Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 1432H...

Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan oleh-Nya. Menaip entri ringkas dari lab. Ada kerja yang perlu diselesaikan... di kesempatan ini saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat keluarga, kawan-kawan serta seluruh umat Islam tak kira di mana jua berada. Raya di perantauan lagi tahun ni...

Walaupun jauh, namun setiap tahun saya dan suami pasti akan turut serta untuk ibadah korban, bukan satu ekor lembu pun tapi satu bahagian tiap seorang dan minta sedekahkan pada sesiapa sahaja.

Pagi tadi solat raya di masjid sendai. Hari ni gerimis, dingin menusuk ke tulang patik ni (nasib baik bila pusing pergelangan tangan ni tak bunyi macam dalam cerita Ali baba dan 40 penyamun tu hehe). Bila sampai ruang solat wanita, penuh dan padat. Tak ada ruang langsung. Tunggu sehingga orang lain bangun untuk solat, masa tu baru boleh selit. Tapi sangat terhad, rukuk dan sujud pun sentuh orang depan. Tahun ni agak lain sedikit khutbahnya pendek sahaja, lepas tu tak ada doa. Ingatkan ada kerosakan "sound system" bila msg pada cinta hati dia cakap dah habis macam tu je. Seraya itu saya pun bersalamanlah dengan orang sekeliling sebelum berangkat pulang...

IMG_0104
gerimis dan kabus...

IMG_0102
bersama Hanun dan Masyi...

IMG_0103
cinta hati dan jejaka malaya hehe... kat sini majoriti pelajar undergrad, kami ni dipanggil senior citizen sebab postgrad adalah minoriti...

p/s: oklah semoga raya tahun ini bermakna dan tinggalkan kengangan indah... 

34 comments:

dwaty said...

salam aidliadha juga... kat sana solat lagi awal kan???

naa said...

salam aidiladha kak hanis^^

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

meriah nyer raya kat sana...
weols kat sini kat rasa raya pong...dah la letih gi Nikko x habes lagik ngeee

p/s::jacket purple uols sangat menawan jantung haty ai...auchhhh~

Amie said...

selamat aidil adha Hanis andchenta hatinya.... menu apa di pagi raya...

z a z a said...

akak, ade x bdak remaja mcm bessar2 saye kat jepon yg ikut parent and ade x bdak2 jepon yg besar saye islam x kire la girl ke boy? - heee tetibe tanye

EZAN IDMA said...

selamat hr raya :)

happyichigo♥ said...

hello sweetie
selamat hr raya haji...

umie naziera said...

alhamdulillah..selamat hari raye untuk org Sendai

msredcheesecake said...

apa menu raya? masak sendiri ke?

whitecappuccino said...

Selamat Aidil Adha hanis n hubby..semoga hidup kita sentiasa mendapat barakah.

Daddylicious said...

sejuknya suasana kat sana...

khairunnisa ♥ said...

Salam Aidiladha kak hanis :)

kasihredha said...

selamat menyambut idul adha :)

*∽ IZAN ∽* said...

salam Aidiladhaa..!
meriah berkumpul ramai2 kat sana.
K.Izan pun tak balik kampungg.. lagi sadis dari korang punya raya celebration ahahahah

Imran@Copenhagen said...

Salam Aidiladha
Wah macam meriah je raya haji kat Sendai

yatie chomeyl said...

sini merioh jugop rayo marin, wpon ado masjid pun ttp x myat jugop ruang solat. umat Islam koho ramai kat fukuoka, Alhamdulillah.

Cikli said...

selamat hari raya orang jauh

Tea said...

Salam aidiladha..

Yg kanan sekali tu sepasang je muka dgn husband hanis. Ensem..

kayrul-shah said...

salam aidiladha hanis...walaupun jauh diperantauan masih sempat buat ibadah korban...

Syaima' said...

selamat hari rayaaa kak hanisss meriahh

E-na Lovely Kitchen said...

kami kat nagoya buat 2 kali solat sunat aidiladha sbb terlalu ramai org, x muat...selamat ari raya utk hanis dan hubby...

Ct Arina said...

selamat hari raya aidiladha kak hanis! ;D

Nieda said...

Salam aidil adha.
Raya tahun ni beraya dalam hujan. Hujan sungguh2, Sampai baju 2,3 raga tak kering2.

Juwita Jamaludin said...

salam hanis.. ramai juga adik2 ye.. selamat hari raya ye...

laskar pelangi said...

kak! selamat hari raya aidiladha:)
seronoknyaaaa sambut ramai2=)

nuwairani ismail said...

selamat hari raya hanis...

Daddylicious said...

eh..terTAG la pulak...hehe!

Hanis Azla said...

Salam aidiladha buat Hanis & hubby di sana..

tarian jari said...

salam aidiladha...sonok yer beraye di sna! hehe..=)

Rai said...

salam aidiladha..walau pun diperantauan still meriah kan raya kat sana..

Run Away said...

salam aidiladha....syukur..dapat menyambut nyer..walaupun jauh di perantauan...;d

PinKy MoMMa said...

salam aidiladha hanis ;)
cumils lar baju purple itu hehehe..

nur easy said...

selamat hari raya juga..;) sukalah dgn term 'seraya' tu..;) klasik

puteri nur aqiliah said...

salam aidiladha:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails