Selepas habis kelas papa mama di Tohoku Daigaku Byouin, tekak memang terasa nak makan nasi goreng
Sabai Sabai, buat sendiri tak nak... nak makan kedai jugak ish2. Alang2 sabai sabai dah dekat dengan hospital (eceh alasan). Tapi dalam masa yang sama takut nak tanya en suami in case dia tak approve nanti. Lepas tu cuba juga tanya, "lunch nak makan apa ye? Terkejut opocot bila dia sebut Sabai sabai. Bagai pucuk dicita ulam mendatang (ewah siap berperibahasa bagai). Sesampai di tempat parking sabai2 nampak kereta Pitt n Iryd. Lepas tu lagi satu kereta macam kereta Fadhil. Lantas berkata
"Wahh diaorang pun makan kat sini eh. Kebetulan pulak. Bolehlah join sama." My love pun menyampuk "Ye ke kereta Pitt?"(padahal dialah orang yang paling terror bab-bab cam kereta ni alih2 hari tu tak cam pulak... musykil betul).
Masuk je dalam kedai, nampak kasut tersusun elok di ruangan untuk ke tingkat atas. Restoren sabai sabai ni ada ruang untuk buat majlis/party di tingkat 2. Tingkat bawah pula restoren biasa. Kemudian datang dua orang staff bertanya...
"Join party kat atas ke?" (dalam bahasa jepun). Lantas patik terkejut, haa party? laju-laju geleng kepala. Malu la pulak join party yang tak dapat undangan. Tiba-tiba my love cakap "Jap, nak call Pitt." Secara automatic terus pegang baju en suami
"Eh, tak nak la join... malu la tak dapat jemputan pun. Entah2 ni party kawan dia yang kita tak kenal. Makan kat bawah ni je. Lain kali boleh jumpa diaorang lagi."
Tuptup nampak Hanun junior undergrad tahun 3 muncul di tangga. "Ada makan-makan kat atas, jomla."Penat fikir, majlis apalah yang diaorang buat ni. Birthday party kut... namun kaki tetap melangkah, bukak je pintu "SURPRISE!!! Baby shower party!" Geng sendai menyambut kedatangan patik (adakah ini benar belaka, dush!). Rasanya inilah surprise besar-besaran pertama kali sepanjang hidup selama berpuluh tahun ni.
pertama kali jejakkan kaki di ruangan ni. Besar jugak, siap ada set sofa, tempat karaoke dan juga lampu lip lap lip lap tak menahan!
me and diva-diva sendai hehe... paling kiri orang baru di sendai, Kak Ani sekeluarga baru register April lalu ditemani suami dan 2 orang anak perempuan yang comel2.
Dapat jugak makan nasi goreng seafood sabai sabai, alhamdulillah. Malah mendapat kejutan yang tak disangka-sangka. Marble choc cheesecake yang dibuat oleh Chef Su. Orishikatta! Chef Kina pula buat moist choc cake, tak sempat snap gambar. Oishikatta jugak! Walaupun tahu kalori tinggi tapi patik tak dapat nak menahan diri ku ini dari memakannya wuwuwu...
Kina, Ai-chan dan Iryd... Majlis ini dimeriahkan oleh nyanyian merdu mereka berdua, macam2 lagu didendangkan... super duper talented diva cum chef cum model i loikee...
Terima kasih tak terhingga buat semua di atas baby shower ni, versi ocopot tekejut pulak tu! Alhamdulillah akachan dapat baby carrier (memang tengah cari pun). Manakala Pitt dan Iryd bagi Fisher price jumperoo. (picture credit to Fadhil).
yang ni pula gaya bebas hehe... siap angkat pasu bunga lagi ha, tapi posing patik limited, duk tang tu jugak haha... (picture credit to Fadhil)
posing dengan baby carrier... thanks a lot guys! Jumperoo kami tak bukak lagi, tunggu akachan besar sikit baru boleh guna. Lagipun kalau bukak, tak muat nak letak kat dalam rumah kami yang "comel" itu. Maka simpan dalam kotak dulu senang sikit.
jumperoo (picture from
HERE) dari Pitt+Iryd=Ai-chan plus their 2nd baby inside Iryd's womb.
Words cannot describe how i feel. 12th May 2012 to be remembered. May our friendship last forever. Terima kasih sekali lagi buat semua, hanya Allah yang mampu membalasnya. Pandai jugak my love cover line. Dia bukan reti nak surprise2 ni ataupun saja tak nak manjakan isteri dia ni hehe. Terima masih juga atas doa kawan2 blogger yang best2 ni... amin, insyaAllah semoga semua dipermudahkan...