Tuesday, June 21, 2011

Bila kawan jadi lawan...

Eceh tajuk tak menahan, tak ada kaitan dengan kisah hidup mahupun kisah orang lain tapi ini gara2 terpengaruh dengan movie X-Men First Class tu. Hujung minggu lepas kami pergi menonton movie tu tanpa dirancang akibat ketensionan melanda diri sejurus selepas saya dan cinta tamat meeting dengan supervisor masing2, erk boleh terima tak alasan tu? Habis meeting dalam jam 6 lebih tunggu solat maghrib terus ke Movix di The Mall. Best! tapi cinta cakap tak best sebab takde wolverine haha sabar jela...yang kelakarnya scene wolverine hanya ada satu part je pastu dah tak ada sampai la habis cerita... kiranya macam special appearance je...

Dengan menonton X-Men Origins (super duper best!) dan X-Men FC ni maka terlerailah segala persoalan saya di kala menonton X-Men 3 The Last Stand suatu masa dahulu... Anda pilih MAGNETO (tiba2 teringat ice cream cornetto yum yum) ke PROF X? Ok tiba2 patik nak keluarkan statement menyampah "I bukan mutant so i tak boleh nak pilih antara mereka berdua dan i juga tak dapat selami perasaan seorang mutant." dush, sila pengsan! 

Sesiapa yang belum pernah tengok X-Men 1 sampai 3 sila lah tengok X-Men FC ni dulu baru syok hehe...
(gambar form Mr Wiki) versi muda (atas) dan versi tua (bawah)... takde la sama sangat muka yang dicari tapi bolehlah kan hehe... Magneto dan Prof X, huhu yang sadisnya Prof X lah yang tolong Magneto cari/serlahkan kuasa sebenar dia yang powerful itu, siap boleh pusingkan parabola hokayyy, tanpa Prof X dia pasti masih di takuk lama (eceh!). Mereka tak sehaluan, sebab tulah berpisah... sob sob... (macam bercinta plak) dan Prof X lumpuh adalah disebabkan oleh Magneto yang menepis tembakan agen CIA tu alu terkena belakang Prof X, yang CIA tu pun satu, dah tahu dia tu Magneto hang nak tembak pasai apa? adehh termembebel plak... hik2. Prof X versi tua tu glamer dalam citer star trek kan?
walaupun jahat tapi Emma Frost lakonan January Jones (kenapa January? adakah dia lahir bulan jan?) tampak comel sebab dia suka teleng/sengetkan kepala dia... kawaii ne! comel topi, pinjam boleh? hehe (picture from yahoo search).
Cinta hati tak puas hati dengan kesudahan Sebastian Shaw ni lakonan Kevin Bacon, dia punya mutant kellas u, boleh sedut kuasa dan kekal muda, ahauww awet muda sokmo gitiew... tapi mati bila syiling magneto menembusi kepala dia. Magneto memang sehaluan dengan Shaw ni iaitu nak nak kumpul mutant dan berkuasa di bumi homo sapiens, tapi disebabkan Shaw telah membunuh ibu Magneto maka hutang darah harus dibayar dengan darah jua (eh macam pernah dengar je statement cenggini dalam drama melayu, citer apa ye?) dan dia terbunuh dengan syiling yang telah digunakan oleh Shaw untuk ugut magneto waktu kecil dulu... hah complicated nak tulis kat sini, bagi sesiapa yang menonton movie ni mungkin boleh bayangkan...(picture from yahoo search)

Pengajarannya, janganlah kita sanggup jadi lawan dek kerana duniawi kerana akhirat itu adalah sesuatu yang pasti (ehhh, macam tak kena je...) tsk...

p/s: hari ni isogashii (busy) ada meeting T_T

33 comments:

nur easy said...

cerita melayu ke tak melayu ke pun ada ciri2 cam ni kan..hehe

ADLIL RAJIAH said...

wahhh! busy2 nak meeting pon rajin buat entry panjang ni, sis. :)

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

Unknown said...

Hi Hana .. lama tak singgah kan ...

Anonymous said...

my name is Eyrique Ettiqaz.
i'm not a terrorist but i'm ur virtual friend..lol..

out of topic...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

huhuhuh..apa2 pun kakD kena tunggu dvd la jwpnya...nak bw farah p panggung tobat dah tak boleh....

Unknown said...

hadoiyaa...da lama xlayan cte cenggini

wida said...

x tgk pon cite x-men..selalu citer2 bukan faveret ni, tunggu kuar tv jer lah..he

Ummi Alesya Sofea said...

amboi...smpt lg bt entry yer sambil duk busy nk p meeting.

Hanis MY said...

@Jiji-Fify dan Ummi Alesya Sofea, hehe walau busy cemana pun tangan ni tetap gatal nak tulis kat blog walaupun benda remeh dan setoet je pun haha... thanks suid singgah n komen

Rohani Hashim said...

hana, hany tak tengok sangat...huhuhu kalau tengok pun mesti tak habis la...

man yusoef said...

ala...kak nis tak sebut ayat wajib movie ni

"mutant and proud"

HAHAHA..erk mutan ke??

Unknown said...

ehehe..ejah la kawe getek cito tu

kyo_9 said...

aduuuuhhhh..
kyo dah la x tgk lagi citer nih..
dah terbaca spoiler plak -_-"

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

wah curlasttt gitew leh buat segmen review pilem la uols...ai x gi tengok lagik maybe this friday nak bercanda bersama darl sebab dia cuti then adam gi youchien @_________@

Juwita Jamaludin said...

Salam.. Hanis.. Wah bestnya tgk cite2 gini ada x sempat nak layan.. Suspen je tajuk.. Hhihihi

Hanis Azla said...

anak2 & en.asben mmg seronok nak tgk movie ni.. tp akak biasa aje sbb selalu lebih syok layan filem cinta aje.. he..he..

anumuchan said...

meeting sokmo k.hanis ni..heee..aa dah tgk dh jugak hari tu..tgk donlod je..sep2..haha

Anonymous said...

lupo le plak , penah ke idak tah tgk cite ni

Ayuraza said...

yee...saya suka ending tu...akhirat adalah pasti....hehe

Umie said...

hanis..rajinnya layan movie..kite nie cuma leh tgk tgh mlm aje bile si kecik tu dah tido..huhu

Unknown said...

tu la sebab gila kan kuasa sanggup lupa kan jasa kawan....

farah fauzi said...

mujur i tak minat citer x-men..nnt nak gi tgk transpomer lak..hehe...

Annisa said...

sedih kot dia bunuh mak dia camntu je
[nisa emo jap ye kak hanis =__=]

hehe ^_~ nice story kan kak hanis <3

en_me said...

bz kanns.. ehehe

Cik Amni said...

amni minat x-men akak.. tapi x-men yang kartun tu amni minat.. hiks... tak pernah tengok yang manusia punyer ni... takd e orang nak teman p tengok.. huhuhu....

Nashays said...

seingat aku, dah lama sgt x tgk wayang..uhuhuuu

シャイマ said...

best kee?nak tgk hr tuuu.tapi sbb tak layan sgt xmen before2 nih.agak2 paham tak kalau tgk?

KakD said...

alaaaa akak tak tengok lagi citer ni lor, isssh ni nak gesek2 papairfan nih ajak g tengok! akekekeke

Prettyvrach said...

ala..sye tak tgk lagi citer ni!

Nieda said...

Bukan ke Jakarta -Bnadung saja boleh pergi, Vietnam, Cheigmai, Kemboja pun boleh juga.

PinKy MoMMa said...

nis..dah berkurun rasanya tak tgk wayang hahaha..
serius nih ;p

Ct Arina said...

xmen ni katenye best gile. tapi rina rase kekurangan watak utama. ehe

amirah said...

bila la ada chance nak nengok ni nis..ermm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails