Saturday, September 24, 2011

Sakka...

Amboi, tajuk kemain lagi ha. Jangan tak percaya patik nak ceritera perihal bola hehe... Sakka merupakan sebutan dalam katakana yang membawa maksud soccer. Rasa nak bercerita pasal bola Jepun lawan Malaysia baru-baru ni.

 geng sendai berkumpul di rumah cinonet kami... tak cukup korum sebab Iryd dan Ai-chan tak datang kebetulan malam tu taifu hujan lebat dan berangin... macam musim tengkujuh pulak rasanya... nasib baik sendai tak ribut kuat macam bandar belah bawah nun...kami tetap memberi semangat padu untuk team malaysia...

Dengar juga para lelaki duk berbual dan juga melepaskan geram hehe... mana taknya baru beberapa minit permainan tertera di tv cubaan jepun untuk menjaringkan gol sebanyak 15 kali tapi malaysia pula 0 huhu. Cinta hati pulak, geram punya pasal dia cakap, nak sokong jepun la macam ni haha... nasib baik ada apek menepis serangan.

Komen dari kawan yang lain pula, team malaysia nampak panik bila dapat bola... lepas tu nak pegang bola lama2 haruslah kena rampas kan? lagi satu bila dapat bola entah kat sape la dia pass bola tu, tendang jauh2 last2 bagi kat pemain japun wuwuwu...

Kalau zaman dulu (erm tahun berapa eh?) bukan malaysia gah ke? setakat jepun ni main2 je dia kalahkan. tapi sekarang bukan saja team jepun malah korea dan negara asia lain bangkit setanding, malah lebih lagi dari malaysia. Apa puncanya ya? sebelum ni ada juga lihat kat tv... jepun ni setiap kali lepas perlawanan akan ada satu rancangan yang akan analisis tahap permainan, siap ada graf, ulang tayang, cara tendang bola, sudut tendangan dan macam2 lagi. Selain itu, kajian terhadap makanan pun ada...yang mana elok dan tak elok untuk pemain mereka.

Mungkin team malaysia pun ada, cuma saya tak terdedah mana akan benda2 sebegini dan juga bukan peminat tegar sekadar turut serta cinta hati layan bola. Entah la patik tak arif la pasal benda ni..

p/s: Bila nak bercerita tentang rumah cinonet kami ni hehe...

22 comments:

Syazwan Che Deraman said...

ingatke sakka tu saka.
ape laaaa..heheh

ooo..macam ni ye bila pompuan tak minat bola buat entry pasal tengok bola..heheh..

saya tak berkesempatan nak tengok malam tu.terbang malam.

Fatin Syahira Ramli said...

MERIAHNYA!

wah akak sibuk2 study pun tengok bola jugak eh? semangat patriotik! =)

take care sis!

always love to read blog akak!

Unknown said...

kecewa jugak kalah 2-0..tak pe nnti jepun bertandang kt bukit jalil bulan 2 tahun depan..kita balas balik 5-0 huhuu..sabor..:)

Azian Elias said...

itu baru betul dipanggil post mortem.

nak dapat hasil yang lebih baik kan..

kasihredha said...

beta sedih lagi keciwa ..huk2
nasib baik ada Apek...kalau tak berapa gol le jepun dapat..hik100

Unknown said...

zaman dulu pemain kita tak dimanjakan..contoh mokhtar dahari/legend tuu..die berlatih kat dalam utan je

wida said...

x tahu pon ada game jepun lwn m'sia ni..hehe

rumah cinonet?hehe..lama x dgr perkataan tu

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Puas carik kt mana pic ai
Larikkkkk

Hani Shaklee said...

tu yang geram tu pemain malaysia.. tak consistent bila berlawan.. cam takut2 je.. belom cukup mahir n experience lagi kot...

Soo Hae Daa said...

beshnya kumpul ramai2 cenggitu...

baru meriah tgk bola walau team kte main ntah pape...heheehhe

ch000tz said...

lerrrr mati2 ingatkan SAKA dlm antu tu hehehe

Chekgu Azrine said...

akak failed bab2 bola ni sis.. hehehe

Anonymous said...

walaupun umahnya cinonet tapi sewanya boleh tahan mahal,kan?

ct kektus said...

mungkin epas ni team malaysia kena lebih fokus lagi lah. baru lah gah yg dulu2 dtg semula kan. ;)

Rohani Hashim said...

hana, hany dulu pun tahu sikit sikit jer, tapi sejak nikah ni, husband minat, tiba tiba eh dah tahu jugak psl bola ahaha...

anumuchan said...

bestnyaa tgk bola ramai2 eh..sy tgk bdua je dgn hubby..huhuuuu

Cik Pulau said...

hahaha.. mesti dilema xtau nk sokong wat mano... kih2

dhiera zainudin said...

sama la kita hana. tak minat bola.

amirah said...

akak rasa jepun bukan lawan malaysia...tp sebenarnya takde apa yg mustahil kan?

Run Away said...

sy ingat sakka tu s.a.k.a...hik....best kan enjoy mcm ni...;d

Ct Arina said...

team bola malaysia yg sekarang ni tak macam dulu kot. ataupun team lain yg dah bangkit. jepun antare team asia yg terkuat. sbb dorang da penah masuk piala dunia kan. agak bukan lawan kite la. tp orait pe dorang cume bolos 2 gol than 15 percubaan tu. hihi ;D

happyichigo♥ said...

laa ingat sakka tu ape..soccer rupanya..hee hee..dira tak tengok pun match ni tapi cubaan jepun jaring gol 15x malaysia ei-lek? grrrrrrrrrrrr..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails