Friday, September 2, 2011

Nak lawan Tanoshingo...

Tengok rancangan ni secara kebetulan... lawak la. Sebelum ni dah pernah tengok dua orang ni tapi dalam rancangan yang berbeza. Tanoshingo tu kenal, tapi yang lagi seorang sampai sekarang tak tahu nama dia walaupun kami terlebih dulu mengenali dia di tv, berbanding Tanoshigo. Saya panggil Mr x la, boleh? Mr x ni memang cekci ahauww nyampah tau... yang Tanoshingo pulak suka buat aksi gedik haha... nyampah tapi kalau tengok mesti tergelak sakan. Bergantung pada penerimaan seseorang juga ada yang tak suka langsung/meluat etc, patik ni bukanlah peminat tapi sekadar nak berkongsi show di tv jepun yang sangat variety dan sempoi...

IMG_0103
Gambar ala2 nak lawan gusti/tinju. Padahal tak pun, sekadar buat lawak je. Mr X nak lawan Tanoshingo, ye ye je buat aksi ganas padahal tak pun, tarian dia lawak ok! Tanoshingo pulak suka buat muka comel yang tak bersalah...

Masa tengok ni tak snap aksi Mr X sebab cecki nak pengsan wuwuwu. Saya snap Tanoshingo je. Pengadil adalah kanak2 tadika riang ribena seramai 100 orang hehe...
IMG_0110
Dia belum buat apa2 baru keluar senyum tapi kanak2 ni semua dah excited terkinja2 dah... siap menari ala Tanoshingo... adoii...

IMG_0111
Trademark dia adalah tarian tak tahu nama (ampunn) dan juga...(refer gambar bawah)

IMG_0113
buat simbol love sambil cakap "Rabu to you" (kalau tak silap la), kalau salah jangan marah naa...

IMG_0109
tengok la betapa seronoknya kanak2 tu semua, Tanoshingo belum buat pun depa dah buat dulu... siap menjerit2 lagi... kawaii...

IMG_0112
Baju tak menahan ala2 kak melah u! "Kau kunci cinta mu..." Lagi satu dia juga suka buat suara garau macam dalam anime haha... dan pemenangnya sudah tentu lah Tanoshingo, frust Mr X. Mula2 seri (masa buat show one by one) tapi bila dua2 keluar pentas majoriti memilih Tanoshingo...

ini video random entah dari rancangan mana... tak jumpa la yang patik lihat kat tv tu.. gomenne... selamat menonton...

p/s: Nemui... (mengantuk/sleepy)

9 comments:

Anisa Hang Tuah said...

hahhaa..riangnyaaa

whitecappuccino said...

hmmm..tak dapat kaknor nak bayangkan..tentu lawak.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Kujima kot Nama mr x tue
Nyampah sbb dia pakai underwear jer khen
Mcm x der baju lain ek....

anumuchan said...

setiapkali tengok tanoshingo ni mesti nk tergelak jugak..haha..rancangan bile ni k.hanis.arini ke.huuu

Asmara said...

Tu aa mr x tu trademark dia spentot. Haha.. Tp terror dari waseda dai. Pernah tgk bangumi dia lawan iq. Kojima yoshio nama dia. Tanoshingo ni kalau ngan si Haruna ai memang menjadik sangat la. Haha..

Iryd and Pitt's little diary said...

haha..kalau ade lagi bgtau iryd ek hanis..nak tgk gak..tak tau channel mana...dok layan smap bistro je..hihi..

lady-D said...

show jepun jrg ade kat tv, kalo istana takeshi n 1 lg tu ape tah tajuk lupe, best gak tgk..yg byk show korea kat astro, rasanya lbh kurang sm ngan jepun kot.jenis show yg selamba dan fun..mmg best lyn

Rohani Hashim said...

Hana cute je gaya ms dia buat love tu hohoho

Umi Anaan said...

tanoshingo sebut lobu chunyuu kan.. trademark ni die selalu buat jugak dalam cerita 'ikemen desu ne'..baru lepas tengok cite ni..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails