Asal usul
Saya dulu ambil kursus cikgu ok! Cikgu hanis la ni aka sensei hanis (nak jugekss bubuh sensei hadoiii la). Kursus SPK di utm selama 4 tahun. Pengalaman praktikal 2 kali di SMK Dato Bentara Dalam dan juga SMK Perling 2 (eh lupa la pulak nama sekolah kedua sebab kurang best praktikal kat sana huhu). Sangat ketara pelajar bandar metropolitan dengan pelajar bukan di bandar metropolitan. Eh lari topik pulak. Masa tahun akhir kena buat final year research, and i fell in love with it. Bila fikir akan end up di sekolah, macam mana nak buat research ye? Lepas tu terdetik untuk sambung belajar, lalu saya bertanya pada supervisor projek tahun akhir,"Prof, saya ni pelajar pendidikan kimia boleh ke nak sambung master dalam kimia"
"Boleh sebab semua subjek basic dlm chemistry dah belajar cuma yang membezakan adalah elektif sahaja" (haha skima tak ayat? patik tak ingat sgt la... lebih kurang macam tula dialognya).
Result tak adalah cun mana... tak ngetop pun.
Seperti semua dah maklum, pilihan untuk sambung master ni ada dua, 1. By course (with mini project) dan 2. Full research.
By course ni biasanya kena bayar sendiri yuran, unless kalau buat pinjaman etc manakala dalam full research pula, ada dua cara nak sambung kalau tak ada kewangan sendiri.
1. Cari pensyarah yang punyai grant research, (saya pilih yang ni sebab dapat elaun sedikit sebanyak untuk menyara hidup-masa tu, RM1000-RM1300 per month).
2. Mohon biasiswa MOSTI (pernah apply tapi tak ada rezeki-kalau lulus akan dapat RM1600 per month).
Antara posting dan sambung belajar
Beberapa bulan sebelum konvo, saya dapat posting mengajar di Tumpat, Kelantan. Bukan senang nak dapat first posting kat negeri sendiri. Tapi saya nekad untuk lepaskan peluang tersebut demi mengejar cita2. Abah kurang bersetuju saya sambung master lantas menyatakan kalau nak sambung master, lepas habis belajar "jangan mengada" (ayat tokok tambah a.k.a terlebih ekspresi hehe) nak apply semula jadi cikgu sekolah, kena jadi pensyarah kolej ke uni ke etc... Gulp... telan liur, takut tapi nekad...apa nak jadi, jadilah...mama dan adik beradik lain sokong 100%.Dipendekkan cerita
Gedebak gedebuk tanam anggur tanam betik, interview sana sini maka dapatlah kerja di sebuah IPTA (nama dirahsiakan, haha ye ye aje kamu ni!). Alhamdulillah, kat tempat tu juga saya jumpa cinta hati ku my love. Kalau dah jodoh... ewah (dah dah, nanti lari topik pulak). Bila dah bekerja di IPTA ni wajib untuk sambung belajar ke peringkat phd. Yela nak mendidik anak bangsa kan. Haruslah kita cukup ilmu di dada. Walaupun kadang rasa makin kita belajar makin banyak yang kita tak tahu... Tempat atau universiti kenalah cari sendiri. Email personally pada supervisor yang berkenan di hati deri segi bidang dan juga kajiannya. Tak terkira email dan dah naik penat mata kami duk cari supervisor beserta bidang yang bersesuaian. Macam saya dan cinta... susah betul nak cari uni yang sama. Takmolah uni jauh2 kan nanti rindu-rinduan... ahauww... Masa tu kuota untuk ke UK dan Europe sangat2 susah, jadinya kami tak cari pun belah2 sana nun... yang saya ni memang dari dulu nak datang Jepun. :) kenapa ntah, sebab tengok MISS COMET kut haha... (ok takde kaitan), encik suami tak gemar sangat ke jepun, bagi dia, last choice. Kami telah mencari di sekitar Aussie dan NZ namun dapat tak sama la pulak, encik suami dapat respon dari Aussie dan saya respon dari NZ, susah sgt nak dapat respon dari uni yang sama, last2 saya bagi cadangan apa kata kita cuba aje cari kat Jepun (wink2 dalam hati ada taman) dan syukur, saya dapat respon dari my sensei dan cinta pun respon dari sensei dia... masing2 setuju dan yang penting sama uni iaitu di Tohoku University.
Once supervisor dah bersetuju kenalah setel application, buat proposal etc (lain U lain caranya kut). Lepas dah dapat offer letter, next proses isi borang dan forward pada pihak cuti belajar uni majikan. Meeting... kalau lulus baru boleh forward ke KPT. Meeting lagi.... bila dah lulus di KPT barulah boleh pergi sambung belajar. Kami perlu pulang berkhidmat dan akan terikat dengan kontrak selama 7 tahun.
Dipendekkan ceritalah sangat kan, tapi tak pendek pun, patut tulis dipanjangkan cerita haha.. tapi ni versi pendek dah pun... ada juga saya cerita di entri terdahulu masa awal2 berblog masa zaman masih mentah dan jakun hehe... sekarang pun masih macam tu juga...
hari tu Nis di Hemisferanis ada tanya tentang course media di Tohoku Uni, tak tahulah berkaitan dengan nis ke tak... klik gambar untuk ke link ya...
Man di Osmanyusoef pula tanya pasal biotech engineering wow kellas, akak tak pastilah, apapun klik gambar untuk tahu lebih lanjut...
Bagi yang nak sambung belajar tapi tak attach dengan mana2 uni, ada je biasiswa yang ditawarkan, kalau macam di jepun ni biasiswa dari monbukagakusho a.k.a MEXT. Biasiswa dari universiti pun ada dan juga dari company jepun. Tak terikat dengan kontrak. Lepas habis belajar tak kisah la anda semua nak kerja kat mana. Begitu juga uni2 negara lain, ada je biasiswa tapi kena cari dan bertanya serta fahami terms dan conditionnya.
Tapi di negara orang ni kenalah pandai2 sesuaikan diri, janganlah kita expect sama dengan negara kita kan... terutamanya dari segi cara hidup, persekitaran, kos kehidupan dan sebagainya, apapun timbalah ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin... nampaknya si dia (cinta hati) yang tak nak pergi jepun, kini suka dan seronok tinggal kat sini, malah sushi dan sashimi dah jadi makanan kegemaran... tak kenal maka tak cinta bukan?
23 comments:
hi sensei hanis...wah curlastt gitew
actually bukan semua leh jadik sensei nie sebab perlukan kesabaran yang tinggi nak mengajar budak2...dan ai x der ciri2 tue....uwaaa nangesss hentak kaki @_____-
tetibe bersemangat nak kawen..erk..nak sambong belajo..
mula2 tajuk mmg klas,skema and ala2 drama bersiri...mcm cerpen u tu,derita sang perindu..kekekekeke.
x yah cite dah khatam dah cite u....entri lama2 dah baca..hahahaha...cikgu hanis dulu,sekarang doktor hanis...x yah nak rahsia....Universiti Malaysia Terengganu tmpt u mengajar...
"Mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah dan sesuatu yang buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui."..sesuai sgt dgn situasi u..
nanti nak jadi dr.hanis pulak ;)
aduhh serius segan nak jumpa hanis nnt hehe..
mmg nampak seronok hanis di sana..smga success ye nis ;)
nak pegi sana modal x de eekekeke..kesian diriku ;p
ore dgn hubby pun mem snegajo nk satu univ, tp letih sikit lo ni sbb kampus lain2. tp Ok la, drpd terpisah benua supo jame tune dulu
Bestnye baca pengalaman akak.. huhuuu.... teringin jugak nak sambung balajar kt luar negara... ^^
oo mcm tu kisah sensei hanis. apapapun dpt bsama cinta cinta & dapat jg cita2 diri ;)
Penjang juga perjalanan yg Hanis & lover nak lalui ye. Itulah usaha gigih pasti berjya.
Sek. Dato' Bentara Dalam di Batu Pahat dan Perling 2 kan ke di JB. So pernah tinggal di Johorlah ye...
owh gitu ceritenye..memang tak salah keputusan nak sambung master dulu..huhu~phd 3 years eh..k.hanis habis bila...
wahh sensei ... smart je kalau pangil gitu ..
huhu..
ingatkan akak memang dari dulu grad Jpon ;)
x sangka macam tu rupanya proses nk sambung PhD ek.. kontrak 7 tahun jer?? kawan saya yg sambung masters jer pon dah kene kontrak 5 tahun dengan U.. ingatkan PhD lagi panjang ;)
Hanis.. Awak UTM ke sama dgn akak la... Akak pun dulu fakulyi pendidikan SPA.. Grad thn 2002... Bagusnya awak sambung belajar.. Nekad yek
kalau tak ke jepun, tak ketemu la kite buukkkk
Tingin nak gi Japan tapi ntah bile baru tercapai.. Huhuhuhuhu...
p/s Cane skang? Da settle everything?
hmmm dulu akak cam tu la gak..konon nk further study tp tde rezeki.
dpt offer mngaja + smbng blaja dr 1 ipts kt kuantan ni..t.pegi plak coz hb duk kl :(
nak sambung belajar ke Jepun mmg dah terlambat la...tgu ada rezeki g melancong je la..huhu
amni? Haha.. Tak sanggup nak amik master kak.. Masa degree pon rasa nak pengsan je buat research.. Ni kan plak master dan phd.. Adoi.. T soh mirul je belajar tinggi dalam music, p jepun.. Hiks.. Lepas kawen la.. Dpt amni ikut.. Wallaweyh.. Hahahaha... Berangan tak sudah!
bestnya baca entry ni.. rasa bersemangat pula bila tgk hanis betul2 berusaha utk buat something tu.. all the best to both of u di sana..
adeh pn hanis..rasanyer impian cik farah nak sambung blaaj nih tinggal impian jerla...haha...dengan harapan nnt dapat melancong ke jepun..haha..
kat tumpat byk orang siam..hehe
ooo..itu kisahnya.....bagus la ..belajar smpai habis!!!haha
kak hanis ni pandai la. rina suke n jeles taw dgn org pandai2 cam akak ni. ehe^^ rina ni x lah pandai sgt. suam2 kuku je. tp rina suke belajar! xde lagi peluang nak sambung amik degree. semoge ade rezki utk rina sambung belajar nnt. u inspired me kak hanis cayam! ;D
Akak.. kalo by coursework nih takde scholar ke slalu?
Heee...akak! Sampai kat sini dari google search..heee...
Tengah cari peluang nak sambung master kat Jepun..tapi semuanya kata kena cari supervisor. kena dapatkan tawaran dulu.. Err..mcm mana nak buat semua tu? Mcm lost je nak cari supervisor dekat jepun..Huhuhu...
Post a Comment