Saturday, March 26, 2011

Perjalanan pulang...

Maaflah, keadaan tidak mengizinkan kerana tak dapat update dan BW dengan jaya jusconya. A bit limited over here. Tapi dalam hati memang semangat membara nak cerita macam2.
sewaktu tiba di Yokohama station, muka keletihan... kawan2 kami all the way from sendai...hotel sekitar haneda airport semua penuh, nasib baik Ab dapat contact Ben, dan kami tumpang di rumah rakan baik Ben.. Takuya-san

Selepas makan dan borak2 update cerita bersama rakan sendai Iryd, Ab, Akmal dan Su, serta main2 dengan Ai-chan dan Gen-kun yang conmel..its time to go to sleep. Tapi mata tak boleh nak lelap. Pusing kiri, pusing kanan...haishh macam mana ni.. tak sabar menanti hari esok... nak balikkkk... Iryd pun nampak seperti tak dapat tidur.. jadi kami borak2 sekejap bincang esok nak bertolak dari rumah Takuya pukul berapa and so on... lepas tu alhamdulillah boleh lelap tapi tak tahu pukul berapa dapat lelapkan mata. Bangun solat subuh Su menghampiri saya...

"Eh, rasa tak jishin 2 kali smalam?"
"Huh? takde pun"
"Kuat tau! yang  first tu biasa2 je... yang kedua tu rasa la jugak goyang dan gegar tapi sekejap je..."
Orang lain pun rasa... belum sempat saya bertanya pada cinta
"Sayang rasa tak gegar kuat pagi tadi? Katil rasa gegar."
alamak...memang tidur tak sedar dunia.. mengalahkan rakan dari sendai yang nyata lebih penat dan lebih trauma dari saya...mereka ni dalam kalut2 sempat lagi cakap..kami pelarian dari sendai..lawak betullah... yang kami (saya dan encik suami) pula pelarian tersepit di tokyo...
Hontou ni iro-iro arigatou gozaimashita. Sangat berterima kasih terhadap tuan rumah, kami mendapat layanan yang sangat baik... dahlah sediakan tempat tidur, ibu Takuya masak makanan yang sedap2 pulak tu, paling yummy adalah roti apa ntah yang disediakan untuk sarapan pagi...made with love...sila lah abaikan mr doggy tu kerana mereka letak dalam sangkar, sebab menghormati kami yang tidak boleh menyentuh anjing... hanya tahu bila sampai ke rumah Takuya-san, dah terdesak dan darurat macam ni nak buat macam mana lagi kan... masa ni dia dukung kononnya nak bye2 pada kami..kami hanya lambai jauh2 je tskk... cuba kontrol ketakutan nanti terasa pulak tuan rumah...
 tahun ni tak ada rezeki kami untuk menikmati sakura dan berhanami....huhu... kat sini dah ada sedikit bunga tapi dari spesis lain...masa ni berjalan menuju ke train station dari rumah Takuya-san
 nampak tersenyum riang, tapi dalam hati siapa yang tahu... T_T, smile to comfort each other...as if nothing had happened for the passed few days...
 we walked passed by the railroads (betul ke ayat ni..hentam sajalah)
 naik train ni untuk ke Yokohama eki seterusnya ambil bas ke Haneda airport...
All of us...headed back to hometown.. tanpa bantuan Ab dan Akmal yang tolong ambil passport kami, tak tahu lah macam mana kami nak balik Malaysia..thanks a lot guys.... we owe u!

Sewaktu di airport, ada satu lagi scene mencemaskan yang tak dapat dilupakan (yang pertama adalah gegaran di tokyo dalam subway tu). Saya dan cinta sedang beratur untuk melepasi imigresen. Kami menaiki Air Asia di Haneda airport kerana itulah flight termurah yang dapat dicari. Ada aunty di sebelah bertanya

"You feel that?"
Saya tercengang... sambil terfikir feel apa pulak aunty ni... lepas aje dia cakap...cinta bersuara
"Sayang..." sambil tangannya menunjukkan ke arah papan tanda Immigration yang berada di atas kaunter.

Sejurus selepas itu...papan tanda bergoyang kuat, lantai rasa bergegar dan siren berbunyi.. Adalah aksi pegang tangan cinta erat2 sekali lagi..memang terkejut sangat... dalam hati banyak2 berdoa dan ishtighfar..memujuk hati, tak lama lagi nak naik flight dan pulang ke tanah air. Selepas beberapa saat (mungkin 30 saat) ia reda dan kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Rupanya tika itu ada jishin di Shizuoka-ken (area mount Fuji) dan kawasan haneda terkena tempiasnya. Kerap betul jishin di tempat selepas jishin kuat di sendai berlaku... seolah bersahut-sahutan pula...
aishiteruuu... alhamdulillah syukur sangat2... semoga semua berjalan lancar selepas ni terutamanya pelajaran kami.. semoga keadaan kembali stabil dan kami dapat meneruskan saki baki pengajian seterusnya back for good pada waktu yang ditetapkan... insyaAllah, semoga ada hikmah di sebalik semua ini...hanya Allah yang maha mengetahui...yang penting kami selamat dan masih dapat meneruskan hidup dalam keadaan sihat walafiat...

PRAY FOR JAPAN...

34 comments:

FadhDeela said...

msti pengalaman yg xleh akak nak lupakan..takuttnyer

Meh sini: Aku kena make over!!

I am sorry said...

Wah dasyat ek...bg saya da cukup dasyat rase gegaran je pon...kita kat malaysia mana rase sume tu...teringat kwn saya cerita masa yg tsunami 2006 dulu kan malaysia terkena tempias sikit,die n kwn2 yg blaja kat shah alam ada trasa gegaran sikit..dalam 5 minit kot. itupun diorg rasa mcm nak mati je.
Pasal anjing tu haha tula kita tpaksa la menjarakkan diri...huhu...kiut anjing tu ek...

Hanis Azla said...

InsyaAllah ada hikmah disebalik semua ini.. semoga semuanya pulih dgn segera agar hanis dpt meneruskan pengajian di sana lagi..

Unknown said...

alhamdulillah la akak xde pape..welkam home sweet home sis...semoga ada hikmah di sebaliknya.

PinKy MoMMa said...

hanis..
sabar ye..moga pembelajaran hanis akan dpt sambung spti biasa..
doa pinky sntiasa utk hanis..

x dapat jg jumpa hanis..
hope nxt time leh jumpa ye..

pls take care k!

yatie chomeyl said...

gano saing hanis tu masuk dlm rumoh hanis? kunci pass gano?

alhamdulillah dpt jugop kelik msia metar kan, rehat2 kan minda..get fresh new air. nti blk sini semula lehla smbung kijo2 terbengkalai tu. buat maso ni, rehat dulu deh :)

Fazleyatul Aini said...

pray for japan too

Unknown said...

unforgettable experience. kak hanis dh blk malaysia yek.. brapa lama di malaysia?? hehe:)

Unknown said...

wohosh...guano gamok la raso deh..pengalamey tu petim

lady-D said...

k.hanis sumimasen...smlm kat rmh ada wat mkn2, x smpt nak gi kb..arini bz gi c2 gi cni, ptg ni dh nk blk dah..sori sgt2 x smpt jmpe k.hanis..wuwuuuuuu

Aida Lela said...

Alhamdulillah.

InsyaAllah semua akan ok, kuatkan semangat babe :) take care..

Nur Liyana said...

memang pengalaman yg hebat ler..huhuh

yana doakan akak sekeluarga sentiasa selamat!!!!!

huhu

kasihredha said...

ok le tu...dapat balik M'sia...rest dulu, pastu sambung balik :)
semuanya Allah yang tentu..

Dari Kelate Ke Copenhagen said...

Tak tau..teruk juga pengalaman berada di tempat yg ada gempa bumi. Mahu dibuatnya hidup dlm ketakutan. Nasib baik tak de 'jishin' kat Denmark ni. Apapun semoga both of you dipermudahkan segala urusan

Anonymous said...

alhamdulillah...

cik mici said...

tuhan..


gerun btl...macam manalah rakyat jepun boleh hadap semua ni...huhu...

apdm said...

salam

alhamdulillah akak selamat, semoga semuanya akan selamat kak.

Kuazue Mohamad said...

bila nak balik ke sendai semula...
sure dalam hati risau sesangat kan...
anyway.. nanti update g tau... n berdoa selalu dan selalu gak berdoa moga kita semua dipelihara..

Rohani Hashim said...

hana, hany dah email hp number...

Annisa said...

Alhamdulillah kak Hanis selamat di sana ^_^

farah fauzi said...

apa2pun hanis janji selamatkan..jangan sedeh2..minum neskopi ok..

anie,Nagoya said...

salam Hanis.

seronok le dia kat mesia.moga dpt lupakan kenangan pehit masa jishin tu.

maaf ya.kkanie baru bukak blog ari ni.balek jpn semlm.insyallah...jika ada jodoh ita berdua akan bertemu jg.

oh ya...masa jishin kat shizuoka-ken, umah kkanie pun terima gegaran.sib baik sikit je tak kuat.tp mlm tu takut jg nak tido.tapi mlm tu lena habis tertido.gahahahaha....

Oasis said...

Terpesona tengok rumah tepi jalan train tu...

fadhilah said...

semoga lepas ni perjalanan phd k hanis n hubby berjalan lancar dan sempat siap on time.

enjoy your stay at home.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

kakD rindu kamu....
alhamdulillah kamu semua selamat ye...

Nieda said...

SEkarang Hanis di Malaysia? Bila akan kembali ke Jepun semula. Harap e,thing fine.

whitecappuccino said...

Alhamdulillah, walau terpaksa melalui bermacam peristiwa, akhirnya sampai juga Msia ya hanis..

Liza @ Adzriel AB said...

katil bergegar?... ehhh!
apa pun happy bila tau hanis selamat.

RedBerry said...

Hanis.. be safe. Semoga semua selamat.

Penjejak Mimpi said...

muge tabah ye hanis.. juge untuk sume student dan rakyat malaysia.. amin

Umie said...

hanis, akak teringat jenjalan ke kouen, ada anjing tu siap nak main2x ngan muaz..nasib baik muaz tgh tido masa tu..kalau tgh jaga, mesti dia pun sibuk main ngan anjing tu..hihi

uhooi said...

.. yang tabah ajja yew...
pastii ada hikmah di balik semua inii...
salam kenal,silahkan kunjungi blog saa di :
http://uhooi.blogspot.com/

Anisa Hang Tuah said...

akak,everything gonna be okei
amin..
nis sentiasa mendoakan
(:

Ct Arina said...

ohoo kak anis dah balik jopun! ehe^^ pray a safety life for u n hubby! keep blogging taw!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails