Saturday, June 18, 2011

Perihal kereta dan AP...

Jangan silap faham nanti kang ada yang komen "WAHH INI KE KERETA NAK BELI?" "WOW BELI KERETA SUBARU" OH NEHI HEY TIDAK2, ENTRI INI ADALAH CONTOH SEMATA-MATA, SEKADAR PERKONGSIAN, (ahaha siap capital letters dan bold lagi ha, ampunnn). Patik tak adalah arif sangat, tapi setakat yang saya tahu kalau belajar atau bekerja di luar negara layak dapat AP dan boleh bawa balik kereta dan bayar tax pada kadar yang rendah dari biasa. Namun proses tu bukanlah semudah yang disangka. Sat lagi saya story mory k. Kami kan kedua-duanya pelajar maka layak untuk dapat AP maknanya boleh bawa balik 2 buah kereta? gulp? mampu ke? Kalau tak guna rugi pulak ye... insyaAllah kalau rezeki tak ke mana. Meh sini saya share sikit perihal AP setakat yang saya tahu...

Sebagai pelajar, bahan bukti yang melayakkan kami untuk bawa balik kereta adalah sijil tamat belajar atau dengan nama lain entah tiba-tiba lupa pulak masa tengah tulis ni haha... sila jangan pengsan! Tapi kereta tu tak boleh beli last minute tau...
  • Kereta tu mestilah diguna paling kurang 9 bulan, kalau mengandung dah bersalin dah ha... :). Perlu ada dokumen yang mengandungi tarikh beli dan tarikh tamatkan penggunaan kereta tu di... (dalam kes saya ni di Jepun)
  • Kat sini tak boleh parking sesuka hati... tak semua rumah ada parking lot, nak beli kereta perlu ada permit parking yang dipanggil chuushajyo -ちゅうしゃじょ bukan nak sewa rumah je libatkan fudosan/oyasan tang parking ni pun kena jumpa fudosan/oyasan lepas tu kena hantar borang yang dikeluarkan oleh fudosan ni ke balai polis, bila polis dah check parking lot dan diluluskan, barulah dapat permit tu... rumit kan?
  • Dah dapat permit parking baru la boleh beli kereta. Nak beli kereta baru ke? errr sudah semestinya tak mampu, semua tentang kereta serahkan pada pakar, iaitu encik suami, cinta bagitahu ada beberapa pilihan untuk survey kereta second hand:
boleh cari di, goo-net. Yang versi english pun ada, klik pada butang english tu (saya highlight dalam bulatan berwarna coklat), kebanyakan kedai kereta serata jepun ni memang akan iklankan di web ni... bila dah jumpa yang berkenan boleh contact via email/phone atau terus aje ke kedai...
tak pun boleh survey di yahoo auction... 
atau terus ke kedai kereta terpakai berdekatan.... tapi pilihan tak banyak la kan...

Parking bukannya murah dan bergantung pada kawasan, kalau di kawasan Sendai ni, makin dekat dengan bandar makin mahallah, setakat ni paling murah adalah 5000 yen (plus minus RM185). Silalah darab sendiri dengan 9 bulan atau lebih.

Selain tu insurans kereta perlu ada dua... satu insuran kerajaan bersama "shaken"(nak baca tentang shaken sila KLIK SINI dan yang kedua insuran peribadi.

Pos mengepos kereta dan juga cukai perlu diambil kira... ada satu company yang kendalikan penghantaran dan urusan ni (thanks Ayu sebab bagi link)... syarikat tersebut adalah WTG Logistic. Kat bawah ni saya CnP dari website tersebut...

PENGIRAAN CUKAI KASTAM KEATAS KENDERAAN


1. Cukai Kastam
      Cukai kastam keatas kenderan ataupun kereta adalah satu penetapan pembayaran cukai yang telah ditentukan oleh pihak Kastam. Cukai sesuatu kenderaan juga telah ditentukan melalui "Docket Harga" bagi sesebuah kereta yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa Kastam.
   Bagi pelanggan yang mempunyai masalah untuk mengetahui jumlah cukai kenderaan yang harus dibayar, WTG Logistic telah menyediakan cara pengiraan cukai bagi sesebuah kenderaan. Pengiraan cukai ini adalah anggaran sebagai panduan.
CONTOH PENGIRAAN (1)Kereta : BMW 525i
Kapasiti Engine : 2497cc
Tahun  : 09/2006
Tarikh Declaration Custom : 10/2009

Docket Harga ( EURO ) 
EU 33,836.21
Diskaun Pedagang (Less 15%)
EU 28,760.78
Diskaun Susut Nilai Kenderaan (37 Bulan Less 50% )
EU 14,380.39 
Diskaun Susut Nilai  > 72 Bulan
NIL 
Harga FOB
EU 14,380.39 
Euro Rates ( Harga FOB X 5.0874 )
RM 73,158.79
Insurance X 1.5%
RM 1,097.38 
Ocean Freight  
RM 1,200.00
CIF = FOB + Ins + Ocean Freight 
RM 75,456.17 
Duti Import = CIF X 30% 
RM 22,636.85
Duti Eksais = ( CIF + Duti Import ) X 90%
RM 88,283.74
Duti Lain = (CIF + Duti Import + Duti Eksais ) X 10% 
RM 18,637.68
Jumlah Cukai Jualan = Duti Import + Duti Eksais + Duti Lain 
RM 129,558.27
Diskaun Rayuan 1 ( Pengarah Kastam Selangor 20% ) Cukai X 0.8 
RM 103,646.62
Diskaun Rayuan 2 ( Ketua Pengarah Kastam PJaya 10% ) Diskaun 1 X 0.9
RM 93,281.95 
JUMLAH CUKAI KASTAM 
RM 93,281.95 

CONTOH PENGIRAAN (2)Kereta : SUBARU LEGACY B4 / GF-BE5
Kapasiti Engine : 1994cc
Tahun  : 06/1999
Tarikh Declaration Custom : 05/2009

Docket Harga ( YEN ) 
YEN 2,588,000.00
Diskaun Pedagang (Less 15%)
YEN 2,199,800.00
Diskaun Susut Nilai Kenderaan (72 Bulan Less 70% )[06/2005]
YEN 659,940.00  
Diskaun Susut Nilai  > 72 Bulan ( 47 Bualan Less 10%(3x)[06/2008]
YEN 481,096.26
Harga FOB
YEN 481,096.26 
Japan Rates ( Harga FOB X 0.0374 )
RM 17,993.00
Insurance X 1.5%
RM 269.90 
Ocean Freight  
RM 1200.00
CIF = FOB + Ins + Ocean Freight 
RM 19,462.90 
Duti Import = CIF X 30% 
RM 5,838.87
Duti Eksais = ( CIF + Duti Import ) X 80%
RM 20,241.42
Duti Lain = (CIF + Duti Import + Duti Eksais ) X 10% 
RM 4,554.32
Jumlah Cukai Jualan = Duti Import + Duti Eksais + Duti Lain 
RM 30,634.61
Diskaun Rayuan 1 ( Pengarah Kastam Selangor 20% ) Cukai X 0.8 
RM 24,507.69
Diskaun Rayuan 2 ( Ketua Pengarah Kastam PJaya 10% ) Diskaun 1 X 0.9
RM 22,056.92 
JUMLAH CUKAI KASTAM 
RM 22,056.92 
  • Docket Harga sebenarnya adalah harga sesebuah kenderaan bagi negara pengeluar kereta tersebut ketika pelancaran kereta tersebut.
Jadi grand totalnya berapa? Harga kereta kat sini bergantung pada "tahun" dan juga "mileage". Lagi BARU dan lagi KURANG MILEAGE lagi mahal lah harga kereta. Iyelah kan kalau mileage banyak maknanya kereta tu kerap digunakan/lasak...
Saya ambil contoh kereta di atas iaitu Subaru Legacy B4 tu (kereta contoh pengiraan dari WTG tu), mileage kereta 4.6 万km = 46000 km (tapi yang ni baru sikit Heisei 12=tahun 2000) so kalau 1999 mesti murah lagi)

katalah harga yang dibeli 699,000 yen sila lihat garisan warna biru tu adalah harga kereta (convert ke RM plus minus RM 25863)
tambah dengan tax RM 22056.92 = RM47919.92
agak2 mesia dapat tak harga ni? En suami cakap kereta SUBARU IMPREZA (UP BANYAK DARI MODEL KAT ATAS, yang legacy tu entah zaman bila daaaa haha) diminati kat mesia dan harganya agak tinggi, ye ke? Patik pun tak pasti. Masing2 kan ada taste tersendiri gitu kan... tepuk dada tanya selera...

Hehe amacam? pening tak? Saya pun pening tulis entri ni tak pasal2 terjebak sama duk search kereta di goo-net tu, tapi bagi orang lelaki mungkin tak pening malah teruja betul kalau bab-bab kereta ni kan?

Selamat Hari Bapa untuk Abah dan Ayah tersayang...

p/s: tatkala anda membaca entri ni saya sedang meeting huwaaa takutnyaaa wish me luck, "cekut reput" kalau takleh jawab soklan huhu...

26 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Kt cini Ada 100man (rm30k) dh boley dpt keta hebat2
Kt mesia anda tahu bagaiman yer
Sgt cekit darah tp quality keta sgt mendukacitakan
Jgn kata ai x sedar diri tapy reality gitu
Nk beli keta sama mahai Mcm nk beli umah...。・°°・(>_<)・°°・。uwahhhh hentak kaki (^_−)−☆

Unknown said...

wah cukai kastam x hengat tinggi eh....

Rohani Hashim said...

hana, 47k? hohohoho macam murah je hana...

Fizah Ibrahim said...

Wahhhh! Mesti harga kat sana murah cket dari mesia, kan? Hurm, eh neway gud luck tuk meeting t ye sis hehe

ZWAN SABRI said...

owh.. baru taw.. slama ni xtaw pown.. btw, thanks for da info.. ;)

MySuaraBlog: Nasiblah Aku Kurus!

Juwita Jamaludin said...

Bestnya hanis leh bawa 2 kereta.. Betul3 kena 9 bulan sebelum balik... Kami kat sini beli dgn kaean yg bisnes kereta kat sini dpt murah sikit dari goo net

Amni said...

sangat murah dah tu kak.. Aiyooo... Mana nak dpt harga tu kalau kat mesia.. Wahhh...

P/s ; ganas akak masa miting sempat lagi. Ekeke.. Kalau amni ms miting suka tweet2. Sebabbbbb?? Selalu tak paham apa engineer cakap.. Ramai engineer kat office.. Jd chemist bila libatkan segala benda2 engineering, senyap je la.. Memang confirm org tak tanya kita soalan.. Haha..

Annisa said...

like and thanks for the info :)
sempat lg ye time meeting ^_^ g.luck kak hanis.

Ummi Alesya Sofea said...

fuhhh...bkn mudah nak beli kete kat jepun,agak rumit jgk yer.

nur easy said...

kalaulah mcm ni jg harga y djual kt malaya..;)

Asmara said...

survey jgn x survey. hehe..
* psst.. cik itam dh dpt paking x? ktorg haritu pening gak, mahal dekat 7sen yg berair, sbb yuki tebalkan. tp rezeki la pulak ada oyasan baik hati bg free je dia tlg cop inkang bg apato dia. lega.. baru 2 hari lepas settle ngan polis. so tunggu pos kamis depan. InsyaAllah.. :)

NARDtheNERD said...

bawak balik la dua..
satu jual kat i..
ehehe.
:)

*∽ IZAN ∽* said...

K.izan dulu masa belajar tak de lesenn nye pasal langsung tak berahi nak bawak balik kereta ha ha

kyo_9 said...

huhu.. kene bookmark entry nih..
tapi sebenar nye boleh jer beli last minute.. ramai buat, tapi kene ada "back-hand" la ;p

Zaza said...

saye teringin nak study kat jepon :(

fika79 said...

hanis, dulu akak dah pernah bawak balik keta dr jepun...berpengalaman cara nak bawak balik..kalau ada nak tanya paper ke, contoh translation ke bgtau la erh..kami sempai yang byk pengalaman..huhu

wida said...

alah..macam complicated jer..x berapa nak paham.

tapi yg wida tau..mmg mahal

Umie said...

hanis..weolls ujung bulan nie baru nak beli keta..tgh duk survey kedai area sini..hehe

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

susah juga no...

anumuchan said...

aa thanks sharing.boleh la try kira tax lepas ni..huhu..hubby dah berkira2 nk bwk impreza die balik nnt tu..tp minyak mahal..isk2..

amirah said...

memang kompem leh pening ni hanis..adoi..hihi

Ct Arina said...

cukai kenderaan yg msuk malaysia ni sangatlah tinggi. sbb tu kereta2 yg masuk malaysia ni mahal2 belaka. kalau kat tempat asal die mesti murah ag. nak pakai kete mahal mmg tak laaaaa

Unknown said...

boleh recomend x kalau tau website utk online shopping kat japan?

Anonymous said...

hai,,leh tlg kire kan x kalo bli kete thun 2010 harga rm57500.tq

Unknown said...

Kak nak tanya total tu kena bayar lump sum ke boleh ansur2?

hylau said...

Hi Hana, nak tanya macam mana nak buat rayuan untuk kurangkan tax? Kena tulis surat rayuan ke Pengarah kastam ker? Thanks.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails