Tuesday, September 13, 2011

Teka teki zaman kanak-kanak...

Saya suka teka teki, tapi tak suka jawab. Pasti cepat2 mengaku kalah... haha pelik tak? Awak suka teka teki? ehehe...ke situ pulak... Zaman yang paling banyak teka teki dalam dunia ni adalah zaman kanak-kanak terutamanya sekolah rendah (eceh, tak menahan ye ye je macam ada kajian khas gitu kan... dush!).

Lepas tahlil, kemas apa-apa yang patut, saya akan beristirehat sambil melayan kerenah anak buah. Pantang tengok saya free pasti akan dikerumuni. Apa lagi kalau bukan sesi teka teki teka tekuk. Lawak jugak sebab ada beberapa teka teki tu sama je dengan teka teki zaman saya sekolah rendah suatu masa dahulu. Kalau dah tahu jawapan pun saya buat tak tahu, sporting la sikit, nanti kang kachiwa pulak si pemberi teka teki tu hehe... Antara teka teki yang boleh share di sini... Yang kena skill lukis2 tu patik tulis lain kali aci tak?

1. Dalam banyak2 haiwan, haiwan apa paling kedekut? (yang ni mmg tak tahu, pernah dengar yang kaya je iaitu beruang=ber-wang). Jawapannya kuda sebab bila jalan bunyinya "kedekuk, kedekuk" (kedekut). Adoiii pingsan cenggini haha...

2. Ada 3 buah jambatan, satu hantu gila (uish pelik betul nama jambatan ni ha) kedua bulu ayam dan ketiga bulu burung. Jambatan "kukuh sekali" (bahasa kelantan bermakna paling kukuh) adalah hantu gila. Ada seekor rajah berjaya melalui jambatan tu. Tapi lepas tu bila anak semut nak lalu tiba2 roboh. Kenapa? Sebab jambatan tu kukuh sekali maka boleh sekali aje. (maksud lain bagi sekali=1 kali). Ini namanya teka teki loyar buruk hehe...

3. Ada sebuah jambatan di satu kg (aik... Jambatan lagi, sila pengsan!). Segerombolan gajah lalu tiba2 roboh. Ada orang nak lintas jambatan tu, tapi bila lihat jambatan tu mereka patah apa? Patah lah hati iiii... (eh siap berlagu bagai). Tettt... Jawapannya patah balik, yelah dah jambatan roboh cemana nak lalu kan...

Patik dah mengantuk la, itu je yang ingat setakat ni. Ingat lagi teka teki masa sekolah dulu2? Share lah kat sini jgn lupa kasi japan skali k hehe... Oyasumi!

24 comments:

PinKy MoMMa said...

teka teki ni kadang2 jawapan dia tak terjangka dek akal huhu..
kadang stress memikirkan jawapan uhuhu..tak banyak koleksi teka teki la nis ;p

Fazlinil Irma said...

betul.. sepupu sy di kg pun suka main teka teki. pernah sekali mak sy bg teka teki sampai skrg x dapat jawapan. dgn anak sdiri pun mak tak bg jawapan. bila jumpa mesti tanya,'kak irma dah dapat jawapan'. haha. sy pun x tau..

nanti sy tanya soalan kat mak sy. kot ada blogger lain tahu jawapan.

Juwita Jamaludin said...

hanis.. macam 2teka teki fathnin anak akak pun suka berteka teki tapi dia tak sebut teka teki dia selalu sebut mondai..hihihhi.. akak kadang jenuh duk fikir apa la jawapannya.. sebab kadang dia reka sendiri

whitecappuccino said...

Yang no.1 dan no 3 tu biasa dengar..dengan ank2 murid pun suka main teka teki bila waktu tghari..

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

salam kak Hanis

sorry lama dah tak masuk blog akak.. just knew about the lost. i am so sorry.. moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. kuatkan semangat okeyh?

:)

Afikah Aziz said...

hok no 2 tu lawak la plak hahaha..kukuh sekali jd kena lalu satu kali jah adoiii :P

anumuchan said...

suka jugak teka teki.heee

wida said...

hehe..lagi satu zaman kecik2 dulu, kalau berkumpul mesti cerita hantu. mcm2 cite hantu keluar..wida ni dah penakut, tp dok dengar jugak.

me suya said...

lawaknya.. xpernah dgr pun ade :)

yatie chomeyl said...

ore x rajin dgr lg teko teki ni belako, lucu la jawape dio hehe

hok sokmo teko maso kecik, gano nok buh gajo dale peti sejuk

jwpn: buko pintu, bubuh la gajoh *jawape x logik lansung* hahahaha

farah fauzi said...

haha...kelakar klu ingta zaman teka teki tuh...hihi....

Unknown said...

akok gapo pailing sedak

Diana @ BKKC said...

comey je kan bila teringat zaman kanak2.. tp hanis..D tak pernah dengar lah teka teki yang no 2,3 tu..yg pernah dengar..mcmana nak masukkan gajah..zirafah dalam peti sejuk tu... (pernah dengar tak?)

Cik Amni said...

saya tahu jawapan untuk teka teki kak diana.. hahahhaha.. kak hanis sila jawab... ekekekke...

Nuwairani said...

mesti kalau hanis balik kg menjadi makcik rebutan ni...selalu kene kerumun dgn anak buah...nani kene kerumun selalunya time nk bukak beg bagak tu la...diorg dh tau kite ada belikan brg2 utk diorg...

Azmie & Vivie said...

hehehehehe..comey! =0).
terus vee teringat ngn zmn kanak2...suka sgt seisi teka-teki nak nak lagi time kenduri sb masa tu berpeluang jumpa kazen-mazen yg ramai jumlah nya...

sori...lama dh vee x tinggal komen, vee demam teruk..demam selama 2 minggu lebih..risau gak tak sembuh2..takut terkena denggi...alhamdulillah, tak de apa2...cuma skrg tinggal batuk je..=0)

nur easy said...

hehe kelakar kan.. suka dgr je, tp malas nak pk jawapan..;)

Chekgu Azrine said...

budak2 punya teka teki mostly tak logik sis.. tp layankan aje

Zainur said...

Ok kereta apa yg kita tak pangil kereta? Haha...fikir2 jgn xfikir...heee

Azian Elias said...

Sekarang ni banyak teka teki loyar buruk. tapi memang menyeronokkan..by logic sebenarrnya...

RedBerry said...

I baca teka teki ni.. i yg pengsan. hahahhaa

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

eemmm...teka teki teka tekok ni memang fofuler la zaman kanak2 ni kan....

Unknown said...

Kdg2 jwpn teka teki agak menyakitkan hati..haha

Unknown said...

sy byk koleksi teka-teki sbb setiap kali dlm kereta, mesti abh sy bagi teka-teki. kdg2 sampai penat nk jwb

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails