Thursday, March 10, 2011

Jelajah Blog Luar Negara...

Kali ni nak join satu lagi segmen marvelous En Ben Ashaari iaitu JBLN eheh singkatan tajuk kat atas tu...mungkin agak terlambat, harap-harap masih punyai peluang huhu... dulu ada join Saya Blogger Perantau anjuran BPM. Nak baca klik SINI...
 klik pada gambar untuk tinggalkan url penyertaan


Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda...
Berasal dari Kelantan. Sekarang menuntut di Tohoku University bersama suami tercinta yang juga pelajar di universiti yang sama. Sentiasa berdoa agar pejalanan pengajian phd kami berjalan lancar dan kembali berbakti sebagai pendidik di Malaysia.

Apakah kenangan manis anda di sana...
Banyaaakkkkk tak terhingga... yang paling seronok adalah dari segi pembelajaran kerana alat2 untuk research kat sini canggih dan banyak. Tak perlu tunggu giliran berbulan2 semata-mata nak analisis 3 sampel, boleh guna alat sesuka hati tanpa had dan mereka sangat terbuka dalam perkongsian ilmu ni. Win-win situationlah kan. Maklumlah negara maju duit pun banyak kan.. takpe Malaysia pun sedang menuju ke arah itu...penyelia sangat merendah diri dan baik hati... i likeee my sensei...
 alhamdulillah mama abah dapat jejak kaki dan lihat tempat anak bongsu dia belajar, sensei tengah explain (english) dengan bersungguh2 walaupun dia tahu abah dan mama mungkin tak fahammacam mana alat tu berfungsi, sample dan sebagainya...

Kedua dari segi suasana kehidupan dan hidup di negara 4 musim amat berbeza dan menyeronokkan. Jakun sebab pertama kali merasa salji, musim bunga, musim luruh.. musim panas tu sama aje macam Malaysia cuma taklah panas mana..paling panas di sendai ni 28 degrees sahaja.
aishiteruuu...
 
bak kata man godak (kenapa godak, sebab dia suka mandi parit masa kecik2 dulu), "akak nampak kurus kat sini", hamboi kamu suka sangat nyakat akak ye?
juhyo the tree monster...(nak baca sila jenguk di ruangan I HEART)

Saje nak selit kat sini, terkejut apabila seorang makcik datang menegur saya yang bertudung ni. Dia cakap nampak kawaii (ehem2 tiba2 kaki tak jejak bumi cloud 9 gitu kan) lepas tu diajaknya bergambar sebagai kenangan dia... first time jumpa orang muslim katanya..kalau hati makcik terbuka untuk Islam lagi saya sukaaaaa...
ini kisah di nikko...nak baca klik SINI

Kenangan pahit anda?
Alhamdulillah kalau dari segi kehidupan seperti berurusan dengan orang2 jepun tak ada yang pahit, mereka saling menghormati dan sejak datang sini kami ni dah terbiasa tunduk2 bila jumpa orang, bila bagi laluan kat orang, bila nak bayar kat kaunter, bila keluar masuk kedai...
dan juga tak ada masalah racist, mereka terima semua agama dan tidak memandang serong pada agama lain... malah islam dah makin berkembang kat sendai ni masjid pun akan dibesarkan tak lama lagi... orang kuat disebalik tu semua adalah mualaf jepun di sendai juga....syukurrr...

Kata kata khas buat si mereka yang ingin menyambungkan pelajaran di luar negara...
Datang belajar di jepun hanyalah angan-angan saya sejak dari kecil sehinggakan apa2 tentang jepun pasti menarik perhatian diri ini... sehinggakan selalu buat2 macam cakap jepun walhal sepatah pun bukan perkataan jepun, rekaan semata-mata (biasalah Ben, 2011 cakap i kan drama queen hehe) tidak disangka impian menjadi kenyataan...dengan angan-angan, doa dan usaha...insyaAllah pasti akan ada peluang itu... bawa balik apa yang baik kita dapat di tempat orang untuk dikongsi bersama yang lain...

33 comments:

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

blog yg slalu pinky jengah ari2..
hanis sgt baik..very low profile =)
suka berkawan ngan dia..

x sabar nak tggu hanis balik malaysia =)
nak jumpa boleh?

Ina said...

nice entry hanis..so sweet tengok u ngan ur husband pictures...bila nak dapat baby ni...mesti baby pun comeiii

fiza said...

Macam² segmen BA ni yer.

Good luck hanis.

Adzriel AB said...

yeaa...... akak suka hanis join jugak ehhh!! kawaiii!

Siti Nur Fatimah binti Mohamad Ali said...

gud luck kak!
dua2 doktor..m
moga bjaya sis..=)

Umie said...

muaz wish kat aunty hanis "gambare".. nnt kalau menang,muaz ckp datang le saitama..bole kawan2 ngan muaz sambil share2x hadiah..hihihi

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Wish u all the best in phd..doakan saya sama ye..kita di medan yang serupa..:)

Salam dr uk..

Eyrique Ettiqaz. said...

kipidad Dr.ekeke..dont look back anymore to achieve ur dream.i will always pray for u(as a muslim) even we dont each others.

niesz said...

gud luck sis, mesti entry sis terpilih punyer :)

Ct Arina said...

for real, rina sgt jeles dgn kak anis taw! dpt cinte sejati n dpt further study tinggi2. gudluck kak anis! happy for u ~_^

Hanis Azla said...

seronok yer hanis ada pengalaman menarik dan indah di tempat orang yg boleh di kongsi bersama kami di Malaysia ni.. All the best untuk Hanis & hubby di sana.. Seronok dapat berkenalan dengan Hanis.

d_LA said...

org jepun mmg peramah sume..dla pun suke..bile sis nk balik kelate?

JIJI YU said...

tu dio oghe kaltea kito tu..ahaha..bilo kelik ni.nok sambut di epok ni

JP Nurul said...

owh sis!
ore klate upenya...same r kite..hihi

Atashi In Hiroshima said...

wah..rajinnye dia. :)

kay_are said...

1 je nak cakap : JELESSS GILEEE!!! nak g jepun gak.. nak jumpe kamen rider.. =P

Faaein Himura said...

wah.. tetiba rasa semangat.. nak belajar kat jepun juga.. hehehe.. Ya Allah, semoga suatu hari nanti saya dapat menjejakkan kaki ke luar negara untuk menuntut ilmu yang sangat luas ini... Amin.. (^^,)

Mohd Ridhuan said...

kak ore klate uponyo...
uuhhuuhhuu

Fuuyooh said...

salam kenal.. hehe.. dtg dr blog abg ben

c-tea said...

wah..seronoknya..warna-warni taman bunga...

jom singgah blog ct..

http://illustrasiaku.blogspot.com/

Novelgurl said...

Salam singgah dri blog En.BA =)

best gilerr !! nk study kt jepun rh !

Cik Sue said...

seronok...seronok...seronok...bestnyabilalah giliran saya pulak nak dpt pegi sana yer? =D

ssalam perkenalan...

ryder said...

singgah dari segmen BA
salam perkenalan..

moga selamat di perantauan

bun said...

waaaah,best nye
nak jugak
doakan dapat 10A+ pas tuh dapat FLY obersi
amin

man yusoef said...

gmbr kat yuki tu mcm kanak2 riang...hahaha

ayu sleeping said...

salam kenal jelajah blog luar negara..bestnye

good luck sis...

whitecappuccino said...

menarik anis!!!gud luck!

Cik Sara said...

Kak Hanis, how are you? It's earthquake and tsunami at japan right? Akak ok tak?? Risaunya.. teringat dekat akak comel ni bila dengar berita tu..
Take care sis.. You and your Chenta.. I'll always pray for your safety there..

A.s.t.i.n.a said...

yank.. where are you... sis werried... sis tahu Hanis selamat.. harap hanis kuat k..

Nieza said...

salam ziarah dr Finland...nice blog saya follow yer....semoga semuanya selamat disana.

Nieza said...

salam ziarah dr Finland...nice blog saya follow yer....semoga semuanya selamat disana.

Diari-Selebriti-Mama said...

slmt bknalan.singgah dari segmen BA n follow kamu hanis ^^

doakan kamu berdua selamat.take care!

jemput ziarah

http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/kereta-masuk-workshop.html

Rin_Aff said...

salam kenal...

bessssssnyerrr gi negara org nih...
bile bole ke sana niii..??

kamo & pasangan kamo sgt secocok gitu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails