Saturday, March 5, 2011

Bunga-bunga cinta....

Entri ni tak ada kaitan dengan lirik lagu bunga-bunga cinta (but i do love that song!). Tapi tajuk nak cerita tentang bibit2 cinta. Amaran ini entri geli geleman, sila muntah huhu... takpun pangkah sepantas kilat. Memori diri sendiri... dulu pernah cerita tapi versi pendek dan tak ada gambar. Harap2 mr cupids tak tahulah kewujudan blog ni ehehe...

Kecewa dan pasrah...
Saya dan cinta hati (masa ni belum chenta chentun) masing2 kecewa dan pasrah dengan takdir hidup (haha over tahap gaban).
Masa ni kami solo molo, saya tidak terfikir untuk mencari kerana career lebih menguasai diri, berkobar2 nak sambung study ni...
Sedangkan cinta walaupun berkobar2 nak sambung study, dia tetap nak bawa suri sebagai teman di perantauan namun, masih tercari2 kalau ada jodoh adalah, kalau tak ada pergi seorang diri pun tak mengapa...

Kursus permulaan segalanya...
nak sah jawatan dalam badan kerajaan kena pergi kursus induksi (tak pasti sekarang masih diaplikasi atau tidak), dan kursus ni memang memenatkan kerana pagi petang siang malam ada aktiviti, tak sempat i nak ronggeng2 eheh tapi sempat aje pergi pasar malam with my bestfren huda... i miss uuu cik huuu (eh tiba2 bg ucapan kat sini) dan juga jalan2 ambil angin tepi pantai berhampiran hotel swiss garden...
p/s: (refer gambar) tak suka time nyanyi2 ni sebabnya kena feeling2 gitu lepas tu kena gerak badan ke kiri dan kanan. Huk2 daku tak hengen tapi apakan daya.... saya rindu semua orang dalam gambar tu (Azmina... genki? dah lama tak update blog) (kalau dah kenal Fara masa ni sure best!)

Mr Cupids...
Semua sudah tertulis dan perancangan yang telah ditentukan oleh-Nya, tapi sebagai seorang hamba yang fakir saya tidak mengerti akan apa yang berlaku dan kenapa liku seperti ini harus saya lalui...(kan dah cakap entri geli jelly fish, biasalah ayat2 pasrah itu harus ada, ok! hik2) masa ni sudah tentu lah sebelum jumpa dan kenal en suami cinta hati ku.
 orang kuat di sebalik perkenalan kami adalah Mr H (comel tak letak nama Mr Cupid 1), mana satu i dalam gambar tu? (malu la, sebab nampak comot).
 Mr Cupid 2...
Kedua-dua mr cupids ni dah kahwin dan beria2 suruh en suami join da club malah menyarankan agar membawa isteri bila sambung belajar nanti. Selain itu mr cupids juga cuba indentify antara semua peserta wanita, siapa yg masih single mingle... banyak la dalam senarai dan cuba dikenen2kan pada cinta hati. 
"yang ni single lagi...tak nak ke?"
"yang ni pun nampak macam single lagi"
ini adalah antara hasutan mr cupid ehehe... (ni setelah diceritakan kembali oleh en suami)
Tapi en suami buat cool je, malas nak layan cupids ni...
lepas tu bila ada peluang je mesti salah seorang daripada mereka akan cakap 
"Ehem, T kirim salam ni."
takpun mereka akan tunjuk2 ke arah saya atau ke arah cinta hati apabila kami berada berdekatan, situasi ni selalu berlaku waktu makan lunch dan juga dinner.
lawak la bila ingat balik.... malah ada aksi yang 2 jari telunjuk kiri dan kanan dirapatkan ehe, kawaii ne...kononnya nak kenen...

Tak sangka...
 kami tak pernah bercakap, kumpulan pun berbeza, tapi cinta hati cakap, dia ada perasaan nak kenal saya lebih dekat, tapi malu ahauwww... yang i pulak masa ni malas nak fikir, entah kenapa dalam hati sanubari ku ini, (cewah) selalu fikir lelaki zaman sekarang sangat susah nak jumpa yang masih single, mesti dah kahwin takpun dah ada teman wanita (baiknya ayat). Betul.. saya selalu ada sedikit bias dan juga cautious terhadap manusia bernama lelaki. Sebab tu malas nak buang masa nak bercinta sedih2 bagai huhu. Jadi saya mmg ingatkan cinta hati sekadar suka2 mengisi masa lapang...
Masa ni langsung tak ada feeling apa2 pun... tapi memang diusik habis-habisan oleh mr cupids. Mereka suruh ambil no telefon la, ajak dating la, macam2 yang disarankan. Tapi dua-dua pun cool je. :P. Suatu hari masa hari terakhir kursus, en suami menghampiri saya.
Cik Hu cuit2.. "Wahh [bofren] mu datang dah"Eh cik hu ni nak join mr cupido ke?
En suami hanya datang tersengih2... saya pun senyum2 jugak tak tahu nak cakap apa... lepas tu en suami cakap "Nanti kita contact-contact" tapi tak minta no telefon pun. haha lawak ok...
(p/s: nana did u remember the best ice cream ever? yours are kuey tiaw aite? hehe...)

Motippp teringat cerita lama ni? ehe saje gedik. Sekian, itu sahaja entri jelly fish untuk kali ini. Kisah hidup dan kisah cinta ku bukan seindah novel mahupun filem, tapi setiap manusia telah diatur dengan rapi liku jalan hidup oleh-Nya. Syukur alhamdulillah di atas pertemuan ini... akan ku hargai setiap detik kurniaan dari Mu ya Allah. Saya cinta kamu Love! Hontou ni aishiteru.... Untuk yang masih single di luar sana... jangan putus berdoa mohon yang terbaik dalam hidup... Dia maha mendengar...

24 comments:

man yusoef said...

so sweet....haha....tu jek nak komen

farah fauzi said...

warghh..mentik-mentiknyer...so sweeettt...

Anisa Hang Tuah said...

indahnya kisah percintaan akak & abang..
:) luvly couple..
nis doakan abg & akak akan bahagie hingga hujung nyawa :)

PinKy MoMMa said...

huhuhu sweet je kisah hanis ngan en hubby..
tp mmg betul..yg x dijangka itu sllunye jodoh kite =)

osaka-yuni said...

sweet sangat Hanis.
Nice read on a Sunday evening.

Just shows how great Allah is at arranging things. Allah works in mysterious ways, kan?

Btw...ogenki de ne.
InsyaAllah ada rezeki, kita jumpa kat Malaysia nanti ke :)

Eyrique Ettiqazz. said...

fuyyooo,reminisce ur love story la pulak..nmpk gaya 22 mcm malu2 cat je..btw,ur hubby dr mana?

Unknown said...

wah! sweetnyaaaa

Unknown said...

muohoho..benar2..mmg camni la senang..takyah kapel2 kawen je trus..hurm..nak kawen cepat2 ni..ehe

inimiela said...

sO suweeet la kak hikhik ^^
saya plak yg rasa malu2 hahaha..
saya doakan luv marriage akak akn kekal smpai akhir hayat :)

p/s: bile la nk jmpa mr.right saya plak hehehe :p

Annisa said...

kak hanis ^_^ bestnya dapat jumpa macam tu ^_^

apdm said...

salam

kita tak perlu ada sebab untuk menyintainya...bahagia..cinta selepas kawin.

anie,Nagoya said...

dari pandangan mata....kau terus tergoda.oh aku tak sangka, aku tak sangka....kini dah bersama.(lagu ni)

smile said...

lor comel la dua2 malu2 heheh !!!!!
taun bile ni kak hanis start knl? hehe(sbeok je kan) hehe

waniey said...

wah.. so sweet... nak jd cmtue jugk.. mn smbungn lg???
stlh pkir2 dlm2 bbrpa mgu nie.. wani pon berserh sje jodoh pd-Nya.. 1st tyme now fikir psl keje je...

Unknown said...

suka baca .. kadang bila teringat awal perkenalan mmg best kan .. tetiba je senyummmm ..hehehe

Rohani Hashim said...

hihihi cumel cumel...macam ni rupenyer eh cite nya....

Aida Lela said...

ooo. dorang punye plan eh. hahhaha.

kenal la sangat kalau macam ni.

tapi takpe, SUKSES! :)

Ein Makrai... said...

wah kisah lama yer.....

H A N S said...

hanis...so sweet..mesti hanis thanks mr cupidos tu sbb kenen2kan hanis n hubby kan? hehehe..i nak cari mr cupid la, suh cari kan encek single utk i..hahahaha

Anonymous said...

pernah makan udon dan soba.. tapi tak berapa nak suka..

mee2 org jepun/korea/cina ni tak berapa nak suka..

mungkin biasa sgt makan mee goreng mamak kot.. kekeke...

Umiey said...

wahhh sweet sgt2...mmg cinta sejati

mrs kayrul said...

sweet giler...malu2 meow gitue...

Nur Liyana said...

sweet ler...teringin nk macam nie jugak..heehehe..
malu2 tue kan best!!!

fara said...

sungguh sweet. maaf, terlewat lak bagi komen, tak sempat masa nak baca.
yelarkan..kan best kalau kita dah kenal time tu, fara ter-awal induksi. takpe2, kenal thru alam maya pun menariks! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails