berdoa di shrine/temple. Caranya bunyikan loceng, tepuk 3 kali, tunduk dan berdoa. Dulu pernah story mory di blog yang sensei kelas bahasa jepun cakap, mereka tepuk untuk kejutkan dewa yang telah lena selama 1 tahun agar terjaga lantas mendengar doa yang mereka hajatkan untuk tahun baru dan juga sepanjang tahun tersebut. Sejauh mana kebenarannya patik pun tak tahu.

Apa yang saya harapkan semoga kita semua terus maju jaya dan gembira bersama keluarga dan semua perkara2 yang baik hendaknya, InsyaAllah...

Bercerita tentang culture shock. Pernah culture shock tak? Patik rasa zaman belajar undergrad dulu pernah culture shock sekejap. Dari segi pakaian namun, bila tengok balik, wahh kelakar la fesyen i zaman dolu2 haha. Terpengaruh dengan kawan, tengok macam cantik je mereka pakai. Tak lama pun musim tu sekejap aje ha, hehe.

Terkejut juga bila baca tentang Nur Amalina Che Bakri di SINI tentang perubahan drastik beliau setelah belajar di luar negara. Ingat lagi dulu yang patik kagum sangat dengan keputusan SPMnya, 17A1 tuuu.. pengsan ok! Kemudian dia juga turut memberi motivasi dari sekolah ke sekolah dan menjadi contoh buat adik2. Macam2 cerita tentang pelajar yang super duper pandai kan? Sama2lah kita mendoakan yang terbaik untuk semua. Setuju juga dengan kata2 akhir di entri tersebut.

p/s: ada apa di Maryland...

Tuesday, December 13, 2011

Otanjyoubi Omedetou dan RVC special...

Dah 4 hari rupanya blog tak berupdate. Sekarang jadual tak menentu la wuwuwu... adakalanya patik kepenatan, adakalanya kesibukan melanda diriku ini. Sabtu lepas patik mendapat utusan untuk ke majlis tari menari. Eh silap, bukanlah hehe... berangan nak jadi cinderella aje kamu ni penulis oi! Majlis hari lahir rakan blog (hari lahir=otanjyoubi omedetou). Dah lama tak jumpa Kak As sekeluarga di Yonezawa. Kami pernah berkunjung ke sana sebelum ni, nak baca boleh ke ENTRI INI(YUKI), dan juga ENTRI INI.

Majlis bermula dari jam 1-3 pm. Tapi atas sebab tertentu kami lambat sampai ke sana. Huhu, tak dapat memeriahkan majlis. Maka Kak As menyambut kami di rumahnya. Arigatou ne! Sampai dalam jam 4.30 pm. Dah gelap dah masa tu, tak sempat patik nak bergambar dengan yuki di rumah Kak As, Yonezawa ni memang bandar yang banyak yuki. Tebal pulak tu yukinya memang teruja bila tengok. Tapi hari tu tak tebal sangat, baru intronya sahaja. ;).

Plannya nak bawa kek beserta hadiah, namun tinggal angan2 aje, kek tak sempat buat, nasib baik sempat beli pressie utk birthday lady. Seronok sangat, tak sangka boleh makan macam2 juadah. Kak As ni memang pakar masak... terima kasih tak terhingga buat Kak As sekeluarga. Tak sempat nak berposing2 kami asyik borak je sampailah jam 8pm cinta hati patik dah ajak balik. Dia tak nak sampai lewat sangat di Sendai. Nanti kita foto lain kali ye Kak As!

IMG_0018
masa posing ni Kak As menghilang pula, maka saya posing sendirian sahaja. Owh abaikan penulis yang dah bam bam tu :). Ada nasi tomato, ayam masak merah, acar timun, dalca (betul ke ni), papadom, beranika kuih muih dan kek yang membuatkan patik pengsan! Akhirnya dapat juga makan caramel cake. Nak buat macam susah aje huhu, belum sampai seru untuk cuba resipi tu.

IMG_0019
onde-onde, popia, agar2 santan (my fav), puding roti, kuih bakar etc... owh hati patik riang gumbira... alhamdulillah rezeki, bilalah nak jadi pakar masak macam ni?

IMG_0021
dan yang paling tak sangka RVC special buat saya dan cinta hati. Terharu sangat2, rasa nak guling terus pengsan ke lantai tu. Tapi tak terpengsan. Mulut hanya ternganga dan melompat kecil, nak lompat over2 nanti mengalahkan anak Kak As Batrisya dan Haziq tu pulak hehe (masa tu Haqem masih lena dibuai mimpi).Tiba2 rasa macam sambut anniversary pulak. I like Rabu-Rabu. Dalam hati terfikir, eh birthday siapa sebenarnya ni tsk...

Masa tu malu2 nak makan, maka saya dan cinta hati makan kuih dan kek lain dan bawa balik rumah RVC yang super duper special tu...
IMG_0023
masuk aje rumah tukar baju semua, terus mengadap RVC hehe... cinta hati malas nak layan ambil gambar tapi nasib baik dia ambilkan jugak sekeping masa pemotongan kek ni. Maklumlah masa patik wedding dulu tak ada upacara potong kek, maka dengan otometiknya berkhayal potong kek kahwin ahaha... tak menahan! maaf, pisau tak vogue macam pisau wedding (dush!)

IMG_0024
Makan pun pejam mata, sebab menghayati kesedapan RVC special tu. Jutaan terima kasih buat Kak As! i very like! Tak sangka kedatangan kami nak sambut hari lahir Kak As tapi kami pun turut diraikan. Nanti kita dating meting di Sendai pulak ye. Otanjyoubi omedetou sekali lagi dan semoga suka dengan hadiah tak seberapa dari hanis tu :). Semoga berbahagia dunia akhirat...

p/s: bila patik nak story mory trip ke US ni?

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 1432H...

Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan oleh-Nya. Menaip entri ringkas dari lab. Ada kerja yang perlu diselesaikan... di kesempatan ini saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat keluarga, kawan-kawan serta seluruh umat Islam tak kira di mana jua berada. Raya di perantauan lagi tahun ni...

Walaupun jauh, namun setiap tahun saya dan suami pasti akan turut serta untuk ibadah korban, bukan satu ekor lembu pun tapi satu bahagian tiap seorang dan minta sedekahkan pada sesiapa sahaja.

Pagi tadi solat raya di masjid sendai. Hari ni gerimis, dingin menusuk ke tulang patik ni (nasib baik bila pusing pergelangan tangan ni tak bunyi macam dalam cerita Ali baba dan 40 penyamun tu hehe). Bila sampai ruang solat wanita, penuh dan padat. Tak ada ruang langsung. Tunggu sehingga orang lain bangun untuk solat, masa tu baru boleh selit. Tapi sangat terhad, rukuk dan sujud pun sentuh orang depan. Tahun ni agak lain sedikit khutbahnya pendek sahaja, lepas tu tak ada doa. Ingatkan ada kerosakan "sound system" bila msg pada cinta hati dia cakap dah habis macam tu je. Seraya itu saya pun bersalamanlah dengan orang sekeliling sebelum berangkat pulang...

IMG_0104
gerimis dan kabus...

IMG_0102
bersama Hanun dan Masyi...

IMG_0103
cinta hati dan jejaka malaya hehe... kat sini majoriti pelajar undergrad, kami ni dipanggil senior citizen sebab postgrad adalah minoriti...

p/s: oklah semoga raya tahun ini bermakna dan tinggalkan kengangan indah... 

Wednesday, August 31, 2011

Merdeka-54 dan cerita 1 Syawal 1432H di Sendai...


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! yang ke 54. Bangga menjadi anak Malaysia. Tahun ni amat bermakna kerana sambutan "Merdeka Raya". Semoga Malaysia terus aman dan maju mengorak langkah ke persada dunia...

Kami beraya sama seperti Malaysia memandangkan perbezaan waktu hanyalah satu jam sahaja antara Malaysia dan Jepun.Raya saya dan cinta hati sama seperti sebelum ni, kalau aidilfitri pada hari biasa (weekdays) tak dapatlah nak merasa sangat sambutannya... melainkan pelajar undergrad, mereka lebih fleksibel dan ramai antara mereka sambut di kedutaan Tokyo (1 jam dengan shinkansen dari Sendai). Kami terikat dengan meeting dan sebagainya...

Pagi syawal, saya dan cinta hati menuju ke masjid. Terkena dengan waktu orang nak ke tempat kerja, agak jem juga menuju ke destinasi. Alhamdulillah sempat sampai 10 minit sebelum solat raya...
IMG_0062
suasana masjid sebelum solat sunat hari raya...
IMG_0070
alahai lawanyaaa model cilik ni berkebaya nyonya di pagi raya... bakat posing dari daddy dan mamanya Pitt dan Iryd (model Sendai hehe)...
IMG_0065-tile
selepas selesai solat dan mendengar khutbah dwibahasa, english dan arab rasanya, kurang jelas sebab anak2 kecil riuh bermain sesama mereka... bergambar bersama international friends dari Egypt, Turkey dan juga Indonesia... Saya tak pakai baju raya pun huhu...
IMG_0084
Malaysians nun jauh dari Ishinomaki datang untuk merasa suasana meriah di Sendai masjid.. Di Ishinomaki hanya mereka shaja orang Malaysia. Malangnya tak sempat berborak panjang, sebab terikat dengan jadual masing2... inilah pengorbanan raya di rantauan sebagai pelajar, huhu...
IMG_0087-tile
Berfoto kenangan bersama Iryd dan Ai-chan... cinta hati dan international friend, lengkap berjubah dan berserban hehe... such a lovely family in red theme... pose di pagi raya oleh saya dan cinta hati... mood ke kampus bukan setakat ke laut malah nun jauh ke planet zuhal wuwuwu...

Syawal kali ini rasa istimewa.. sebab dapat beberapa kejutan... patik ni pernah berangan nak tulis novel tapi rasa macam tak ada bakat aje huhu... lepas tu terkubur dan berangan nak beli buku siap dapat tanda tangan dari penulis tu sendiri... alhamdulillah tercapai jua...
IMG_0122
Novel pertama dari Hanis Azla yang juga pemilik blog http://hanisazla.blogspot.com/. Nama sama dengan i, i likee, tapi tu nama pena dia... tiba2 nak "koya" buat nama pena jugak, eh dah ada pun, nama pena patik hana=bunga :)... ur my inspiration sis!

IMG_0123-tile
diterbangkan khas dari penulis Hanis Azla, tak sabar nak baring diam2 atau duduk di satu sudut dan baca Takdir Fitrah Terindah dengan penuh feeling (eceh, dush!) semoga terus berjaya dalam bidang penulisan dan semoga karya agung dari Hanis Azla bakal menyusul lagi insyaAllah...

Tak sangka dapat kad raya dari lovely Ct Arina...
 http://ctarina.blogspot.com/ , terima kasih byk2 my dear...

IMG_0119-tile
lawanya tulisan Rina ni... terima kasih di atas kad yang lovely ni rina... much love too...

dan juga dari man retis hehe (panggilan Rina dan saya untuk man)
http://manyusoef.blogspot.com/ , terima kasih sebab sudi hantar kad raya untuk patik dan cinta hati... sesiapa nak belajar anyam ketupat terjahlah blog beliau...
terima kasi juga sebab sudi berkunjung ke sini (dapat tahu di entri INI).
wow... hana sakura ada dalam senarai! terima kasih... jangan jemu untuk bertandang di sini...

IMG_0115-tile
ni pula kad dari Man... hontou ni arigatou...

Terima kasih tak terhingga... seronok sangat berblog ni, walaupun saya blogger biasa2 aje dan sekadar suka2, semoga persahabatan saya antara bloggers dan rakan2 lain berkekalan hendaknya, InsyaAllah... ada rezeki boleh bersua...

Last but not least Salam Merdeka Raya...

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri dari Sendai...

Walau jauh di mata namun dekat di hati... walaupun tak hantar salam perantau, buat ucapan kat blog pun dah cukup. Syukur alhamdulillah saya dan cinta hati masih dipanjangkan umur untuk ramadhan dan insyaAllah aidilfitri kali ini.

Saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 

Khas buat ibu bapa, adik beradik, ipar duai, anak-anak buah kami, saudara mara, rakan sepejabat dan juga majikan kami, sahabat handai, kawan sekampung, kawan sekolah dan uni yang masih berhubung hingga kini, kawan-kawan BLOG yang marvelous! silent readers (esp JL) walau di mana jua berada. eh berapa banyak kawan daaa... takpe, kawan biar seribu tak gitu. (sayalah orang yang paling tak reti bagi ucapan, maaf kalau comot).

Ampun maaf dipinta atas segala kesilapan, sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan lain2 yang mengguris hati. Semoga hubungan yang terjalin berkekalan dan semakin erat. Hargailah setiap detik bersama yang tersayang. Semoga Aidilfitri kali ini meninggalkan kenangan terindah... insyaAllah...

Friday, July 29, 2011

Memori...

28 Julai 2011 yang istimewa. (amaran, entri geli geleman, sila jangan pengsan!). Terima kasih buat semua....tuna eh silap (tak pasal2 jadi ikan kaloi) tuan puteri sangat gumbita tak terhingga atas ucapan, doa pengunjung HS dan entri2 yang istimewa seistimewa tuan empunya entri tersebut! Sis Astina, EE Hitam Putih dan My cyg Pinky Momma. Tak ketinggalan "kembar" saya tapi berlainan tahun di atas special entri dari beliau... Wahai, Ira-chan!!! arigatou ne... seronok dapat kenal dengan Ira...
 akak cutiey ke? i likeee hehe... Ira lovely pun cutiey juga ok... sebab tarikh lahir kita sama (erk sila jangan pengsan sekali lagi!) sekali sekala penulis naik lif tekan sendiri apa salahnya... :P, sedapnyer kek tu, nak cikittt....

Tak ada sambutan meriah pun, dah tua, ehehe...cukuplah dapat mengabdikan hari bermakna ni bersama cinta hati... kami ambil gambar purikura (i very likeee) kemudian romantic dinner for two. Terima kasih my forever love, my love! (p/s: Kak Amirah, sesungguhnya saya rasa sedikit palsu bila berpurikura sebab muka cantik menawan licin flawless tanpa sezarah cela yang hakikatnya tidak begitu hehe, tapi tetap suka tengok ehehe... motippp mama irfan???)
 birthday girl dengan cinta hatinya...
 sesungguhnya saya amat cintakan mr AT! Ya Allah, bahagiakanlah kami dunia akhirat ...

p/s: mengantuknya, tapi nak tunggu waktu subuh at 2.51 am....

Thursday, July 28, 2011

Otanjyoubi Omedetou...

Otanjyoubi = hari lahir/birthday
Omedetou = tahniah/congratulation

Otanjyoubi omedetou untuk tuan empunya blog hehe... malu2... dah menginjak setahun lagi... umur, biarlah rahsia, eceh padahal kompem la korang semua dah tahu kan? Takpe2 jiwa biar muda selalu huk2... boleh pakai ke pepatah tu...

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, saya masih bernafas di bumi Mu ya Allah, dengan kesihatan, kebahagiaan dan kurniaan rezeki yang melimpah ruah. Tatkala menulis entri ni, terasa sangat sebak.... mata dikerdip-kerdip berkali-kali... eh kenapa terasa berat kelopak mata ini? Kalau tak dapat ditahan, saya akan berlari2 ke otearai (toilet) untuk meng-cover-kan diri daripada dilihat oleh rakan makmal satu bilik dengan saya... kenapa tiba-tiba terlebih feeling pula kali ini. Tskk... Tiba2 teringat mama dan abah...terima kasih mama dan abah, I am proud to be your daughter.

Kegembiraan dan kedukaan silih berganti, itulah lumrah kehidupan... tapi kita cuba sedaya upaya untuk memperoleh kebahagiaan... syukur alhamdulillah saya tak dapat bayangkan hidup saya kini tanpa cinta hati ku AT, tanpa keluarga dan tanpa rakan2 yang menyayangi diri ini... Semoga saya akan terus diberi kesihatan, keberkatan, rezeki yang tak putus (teringin nak lihat Hanis jr dan AT jr...) Sesungguhnya saya percaya perancangan Dia adalah yang terbaik dan pasti ada hikmah untuk segala yang berlaku. Tak nak melalut banyak, sayang ketat2 buat semua yang wish dan mendoakan untuk saya..., syukur alhamdulillah... untuk yang buat special entri bertambah2 kegembiraan dan rasa sangat bermakna...hontou ni arigatou gozaimashita!!!
 kad dari cinta... i love u so much my love...
dikejutkan dengan email di tengah malam, dari Sis Astina, muuahhhs! ailebiu..
EE hitam putih yang vogue d vass lagi sweet! Merah tu!! tak menahan mentang2 saya selalu koya jadi bawang merah dalam BMBP hehe...
PINKY MOMMA yang sentiasa glam, cun dan penyayang.... syg pinky ketat2 juga!...

Dan buat rakan2 yang wish di blog juga fb, terharunyaaa... rasa nak list semua namun masa tak mengizinkan, amin amin... insyaAllah semoga semua doa dimakbulkan oleh-Nya... semoga persahabatan yang terjalin bertambah erat dan kekal buat selamanya...

p/s: Cerita Tazawako belum habis lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails